Telegram Web Link
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB JAWAB

SOALAN: Berkenaan larangan oleh Nabi meniup makanan dan minuman adakah larangan itu haram dan kenapa Nabi melarang meniup makanan sebenarnya?

JAWAPAN: Larangan meniup pada makanan dan minuman adalah larangan makruh bukannya haram. Setengah ulamak berkata hukumnya adalah khilaful awla maksudnya menyalahi yang lebih utama kerana yang lebih utama ialah tidak meniupnya tetapi tidaklah sampai berdosa.

Tersebut pada hadis Ibnu Abbas r.a.:

ان النفخ على الطعام يذهب البركة

Maksudnya: “Sungguhnya meniup pada makanan itu menghilangkan barakah.'' [Hadis Riwayat Al-Hakim]

Ada pun perkataan setengah orang sebab dilarang meniup pada makanan dan minuman itu ialah supaya tidak terkena najis air liur maka adalah tidak benar kerana air liur adalah suci. Hanyalah dilarang itu kerana apabila ditiup biasanya akan terlihat sebagai kurang bersih atau jijik.

Berkata Syeikh Badaruddin Al-‘Aini:

أن نهيه عليه الصلاة والسلام عن النفخ في الطعام والشراب ليس على سبيل أن ما تطاير فيه من اللعاب نجس وإنما هو خشية أن يتقذرة الآكل منه فأمر بالتأدب

Maksudnya: “Sungguhnya larangan Rasulullah SAW dari meniup pada makanan dan minuman bukanlah kerana takutkan air liur yang keluar itu najis tetapi hanyalah takutkan dipandang keji oleh orang yang makan darinya maka diperintahkan dengan beradab.” [Kitab ‘Umdatul Qari]

Dan lagi pula amalan meniup supaya makanan dan minuman yang panas lekas sejuk adalah menunjukkan perangai yang sentiasa hendak cepat dan tergesa-gesa yang ia kurang elok disisi syarak.

Berkata Imam Munawi:

(نهى عن النفخ في الطعام) لأنه يؤذن بالعجلة وشدة الشره وقلة الصبر

Maksudnya: “Larangan dari meniup pada makanan ialah dari kerana sungguhnya ia menunjukkan sikap gaduh dan bersangatan hendak cepat dan sedikit sabar.” [Kitab Faidhul Qadir]

Kesimpulan

Ketika hendak makan atau minum adalah disunatkan tidak meniupnya ketika ia masih panas dan hendaklah ditunggunya sehingga ia sejuk.

Jika seorang meniupnya juga maka perbuatannya itu tidak haram tetapi makruh dan kurang elok dan makanan itu halal dimakan.

Menurut setengah ulamak jika berhajat kepada meniup kerana sangat panas dan masanya sempit maka hukumnya adalah tidak mengapa.

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
"Crocodiles are easy. They try to kill and eat you. People are harder. Sometimes they pretend to be your friend first."
© Steve Irwin

@penagadismerah🐬
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Boleh nyatakan apakah amalan zahir yang paling berharga dan apakah amalan batin yang paling berharga?

JAWAPAN: Amalan zahir yang paling afdhal ialah solat yang fardu dan amalan batin yang paling afdhal ialah iman kepada Allah.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

أَفْضَلُ عِبَادَاتِ الْبَدَنِ الصَّلَاةُ . خَرَجَ بِعِبَادَاتِ الْبَدَنِ عِبَادَاتُ الْقَلْبِ كَالْإِيمَانِ ، وَالْمَعْرِفَةِ ، وَالتَّفَكُّرِ ، وَالتَّوَكُّلِ ، وَالصَّبْرِ ، وَالرِّضَا ، وَالْخَوْفِ ، وَالرَّجَاءِ وَمَحَبَّةِ اللَّهِ وَمَحَبَّةِ رَسُولِهِ ، وَالتَّوْبَةِ ، وَالتَّطْهِيرِ مِنْ الرَّذَائِلِ .وَأَفْضَلُهَا الْإِيمَانُ وَلَا يَكُونُ إلَّا وَاجِبًا ، وَقَدْ يَكُونُ تَطَوُّعًا بِالتَّجْدِيدِ

Maksudnya: “Bermula ibadah yang paling afdhal ialah solat fardu. Dan ada pun ibadat yang bangsa hati ialah seperti iman dan makrifat dan tafakkur dan tawakkal dan sabar dan redha dan takut dan harap dan kasih Allah dan Rasul dan bersuci dari segala kotoran batin.

Dan amalan hati yang paling afdhal sekali ialah iman yang ia adalah wajib dan iman yang sunat itu ialah memperbaharuinya.” [Kitab Asnal Mathalib]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya perempuan yang selalu keluar keputihan.

Soalan saya adakah keputihan itu najis dan jika kena pakaian solat adakah wajib dibasuh sebelum solat?

JAWAPAN: Keputihan ialah cecair yang keluar dari faraj wanita.

Keputihan yang keluar dari bahagian dalam faraj pada kawasan yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak maka ia adalah najis.

Keluar keputihan membatalkan wuduk dan wajib dibasuh jika hendak solat dan pakaian yang terkena keputihan tiu adalah mutannajis tidak boleh dibawa ke dalam solat.

Berkata Syeikh Jamal:

فَإِنْ خَرَجَتْ مِنْ مَحِلٍّ لَا يَجِبُ غَسْلُهُ فَهِيَ نَجِسَةٌ ؛ لِأَنَّهَا رُطُوبَةٌ جَوْفِيَّةٌ وَهِيَ إذَا خَرَجَتْ إلَى الظَّاهِرِ يُحْكَمُ بِنَجَاسَتِهَا وَإِذَا لَاقَاهَا شَيْءٌ مِنْ الطَّاهِرِ تَنَجَّسَ

Maksudnya: “Maka jika keputihan itu keluar ia dari kawasan yang tidak wajib membasuhnya maka ia adalah najis kerana ia adalah cecair yang terbit dari sebelah dalam. Bila keputihan ini keluar sampai kawasan zahir faraj maka dihukumkan dengan najis. Dan apa sahaja yang benda suci bersentuh dengannya menjadi ternajis.” [Kitab Hasyiah Jamal]

Kesimpulan

Keputihan ialah cecair yang terbit dari dalam faraj wanita dan ia adalah najis.
Jika keluar ia sampai kawasan yang zahir yaitu bahagian faraj yang wajib dibasuh ketika bersuci maka ia membatalkan wuduk.

Pakaian yang terkena keputihan wajib dibasuh jika hendak dipakai pakaian itu di dalam solat.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah perbuatan memicit jerawat pada muka boleh membatalkan solat?

JAWAPAN: Jika seorang memicit jerawat di dalam solat dan keluar darah yang sedikit iaitu tidak meleleh dari jerawatnya itu maka ia dimaafkan yakni solatnya tidak batal kerana dikira sedikit.

Tetapi jika banyak keluar darah seperti meleleh darah itu lebih dari tempat jerawat maka batal solatnya kerana dikira najis yang banyak dan lagi dengan perbuatannya.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami:

وَلَا تَبْطُلُ بِدَمِ نَحْوِ بُرْغُوثٍ وَبَثْرَتِه مَا لَمْ يَكْثُرْ بِقَتْلٍ وَعَصْرٍ ا هـ .

Maksudnya: “Dan tidak batal solat dengan sebab kena darah nyamuk yang dibunuhnya atau darah jerawat yang dipicitnya selama tidak banyak darah itu.” [Kitab Tuhfah ‘ala Minhaj]

Tetapi jika darah jerawat yang dipicitnya itu keluar banyak maka batal solatnya.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in:

فإن كثر بفعله قصدا فلا يعفى إلا عن القليل على الأصح

Maksudnya: “Maka jika banyak darah tersebut dengan sebab perbuatannya dengan sengaja maka tidak dimaafkan darah itu melainkan sedikit pada pendapat yang paling sahih.”

Kesimpulan

Memicit jerawat dalam solat tidak membatalkan solat jika tiada keluar darah.

Jika keluar darah sedikit sekira-kira hanya ada darah itu pada tempat jerawat maka dimaafkan yakni tidak batal solatnya kerana dikira sedikit. Jika darah keluar banyak sekira-kira lebih dari tempat jerawatnya maka solatnya batal sebab dikira banyak.

Perbuatan memicit jerawat ketika sedang solat adalah makruh kerana lalai dan hilang khuyuk yang mengurangkan pahala solat.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika kita berniat dalam takbir sembahyang adakah wajib menyebut bilangan rakaatnya?

JAWAPAN: Yang diwajibkan hadir dalam hati ketika berniat solat ialah qasad dan ta’rudh dan ta’yin.

Qasad ialah aku sembahyang dan ta’rudh ialah menyebut fardu dan ta’yin itu menyebut nama solat itu seperti zuhur misalnya.

Maka jadilah yang wajib dalam niat itu contohnya ialah aku sembahyang fardu zuhur.

Ada pun menyebut 4 rakaat dan mengadap kiblat dan kerana Allah Taala itu tidak wajib tetapi yang akmal ialah menyebutnya.

Berkata Imam Nawawi:

ولا يشترط التعرض لعدد الركعات ولا للاستقبال على الصحيح

Maksudnya: “Dan tidak disyaratkan menyebut bilangan rakaat dan menghadap kiblat atas pendapat yang sahih.” [Kitab Al-Majmu’]

Kesimpulan

Ketika berniat hanya wajib menyebut misalnya pada solat zuhur 'Sahaja aku solat fardu zuhur' maka sudah sah niatnya.

Tetapi sunat menyebut dengan sempurna akan bilangan rakaat dan mengadap kiblat dan kerana Allah seperti diniatkan: 'Sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat mengadap kiblat kerana Allah Taala'.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika rawatan cara Islam dilakukan biasa kita dengar pengamal perubatan akan membaca surah al-fatihah ke atas orang yang sakit.

Soalan saya adakah boleh membaca fatihah sebagai rawatan ke atas orang sakit?

JAWAPAN: Hukum membacakan surah Al-Fatihah ke atas orang yang sakit sebagai ikhtiar merawatnya adalah diharuskan.

Diriwayatkan dari Abdul Malik bin ‘Umair daripada Nabi SAW:

فَاتِحَةُ الْكِتَابِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ

Maksudnya: “Bermula Al-Fatihah itu ialah ubat bagi sekelian penyakit.”[Hadis mursal Riwayat Imam Baihaqi]

Berkata Imam Al-Munawi:

أى شفاءاً من : داء الجهل ، والمعاصي ، والأمراض الظاهرة ، والباطنة ، وأنها كذلك لمن تدبَّــر ، وتفكَّـــر ، وجــــرَّب ، وقــــوى يقينه}

Maksudnya: "Fatihah itu adaalah ubat bagi penyakit jahil dan maksiat dan segala penyakit badan yang zahir dan batin. Sungguhnya ia menjadi ubat bagi orang yang memerhatikan maknanya dan berfikir dan mencuba dan menguatkan keyakinan diri.”

Berkata Imam Ibnu Qayyim:

كل داء له دواء ، وأنا أحسنت المداواة بالفاتحة ، فوجدت لها تأثيراًً عجيباً في الشفاء

Maksudnya: “Setiap penyakit itu ada penawar. Dan aku mengekali atas surah Fatihah sebagai penawar dan aku dapati ia berkesan yang sangat elok pada rawatan.” [Kitab Zaadul Ma’ad]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ingin penjelasan betul atau tidak orang kata tasawuf lain dan syariat lain atau tasawuf tidak ada kena mengena dengan syariat.

JAWAPAN: Untuk mendapat jawapan tidak dapat tidak mesti kita kena tahu pengertian tasawuf dan syariat.

Tasawuf ialah ialah amalan memelihara zahir dan batin dari segala sifat yang dibenci oleh syariat.

Manakala syariat itu maksudnya peraturan hidup yang dinamakan agama.

Berkata Ulamak:

فالتصوف هو عمل بالشريعة واداء لأوامر الله، الصوفي حقيقة هو من استقام على طاعة الله والتزم بما أمر الله واجتنب ما حرم سبحانه وتعالى من غير غلو ولا بدعة ولا انحراف عن سنة النبي صلى الله عليه وسلم بشىء.
كثير من أدعياء التصوف اليوم تركوا العلم وتلبسهم الجهل والعياذ بالله، فمنهم من يعتقد بالحلول وهذا كفر لا يختلف فيه مسلمان، وجهل هؤلاء ليس ذم لأصل التصوف لأن التصوف هو عمل بالشريعة والتطوع والزهد لله تعالى

Maksudnya: “Maka tasawuf itu ialah beramal dengan syariat dan menunaikan segala perintah Allah. Dan sufi yang sebenarnya iaitu orang yang istiqamah atas taatkan Allah dan sentiasa menunaikan perintah Allah dan menjauhkan larangan Allah tanpa berlebihan dan tanpa bida’ah dan tidak berpaling dari sunnah Nabi SAW suatu pun.

Ramai orang mendakwa bertasawuf pada hari ini tetapi meninggalkan ilmu pengetahuan lalu bergelumang dengan kejahilan semoga Allah melindungi kita semua.

Maka setengah dari mereka itu beriktikad dengan hulul yang mengkufurkan dengan sepakat muslimin dan kejahilan mereka ini bukanlah kecelaan bagi tasawuf kerana sungguhnya tasawuf ialah beramal dengan syariat dan amalan-amalan dan zuhud kerana Allah Taala.”

Jadi sebenarnya tasawuf itu ialah amalan bersandarkan agama bukannya amalan mengikut aqal atau nafsu. Tasawuf yang tidak bersandar kepada syariat adalah sesat dan bukan dari ajaran Islam.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Menurut ulamak khalaf Allah memang wujud tidak bertempat.

Adakah ulamak salaf pun beriktikad Allah wujud tidak bertempat?

JAWAPAN: Untuk jawapan bagi persoalan ini saya sertakan disini pandangan seorang imam besar yang menjadi ikutan oleh ulamak-ulamak ahlu sunnah wal jamaah salaf dan khalaf.

Telah berkata Al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Salamah Abu Jaafar At-Thahawi yang wafat pada tahun 321H:

تعالى عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء و الأدوات لا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات). اهـ

Maksudnya: “Maha suci Allah dari segala sempadan dan kehinggaan dan segala pihak dan segala anggota dan segala juzuk anggota dan tidak meliputi olih segala pihak yang enam seperti sekelian makhluk yang baharu.” [Kitab Aqidah Thahawiyah]

Maksud maha suci Allah dari segala pihak yang enam itu ialah Allah tidak di atas tidak di bawah dan tidak di depan dan tidak di belakang dan tidak di kanan dan tidak di kiri kerana keenam perkara ini adalah khusus bagi menerangkan tempat bagi makhluk.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
SIRAH ISLAM

Taubat Ahli Maksiat

√ Ali bin Asadi terkenal sebagai seorang perompak jalanan atau lanun padang pasir. Merompak dan menyakiti orang sudah menjadi rencah kehidupannya. Namanya begitu 'tersohor' sehingga dia merupakan orang yang paling diburu di Madinah. Ada habuan besar dijanjikan bagi mereka yang dapat menangkap Ali bin Asadi.

√ Pada suatu hari, dalam perjalanannya untuk merompak, dia terdengar seseorang membaca ayat ke-53 Surah az-Zumar yang menekankan bahawa Allah SWT memberi khabar gembira pintu taubat bagi hamba-Nya yang melampaui batas kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

Ali terhenti sejenak dan bermonolog, "Seteruk-teruk aku pun, aku boleh kembali kepada Allah."

√ Dia menangis dan bertaubat dengan seikhlasnya kemudian berangkat menuju Masjid Nabawi. Dia ternampak Abu Hurairah r.a lalu bingkas memeluk Sahabat Nabi SAW ini.

"Aku sudah bertaubat. Aku serik. Aku tidak lagi akan merompak dan menyakiti orang," ujarnya.

√ Perlu diingatkan semula, bahawa Ali bin Asadi pada waktu itu masih lagi 'Most Wanted' di Madinah. Orang sekeliling melihatnya dan mula meluru ke arahnya.

Ali lantas menahan mereka dan berkata, "Kamu semua tidak boleh menyentuh aku kerana Allah telah berfirman 'Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani [Suraj al-Maidah ayat 34].'"

Abu Hurairah lalu berkata, "Sadaqta (Kamu benar)." Beliau mengiyakan Ali.

Abu Hurairah r.a kemudian mengambil tangan Ali dan membawanya berjumpa Marwan ibn Hakim, penguasa Madinah ketika itu.

Abu Hurairah berkata, "Anak muda ini adalah Ali ibn Asadi. Namanya telah ditawarkan habuan bagi yang menangkapnya. Namun dia telah kembali kepada Allah SWT sebelum Allah mengambilnya untuk dihukum. Ampunilah dia kerana tiada siapa mempunyai hak keatasnya lagi."

√ Beginilah rahmahnya Islam. Ia tidak diturunkan untuk menghukum umat. Matlamatnya adalah melindungi masyarakat. Masyarakat berperanan besar dalam mewujudkan suasana rahmah dan saling memaafkan. Janganlah sesekali menyindir apatah lagi mengherdik orang yang telah melampaui batas daripada usaha berbalik untuk kembali kepada Allah.

Yusuf al-Qaradawi pernah berpesan, "Undang-undang saja tidak akan membentuk masyarakat dan tidak membangun umat. Sesungguhnya, yang membentuk masyarakat dan umat adalah tarbiah dan Ilmu pengetahuan kemudian undang-undang yang melindungi."

@kenangankitaaa 💍🤍
Selamat pagi!🌻 Semoga harini dipermudahkan semua urusan kita😊
Good things take time, sabar ea

@penagadismerah🐬
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
TAZKIRAH RAMADHAN

Jom Muhasabah Diri

Allah SWT berfirman:

یَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسࣱ لِّنَفۡسࣲ شَیۡـࣰٔاۖ وَٱلۡأَمۡرُ یَوۡمَىِٕذࣲ لِّلَّهِ

Maksudnya: ''Hari pembalasan itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah" [Surah al-Infitar: 19]

Marilah kita bermuhasabah sejauh mana amalan yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan pada tahun ini, adakah mampu menolong kita di Mahsyar kelak ataupun hanya bakal menjadi penyesalan di akhirat kelak kerana dilakukan sambil lewa. Peluang masih ada bersama kita manfaatkan dan rebutlah kesempatan pada malam-malam akhir yang masih tinggal moga ketemu kita akan malam Lailatul Qadar.

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SIRAH ISLAM

Islam Agama Yang Damai

√ Dua buah kisah ini menunjukkan Nabi SAW tegas dalam misi menyebarkan kedamaian Islam, iaitu pembentukan Piagam Madinah dan Perjanjian Hudaibiah.

√ Seawal ketibaan Nabi SAW ke Madinah, Baginda terus membentuk Piagam Madinah yang merupakan sebuah sistem yang disepakati untuk saling hidup dan bekerjasama, menetapkan hak dan tanggungjawab berkaitan hal sivil dan jenayah dalam kalangan masyarakat Madinah. Baginda juga memperakui hak kaum Yahudi dalam beragama dan melakukan urusan harta benda. Syarat-syarat tertentu kepada mereka, dan pihak Nabi SAW turut dipersetujui.

√ Kalau bukan kerana kandungan piagam ini tidak ditepati oleh Yahudi Madinah serta mereka memilih untuk berpakat dengan Quraisy, nescaya amalan saling hidup secara aman itu akan berterusan.

√ Perjanjian Hudaibiyah pula menunjukkan interaksi yang sangat lembut dari pihak Nabi SAW kepada Musyrikin Quraisy. Sikap Baginda ini berjaya merealisasikan kedamaian dan keamanan. Berkat keamanan itu, perluasan dakwah Islam dan penyebarannya berlaku dengan pantas sekali sehingga dalam tempoh 2 tahun sahaja, dakwah dan pergerakan Islam jauh lebih luas berbanding kira-kira 20 tahun sebelum perjanjian tersebut dimeterai.

Nabi SAW bersabda: "Demi diriku yang dimiliki Allah, mereka tidak akan memohon daripadaku sebarang urusan yang melibatkan kemuliaan iaitu perkara yang suci (termasuk meninggalkan perang dalam bulan-bulan haram dan mengadakan perdamaian) melainkan aku akan mengurniakan kepada mereka hal tersebut."

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Dalam Quran menyebut kisah nabi Adam a.s dengan Siti Hawa dahulunya duduk di dalam syurga. Adakah syurga yang mereka duduk ini ialah syurga yang pada hari kiamat yang orang-orang Islam akan masuk itu atau pun syurga yang lain?

Ini adalah kerana ada orang yang kata syurga Nabi Adam a.s duduk itu syurga yang ada dibumi ini. Mohon jawapan.

JAWAPAN: Menurut pendapat majoriti ulamak-ulamak ahlu sunnah wal jamaah syurga yang diduduki oleh Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa dahulu itu ialah syurga yang kekal yang akan masuk ke dalamnya di akhirat nanti oleh sekelian orang-orang yang beriman.

Tersebut pada kitab Al-Mawahibu Li ad-Diniyah:

أن جمهور الأشاعره قال: هى جنة الخلد، بل حكى إجماع أهل السنة عليه

Maksudnya: “Sesungguhnya majoriti ulamak Al-Asya’irah berkata syurga tersebut adalah syurga kekal di akhirat . Bahkan telah dihikayatkan menjadi ijmak ahlu sunnah atasnya.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ingin bertanya tentang satu hadis yang mana dalam hadis itu Nabi melarang menyapu muka dalam sembahyang.

Jadi adakah ia tidak berlawanan dengan amalan setengah orang yang menyapu mukanya selepas sembahyang?

Kemungkinan hadis yang tuan maksudkan itu ialah hadis berikut.

ثلاثة من الجَفَاء: أنَ يَمسح الرجل جبْهَتَه قبل أن يَفْرُغ من صلاته، وأن يبول قائمًا، وأن يسمع الأذان ولا يقول مثل ما يقول المؤذن

Maksudnya: “Tiga perkara menyalahi sunnah iaitu menyapu seorang akan dahinya sebelum selesai sembahyang dan kencing seorang dengan berdiri dan seorang yang mendengar azan tetapi tidak menjawabnya.” [Hadis diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ibnu 'Adi dengan lafaz yang berlainan iaitu ditambah dengan larangan meniup dalam solat]

Maksud larangan menyapu dahi atau muka dengan tangan ketika sedang sembahyang kerana orang yang sembahyang itu dituntut hadir hatinya mengingati Allah maka menyapu dahi atau muka atau seumpamanya itu menafikan khusyuk dan hadir hati. Maka dimakruhkan perbuatan ini didalam sembahyang dan ia bukan dari sunnah.

Ada pun amalan orang yang menyapu mukanya selepas sembahyang itu tidak dilarang dan tidak ada kaitan dengan hadis di atas ini kerana amalan menyapu muka yang dilakukan oleh mereka itu ialah selepas salam sembahyang.

Jadi hadis di atas ini ialah larangan menyapu dahi atau muka di dalam sembahyang kerana Nabi SAW menyebut dengan jelas iaitu sebelum selesai sembahyang.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Apa nak buat kalau kita atau orang terdekat kita mengalami kemurungan atau ada simptom kemurungan?

1. Berjumpa dengan doktor di hospital/klinik kesihatan yang terdekat.
2. Berjumpa dengan kaunselor.
3. Buat sesuatu yabg membuatkan kita gembira dan ceria.
4. Rehatkan diri dari perkara rutin yang membuatkan kita stres.
5. Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko.
6. Cari ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan.

© Dr Sakinah Salleh, Apa Khabar Depresi?

@penagadismerah
Basically buku ni menceritakan perihal kemurungan dari perspektif Islam. Its worthy to read, untuk tambah ilmu😉
Sebab zaman sekarang ni, pada saya semua orang perlu ada ilmu berkaitan penyakit mental. Jom tingkatkan kesedaran kita sama sama. Jom belajar untuk faham situasi mereka 😊
"Maka ingatlah kepada-Ku. Aku juga akan ingat kepadamu."

Surah Al-Baqarah ; Ayat 152

@penagadismerah🐬
2024/11/05 18:45:10
Back to Top
HTML Embed Code: