Telegram Web Link
Bermula 15 Julai 2024, ujian pengesahan bagi COVID-19 ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—ฅ๐—ง๐—ž-๐—”๐—ป๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐—ป ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น (๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป) ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—–๐—ฅ.

Keputusan ujian COVID-19 tidak perlu lagi dimuat naik ke aplikasi MySejahtera. Keputusan ujian positif COVID-19 akan dilaporkan oleh pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kitak cergas sik? ๐Ÿ˜„

Mun kitak rasa kitak cergas juh sama-sama dalam segmen Kitak Cergas Sik.

๐Ÿ—“Tarikh : 19 Julai 2024 - 20 Julai 2024
โ˜€๏ธHari : Jumaat - Sabtu
๐Ÿ“Tempat : Permaisuri Imperial City Mall Miri, Sarawak.
โฐMasa : 2.30 Petang

Masuk FREE jak! Apa lagik? Juh Cergas! Hora Horey! ๐ŸŒธ

#didiandfriends #hepili #kkm #kembarasihatsejahtera #muzikaldidiandfriends #sarawak #miri
Berita baik!!!

Anda adalah EJEN yang kami cari untuk membina KOMUNITI SIHAT SEJAHTERA.

Bagaimana?

Jom jadi juara komuniti sebagai sukarelawan MyCHAMPION.

#MalaysiaSihat #mychampion

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ubat atau supplemen yang berdaftar dengan KKM, mempunyai dua ciri iaitu nombor pendaftaran MAL dan label keselamatan hologram.

Nombor pendaftaran MAL mempunyai 8 digit dan berakhir dengan huruf โ€œA, X, T atau Nโ€.

Contohnya : MAL 20041234 T

Semakan nombor pendaftaran boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara iaitu NPRA Product Status di Google Play Store atau Apple App Store.

Semakan label keselamatan hologram boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi Farmachecker di Google Play Store atau Apple App Store.

Sila hubungi Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor di talian 0351237333 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

โ€œTolak Ubat Tidak Sahโ€

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PARACETAMOL TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH IBU MENGANDUNG?

Sesetengah wanita memang dianugerahkan dengan kehamilan yang mudah dan kurang bermasalah. Namun, ramai juga yang sering sakit kepala, demam, sakit perut, rasa tidak sihat, dan mengalami pelbagai masalah kesihatan lain.

Jadi, adakah selamat untuk ibu hamil mengambil paracetamol?

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—ง๐—œ๐— ๐—จ๐— ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐——๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”.

Artikel ini telah ditulis oleh Encik Mohd Shahiri Abd Ghapar, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, penggunaan produk pelindung suria dilihat semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat. Produk ini menjadi salah satu daripada produk kosmetik yang sering dibeli dan digunakan, terutamanya oleh pengguna wanita. Penggunaan produk pelindung suria sememangnya memberi manfaat kepada pengguna, contohnya seperti mengelakkan selaran matahari (sunburn), membantu melambatkan tanda-tanda penuaan dan mengurangkan risiko kanser kulit.

Namun begitu, manfaat ini hanya dapat diperoleh sekiranya produk pelindung suria digunakan dengan cara yang betul dan bersesuaian dengan keperluan khusus pengguna. Oleh sebab itu, pengguna harus mengetahui kaedah yang tepat untuk memilih produk pelindung suria dan cara yang betul untuk menggunakan produk tersebut.

๐๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐  ๐’๐ฎ๐ซ๐ข๐š
Pengguna disaran agar mengambil kira beberapa faktor apabila memilih produk pelindung suria yang hendak digunakan bagi memastikan produk tersebut memberi kesan yang optimum.

Klik Bacaan lanjut ๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ
https://www.facebook.com/dutakenaliubatanda/posts/pfbid02mQM8iZgYqrfNTF8fyvEkHZhqEDAEjdSvECdRHeyWeFHiAUe2retVeu77M3fvW5ptl

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
Kitak orang molah apa hujung minggu tok? ๐Ÿค—

Juh berambeh bersama-sama dalam
KEMBARA SIHAT SEJAHTERA @hepili_official DAN @didiandfriends_malaysia ZON SARAWAK ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

Banyak aktiviti best untuk anak-anak kitak orang, yang penting boleh berjoget dan berlagu dengan Didi, Nana, Jojo dan Kak Min dalam Kembara Sihat Sejahtera HePiLI dan Didi & Friends.

๐Ÿ—“๏ธTarikh : 19 - 21 Julai 2024
โ˜€๏ธHari : Jumaat - Ahad
๐Ÿ“Tempat : Permaisuri Imperial City Mall Miri, Sarawak.
โฐMasa : 10 pagi - 10 malam

Masuk FREE jak! Apa lagik? Embak anak-anak kitak orang jumpa Didi & Friends! Hora Horey! ๐ŸŒธ

#didiandfriends #hepili #kkm #kembarasihatsejahtera #muzikaldidiandfriends #sarawak #miri
2 daripada 5 dewasa tidak mengetahui mereka menghidap Diabetes.

Diabetes yang tidak terkawal menyumbang kepada pelbagai komplikasi kesihatan.

Lakukan saringan kesihatan. Ubah gaya hidup anda.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
11.9% tidak mengetahui mereka mengalami Hipertensi.

Hipertensi yang tidak terkawal menyumbang kepada pelbagai komplikasi kesihatan.

Lakukan saringan kesihatan. Ubah gaya hidup anda.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sarapan adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah.

Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
TIP MASAK SENDIRI DI RUMAH

Trend makanan โ€œVIRALโ€ yang tinggi gula, garam dan saiz sajian yang besar menyumbang kepada tabiat makanan yang tidak sihat.

Tahukah anda, bahawa memasak di rumah memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan berbanding makan di luar kerana kita dapat merancang menu makanan yang lebih sihat dan seimbang. Selain itu, makanan yang disediakan di rumah lebih jimat, bersih dan selamat.

Jom kita lihat beberapa tip dalam penyediaan makan sihat di rumah!

Nutritionist Sabah

#masaksecarasihat
#masakdirumah
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
Lebih setengah juta dewasa di Malaysia menghidap 4 penyakit tidak berjangkit.

Patuhi rawatan anda dan amalkan pembudayaan hidup sihat.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tahukah andaโ“

Terdapat 2๏ธโƒฃ fungsi telinga iaitu untuk pendengaran dan keseimbangan. Telinga๐Ÿ‘‚๐Ÿป perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik.

Apabila kesihatan telinga tidak dijaga dengan baik, anda berisiko untuk mengalami gangguan pendengaran. Oleh itu, menjaga kesihatan telinga adalah sangat pentingโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
The First 1000 Days of Life

Tune in to Traxxfm at 11.30 am with Nur Azlina binti Abdul Aziz, Nutritionist from Nutrition Division, MOH.

#MalaysiaSihat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita kawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman kita setiap hari demi kesihatan diri dan keluarga tercinta.

Lebihkan manis dalam senyuman.
Gula, 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

- Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat daripada jenis Malassezia.

Tanda-tanda jangkitan Panau boleh dilihat pada kulit di bahagian badan seperti leher, dada dan beberapa bahagian lain yang kerap berpeluh. Ciri-ciri jangkitan panau dapat dilihat pada bahagian kulit adalah tompok jelas berwarna putih, merah jambu atau coklat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
1 daripada 2 dewasa di Malaysia menghabiskan masa lebih dua jam sehari dengan aktiviti duduk, baring atau bersandar.

Lakukan x-break selepas duduk dalam tempoh 2 jam berturut-turut bagi mencegah tingkah laku sedentari.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenal emosi ialah proses memahami, mengenalpasti, dan menyedari perasaan dan reaksi emosi yang dialami terutamanya oleh diri sendiri.

Mengenali emosi adalah penting untuk kesejahteraan dan kualiti hidup. Dengan mengenali emosi, kita dapat menguruskan perasaan dengan lebih efektif, berkomunikasi dengan lebih baik, meningkatkan produktiviti di tempat kerja, dan empati terhadap orang lain serta membolehkan kita mencari bantuan atau sokongan apabila diperlukan.

Secara keseluruhan, apabila kita dapat memahami dan menguruskan emosi, kita cenderung untuk merasa lebih puas dan gembira dengan kehidupan kerana ia adalah kunci untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, bahagia, dan produktif.

Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Buli Siber : Masalah Kesihatan Mental Pembuli, Kesannya Kepada Mangsa

Dengarkan sesi temu bual yang telah disiarkan pada 17 Julai 2024 di astro radio news bersama Dr. Norli binti Abdul Jabbar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/09/30 20:29:18
Back to Top
HTML Embed Code: