Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ’ŠUBAT-UBATAN DALAM RAWATAN GERD

Kebanyakan orang tidak menyangka GERD akan membawa perubahan drastik dalam hidup mereka.

GERD boleh menjejaskan kehidupan seperti keseronokan menikmati makanan, tidur yang mencukupi dan kualiti hidup.

Jom ketahui ubat-ubatan dalam rawatan GERD!

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
UBAT KESUBURAN, SEJAUH MANA BOLEH MEMBANTU?๐Ÿง

โ“Apakah ubat-ubatan/suplemen yang digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti telur?

โ“Bagaimana dengan herba dan makanan? adakah yang dapat meningkatkan kesuburan wanita?

โ“Lebih tinggi dos ubat lebih tinggi tahap kesuburan? Benarkah?

Dengarkan kupasan lanjut dari Puan Shafnah Binti Adnan, Pegawai Farmasi Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Anda inginkan gigi palsu untuk menggantikan gigi yang tiada?

Pelbagai jenis gigi palsu yang ditawarkan dalam perkhidmatan pergigian mengikut kesesuaian mulut anda.

Dapatkan nasihat lanjut daripada doktor gigi yang bertauliah!

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Waspada!

Jangan ambil ubat tidur secara sewenang-wenangnya. Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan ubat apabila diambil untuk jangka masa panjang.

Ubat tidur juga boleh menyebabkan anda rasa mengantuk dan pening serta hilang tumpuan untuk melakukan kerja.

Berjumpalah dengan profesional kesihatan sekiranya anda mengalami masalah tidur.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
BMSS@HePiLI kini kembali!

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) yang disambut pada bulan September setiap tahun bertujuan mengukuhkan pembudayaan hidup sihat secara bersepadu dan menyeluruh dalam kalangan murid dan warga sekolah.

Nantikan kedatangan team HePiLI negeri ke sekolah terpilih setiap daerah mulai bulan ini ๐Ÿ˜ƒ. Tiga negeri terawal yang akan menerima kunjungan kami adalah negeri Johor, Kedah dan Perak.

Nak tahu tarikh bagi negeri yang lain?

Tunggguuuuuu.....

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ’Š UBAT BERLAINAN JENAMA, ADAKAH KEBERKESANAN MASIH SAMA?

Persepsi masyarakat terhadap ubat-ubatan generik perlu diubah. Masyarakat perlu faham bahawa untuk sesuatu ubat generik itu dibenarkan untuk dijual atau dipasarkan di dalam negara, ia perlulah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Proses pendaftaran ini adalah sangat terperinci serta perlu memenuhi pelbagai keperluan yang sangat ketat. Semua ubat-ubatan berdaftar di Malaysia dijamin dari segi kualiti, keberkesanan dan keselamatan.

Walaupun ubat berlainan jenama, keberkesanannya masih sama!

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
46% wanita 18 tahun ke atas tidak melakukan pemeriksaan kendiri payudara dan 71% wanita 40 tahun ke atas tidak pernah menjalani ujian mamogram.

Lakukan pemeriksaan kendiri payudara dan ujian mamogram sebelum terlambat!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita perlu kurangkan pengambilan gula setiap hari. Periksa label kandungan gula setiap makanan atau minuman yang dibeli.

1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

Amalkan budaya hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula

โžก๏ธ Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis
โžก๏ธ Hadkan pengambilan kuih atau kek yang manis atau bersalut gula
โžก๏ธ Elakkan snek tinggi gula
โžก๏ธ Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula"
โžก๏ธ Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan
โžก๏ธ Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula
โžก๏ธ Sediakan atau masak makanan dan minumam sendiri di rumah agar dapat mengawal penggunaan gula

Gula : 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
PENCEGAHAN & RAWATAN UNTUK INFLUENZA๐Ÿคง

Artikel ini ditulis oleh Puan Syakiroh binti Ismail, Pegawai Farmasi Hospital Tuanku Fauziah.

Influenza merupakan sejenis jangkitan pada saluran pernafasan yang biasanya disebabkan oleh virus influenza sama ada jenis A, B atau C. Di negara yang beriklim sejuk, virus influenza jenis A dan B biasanya akan menyebabkan jangkitan epidemik bermusim terutamanya sewaktu musim luruh, sejuk dan bunga. Sebaliknya di Malaysia yang beriklim tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Influenza boleh dijangkiti oleh seseorang individu melalui titisan air daripada salur pernafasan pesakit yang batuk atau bersin. Selain itu, jangkitan juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan yang telah tercemar dengan virus influenza.

๐†๐ž๐ฃ๐š๐ฅ๐š ๐๐š๐ง ๐ค๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐š๐ง ๐ข๐ง๐Ÿ๐ฅ๐ฎ๐ž๐ง๐ณ๐š
Setiap individu termasuklah individu yang sihat berisiko menghidap influenza. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa golongan warga emas yang berusia lebih 65 tahun, wanita mengandung, individu yang mempunyai sejarah penyakit kronik (asma, diabetes, hipertensi) dan kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun lebih berisiko untuk menghidap influenza yang lebih teruk.

Gejala influenza adalah hampir sama dengan selesema biasa. Simptom influenza yang biasa termasuklah demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit-sakit otot dan keletihan yang dialami dalam tempoh satu hingga empat hari pesakit dijangkiti. Lazimnya, pesakit yang dijangkiti akan sembuh dalam masa seminggu namun tanda-tanda lain seperti batuk dan keletihan mungkin akan berlanjutan hingga melebihi dua minggu. Namun begitu, sesetengah pesakit yang lebih berisiko berkemungkinan mengalami gejala yang lebih serius.

Influenza turut berisiko menyebabkan komplikasi yang agak teruk seperti jangkitan di bahagian hidung dan telinga. Selain itu, terdapat juga pesakit yang mengalami komplikasi yang lebih serius, contohnya pneumonia (jangkitan paru-paru), myocarditis (keradangan jantung), encephalitis (keradangan otak) dan kegagalan fungsi buah pinggang.

๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง ๐›๐š๐ ๐ข ๐ข๐ง๐Ÿ๐ฅ๐ฎ๐ž๐ง๐ณ๐š
Terdapat pelbagai langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengurangkan penularan influenza. Antaranya termasuklah melalui suntikan vaksin influenza yang bertujuan untuk mencegah golongan berisiko tinggi daripada dijangkiti virus influenza. Vaksin influenza ini bertindak dengan merangsang penghasilan antibodi semula jadi badan untuk melawan jangkitan virus influenza. Jenis vaksin influenza yang terdapat dalam pasaran termasuklah jenis quadrivalent (vaksin bertindak terhadap 4 subjenis virus) dan juga trivalent (vaksin bertindak terhadap 3 subjenis virus). Suntikan vaksin ini boleh didapati di klinik atau hospital swasta.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan jangkitan yang lain juga boleh diamalkan oleh orang awam, contohnya seperti dengan menjaga kebersihan diri dan tangan. Orang awam disaran untuk mengamalkan langkah mencuci tangan yang betul dengan menggunakan sabun dan air, atau menggunakan pensanitasi tangan sebagai alternatif. Orang awam dan pesakit yang bergejala harus sentiasa menggunakan pelitup muka ketika berada di tempat awam serta mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul.
๐‘๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐š๐ง ๐ข๐ง๐Ÿ๐ฅ๐ฎ๐ž๐ง๐ณ๐š
Secara umumnya, tiada rawatan yang khusus untuk influenza. Kebanyakan rawatan yang diberikan bertujuan untuk mengurangkan gejala jangkitan. Sebagai contoh, pesakit akan diberi ubat demam atau ubat tahan sakit untuk mengurangkan simptom demam dan sakit-sakit badan. Selain itu, pesakit juga dinasihatkan untuk minum air dengan mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi tubuh

Sekiranya gejala jangkitan tidak berkurangan atau bertambah teruk, pesakit hendaklah segera mendapatkan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan yang berdekatan. Pesakit berisiko tinggi yang mengalami gejala influenza yang serius mungkin akan diberikan ubat antiviral oleh doktor untuk mengelakkan komplikasi daripada berlaku.
Ubat antivirus seperti oseltamivir dan zanamivir merupakan antara jenis ubat yang digunakan untuk merawat influenza yang dihidapi oleh individu berisiko tinggi. Ubat antivirus ini perlu diambil dua kali sehari untuk tempoh lima hingga sepuluh hari. Ubat oseltamivir berisiko menyebabkan kesan sampingan seperti rasa loya, muntah, sakit kepala dan sakit perut.

๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ข๐ง๐๐ข๐ฏ๐ข๐๐ฎ ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ข๐ง๐Ÿ๐ฅ๐ฎ๐ž๐ง๐ณ๐š
Influenza boleh dicegah melalui suntikan vaksin dan langkah pencegahan lain yang disarankan. Individu yang mempunyai gejala hendaklah mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut daripada doktor. Sekiranya telah diberikan ubat antivirus oleh doktor, pesakit hendaklah mengambil ubat tersebut seperti yang diarahkan.

Kenali ubat anda, sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Center, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali cuti umum).

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
1 daripada 5 dewasa tidak minum cukup air kosong setiap hari.

Pastikan minum air kosong 6-8 gelas sehari dan biasakan minum air walaupun tidak berasa dahaga.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐ŸŽพDOPING adalah penggunaan bahan atau kaedah yang dilarang untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlet.

๐ŸŽพDOPING juga merujuk kepada penggunaan dadah atau ubat yang dilarang oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC).

๐ŸŽพMengapakah DOPING ini dilarang sama sekali? Nak tahu lebih lanjut? Jom kita tonton video ini ๐Ÿ˜‰

#kenaliubatanda #pharmacists #knowyourmedicine #doping

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk kekal aktif adalah seperti bermain ping pong dan joging.

Sekiranya tidak bersukan, boleh berjalan 10,000 langkah setiap hari untuk kekal aktif.

#MalaysiaSihat

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sesetengah ubat boleh memberi kesan yang tidak diingini sehingga menjejaskan pemanduan.

๐—˜๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฝ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ.

Ambil tahu sekiranya ubat anda boleh mempengaruhi pemanduan. Elakkan kemalangan, pandu dengan selamat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Rakyat Malaysia terdedah kepada asap rokok di bangunan kerajaan (28.3%) dan fasiliti kesihatan (18.4%).

Jangan cemari tempat-tempat ini dengan asap rokok.

Jika ada yang berdegil, laporkan ke saluran whatsapp 010-8608949

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Korang tau tak 4.6% penduduk Malaysia 16 tahun ke atas mengalami kemurungan ๐Ÿ˜ข. Jadi, penting untuk kita Take 5 untuk melalui cabaran hidup lebih baik ๐Ÿ’ช.

1. Kekal berhubung
2. Aktifkan diri
3. Syukur
4. Teroka minat
5. Beri

Jangan stres stres sangat dan lupa untuk Take 5 okay!

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
88% individu berumur 50 tahun ke atas tidak pernah melakukan saringan kanser kolorektal.

Jaga usus, jaga nyawa : Lakukan saringan kolorektal sekarang!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/09/30 10:31:21
Back to Top
HTML Embed Code: