Telegram Web Link
Bersenam ๐Ÿƒ๐Ÿป membawa banyak kebaikan bukan hanya untuk turunkan berat badan sahaja tapi terdapat banyak lagi manfaat lain untuk kesihatan.
Pentingโ€ผ๏ธPengambilan air ๐Ÿ’งyang cukup sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti senaman.

โš ๏ธ Ini dapat mengelakkan daripada dehidrasi dan kekejangan otot dan juga kekal bertenaga semasa aktiviti senaman.
Kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian.

Dikongsikan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan obesiti.
๐ŸŒน๐ŸŒนWanita dijulang, negara gemilang...19 Mei (Ahad) ini, Jom hadirkan diri mendapat manfaat kesihatan wanita terutamanya di Dewan Serbaguna Sri Sulong, BATU PAHAT. Lelaki? Jangan risau tetap boleh hadir sama, sokonglah wanita kesayangan anda ! ๐ŸŒน
Gout berpunca daripada paras asid urik yang tinggi dalam tubuh. Asid urik merupakan bahan kumuh yang terbentuk daripada sejenis protein yang dikenali sebagai purin.

Dalam keadaan normal, tubuh akan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang. la membentuk kristal dan berkumpul dalam sendi.

Jadi, anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga berat badan, menghadkan pemakanan tinggi purin dan mengurangkan pengambilan alkohol bagi menjawab dan mengelakkan penyakit gout ini.
Pemilihan makanan yang selamat dan bersih penting untuk menjamin kesihatan. Keracunan makanan boleh berlaku sekiranya kita mengambil makanan yang rosak.

โš ๏ธ Perhatikan ciri-ciri makanan yang rosak berikut sebagai langkah pencegahan.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa COVID-19 di Malaysia Minggu Epidemiologi 20/52 (12 Mei โ€“ 18 Mei 2024)
Pengambilan diet yang tinggi zat besi dapat membantu tubuh mengekalkan hemoglobin / sel darah merah ๐Ÿฉธ di tahap yang optimum.๐Ÿ‘๐Ÿป

โ€ผ๏ธAmbil makanan tinggi zat besi ini dalam setiap hidangan utama anda.
Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah ๐Ÿฉธ yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen ๐Ÿงฌ yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.

โ€ผ๏ธJika tidak dirawat, pesakit talasemia boleh membawa maut yang disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.
Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai โ€˜Vascular Headacheโ€™.

Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang. Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda. Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migraine.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
5 Mesej Utama Pinggan Sihat Malaysia

1๏ธโƒฃ Makan 3 hidangan utama yang sihat dalam sehari
2๏ธโƒฃ Makan 1-2 makanan ringan yang sihat antara waktu jika perlu
3๏ธโƒฃ Pastikan sekurang-kurangnya separuh daripada bijirin anda makan adalah bijirin penuh
4๏ธโƒฃ Makan hidangan tidak bergoreng dan tanpa santan setiap hari
5๏ธโƒฃ Makan makanan yang dimasak di rumah lebih kerap

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat.๐Ÿ‘๐Ÿป

Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah ๐Ÿฅ•๐Ÿฅš๐Ÿ— sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.

โ€ผ๏ธJom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat.
Jantung ๐Ÿซ€ merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh. Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, obesiti serta hipertensi merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung.

โ€ผ๏ธDengan amalan yang betul ๐Ÿ‘๐Ÿป dan pemilihan makanan yang baik, kita boleh menjaga kesihatan jantung dengan lebih efektif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024.

Kelayakan akademik dalam bidang Seni Reka Grafik dan Multimedia (Video).

Kepada yang memenuhi kelayakan boleh e-mel permohonan ke [email protected]
Sebulan berpuasa pasti ada antara kita yang berjaya mengurangkan berat badan. ๐Ÿ‘๐Ÿป Namun, adakah ia mampu bertahan sehingga selepas Syawalโ“โœจ

Juadah ๐Ÿฒ enak seperti lemang, ketupat dan rendang yang terhidang mustahil untuk kita tolak. Sudah pasti tidakโ€ผ๏ธ
Bila berat badan naik ๐Ÿ“ˆ mulalah salahkan lemang dan ketupat sebagai punca.

Jangan risau, jom ikuti tip untuk mendapatkan berat badan yang ideal semula.โœจ
Bagi bakal jemaah yang akan menyahut panggilan haji ๐Ÿ•‹ pada tahun ini, banyak perkara yang perlu dipersiap sebelum bertolak ke Tanah Suci.

Selain kelengkapan pakaian, persediaan ubat-ubatan juga perlu dilakukan agar dapat menjalankan ibadah dengan sebaiknya. Jom kita pelajari contoh-contoh ubat yang sesuai dibawa semasa mengerjakan ibadah haji.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
PENGURUSAN UBAT INSULIN : OPERASI MASYAIR

Sebelum bermulanya Operasi Masyair, sediakan bekalan insulin untuk tempoh penggunaan maksimum selama 5๏ธโƒฃ hari. Semasa Operasi Masyair, bawa suntikan insulin yang sedang digunakan dalam bagasi tangan, manakala bekalan insulin yang belum digunakan perlu disimpan dalam beg sejuk bersama-sama pek ais.
Hampir 2.3 juta (5.1%) dewasa di Malaysia menghidap tiga penyakit tidak berjangkit iaitu;

๐——๐—ถ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐˜€, ๐—›๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—น ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ

Elakkan risiko berganda bagi serangan sakit jantung dan strok dengan amalan gaya hidup sihat:

๐Ÿ“Œ Kawal berat badan
๐Ÿ“Œ Makan secara sihat dan seimbang serta kurangkan makanan tinggi garam, gula dan lemak
๐Ÿ“Œ Pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong yang mencukupi
๐Ÿ“Œ Amalkan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari
๐Ÿ“Œ Berhenti merokok

Jom lakukan saringan berkala. Ia mudah, cepat, dan selamat.

Saring segeraโ€ผ๏ธ Jangan bertangguh, anda mungkin sudah mengidap penyakit tidak berjangkit tanpa disedari.

#KKMPrihatin
#KKMsihat
#MalaysiaMadani
Cuti sekolah dah tiba!

Bagi anak-anak, cuti sekolah adalah merupakan waktu yang paling dinantikan. Inilah waktunya untuk bergembira sambil mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dengan meluangkan masa bersama-sama.

Dah rancang apa aktiviti untuk cuti sekolah? Dikongsikan tip aktiviti cuti sekolah secara sihat.

#KKMPrihatin
#kkmsihat
#MalaysiaMadani
2024/09/28 20:20:11
Back to Top
HTML Embed Code: