Telegram Web Link
Sambutan Hari Nyamuk Sedunia Tahun 2024

Dengarkan di astro radio news esok pada pukul 7.00 pagi bersama Dr. Ahmad Mohiddin bin Mohd Ngesom, Pegawai Sains (Kaji Serangga) dari Makmal Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, KKM

#MalaysiaSihat
Maggot Therapy untuk pesakit luka Diabetes.

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Mohd Zuraire bin Mohd Zubir dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.

#MalaysiaSihat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
KITA JANGAN STRESS2 okโ€ฆ KALAU STRESS BOLEH IKUT TAKE 5..

FAKTA 4.6% penduduk malaysia 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.

#malaysiasihat

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐— ๐—œ๐—ก๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ

Tahukah anda bahawa gula boleh menyebabkan ketagihanโ“ Semakin kerap anda mengambil gula, semakin sukar untuk anda meninggalkannya.

Marilah kita pilih minuman yang lebih sihat tanpa gula tambahanโ€ผ๏ธ

๐Ÿญ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚ ๐—ง๐—ฒ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—ต ๐—–๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฝ, ๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ถ๐—ธ, ๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ!

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
JOM KETAHUI 7 PERKARA SEBELUM HAMIL

Ada beberapa perkara yang para wanita perlu tahu sebelum hamil supaya diri anda dan bayi sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Sumber: Nutritionist KKM
โœจ Hey orang Penang! Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan bintang kegemaran anda di ๐—™๐—ถ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—”๐—ก๐— ๐—ฆ!

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 24 & 25 Ogos 2024
๐Ÿ“ Lokasi : Padang Taman Sembilang, Seberang Jaya

Saksikan kehadiran @Achey, @Atu, @BellNgasri, @MekYun dan ramai lagi!

Jom kita berseronok dengan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Anda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti basikal ๐Ÿšฒ dan peralatan rumah ๐Ÿ .

Jumpa anda di sana! ๐ŸŒŸ๐Ÿ’ช๐ŸŽ‰

#MalaysiaSihat #BudayakanHidupSihat #ANMS
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.

Imej yang ditularkan ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.
Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau 'groupchat' yang lain. Rujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kayak-kayak sampai tisu koyak ๐Ÿคญ Who said being active kena lift weights or run treadmills jer? Ada banyak cara nak kekal aktif sambil enjoyโ€”contohnya kayaking, hiking kat bukit-bukit, tanam bunga, cuci kereta, atau join dance class yang seronok! Bersukan tak semestinya boring, so find what you love and make it seronok so you also have a good time being active! Stay fit, have fun, and keep moving! ๐Ÿ’ชโœจ

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pengambilan minuman manis secara berlebihan boleh meningkatkan pengambilan kalori harian anda. Anda rasa susah untuk meninggalkan tabiat minum minuman manis secara berlebihan?

Jom tawan rasa mengidam anda terhadap minuman manis dengan pilihan yang lebih sihat.๐Ÿ‘๐Ÿป

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Mpox merupakan penyakit yang berpunca daripada virus monkeypox. Virus ini boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan. Ia juga boleh merebak melalui kontak secara langsung dengan peralatan yang telah dicemari cecair lepuh daripada individu yang dijangkiti mpox.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Jom serbu Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera ANMS! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ“… Tarikh: 24 & 25 Ogos 2024
๐Ÿ“ Lokasi: Padang Taman Sembilang

Semua yang best-best ada dekat sini! ๐Ÿ’ƒ Dari Kayuh Kilat hingga Zumba dan Pound. Jangan lepaskan peluang untuk berseronok dan menangi hadiah menarik, sambil kita sama-sama kukuhkan imuniti badan. ๐Ÿ’ชโœจ

Ajak kawan-kawan dan keluarga, kita jumpa di sana untuk gelak ketawa dan sihat dengan aktiviti best! ๐ŸŒŸ๐Ÿš€

#MalaysiaSihat #BudayakanHidupSihat #ANMS
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.

KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.

Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam semua.. Alhamdulilah

Lepas makan mesti mahu vape!! Vape!! Vape๐Ÿ˜ 

Memanglah rumah bukan kawasan larangan merokok, tapi janganlah sebab itu alasan kamu nak hembus dalam rumah. Tidak baik untuk kanak-kanak, tidak baik juga untuk kesihatan individu lain di sekeliling kamu.. Jangan lakukan tabiat buruk ini di rumah dan tempat awam.. Kanak-kanak juga nampak tabiat kamu dan dia akan tiru. Lebih baik lagi, kamu berhenti sajalah daripada tabiat merokok termasuk vape niโŒ

Lihat kesan-kesan nikotin pada diri.. ingatlah rokok & vape itu merbahaya ๐Ÿ˜ทSumber daripada https://infosihat.moh.gov.my/

Jangan lupa ramai-ramai datang ke Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera ANMS pada 24 & 25 Ogos 2024 di Padang Taman Sembilang (bersebelahan Lotus Seberang Jaya).

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/09/30 12:14:27
Back to Top
HTML Embed Code: