Telegram Web Link
SOAL JAWAB

PICIT JERAWAT DALAM SOLAT

SOALAN:

Adakah perbuatan memicit jerawat pada muka boleh membatalkan solat?

JAWAPAN:

Jika seorang memicit jerawat di dalam solat dan keluar darah yang sedikit iaitu tidak meleleh dari jerawatnya itu maka ia dimaafkan yakni solatnya tidak batal kerana dikira sedikit.

Tetapi jika banyak keluar darah seperti meleleh darah itu lebih dari tempat jerawat maka batal solatnya kerana dikira najis yang banyak dan lagi dengan perbuatannya.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami:

ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุจู’ุทูู„ู ุจูุฏูŽู…ู ู†ูŽุญู’ูˆู ุจูุฑู’ุบููˆุซู ูˆูŽุจูŽุซู’ุฑูŽุชูู‡ ู…ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒู’ุซูุฑู’ ุจูู‚ูŽุชู’ู„ู ูˆูŽุนูŽุตู’ุฑู ุง ู‡ู€ .

Maksudnya: โ€œDan tidak batal solat dengan sebab kena darah nyamuk yang dibunuhnya atau darah jerawat yang dipicitnya selama tidak banyak darah itu.โ€ [Kitab Tuhfah โ€˜ala Minhaj]

Tetapi jika darah jerawat yang dipicitnya itu keluar banyak maka batal solatnya.

Tersebut pada kitab Fathul Muโ€™in:

ูุฅู† ูƒุซุฑ ุจูุนู„ู‡ ู‚ุตุฏุง ูู„ุง ูŠุนูู‰ ุฅู„ุง ุนู† ุงู„ู‚ู„ูŠู„ ุนู„ู‰ ุงู„ุฃุตุญ

Maksudnya: โ€œMaka jika banyak darah tersebut dengan sebab perbuatannya dengan sengaja maka tidak dimaafkan darah itu melainkan sedikit pada pendapat yang paling sahih.โ€

Kesimpulan

Memicit jerawat dalam solat tidak membatalkan solat jika tiada keluar darah.

Jika keluar darah sedikit sekira-kira hanya ada darah itu pada tempat jerawat maka dimaafkan yakni tidak batal solatnya kerana dikira sedikit.

Jika darah keluar banyak sekira-kira lebih dari tempat jerawatnya maka solatnya batal sebab dikira banyak.

Perbuatan memicit jerawat ketika sedang solat adalah makruh kerana lalai dan hilang khuyuk yang mengurangkan pahala solat.

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
SOAL JAWAB

TIDAK WAJIB SEBUT RAKAAT MASA NIAT SEMBAHYANG

SOALAN:

Ketika kita berniat dalam takbir sembahyang adakah wajib menyebut bilangan rakaatnya?

JAWAPAN:

Yang diwajibkan hadir dalam hati ketika berniat solat ialah qasad dan taโ€™rudh dan taโ€™yin.

Qasad ialah aku sembahyang dan taโ€™rudh ialah menyebut fardu dan taโ€™yin itu menyebut nama solat itu seperti zuhur misalnya.

Maka jadilah yang wajib dalam niat itu contohnya ialah aku sembahyang fardu zuhur.

Ada pun menyebut 4 rakaat dan mengadap kiblat dan kerana Allah Taala itu tidak wajib tetapi yang akmal ialah menyebutnya.

Berkata Imam Nawawi:

ูˆู„ุง ูŠุดุชุฑุท ุงู„ุชุนุฑุถ ู„ุนุฏุฏ ุงู„ุฑูƒุนุงุช ูˆู„ุง ู„ู„ุงุณุชู‚ุจุงู„ ุนู„ู‰ ุงู„ุตุญูŠุญ

Maksudnya: โ€œDan tidak disyaratkan menyebut bilangan rakaat dan menghadap kiblat atas pendapat yang sahih.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™]

Kesimpulan

Ketika berniat hanya wajib menyebut misalnya pada solat zuhur 'Sahaja aku solat fardu zuhur' maka sudah sah niatnya.

Tetapi sunat menyebut dengan sempurna akan bilangan rakaat dan mengadap kiblat dan kerana Allah seperti diniatkan: 'Sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat mengadap kiblat kerana Allah Taala'.

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
SOAL JAWAB

BACA FATIHAH UNTUK ORANG SAKIT

SOALAN:

Ketika rawatan cara Islam dilakukan biasa kita lihat pengamal perubatan akan membaca surah al-fatihah ke atas orang yang sakit.

Soalan saya adakah boleh membaca fatihah sebagai rawatan ke atas orang sakit?

JAWAPAN:

Hukum membacakan surah Al-Fatihah ke atas orang yang sakit sebagai ikhtiar merawatnya adalah diharuskan.

Diriwayatkan dari Abdul Malik bin โ€˜Umair daripada Nabi SAW:

ููŽุงุชูุญูŽุฉู ุงู„ู’ูƒูุชูŽุงุจู ุดูููŽุงุกูŒ ู…ูู†ู’ ูƒูู„ูู‘ ุฏูŽุงุกู

Maksudnya: โ€œBermula Al-Fatihah itu ialah ubat bagi sekelian penyakit.โ€[Hadis mursal Riwayat Imam Baihaqi]

Berkata Imam Al-Munawi:

ุฃู‰ ุดูุงุกุงู‹ ู…ู† : ุฏุงุก ุงู„ุฌู‡ู„ ุŒ ูˆุงู„ู…ุนุงุตูŠ ุŒ ูˆุงู„ุฃู…ุฑุงุถ ุงู„ุธุงู‡ุฑุฉ ุŒ ูˆุงู„ุจุงุทู†ุฉ ุŒ ูˆุฃู†ู‡ุง ูƒุฐู„ูƒ ู„ู…ู† ุชุฏุจู‘ูŽู€ู€ุฑ ุŒ ูˆุชููƒู‘ูŽู€ู€ู€ุฑ ุŒ ูˆุฌู€ู€ู€ู€ุฑู‘ูŽุจ ุŒ ูˆู‚ู€ู€ู€ู€ูˆู‰ ูŠู‚ูŠู†ู‡}

Maksudnya: "Fatihah itu adaalah ubat bagi penyakit jahil dan maksiat dan segala penyakit badan yang zahir dan batin. Sungguhnya ia menjadi ubat bagi orang yang memerhatikan maknanya dan berfikir dan mencuba dan menguatkan keyakinan diri.โ€

Berkata Imam Ibnu Qayyim:

ูƒู„ ุฏุงุก ู„ู‡ ุฏูˆุงุก ุŒ ูˆุฃู†ุง ุฃุญุณู†ุช ุงู„ู…ุฏุงูˆุงุฉ ุจุงู„ูุงุชุญุฉ ุŒ ููˆุฌุฏุช ู„ู‡ุง ุชุฃุซูŠุฑุงู‹ู‹ ุนุฌูŠุจุงู‹ ููŠ ุงู„ุดูุงุก

Maksudnya: โ€œSetiap penyakit itu ada penawar. Dan aku mengekali atas surah Fatihah sebagai penawar dan aku dapati ia berkesan yang sangat elok pada rawatan.โ€ [Kitab Zaadul Maโ€™ad]

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
"Nikmati, hargai dan cintailah sepenuhnya supaya kamu dapat hidup dengan sepenuhnya."
ยฉJulia R.

@penagadismerah๐Ÿฌ
SOAL JAWAB

ADAKAH TASAWUF BERSALAHAN DENGAN SYARIAT?

SOALAN:

Saya ingin penjelasan dari ustaz betul atau tidak orang kata tasawuf lain dan syariat lain atau tasawuf tidak ada kena mengena dengan syariat.

JAWAPAN:

Untuk mendapat jawapan tidak dapat tidak mesti kita kena tahu pengertian tasawuf dan syariat.

Tasawuf ialah ialah amalan memelihara zahir dan batin dari segala sifat yang dibenci oleh syariat.

Manakala syariat itu maksudnya peraturan hidup yang dinamakan agama.

Berkata Ulamak:

ูุงู„ุชุตูˆู ู‡ูˆ ุนู…ู„ ุจุงู„ุดุฑูŠุนุฉ ูˆุงุฏุงุก ู„ุฃูˆุงู…ุฑ ุงู„ู„ู‡ุŒ ุงู„ุตูˆููŠ ุญู‚ูŠู‚ุฉ ู‡ูˆ ู…ู† ุงุณุชู‚ุงู… ุนู„ู‰ ุทุงุนุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ุชุฒู… ุจู…ุง ุฃู…ุฑ ุงู„ู„ู‡ ูˆุงุฌุชู†ุจ ู…ุง ุญุฑู… ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ ู…ู† ุบูŠุฑ ุบู„ูˆ ูˆู„ุง ุจุฏุนุฉ ูˆู„ุง ุงู†ุญุฑุงู ุนู† ุณู†ุฉ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุจุดู‰ุก.
ูƒุซูŠุฑ ู…ู† ุฃุฏุนูŠุงุก ุงู„ุชุตูˆู ุงู„ูŠูˆู… ุชุฑูƒูˆุง ุงู„ุนู„ู… ูˆุชู„ุจุณู‡ู… ุงู„ุฌู‡ู„ ูˆุงู„ุนูŠุงุฐ ุจุงู„ู„ู‡ุŒ ูู…ู†ู‡ู… ู…ู† ูŠุนุชู‚ุฏ ุจุงู„ุญู„ูˆู„ ูˆู‡ุฐุง ูƒูุฑ ู„ุง ูŠุฎุชู„ู ููŠู‡ ู…ุณู„ู…ุงู†ุŒ ูˆุฌู‡ู„ ู‡ุคู„ุงุก ู„ูŠุณ ุฐู… ู„ุฃุตู„ ุงู„ุชุตูˆู ู„ุฃู† ุงู„ุชุตูˆู ู‡ูˆ ุนู…ู„ ุจุงู„ุดุฑูŠุนุฉ ูˆุงู„ุชุทูˆุน ูˆุงู„ุฒู‡ุฏ ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰

Maksudnya: โ€œMaka tasawuf itu ialah beramal dengan syariat dan menunaikan segala perintah Allah. Dan sufi yang sebenarnya iaitu orang yang istiqamah atas taatkan Allah dan sentiasa menunaikan perintah Allah dan menjauhkan larangan Allah tanpa berlebihan dan tanpa bidaโ€™ah dan tidak berpaling dari sunnah Nabi SAW suatu pun.

Ramai orang mendakwa bertasawuf pada hari ini tetapi meninggalkan ilmu pengetahuan lalu bergelumang dengan kejahilan semoga Allah melindungi kita semua.

Maka setengah dari mereka itu beriktikad dengan hulul yang mengkufurkan dengan sepakat muslimin dan kejahilan mereka ini bukanlah kecelaan bagi tasawuf kerana sungguhnya tasawuf ialah beramal dengan syariat dan amalan-amalan dan zuhud kerana Allah Taala.โ€

Jadi sebenarnya tasawuf itu ialah amalan bersandarkan agama bukannya amalan mengikut aqal atau nafsu. Tasawuf yang tidak bersandar kepada syariat adalah sesat dan bukan dari ajaran Islam.

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
Ya Allah, please take care of my heart.

Amin โค๏ธ
@penagadismerah๐ŸŒธ
Selamat pagi semua!! Semoga urusan awak semua dipermudahkan untuk hari ni tau๐ŸŒป
Jangan lupa senyum! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

@penagadismerah๐Ÿฌ
Kepada mereka yang sedang bersedih, saya doakan awak terus kuat untuk bangkit dari kesedihan tu. Ingat, everything happen for a reason. Ambil masa untuk bertenang, dan lihat semula dimana baiknya sesuatu tu terjadi dekat awak :)

@penagadismerah๐Ÿฌ
Kerana hidup ni terlalu singkat untuk kita habiskan dengan kesedihan tu. Masa akan tetap berjalan. Dan dengan masa yang tersisa ni, berbahagia lah seadanya :)

@penagadismerah๐Ÿฌ
SOAL JAWAB

PEGANGAN ULAMAK SALAF TENTANG ALLAH BERTEMPAT ATAU TIDAK

SOALAN:

Menurut ulamak khalaf Allah memang wujud tidak bertempat.

Adakah ulamak salaf pun beriktikad Allah wujud tidak bertempat?

JAWAPAN:

Untuk jawapan bagi persoalan ini saya sertakan disini pandangan seorang imam besar yang menjadi ikutan oleh ulamak-ulamak ahlu sunnah wal jamaah salaf dan khalaf.

Telah berkata Al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Salamah Abu Jaafar At-Thahawi yang wafat pada tahun 321H:

ุชุนุงู„ู‰ ุนู† ุงู„ุญุฏูˆุฏ ูˆุงู„ุบุงูŠุงุช ูˆุงู„ุฃุฑูƒุงู† ูˆุงู„ุฃุนุถุงุก ูˆ ุงู„ุฃุฏูˆุงุช ู„ุง ุชุญูˆูŠู‡ ุงู„ุฌู‡ุงุช ุงู„ุณุช ูƒุณุงุฆุฑ ุงู„ู…ุจุชุฏุนุงุช). ุงู‡ู€

Maksudnya: โ€œMaha suci Allah dari segala sempadan dan kehinggaan dan segala pihak dan segala anggota dan segala juzuk anggota dan tidak meliputi olih segala pihak yang enam seperti sekelian makhluk yang baharu.โ€ [Kitab Aqidah Thahawiyah]

Maksud maha suci Allah dari segala pihak yang enam itu ialah Allah tidak di atas tidak di bawah dan tidak di depan dan tidak di belakang dan tidak di kanan dan tidak di kiri kerana keenam perkara ini adalah khusus bagi menerangkan tempat bagi makhluk.

Wallahuaโ€™lam

โ—† Ikuti akaun INSTAGRAM โ—†
www.instagram.com/wnmuhdfirdaus

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
Just because Allah may not be answering your prayers doesnโ€™t mean your prayers are being ignored. Allah has something Better in store.

@penagadismerah๐Ÿฌ
"Berpikirlah positif, tidak peduli seberapa keras kehidupanmu."
ยฉAli Bin Abi Thalib

@penagadismerah๐Ÿฌ
2024/10/01 07:44:44
Back to Top
HTML Embed Code: