Telegram Web Link
HePiLI Runway 3R Fashion Show Zon Sarawak ๐Ÿ˜

Serlahkan bakat anak-anak anda dalam HePiLI Runway 3R Fashion Show!

Untuk pendaftaraan, ibu ayah boleh terus imbas kod QR yang tertera dan isikan butiran yang diperlukan. Terhad kepada 30 penyertaan sahaja tau.

Kami akan tutup penyertaan selepas cukup 30 pendaftaran. Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang! Hora Horey! ๐Ÿฅณ

#didiandfriends #kembarasihatsejahtera #kementeriankesihatanmalaysia #kkm #fashionshow #3rfashionshow #sarawak #miri
3 Julai 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bil.2/2024 ini dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh Ketua-ketua Setiausaha dan Pegawai-Pegawai Tinggi dari seluruh kementerian.

Fokus mesyuarat kali ini adalah untuk meneliti satu (1) kertas pertimbangan iaitu Pembentukan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) dan dua (2) kertas makluman iaitu Kertas Makluman Tinjauan Literasi Kesihatan Malaysia & Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi 2023 serta Kertas Makluman Status Kemajuan Pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera sebelum diangkat ke Mesyuarat Kabinet ANMS yang akan dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

#ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/share/p/w9iRgQyjmUP4xbDJ/?mibextid=oFDknk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Fungsi sistem limfatik adalah untuk membantu sistem pertahanan tubuh daripada sebarang jangkitan penyakit. Dengan bergerak lebih banyak, anda membantu sistem ini untuk berfungsi dengan lancar.

Jom bergerak aktif untuk meningkatkan imuniti badan setiap hari.

Kesihatan tubuh badan bermula daripada sistem limfatik yang baik!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Malaysia mencatat kes tertinggi demam campak (measles) dalam kalangan kanak-kanak berbanding negara lain di rantau pasifik barat. Seseorang individu dijangkiti berpotensi menyebarkan gejala kepada 12 sehingga 18 individu lain. Measles boleh dicegah melalui imunisasi dan vaksinasi.

Dapatkan rawatan sewajarnya sekiranya mengalami gejala demam beserta ruam.

#MalaysiaSihat

Sumber : Berita RTM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Makanan yang selamat adalah makanan yang bebas daripada punca-punca pencemaran. Ia juga berhubungkait dengan cara-cara pengendalian makanan yang bersih.

Makanan yang selamat dan berkualiti juga adalah makanan yang mematuhi keperluan standard dan keselamatan makanan dalam peraturan-peraturan makanan 1985.

#MalaysiaSihat

Sumber : Berita RTM
Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka. Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Walaupun masalah ini dianggap ringan dan boleh diubati sendiri tetapi jika tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi yang teruk.

Jerawat terjadi apabila liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik. Selain merawat masalah jerawat, terdapat juga cara untuk menghindari jerawat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sejak lebih 60 tahun Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dimulakan di Malaysia, kini terdapat 10 jenis vaksin digunakan untuk mencegah 13 penyakit cegahan vaksin untuk bayi dan kanak-kanak.

Antara penyakit cegahan vaksin adalah seperti Hepatitis B, Difteria, Tetanus, Batuk Kokol dan polio. Semua vaksin disediakan secara percuma di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan kepada semua kanak-kanak Malaysia dari lahir sehingga mencapai 15 tahun.

#MalaysiaSihat

Sumber : Berita RTM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
1 dalam 10 orang memakan makanan yang tercemar.

Antara faktor penyebab keracunan makanan adalah pencemaran silang, menyediakan makanan terlalu awal, mendedahkan makanan dalam suhu bilik lebih dari 4 jam dan pengendalian makanan yang tidak bersih.

#MalaysiaSihat

Sumber : Berita RTM
PEMAKANAN VEGETARIAN SEIMBANG

Amalan pemakanan vegetarian semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai sebab dikaitkan dengan amalan pemakanan vegetarian termasuk atas sebab kesihatan, kepercayaan, dan juga rasa sayang kepada alam dan haiwan.

Bagi pengamal vegetarian, terutamanya vegan, sangat penting untuk memastikan diet seimbang dan kepelbagaian jenis makanan bagi mengoptimumkan keperluan zat-zat seperti protein, kalsium, zink dan zat besi.

Jadi, pastikan kepelbagaian dalam pengambilan sumber legum, bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengekalkan diet yang seimbang memenuhi semua keperluan zat setiap hari.

Amalkan suku suku separuh dalam perancangan menu harian anda untuk memastikan keseimbangan!

Sumber: Nutritionist KKM
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

โ€œLiving With COVID-19โ€
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
1 daripada 2 dewasa di Malaysia mengamalkan hidup sedentari.

Hasil dapatan NHMS 2023 mendapati rakyat Malaysia berhadapan dengan 3 penyakit utama iaitu kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi serta faktor risiko obesiti.

Ubah gaya hidup anda. Jom amalkan budaya hidup sihat.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan merupakan 'regulatory authority' yang menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang rantaian bekalan makanan, pemantauan di pintu masuk, menjalankan penguatkuasaan di premis makanan, pengawasan di kilang makanan, dan pemantauan di kantin sekolah.

Penyenaraian Pengusaha Makanan untuk home-based adalah fokus kepada industri makanan dari rumah. Mereka juga perlu menjalani latihan pengendali makanan dan pemilik perlu mengambil vaksinasi tifoid.

#MalaysiaSihat

Sumber : Berita RTM
Musim cuaca panas โ˜€๏ธ yang melanda negara memberi banyak kesan terhadap kesihatan kita semua.

Jom ikuti tip keselamatan makanan semasa musim panas yang perlu diambil perhatian bagi mengelakkan makanan tercemar dan berlaku keracunan makanan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
JOM BIASAKAN DERIA RASA DGN KURANG MANIS!

Pengambilan gula yang tinggi dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan deria rasa kurang sensitif terhadap rasa manis dan menyebabkan pengambilan lebih banyak gula bagi memberi rasa manis.

Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu

#kurangkangula
#kurangmanis
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
Malaysia sekarang berada dalam situasi yang lebih baik dan bersedia untuk peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป ('๐—›๐—ผ๐—บ๐—ฒ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ข๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ' - ๐—›๐—ฆ๐—ข) serta ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ yang berkuatkuasa pada ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sekiranya pengusaha home-based tidak mematuhi perundangan yang ditetapkan dan didapati bersalah, mereka boleh didenda tidak lebih daripada RM 10,000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun.

#MalaysiaSihat

Sumber : Berita RTM
Malaysia sekarang berada dalam situasi yang lebih baik dan bersedia untuk peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป ('๐—›๐—ผ๐—บ๐—ฒ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ข๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ' - ๐—›๐—ฆ๐—ข) serta ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ yang berkuatkuasa pada ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
2024/10/01 10:18:37
Back to Top
HTML Embed Code: