Telegram Web Link
Penjagaan selepas pembedahan katarak adalah sangat penting untuk memastikan pemulihan yang cepat dan efektif serta mengurangkan risiko komplikasi.

Penjagaan selepas pembedahan katarak itu penting‼️

1️⃣ Menghindari Infeksi: Salah satu risiko terbesar selepas pembedahan adalah infeksi. Mematuhi arahan doktor tentang penjagaan mata seperti menggunakan titisan mata yang diberikan, menjaga kebersihan tangan dan mengelakkan menggosok mata, sangat penting untuk mencegah infeksi.

2️⃣ Memastikan Penyembuhan yang Baik: Mata perlu masa untuk pulih sepenuhnya setelah pembedahan. Mengikuti semua arahan penjagaan selepas pembedahan membantu memastikan bahawa mata sembuh dengan baik dan penglihatan membaik sebagaimana mestinya.

3️⃣ Mengelakkan Komplikasi: Komplikasi seperti pembengkakan, pendarahan atau peningkatan tekanan dalam mata boleh terjadi setelah pembedahan. Pemantauan rutin dan pemeriksaan selepas pembedahan dapat mengidentifikasi masalah ini awal dan mengatasinya sebelum menjadi serius.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
HPV adalah sejenis virus yang boleh menjangkiti lapisan kulit dalam dan selaput mukosa. Terdapat lebih daripada 400 strain virus HPV dan setakat ini 13 strain berisiko menyebabkan Kanser Serviks, Kanser Vulva, Kanser Vagina atau Kanser Penis.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Menyimpan makanan dalam peti sejuk boleh membantu untuk meminimakan makanan menjadi basi, tercemar dan rosak.

⚠️ Namun, makanan yang disimpan dalam peti sejuk juga boleh rosak sekiranya cara penyimpanan makanan yang betul tidak dipatuhi dan pastikan kebersihan peti sejuk sentiasa dititikberatkan.

📌 Jom ikuti tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk bagi memastikan makanan yang disimpan selamat untuk dimakan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Terdapat penurunan kes Kanser Serviks di Malaysia. Trend penurunan ini dikaitkan dengan Program Imunisasi HPV, saringan kanser serviks yang dilakukan seawal usia 13 tahun oleh wanita dan rawatan awal yang diterima oleh wanita selepas dikesan mempunyai kanser serviks.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

12 Julai 2024

Aduan berkaitan Penjualan Vape menerusi Mesin Layan Diri (Vending Machine)
Demensia adalah kemerosotan fungsi kognitif. Demensia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.

Sebahagian dari pesakit Demensia kurang/ tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.

Cegah penyakit Demensia dengan melakukan aktiviti yangmemerlukan anda berfikir seperti bermain catur, bersosial,menyelesaikan teka teki, membaca dan lain-lain.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
TIP CEGAH KENAIKAN BERAT BADAN

"Alamak! Berat naik semula? Adoiii macam mana ni?"

Mencegah kenaikan berat badan memerlukan kombinasi disiplin, pengetahuan, dan tingkah laku seharian yang baik. Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu anda semua mengelakkan pertambahan berat badan yang tidak diingini. Jom sama-sama kita amalkan!

#cegahobesiti
#capaiBMInormal
#kawalberatbadan
#sukusukuseparuh
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
5 Kunci Keselamatan Makanan

1️⃣ Mencuci tangan
2️⃣ Asingkan bahan mentah dan makanan yang telah dimasak
3️⃣ Masak makanan dengan sempurna
4️⃣ Simpan makanan pada suhu yang selamat
5️⃣ Gunakan air yang bersih untuk membersihkan bahan mentah

Makanan selamat, keluarga bahagia.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Program Imunisasi Catch-Up HPV diberikan di sekolah secara percuma kepada pelajar yang tercicir daripada mengambil imunisasi HPV pada tahun 2021 hingga 2023.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jangkitan telinga👂🏻adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak 🧒🏻. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak.

Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

‼️Hentikan penggunaan putik kapas untuk mengorek telinga apabila terasa gatal atau kurang selesa kerana ia akan memudaratkan lagi telinga. Begitu juga bila anak-anak kita sakit telinga, jangan sesekali
mengorek guna putik kapas atau menghembus kuat dalamtelinga.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Buat masa ini, vaksin HPV hanya diberikan kepada remaja perempuan berusia 13 tahun. Namun bagi remaja perempuan berusia 14 - 16 tahun pada tahun 2024 yang masih belum mendapat vaksin ini, mereka boleh mendapatkan vaksin ini melalui pasukan kesihatan sekolah.

Bagi yang berumur 18 tahun ke atas, vaksin HPV boleh diambil tetapi perlindungan hanyalah kepada strain tertentu. Keberkesanan vaksin HPV ini lebih berkesan sekiranya vaksin ini di ambil dalam tempoh usia 9 - 20 tahun.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Malaysia memasuki fasa “𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵” kerana situasi COVID-19 dalam negara terus terkawal.

Kebanyakan kes yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

Pengurusan COVID-19 adalah sepertimana pengurusan penyakit berjangkit saluran pernafasan yang lain.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Malaysia memasuki fasa “𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵” kerana situasi COVID-19 dalam negara terus terkawal.

Kebanyakan kes yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital. Orang ramai diminta mengamalkan penilaian risiko kendiri.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bagi mereka yang terlepas daripada mengambil vaksin HPV ini pada tarikh janji temu yang ditetapkan, biasanya pasukan kesihatan sekolah akan buat lawatan kedua untuk mereka yang tidak hadir pada kali pertama.

Bagi yang tercicir (14 - 16 tahun pada tahun 2024 yang masih belum mendapat vaksin ini) atau bersekolah swasta, mereka boleh membuat janji temu di klinik kesihatan berhampiran.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
AWAS! MAKANAN ANDA MUNGKIN BERBAHAYA

Jom ambil tahu,
Saksikan kami di FB Live Wellness Hub Batu Pahat

🔗 https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat/
🗓 16.07.2024 (Selasa)
🕝 3.00 petang

Jangan lupa 🔒 lock tarikh tersebut kerana pelbagai info untuk anda dan e-sijil juga disediakan untuk anda 🫵🏼

#WellnessHubBP #MalaysiaSihatSejahtera #ANMS #KekalSihat #BPHebat
𝐑𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐡𝐢𝐭𝐚𝐦, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐠𝐮𝐬𝐢 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐡𝐮?

Tahukah anda?

Akar gigi yang terletak di dalam gusi tidak terkecuali daripada terkena penyakit karies.

Karies akar gigi sering tersembunyi dan kebanyakan pesakit tidak menyedari kehadirannya.

Dapatkan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun sebelum terlambat!

Jagalah gigi anda demi senyuman abadi.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PENGUMUMAN 📢📢📢
Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2024 kembali lagi!

🦷Dengan tema :
'123 senyum..Jaga gigi senyuman abadi'

🗓Tarikh pelaksanaan :
15 Julai 2024 - 21 Julai 2024

📢Set janji temu anda sekarang dan sertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik di klinik pergigian berdekatan....

#123senyum
#jagagigisenyumanabadi
#MPKP2024

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Sapuan fluorida merupakan salah satu kaedah pencegahan daripada berlakunya karies gigi.

Ianya adalah sejenis cecair yang mengandungi fluorida dan disapu pada permukaan gigi.

Kanak-kanak digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian di klinik pergigian berdekatan dan jika terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat karies gigi mereka memerlukan sapuan fluorida ini.

Jom bawa anak-anak anda ke klinik pergigian sekarang!

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Buli Siber : Masalah Kesihatan Mental Pembuli, Kesannya Kepada Mangsa

Dengarkan di astro radio news pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Norli binti Abdul Jabbar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

#MalaysiaSihat
2024/09/30 22:19:09
Back to Top
HTML Embed Code: