@sekadarmonolog
Jika satu hari nanti,
Takdir Tuhan akhirnya tidak menyatukan kita,
Takdir Tuhan akhirnya tidak menyebelahi perancangan kita,
Aku mahu kita tetap bersyukur,
Kerana kita pernah dipertemukan di perjalanan.

Di titik terendahku,
Aku tetap berusaha untuk terus mencintainya,
Hanya kerana aku tidak mahu kehilangannya.

Siapa kita untuk menghakimi seseorang atas dosanya?
Layakkah kita untuk menghukum seseorang atas kesilapannya?
Siapa kita untuk membenci seseorang atas kesalahannya?
Bersyukurlah,
Kerana dosa, silap, dan salah kita,
Tuhan masih menutupnya rapi.

Dan pada hari ini,
Kita tetap bangkit dan meneruskan perjalanan kehidupan,
Kerana secebis harapan yang masih dirasa.
Maka dengan itu,
Teruslah berharap setiap hari,
Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha,
Untuk tidak gagal kerana putus asa.

Baru sahaja aku ingin menghembuskan nafas lega,
Baru sahaja aku ingin menarik nafas baru,
Baru sahaja aku ingin melapangkan dada,
Dan untuk kesekian kalinya,
Dada ini terasa sempit dan sesak kembali.
Benarlah,
Dunia ini bukan tempat untuk bersenang-lenang.

Mungkin nanti takdir Tuhan tidak akan menyatukan,
Sekurangnya takdir Tuhan pernah mempertemukan.

Mungkin aku takkan mampu melupakan semuanya,
Tetapi sekurangnya aku sudah tidak menoleh ke belakang semula.

Di detik yang belum kita lewati,
Apa pun yang terjadi,
Aku harap,
Kau dan aku tetaplah kita.
Di detik yang belum kita lewati,
Apa pun yang terjadi,
Aku harap,
Kau dan aku tetaplah kita.
@sekadarmonolog
“Jangan berlarut-larut dalam berduka,
Apapun yang hilang darimu,
Akan kembali lagi dalam wujud lain,
Dengan versi yang lebih baik.”
“Jangan berlarut-larut dalam berduka,
Apapun yang hilang darimu,
Akan kembali lagi dalam wujud lain,
Dengan versi yang lebih baik.”
@sekadarmonolog
Untuk segala kesilapan, kesalahan, keburukan yang kau lakukan terhadap seseorang,
Untuk segala kecurangan, pengkhianatan, ketidakjujuran yang kau lakukan terhadap seseorang,
Jangan pernah kau gunakan ‘takdir’ sebagai alasan,
Jangan pernah kau gunakan ‘untuk menjaga hati’ sebagai alasan.

Takkan aku buka lagi helaian memori,
Yang tertulis namamu,
Takkan aku selak lagi helaian kenangan,
Yang tertulis tentangmu,
Takkan aku baca lagi helaian puisi,
Yang pernah aku tulis tentangmu,
Dan aku berharap,
Setiap helaian itu akhirnya akan reput perlahan-lahan.

“Mengemis untuk sebuah khabar itu melelahkan,
Mengemis untuk selalu dicintai itu menyakitkan,
Mengemis untuk selalu minta waktu itu menyesakkan.
Orang jika sudah dibutakan atau dibodohkan cintanya manusia,
Akan melakukan apapun supaya dia dianggap ada,
Bahkan sekalipun dia rela menjatuhkan harga dirinya.”