Telegram Web Link
Tips waktu minum air putih 8 gelas sehari.

. 6.00am : 1 gelas
. 7.00am : 1 gelas
. 10.00am : 1 gelas
. 1.00pm : 1 gelas
. 3.00pm. : 1 gelas
. 5.00pm : 1 gelas
. 8.00pm : 1 gelas
. 10.00pm : 1 gelas

Minum air sepanjang hari sampai urine jernih ๐Ÿ‘Œ๐Ÿป

@penagadismerah๐ŸŒธ
SOAL JAWAB

LETAK QURAN BERSAMA MAYAT WAKTU MENANAMNYA

SOALAN:

Saya pernah melihat di sebuah negara jiran ketika menanam mayat ada setengah orang yang meletakkan bersama mayat di dalam kubur akan Quran dan adakah ia memberi manfaat kepada mayat?

JAWAPAN:

Perbuatan meletakkan Quran bersama mayat ketika ia ditanam tidak disuruh oleh syarak dan tidak memberi manfaat kepada mayat.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr:

ู„ูŠุณ ุตุญูŠุญุง ุฃู† ู…ุฌุฑุฏ ูˆุถุน ุงู„ู…ุตุญู ู…ุน ุงู„ู…ูŠุช ูŠุดูุน ู„ู‡ุŒ ูุฅู† ูˆุถุนู‡ ู„ูŠุณ ู…ู† ุนู…ู„ู‡ ูˆุฅู†ู…ุง ู‡ูˆ ู…ู† ุนู…ู„ ุบูŠุฑู‡ุŒ ูˆุงู„ู…ูŠุช ูŠู†ูุนู‡ ุนู…ู„ู‡ ู‡ูˆ ูˆูŠุดูุน ู„ู‡ ุนู†ุฏ ุงู„ู„ู‡ุŒ ูˆูƒุฐู„ูƒ ูŠู†ูุนู‡ ุนู…ู„ ุบูŠุฑู‡ ู…ู…ุง ู†ุต ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุฏูŠู†ุŒ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุฏุนุงุก ู„ู‡ุŒ ูˆุงู„ุตุฏู‚ุฉ ุนู„ูŠู‡ุŒ ูˆู‡ุจุฉ ุงู„ู‚ุฑุจุงุช ู…ู† ุงู„ุตู„ุงุฉ ุงู„ู†ุงูู„ุฉ ูˆุงู„ุตูŠุงู… ูˆู‚ุฑุงุกุฉ ุงู„ู‚ุฑุขู† ูˆุงู„ุญุฌ ูˆุงู„ุนู…ุฑุฉ.
ูˆุฃู…ุง ูˆุถุน ุงู„ู…ุตุญู ู…ุนู‡ ูู„ู† ูŠุดูุน ู„ู‡ุŒ ูˆู‡ูˆ ุบูŠุฑ ุฌุงุฆุฒุŒ ู„ุฃู† ุงู„ู…ุตุญู ู…ุชุนุฑุถ ู„ู„ุชู„ูˆุซุŒ ูˆุฐู„ูƒ ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ

Maksudnya: โ€œTidaklah sahih dengan semata-mata meletakkan mushaf bersama mayat memberi pertolongan baginya. Maka sungguhnya meletakkan mushaf bukanlah dari amalannya kerana ia adalah amalan orang lain. Yang memberi pertolongan bagi mayat itu ialah amalannya yang akan memberi pertolongan baginya disisi Allah.
Dan seperti itu juga memberi pertolongan bagi mayat itu amalan orang lain dari yang dinaskan atasnya disisi syarak seperti doa bagi mayat dan sedekah atasnya dan menghadiahkan pahala dari solat yang sunat dan puasa dan membaca Quran dan haji dan umrah.

Ada pun meletakkan mushaf serta mayat itu tidak menolongnya dan iaitu tidak harus kerana sungguhnya mushaf itu terdedah kepada kekotoran dan yang demikian itu tidak harus.โ€ [Lajnah Fatwa Al-Azhar]

Kesimpulan

Tidak disuruh meletakan mushaf Al-Quran bersama mayat ketika menanamnya dan perbuatan tersebut tidak memberi manfaat kepada mayat.

Yang memberi manfaat kepada mayat ialah amalanya ketika hidup atau orang lain melakukan amal baginya seperti doa, sedekah dan seumpamanya.

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
SOAL JAWAB

MENCERITAKAN AIB MAYAT

SOALAN:

Ketika dilakukan urusan ke atas jenazah seseorang yang telah mati apakah hukumnya menceritakan aib yang ada pada mayat tersebut kepada orang lain?

JAWAPAN:

Perbuatan menceritakan aib yang ada pada mayat orang Islam adalah haram dan dilarang oleh syarak sekali pun perkara yang diceritakan itu adalah benar.

Apa yang disuruh oleh agama ialah apabila mati seseorang dari kaum muslimin maka ceritakanlah perkara yang baik berkenaan si mati.

Diriwayatkan daripada Athaโ€™ bin Abi Rabah daripada Abdullah bin Umar r.a. sunguhnya Rasulllah SAW bersabda:

ุงุฐู’ูƒูุฑููˆุง ู…ูŽุญูŽุงุณูู†ูŽ ู…ูŽูˆู’ุชูŽุงูƒูู…ู’ ูˆูŽูƒููู‘ููˆุง ุนูŽู†ู’ ู…ูŽุณูŽุงูˆููŠู‡ูู…ู’

Maksudnya: โ€œSebutlah keelokkan mayat-mayat kamu dan tahanlah dari menyebut keburukkan mayat-mayat kamu.โ€ [Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud]

Menceritakan aib orang yang masih hidup adalah haram tetapi menceritakan aib orang yang sudah mati adalah terlebih lagi haramnya kerana orang yang masih hidup ada kemungkinan meminta halal darinya tidak sebagaimana orang yang telah mati.

Orang-orang yang menguruskan jenazah lebih-lebih lagi wajib menjaga daripada larangan ini kerana mereka selalu terdedah dengan hal orang yang sudah mati.

Berkata fuqahak pada bab memandikan orang mati:

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽู‰ ุงู„ู’ุบูŽุงุณูู„ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูŠู‘ูุชู ู…ูŽุง ูŠูุนู’ุฌูุจูู‡ู ูƒูŽุงุณู’ุชูู†ูŽุงุฑูŽุฉู ูˆูŽุฌู’ู‡ูู‡ู ูˆูŽุทููŠุจู ุฑููŠุญูู‡ู ูˆูŽุณูุฑู’ุนูŽุฉู ุงู†ู’ู‚ูู„ูŽุงุจูู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูุบู’ุชูŽุณูŽู„ู ุงุณู’ุชูุญูุจู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุชูŽุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽ ุจูู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ุฑูŽุฃูŽู‰ ู…ูŽุง ูŠูŽูƒู’ุฑูŽู‡ู ูƒูŽู†ูŽุชู’ู†ูู‡ู ูˆูŽุณูŽูˆูŽุงุฏู ูˆูŽุฌู’ู‡ูู‡ูุŒ ุฃูŽูˆู’ ุจูŽุฏูŽู†ูู‡ู ุฃูŽูˆู ุงู†ู’ู‚ูู„ูŽุงุจู ุตููˆุฑูŽุชูู‡ู ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุชูŽุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽ ุจูู‡ู

Maksudnya: "Apabila orang yang memandikan mayat melihat suatu yang yang ajaib seperti bercahaya wajah mayat tersebut dan harum baunya dan senang dimandikannya maka sunat diceritakan dengannya. Dan jika dia melihat suatu yang tidak elok seperti bau yang keji dan hitam mukanya atau badannya atau bertukar rupanya maka tidak boleh ia ceritakan dengannya.โ€

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
SOAL JAWAB

MASAK IKAN SEKALI DENGAN DARAH

SOALAN:

Adakah harus makan ikan sejenis masakan orang Jepun dimana darah ikan yang ada pada isi ikan tidak dibasuh terlebih dulu kerana dimasak bersama darahnya?

JAWAPAN:

Darah yang mengalir samada yang terdapat pada ikan atau daging atau lainnya adalah najis dan memakannya adalah haram.

Oleh kerana itu wajib membersihkannya terlebih dulu sehingga bersih sebelum memasaknya untuk dimakan.

Allah SWT berfirman:

ู‚ูู„ ู„ู‘ูŽุง ุฃูŽุฌูุฏู ูููŠ ู…ูŽุง ุฃููˆุญููŠูŽ ุฅูู„ูŽูŠู‘ูŽ ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ู‹ุง ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุทูŽุงุนูู…ู ูŠูŽุทู’ุนูŽู…ูู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽู† ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ู…ูŽูŠู’ุชูŽุฉู‹ ุฃูŽูˆู’ ุฏูŽู…ู‹ุง ู…ู‘ูŽุณู’ูููˆุญู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ู„ูŽุญู’ู…ูŽ ุฎูู†ุฒููŠุฑู

Maksudnya: โ€œKatakanlah tidak aku dapati pada apa yang telah diwahyukan kepada aku suatu yang diharamkan atas memakannya melainkan bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi.โ€ [Al-Anโ€™am: 145]

Berkata Imam Nawawi:

ูˆุงู„ุฃุตุญู‘ู ููŠ ุงู„ุฌู…ูŠุน ุงู„ู†ุฌุงุณุฉุŒ ูˆู…ู…ู† ู‚ุงู„ ุจู†ุฌุงุณุฉ ุฏู… ุงู„ุณู…ูƒ ู…ุงู„ูƒ ูˆุฃุญู…ุฏ ูˆุฏุงูˆุฏ

Maksudnya: โ€œDan yang paling sahih (pada mazhab Syafie) sekelian itu adalah najis. Dan setengah dari ulamak yang mengatakan najisnya darah ikan itu ialah Imam malik dan Imam Ahmad dan Daud Az-Zahiri.โ€ [Syarah Sahih Muslim]

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
"The greatest glory in living lies not in never falling, but in rising every time we fall."
โ€” Nelson Mandela

@penagadismerah ๐Ÿฌ
"Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma โ€“ which is living with the results of other people's thinking."
โ€” Steve Jobs

@penagadismerah ๐Ÿฌ
"If you look at what you have in life, you'll always have more. If you look at what you don't have in life, you'll never have enough."
โ€” Oprah Winfrey

@penagadismerah ๐Ÿฌ
"Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up."
โ€” Thomas A. Edison

@penagadismerah ๐Ÿฌ
"If you set your goals ridiculously high and it's a failure, you will fail above everyone else's success."
โ€” James Cameron

@penagadismerah ๐Ÿฌ
"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams."
โ€” Eleanor Roosevelt

@penagadismerah ๐Ÿฌ
"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched - they must be felt with the heart."
โ€” Helen Keller

@penagadismerah ๐Ÿฌ
"Always remember that you are absolutely unique. Just like everyone else."
โ€” Margaret Mead

@penagadismerah ๐Ÿฌ
"When you reach the end of your rope, tie a knot in it and hang on."
โ€” Franklin D. Roosevelt

@penagadismerah ๐Ÿฌ
"You have brains in your head. You have feet in your shoes. You can steer yourself any direction you choose."
โ€” Dr. Seuss

@penagadismerah ๐Ÿฌ
SOAL JAWAB

LETAK SYURGA NABI ADAM

SOALAN:

Dalam Quran menyebut cerita nabi Adam dengan Siti Hawa dahulunya duduk di dalam syurga. Adakah syurga yang mereka duduk ini ialah syurga yang pada hari kiamat yang orang-orang Islam akan masuk itu atau pun syurga yang lain?

Ini adalah kerana ada orang yang kata syurga Nabi Adam duduk itu syurga yang ada dibumi ini. Mohon jawapan.

JAWAPAN:

Menurut pendapat majoriti ulamak-ulamak ahlu sunnah wal jamaah syurga yang diduduki oleh Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa dahulu itu ialah syurga yang kekal yang akan masuk ke dalamnya di akhirat nanti oleh sekelian orang-orang yang beriman.

Tersebut pada kitab Al-Mawahibu Li ad-Diniyah:

ุฃู† ุฌู…ู‡ูˆุฑ ุงู„ุฃุดุงุนุฑู‡ ู‚ุงู„: ู‡ู‰ ุฌู†ุฉ ุงู„ุฎู„ุฏุŒ ุจู„ ุญูƒู‰ ุฅุฌู…ุงุน ุฃู‡ู„ ุงู„ุณู†ุฉ ุนู„ูŠู‡

Maksudnya: โ€œSesungguhnya majoriti ulamak Al-Asyaโ€™irah berkata syurga tersebut adalah syurga kekal di akhirat . Bahkan telah dihikayatkan menjadi ijmak ahlu sunnah atasnya.โ€

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
SOAL JAWAB

LARANGAN MENYAPU MUKA DALAM SOLAT

SOALAN:

Saya ingin bertanya tentang satu hadis yang mana dalam hadis itu Nabi melarang menyapu muka dalam sembahyang.

Jadi adakah ia tidak berlawanan dengan amalan setengah orang yang menyapu mukanya selepas sembahyang?

Kemungkinan hadis yang tuan maksudkan itu ialah hadis berikut.

ุซู„ุงุซุฉ ู…ู† ุงู„ุฌูŽููŽุงุก: ุฃู†ูŽ ูŠูŽู…ุณุญ ุงู„ุฑุฌู„ ุฌุจู’ู‡ูŽุชูŽู‡ ู‚ุจู„ ุฃู† ูŠูŽูู’ุฑูุบ ู…ู† ุตู„ุงุชู‡ุŒ ูˆุฃู† ูŠุจูˆู„ ู‚ุงุฆู…ู‹ุงุŒ ูˆุฃู† ูŠุณู…ุน ุงู„ุฃุฐุงู† ูˆู„ุง ูŠู‚ูˆู„ ู…ุซู„ ู…ุง ูŠู‚ูˆู„ ุงู„ู…ุคุฐู†

Maksudnya: โ€œTiga perkara menyalahi sunnah iaitu menyapu seorang akan dahinya sebelum selesai sembahyang dan kencing seorang dengan berdiri dan seorang yang mendengar azan tetapi tidak menjawabnya.โ€ [Hadis diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ibnu 'Adi dengan lafaz yang berlainan iaitu ditambah dengan larangan meniup dalam solat]

Maksud larangan menyapu dahi atau muka dengan tangan ketika sedang sembahyang kerana orang yang sembahyang itu dituntut hadir hatinya mengingati Allah maka menyapu dahi atau muka atau seumpamanya itu menafikan khusyuk dan hadir hati. Maka dimakruhkan perbuatan ini didalam sembahyang dan ia bukan dari sunnah.

Ada pun amalan orang yang menyapu mukanya selepas sembahyang itu tidak dilarang dan tidak ada kaitan dengan hadis di atas ini kerana amalan menyapu muka yang dilakukan oleh mereka itu ialah selepas salam sembahyang.

Jadi hadis di atas ini ialah larangan menyapu dahi atau muka di dalam sembahyang kerana Nabi SAW menyebut dengan jelas iaitu sebelum selesai sembahyang.

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
SOAL JAWAB

SEDEKAH HUTANG YANG TIDAK DITEMUI TUANNYA

SOALAN:

Kalau kita ada berhutang dengan seseorang tetapi ketika hendak membayarnya tuannya menghilangkan diri jadi bolehkah kita sedekah duit tersebut?

JAWAPAN:

Membayar hutang adalah wajib bila sampai tempuhnya dan jika tidak ada tuan hutang nescaya wajib mencarinya. Jika tuan hutang sudah mati maka wajib diserahkan duit tersebut kepada warisnya. Oleh kerana itulah haram bersedekah duit hutang yang tuannya sudah mati sebelum menyerahkan kepada warisnya.

Ada pun jika warisnya pun tidak dapat ditemui lagi maka haruslah bersedekah pada ketika itu.

Berkata Imam Al-Ghazali:

ุฃู† ุงู„ุฐู†ูˆุจ ุงู„ุชู‰ ุจูŠู† ุงู„ุนุจุงุฏ ุฅู…ุง ูู‰ ุงู„ู…ุงู„ ูˆูŠุฌุจ ุฑุฏู‡ ุนู†ุฏ ุงู„ู…ูƒู†ุฉ ูุฅู† ุนุฌุฒ ู„ูู‚ุฑ ุงุณุชุญู„ู‡ ูุฅู† ุนุฌุฒ ุนู† ุงุณุชุญู„ุงู„ู‡ ู„ุบูŠุจุชู‡ ุฃูˆ ู…ูˆุชู‡ ูˆุฃู…ูƒู† ุงู„ุชุตุฏู‚ ุนู†ู‡ ูุนู„ู‡ ูˆุฅู„ุง ูู„ูŠูƒุซุฑ ู…ู† ุงู„ุญุณู†ุงุช ูˆูŠุฑุฌุน ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ูˆูŠุชุถุฑุน ุฅู„ูŠู‡ ูู‰ ุฃู† ูŠุฑุถูŠู‡ ุนู†ู‡ ูŠูˆู… ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉ .ุงู‡ู€

Maksudnya: โ€œSungguhnya segala dosa itu yang antara manusia adakalanya pada harta. Maka wajiblah mengembalikannya kepada tuannya ketika mampu. Maka jika tidak mampu kerana miskin misalnya maka hendaklah meminta halal dari tuannya. Dan jika tidak dapat meminta halal dari tuannya sebab tiada dapat dikesan tuannya atau telah mati dan andainya mampu bersedekah maka bersedekahlah daripadanya. Kalau bersedekah pun tidak mampu maka banyakkanlaah melakukan amal kebajikan dan menyerahkan kepada Allah dalam keadaan rendah diri mudah-mudahan tuannya redha daripadanya pada hari kiamat nanti.โ€ [Kitab Minhajul Abidin]

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
"Memaafkan itu tidak mudah.

Tetapi, orang-orang yang bertakwa sangat mudah memaafkan seseorang biarpun kesalahan orang itu sangat besar terhadap nya.

Itulah orang yang jiwa hatinya sentiasa bersih."


@penagadismerah๐Ÿฌ
2024/10/01 05:03:55
Back to Top
HTML Embed Code: