Telegram Web Link
Untuk menderma darah, seseorang didorong oleh banyak faktor termasuk kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan kawan, ataupun akibat pengaruh rakan-rakan dan saudara mara.

Darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.

1️⃣ beg darah mampu selamatkan 3️⃣ nyawa‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau minuman yang tercemar.

Tempoh keracunan boleh terjadi seawal 30 minit hingga 72 jam.

Keracunan makanan boleh membawa kematian jika serius.

Orang ramai dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala keracunan makanan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang menyambutnya.
Jom sama-sama kita ubah dan kawal pengambilan kuah yang bersantan dan banyak minyak di dalam hidangan.

Ambil mengikut keperluan, elak kalori berlebihan dan cegah obesiti serta penyakit!

Sumber: Nutritionist KKM
Ibadah korban merupakan amalan yang sinonim dalam kalangan umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.🌙

Pengendalian daging korban 🥩 yang selamat perlu dititikberatkan bagi memastikan daging yang diagihkan sentiasa bersih dan berkualiti.

Oleh itu, pengendalian dan pengedaran daging korban perlu dikendalikan mengikut tip 👍🏻 seperti yang disarankan untuk mengelakkan daging korban daripada dicemari kuman,bendasing dan sebagainya.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Tiga tambah satu dalam penemuanTinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 adalah sesuatu yang tidak bagus. Antara penemuan utama ialah hampir 2.3 juta dewasa di Malaysia menghidap tiga penyakit tidak berjangkit iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi serta faktor risiko obesiti.

Untuk laporan penuh NHMS 2023, layari https://iku.gov.my/nhms

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Keracunan Makanan Boleh Membawa Maut

Saksikan dalam sesi Tiktok Live @myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Faridah Jafri, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Program Pengurusan Berat Badan Ifiter di Wellness Hub

Dengarkan di aifm pada pukul 8.00 pagi bersama Pn. Ong Zi Yin, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

#ANMS #sihatmilikku
Tip daripada pakar bagi mendorong kita untuk terus mengamalkan hidup yang sihat bagi mendapatkan kesihatan yang optimum.

💪 Bina semangat untuk melakukan senaman.
💪 Pakai pakaian yang sesuai dan selesa
💪 Bayangkan faedah yang anda akan dapat selepas tamat bersenam untuk memotivasikan diri.
💪 Berikan tumpuan kepada faedah yang akan kita dapat dalam jangka masa pendek berbanding jangka panjang.
💪 Lakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan minda anda.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Keracunan Makanan Boleh Membawa Maut

Jangan lupa sertai sesi Tiktok Live @myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Faridah Jafri, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pembelian secara atas talian bukanlah perkara asing lagi dalam kalangan masyarakat kita kerana ianya lebih mudah, cepat dan jimat. Begitu juga dengan trend pembelian kosmetik.

Kita perlulah jadi pengguna yang bijak dengan menyemak dahulu status Notifikasi Kosmetik sebelum membuat pembelian.

Semakan nombor notifikasi boleh dibuat melalui aplikasi dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara iaitu NPRA Product Status yang boleh dimuatnaik di Google Play Store atau Apple App Store.

Sila hubungi Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor di talian 0351237333 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Jadilah pengguna yang cantik, bijak dan selamat!

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Keracunan Makanan Boleh Membawa Maut

Jangan lupa sertai sesi Tiktok Live @myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Faridah Jafri, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pertandingan 90-minutes Aerobic Challenge sempena World Physical Activity Day (WOPAD) & Jelajah ANMS 2024 anjuran Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya!

Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Lot Parking Padang Sintetik, Presint 4, Putrajaya

Imbas QR code untuk daftarkan pasukan anda sekarang! Wang tunai RM1,000 mungkin menjadi milik anda! Pendaftaran adalah PERCUMA!

#kolomposihat
#sihatmilikku
#ANMS
MyMinda adalah satu inisiatif digitalisasi perkhidmatan kesihatan mental yang ditawarkan oleh KKM melalui aplikasi MySejahtera bagi meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan mental kepada penduduk di Malaysia.

Untuk mengetahui tahap kesihatan mental, rakyat Malaysia boleh menjalani saringan kesihatan mental dengan menjawab soalan yang telah disediakan di dalam MyMinda.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/06/28 10:54:49
Back to Top
HTML Embed Code: