Telegram Web Link
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Seorang telah terlupa mengerjakan satu solat fardhu pada suatu hari dan dia lupa manakah satu solat yang ia lupa itu maka bagaimanakah cara mengqadhanya?

JAWAPAN: Solat fardu yang ditinggalkan sebab tertidur atau terlupa tetap wajib dikerjakan bila ia bangun dari tidur dan sedar dari lupanya itu.

Nabi SAW bersabda:

من نسي صلاة أو نام عنها فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها

Maksudnya: “Barangsiapa yang lupa akan satu solat atau tidur ia daripadanya maka kafarahnya ialah bahawa ia kerjakan solat tersebut apabila ia ingat.” [Hadis Riwayat Bukhari]

Ini ialah ketika ia tahu solat mana yang ia tinggalkan. Contohnya apabila ia bangun dari tidur ia baru teringat bahawa semalam ia belum solat maghrib maka wajib ia qadha dengan melakukan solat maghrib.

Ada pun jika dia tidak dapat pastikan mana satukah solat yang dia telah tinggal atau lupa itu maka wajib ia lakukan lima solat yaitu subuh dan zuhur dan asar dan maghrib dan isyak supaya yakin ia bahawa ia telah qadha solat yang telah ditinggalkan itu.

Berkata Syeikh Ramli:

و الأصح أن من نسي إحدى الخمس ولم يعلم عينها وجب عليه أن يصلي الخمس لتبرأ ذمته بيقين

Maksudnya: “Dan pendapat yang paling sahih bahawa siapa yang terlupa salah satu dari solat yang lima dan tidak tahu ia solat yang mana satu maka wajib atasnya bahawa kerjakan kesemua lima solat supaya terlepaslah tanggungjawabnya dengan yakin.” [Kitab Nihayah Muhtaj]

Berkata Imam As-Syairazi:

ومن نسي صلاة من الخمس ولم يعرف عينها لزمه أن يصلي الخمس

Maksudnya: “Siapa yang lupa satu solat dari solat yang lima waktu dan tidak pasti ia akan yang mana satu maka wajib ia kerjakan kelima-lima solat.” [Kitab At-Tanbih fi Fiqh As-Syafie]

Berkata Al-Asnawi:

إذا نسي صلاة من الخمس ولم يعلم عينها فيلزمه الخمس

Maksudnya: “Apabila seorang itu lupa satu solat dari lima waktu dan tiada tahu ia mana satu ia maka wajib ia kerjakan kelima-limanya.” [Kitab At-Tanqih]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
TAZKIRAH RAMADHAN

Hari Terakhir Ramadhan

Allah SWT berfirman:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

Maksudnya: ''Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" [Surah Aali Imran: 102]

Teruskan beramal sehingga hujung lelah kita semoga peroleh syurgaNya. Mereka yang beroleh taqwa, amalnya berterusan dan istiqamah dalam ketaatan walaupun dalam bulan-bulan yang lain, Ramadhan yang hampir akan berlalu dan meninggalkan kita. Doa-doakan agar kita termasuk antara dalam golongan tersebut.

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Pengantin perempuan tidak rapat hubungannya dengan bapa kandungnya kerana ibu bapanya telah berpisah dan pengantin perempuan itu tidak duduk bersama bapa kandungnya itu.

Bolehkah dia bernikah menggunakan adik-beradiknya sebagai wali?

Bagaimana pula kalau semua wali yang ada tidak mahu menjadi wali kerana pelbagai alasan?

JAWAPAN: Wali adalah salah satu dari rukun nikah yang lima maka tidak sah nikah jika tidak menggunakan wali.

Wali itu ada urutan tertib mengikut susunannya iaitu wajib didahulukan wali bapa kandung kemudian jika tidak ada maka datuk sebelah bapa kemudian adik-beradik kemudian anak saudara sebelah adik beradik lelaki kemudian bapa saudara sebelah bapa dan seterusnya.

Maka berbalik kepada soalan pernikahan menggunakan adik-beradik sebagai wali sedangkan bapa kandungnya ada maka nikah tersebut tidak sah jika tidak mendapat izin dari bapanya kerana tidak mengikut tertib.

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

إذا زوجها الولي الأبعد، مع حضور الولي الأقرب، فأجابته إلى تزويجها من غير إذنه، لم يصح

Maksudnya: “Apabila wali yang jauh menikahkan perempuan itu pada hal ada wali yang dekat dan perempuan itu menerima wali yang jauh itu untuk mengahwinkannya sedangkan wali yang dekat tidak memberi izin maka tidak sah nikah tersebut. Inilah pendapat Imam Syafie.” [Kitab Al-Mughni]

Dan untuk soalan kedua iaitu semua wali yang ada tidak mahu menjadi wali pernikahannya maka pengantin perempuan boleh menggunakan wali hakim seperti juru nikah yang disediakan oleh pihak pemerintah.

Tersebut pada kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arba’ah:

والحاكم يزوجها بإذنها ورضاها بعد أن يثبت عنده خلوها من الموانع وأن لا ولي لها أو لها ولي منعها من الزواج أو غاب عنها غيبة بعيد

Maksudnya: “Dan wali hakim akan menikahkannya dengan izin dan redhanya selepas sabit tidak ada halangan dan tidak wujud wali atau wali ada tetapi enggan menikahkannya atau wali berada ditempat yang jauh.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
"I know that, the ones who love us, will miss us!"
©John Wick

@penagadismerah🐬
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Kalau kita baca tafsir Quran selalu pada permulaan surah ada disebut surah Makki atau Madani.

Apakah maksudnya?

JAWAPAN: Maksud perkataan Makki ialah ayat dari Al-Quran yang disandarkan dengan negeri Mekah dan Madani maksudnya ayat yang disandarkan dengan negeri Madinah.

Ada pelbagai pandangan yang panjang lebar berkenaan Makki dan Madani ini telah disebut olih ulamak yang muktabar pada bicara ilmu tafsir dan ulum Quran.

Untuk ringkasan dan memudahkan faham memadai disebut disini perkataan Imam As-Suyuthi:

أَشْهَرُهَا: أَنَّ الْمَكِّيَّ مَا نَزَلَ قَبْلَ الْهِجْرَةِ وَالْمَدَنِيَّ مَا نَزَلَ بَعْدَهَا سَوَاءٌ نَزَلَ بِمَكَّةَ أَمْ بِالْمَدِينَةِ عَامَ الْفَتْحِ أَوْ عَامَ حِجَّةِ الْوَدَاعِ أَمْ بِسَفَرٍ مِنَ الْأَسْفَارِ.
أَخْرَجَ عثمان ابن سعد الرازي بِسَنَدِهِ إِلَى يَحْيَى بْنِ سَلَامٍ قَالَ: مَا نَزَلَ بِمَكَّةَ وَمَا نَزَلَ فِي طَرِيقِ الْمَدِينَةِ قَبْلَ أَنْ يَبْلُغَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَهُوَ مِنَ الْمَكِّيِّ وَمَا نَزَلَ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم في أَسْفَارِهِ بَعْدَ مَا قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَهُوَ مِنَ الْمَدَنِيِّ

Maksudnya: “Ta’rif yang paling masyhur ialah: Sungguhnya Al-Makki ialah ayat Quran yang turun sebelum persitiwa hijrah Nabi SAW dan Al-Madani pula ialah ayat Quran yang turun selepas hijrah samada turun ia di Mekah atau Madinah pada tahun Fathul Mekah atau tahun Haji Wada’ atau pada ketika bermusafir. Telah mengeluarkan oleh Uthman bin Sa’ad Ar-Razi dengan sanadnya kepada Yahya bin Salam berkata ia: Ayat yang turun di Mekah dan ayat yang turun dalam perjalanan ke Madinah sebelum Nabi saw tiba di Madinah maka ia termasuk ayat Al-Makki. Dan ayat yang turun atas Nabi saw pada sekelian perjalanannya kemudian dari sampai ke Madinah maka ia adalah Al-Madani.” [Kitab Al-Itqan Fi Ulumil Quran]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
"No one in this world is pure and perfect. If you avoid people for their mistakes, you will be alone in this world. So judge less and love more."
- Unknown

@penagadismerah🐬
Don’t listen to the person who has the answers; listen to the person who has the questions.
- Albert Einstein

@penagadismerah🐬
There is nothing in this world that can trouble you more than your own thoughts.

@penagadismerah🐬
"Pain never really goes away; you just elevate and get used to it by growing stronger."
©Ritu Ghatourey

@penagadismerah🐬
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

Soalan: Boleh ke kita bersedekah tapi hasil daripada duit haram?

Jawapan: Sedekah dari hasil duit haram ini tidak diterima dan wajib membersihkan harta haram itu.

Tidak diterima kerana Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ

Maksudnya: ''Tidaklah diterima solat tanpa bersuci, tidak pula sedekah dari ghulul (harta haram)”

[Hadis Riwayat Muslim]

Apa itu Ghulul?
Ghulul yang dimaksud di sini adalah harta yang berkaitan dengan hak orang lain seperti harta curian dan hasil duit haram.

Wallahu'alam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah membaca Al-Quran tanpa wuduk dari skrin eletronik mendapat pahala atau tiada mendapat pahala baginya?

JAWAPAN: Membaca Al-Quran yang mulia dari skrin eletronik ada baginya pahala dengan setiap huruf sepuluh kebajikan. Dan sekalipun yang membaca itu tidak ada wuduk asalkan tidak ia dalam keadaan junub atau haid atau nifas yang belum mengerjakan mandi selepasnya.

Akan tetapi pahala membaca Quran dari helaian mushaf adalah lebih banyak dari pahala membaca dari skrin eletronik. Ini adalah kerana melihat kepada helaian mushaf adalah ibadah yang tersendiri dengan disandarkan kepada ibadah membaca Quran.

Dan skrin eletronik itu bukanlah mushaf dan tiada baginya hukum mushaf pada keseluruhan.

Maka diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya: Rasulullah SAW telah bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُولُ ﴿الم﴾ حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu pahala dan satu pahala itu diganda sepuluh. Tidaklah aku katakan Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf dan Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” [Hadis Riwayat Tirmizi]

Dan sabdanya satu huruf dari kitab Allah bukanlah bermaksud disyaratkan membacanya dari mushaf untuk mendapat pahala tersebut. Maka Nabi SAW tidak ada membaca dari mushaf dan belum lagi mushaf itu dikumpulkan pada satu kitab pada zaman Nabi. Dan para sahabat pula ada yang tidak mempunyai penglihatan atau lain dari yang demikian itu. Dan seiring dengan hadis ini sebenarnya menunjukkan atas mencakupi juga mendapat pahala membaca Quran dari skrin elektronik pada zaman sekarang.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Benarkah orang yang sihat dimakruhkan solat sunat dalam keadaan duduk?

Jika orang yang sakit terpaksa solat dalam keadaan duduk adakah benar bahawa dia hanya mendapat separuh sahaja pahalanya?

JAWAPAN: Orang yang sihat tetapi dia solat dalam keadaan duduk maka perbuatannya itu adalah harus bukannya makruh tetapi jika dia solat dalam keadaan berdiri maka ialah yang afdhal.

Orang yang dapat separuh pahala itu ialah orang sihat yang solat sunat dalam keadaan duduk.

Ada pun orang sakit yang solat duduk itu maka pahalanya sama seperti solat berdiri. Ada pun solat wajib maka tidak harus sama sekali ia solat dalam keadaan duduk melainkan kerana uzur.

Dari Imran bin Husain r.a. berkata:

Aku bertanyakan Nabi SAW tentang seorang lelaki yang solat sunat dalam keadaan duduk maka Nabi SAW menjawab:

مَنْ صَلَّى قَائِمًا فَهُوَ أَفْضَلُ، وَمَنْ صَلَّى قَاعِدًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَائِمِ، وَمَنْ صَلَّى نَائِمًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَاعِدِ

Maksudnya: “Siapa yang solat berdiri maka ialah yang afdhal dan siapa yang solat dalam keadaan duduk maka baginya separuh pahala solat berdiri. Dan siapa yang solat berbaring maka baginya separuh pahala solat duduk.'' [Hadis Riwayat Bukhari]

Ada pun orang yang uzur yang solat duduk maka pahalanya tidak berkurang sebagaimana dia solat berdiri ketika dia sihat.

Dari Abu Musa Al- Asy’ari r.a. katanya Nabi SAW bersabda:

إذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتب مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Maksudnya: “Apabila seorang itu sakit atau dalam musafir nescaya ditulis pahala seperti dia kerjakannya ketika sedang mukim dan sihat.” [Hadis Riwayat Bukhari]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah benar orang lelaki boleh memakai sutera ketika ditimpa penyakit kerana ada orang yang berkata seperti ini?

JAWAPAN: Hukum asalnya diharamkan atas kaum lelaki memakai pakaian yang diperbuat dari sutera tetapi diharuskan memakainya pada beberapa keadaan. Antaranya ialah ketika ditimpa penyakit.

Anas r.a. meriwayatkan:

أنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم رَخَّصَ لِعَبْدِ الرَّحْمانِ بنِ عَوْفٍ والزُّبَيْرِ فِي قَمِيصٍ مِنْ حَرِيرٍ مِنْ حِكَّةٍ كانَتْ بِهِمَا

Maksudnya: ''Sungguhnya Nabi SAW mengharuskan bagi Abdul Rahman bin ‘Auf dan Az-Zubair memakai baju yang diperbuat dari sutera dari sebab sakit kulit yang menimpa keduanya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Apabila benang sutera lebih sedikit dari benang yang lain.

Para ulama menyebutkan keharaman sutera atas kaum laki-laki apabila seluruh pakaiannya terbuat dari sutera. Jika hanya sedikit atau sebahagian kecil adalah sutera dan yang lain bukan dari sutera maka diharuskan memakainya.

Sungguhnya Umar bin Al-Khttab r.a. berkata:

نَهَى نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ عن لُبْسِ الحَرِيرِ إلَّا مَوْضِعَ إصْبَعَيْنِ، أَوْ ثَلَاثٍ، أَوْ أَرْبَعٍ

Maksudnya: “Telah melarang oleh Nabi SAW dari memakai pakaian sutera melainkan sekadar dua jari atau tiga jari atau empat jari.” [Hadis Riwayat Muslim]

Sebahagian fuqahak mazhab Syafie dan Hanbali menyatakan jika benang sutera lebih berat dari benang yang lain pada pakaian tersebut maka dikira sutera lebih banyak dan hukumnya adalah haram.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA


SOALAN: 1) Adakah sah solat subuh tanpa membaca doa qunut?

2) Mohon disertakan dalil membaca qunut ketika solat subuh
• kerana ada orang mengatakan qunut subuh ini tidak ada hadisnya.

JAWAPAN: Membaca doa qunut ketika solat subuh adalah sunat ab’ad yakni sunat yang besar pahalanya. Tetapi jika tidak membacanya maka solatnya tetap sah kerana membaca doa qunut bukannya rukun solat atau syarat sahnya solat.

Jika seorang itu tertinggal membaca doa qunut maka disunatkan ia sujud sahwi sebelum salam.

Dan jika tertinggal juga sujud sahwi tersebut maka solatnya itu tetap sah.

Imam Tirmizi meriyatkan dalam sunannya telah berkata Sufyan At-Sauri:

إِنْ قَنَتَ فِي الفَجْرِ فَحَسَنٌ، وَإِنْ لَمْ يَقْنُتْ فَحَسَنٌ

Maksudnya: “Jika seorang itu membaca doa qunut pada solat subuh makai adalah elok dan jika dia tidak membacanya maka ia adalah harus (yakni sah solatnya).”

Antara dalil doa qunut ketika solat subuh ialah:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam kitab musnadnya:

مَا زَال رَسُول اللَّهِ يَقْنُتُ فِي الْفَجْرِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا

Maksudnya: “Rasulullah SAW sentiasa membaca qunut pada solat subuh hingga baginda wafat.”

Dan diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ قَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو عَلَيْهِمْ ثُمَّ تَرَكَهَ فَأَمَّا فِي الصُّبْحِ فَلَمْ يَزَلْ يَقْنُتُ حَتىَّ فَارَقَ الدُّنْيَا

Maksudnya: “Sungguhnya Nabi SAW membaca qunut selama sebulan mendoakan ke atas mereka kemudian meninggalkannya. Dan ada pun pada solat subuh maka Nabi SAW sentiasa membaca qunut sehingga baginda meninggalkan dunia.” [Hadis Riwayat Baihaqi]

Para ulamak berbeza pendapat dalam pada hadis tersebut.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Integrity is telling myself the truth. Honesty is telling the truth to other people.
- Spencer Johnson

@penagadismerah🐬
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (🇰🇼)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya saya membeli ayam laga tapi bukan untuk berlaga hanya kerana suka melihat kecantikannya?

JAWAPAN: Dalam masalah laga binatang seperti laga ayam yang diharamkan itu bukannya binatang tersebut tetapi perbuatan melagakannya.

Oleh itu siapa yang menjual ayam laga atau membelinya maka hukumnya bergantung kepada tujuan jual beli tersebut.

Jika jual beli kerana tujuan dilagakannya maka hukumnya adalah haram dan jika bukan bertujuan melagakannya seperti hanya kerana suka melihatnya maka hukumnya adalah harus.

Tersebut pada kitab Raudhatut Tholib:

فَلَوْ بَاعَ الْعِنَبَ مِمَّنْ يَتَّخِذُهُ خَمْرًا) بِأَنْ يَعْلَمَ أَوْ يَظُنَّ مِنْهُ … (وَنَحْوِ ذَلِكَ) مِنْ كُلِّ تَصَرُّفٍ يُفْضِي إلَى مَعْصِيَةٍ كَبَيْعِ الرَّطْبِ مِمَّنْ يَتَّخِذُهُ نَبِيذًا وَبَيْعِ دِيكِ الْهِرَاشِ وَكَبْشِ النِّطَاحِ مِمَّنْ يُعَانِي ذَلِكَ (حَرُمَ) لِأَنَّهُ تَسَبُّبٌ إلَى مَعْصِيَةٍ

Maksudnya: “Dan bersamaan hukumnya yang demikian itu segala yang digunakan untuk berbuat maksiat seperti jual beli kurma dari orang yang mahu membuat arak dan jual beli ayam dan kambing laga bertujuan buat laga maka hukumnya haram kerana sungguhnya ia jadi sebab kepada maksiat.” [Juz 8, m/s:68]

Allah SWT berfirman:

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: “Jangan kamu semua saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” [Surat Al-Maidah: 2]

Oleh itu terjawab persoalan jika membeli ayam laga hanya kerana kecantikannya bukan untuk berlaga maka ia adalah harus.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
"Talk less. Listen more. Feel deeper. Love better. Open your eyes. Experience life."
- Unknown

@penagadismerah🐬
Don’t listen to the person who has the answers; listen to the person who has the questions.
- Albert Einstein

@penagadismerah🐬
"Be thankful for what you have; you’ll end up having more. If you concentrate on what you don’t have, you will never, ever have enough." - Oprah Winfrey

@penagadismerah🐬
2024/09/30 22:31:16
Back to Top
HTML Embed Code: