Telegram Web Link
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Kalau kita masuk dalam masjid kemudian kita nampak najis seperti tahi burung atau air kencing adakah wajib kita kena buang atau beritahu penjaga masjid atau boleh kita diamkan sahaja?

JAWAPAN: Siapa yang melihat atau mengetahui ada najis di dalam masjid maka wajib atasnya memberitahu penjaga masjid supaya dibersihkan dan jika tiada penjaganya maka wajib dia bersihkan najis itu dengan segera dan jika dia biarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan sahaja maka dia telah berdosa.

Tersebut pada kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubra:

ู…ูŽู†ู’ ุนูŽู„ูู…ูŽ ุจูู†ูŽุฌูŽุงุณูŽุฉู ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ู„ูŽุฒูู…ูŽู‡ู ุฅุฒูŽุงู„ูŽุชูู‡ูŽุง ููŽูˆู’ุฑู‹ุง ูˆูŽู…ูŽุชูŽู‰ ู‚ูŽุตูŽู‘ุฑูŽ ูููŠ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุฃูŽูˆู’ ุชูŽุฑูŽุงุฎูŽู‰ ูููŠู‡ู ู…ูู†ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุนูุฐู’ุฑู ุฃูŽุซูู…ูŽ

Maksudnya: โ€œBarangsiapa tahu tentang suatu yang najis yang ada pada masjid maka wajib atasnya menghilangkan najis itu iaitu membersihkannya dengan segera. Dan apabila dia cuai dengan tidak menghilangkannya atau dia tangguhkannya dengan tanpa uzur maka dia telah berdosa.โ€ Jika dia lambat membasuhnya atau lambat memberitahu penjaganya kerana hendak mengerjakan solat dahulu umpamanya maka tidaklah mengapa.

Kesimpulan

Siapa yang nampak ada najis di dalam masjid maka hendaklah dia hilangkan najis tersebut jika mampu dan jika tidak mampu hendaklah dia beritahu penjaga masjid tersebut atau orang lain supaya dihilangkannya.

Tidak mengapa dia biarkan dulu jika tidak takut dipijak orang lain kerana hendak menunaikan solat atau perkara hajat yang lain.

Siapa yang mengetahui atau nampak najis dalam masjid tetapi dia diamkan dan tidak dia bersihkan atau memberitahu penjaganya atau orang lain maka dia telah berdosa.

Jika tiada alat untuk membersihkannya dan tiada penjaga masjid disitu maka hendaklah dia letakkan umpama hadangan supaya orang sedar disitu ada najis.

Kebersihan masjid bukan hanya tanggung jawab penjaga masjid tetapi adalah tanggungjawab semua umat Islam.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Bersahabatlah dengan Al quran.

Bacalah Al-quran walaupun satu hari satu muka surat..biar ada dari tiada.

Kerana.

Apabila Al quran tidak diisi dalam hati, maka maksiatlah yang akan datang mengisi.


โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah hadis yang menyebut orang yang minum arak sekali tidak akan diterima solatnya 40 hari itu hadis sahih?

Apakah maknanya kalau dia sudah bertaubat tidak perlu kerjakan solat 40 hari kemudian baru mula solat?

JAWAPAN: Hadis berkenaan orang yang minum arak itu tidak diterima solatnya selama 40 hari adalah hadis sahih.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin โ€˜Amr bin Al-โ€˜As r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda:

ู„ูŽุง ูŠูŽุดู’ุฑูŽุจู ุงู„ู’ุฎูŽู…ู’ุฑูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ู…ูู†ู’ ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ููŽูŠูŽู‚ู’ุจูŽู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ู‡ู ุตูŽู„ูŽุงุฉู‹ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนููŠู†ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง

Maksudnya: โ€œTiada dari umatku orang yang meminum akan arak maka Allah tidak akan menerima solatnya 40 hari.'' [Hadis Riwayat An-Nasaai]

Dan pada riwayat Imam Tirmizi:

ู…ู† ุดุฑุจ ุงู„ุฎู…ุฑูŽ ู„ู… ุชูู‚ุจู„ู’ ู„ู‡ ุตู„ุงุฉูŒ ุฃุฑุจุนูŠู† ุตุจุงุญู‹ุง

Maksudnya: โ€œSiapa yang minum akan arak tidak akan diterima baginya solat selama 40 pagi.โ€

Bukan maksud tidak akan diterima solat itu tidak perlu solat tetapi solatnya tidak berpahala selama 40 hari. Ada pun mendirikan solat tetap wajib atasnya samada dia sudah bertaubat atau tidak.

Berkata Imam Nawawi:

ูˆุฃู…ุง ุนุฏู… ู‚ุจูˆู„ ุตู„ุงุชู‡ ูู…ุนู†ุงู‡ ุฃู†ู‡ ู„ุง ุซูˆุงุจ ู„ู‡ ููŠู‡ุงุŒ ูˆุฅู† ูƒุงู†ุช ู…ุฌุฒุฆุฉ ููŠ ุณู‚ูˆุท ุงู„ูุฑุถ ุนู†ู‡ุŒ ูˆู„ุง ูŠุญุชุงุฌ ู…ุนู‡ุง ุฅู„ู‰ ุฅุนุงุฏุฉ

Maksudnya: โ€œDan ada pun ketiadaan menerima solatnya itu bermakna sungguhnya tiada pahala bagi solatnya sekalipun solatnya itu sah dan gugur kewajipan daripada orang itu dan tidak perlu lagi dia mengulangi solatnya.'' [Kitab Syarah Sahih Muslim]

@wnmuhdfirdaus
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Dalam hidup, sering tertanya tanya, kenapa hidup aku rasa kosong?

Saat itu, check balik solat. Perbaiki. Nescaya kau tenang.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Ada orang hidup dalam kejahatan, tapi matinya dalam kebaikan.

Ada orang hidup dalam kebaikan, tapi mati dalam kejahatan.

Siapa kita untuk menentukan syurga dan neraka, ingat kita bukan Tuhan.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Bagaimana kedudukan lengan dan siku ketika kita sedang sujud sembahyang?

Kena angkat dari lantai atau kena rendahkan?

JAWAPAN: Ketika sujud disunatkan merenggangkan dua lengan dari perut dan siku terangkat dari lantai yaitu jangan diletakkan siku di atas lantai. Jika seorang itu sujud dan lengannya serta siku tidak diangkat dari lantai maka solatnya adalah sah.

Berkata Imaam Syairazi:

ูˆูŽูŠูุณู’ุชูŽุญูŽุจู‘ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฌูŽุงูููŠูŽ ู…ูุฑู’ููŽู‚ูŽูŠู’ู‡ู ุนูŽู†ู’ ุฌูŽู†ู’ุจูŽูŠู’ู‡ู ู„ูู…ูŽุง ุฑูŽูˆูŽู‰ ุฃูŽุจููˆ ู‚ูŽุชูŽุงุฏูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฌูŽุฏูŽ ุฌูŽุงููŽู‰ ุนูŽุถูุฏูŽูŠู’ู‡ู ุนูŽู†ู’ ุฌูŽู†ู’ุจูŽูŠู’ู‡ู
ูˆูŽูŠูŽุฑู’ููŽุนูŽ ู…ูุฑู’ููŽู‚ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽูŠูŽุนู’ุชูŽู…ูุฏูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูŽุงุญูŽุชูŽูŠู’ู‡ู ู„ูู…ูŽุง ุฑูŽูˆูŽู‰ ุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุงุกู ุงูุจู’ู†ู ุนูŽุงุฒูุจู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฌูŽุฏู’ุชูŽ ููŽุถูŽุนู’ ูƒูŽูู‘ูŽูŠู’ูƒูŽ ูˆูŽุงุฑู’ููŽุนู’ ู…ูุฑู’ููŽู‚ูŽูŠู’ูƒูŽ

Maksudnya: โ€œDan disunatkan renggangkan dua sikunya dari rusuknya kerana hadith Abu Qatadah r.a. sungguhnya Nabi SAW adalah ia ketika sujud merenggangkan kedua lengan dari dua rusuknya. Dan disunatkan mengangkat dua sikunya dan bertekan atas dua tapak tangannya kerana hadith Al-Barraโ€™ bin โ€˜Azib r.a. bahawasanya Nabi saw bersabda: Apabila kamu sujud maka letakkan dua tapak tanganmu dan angkatlah dua sikumu.โ€ [Kitab Al-Muhazzab]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Manfaatkan sebaiknya bulan ramadhan kali ini, bimbang ini ramadhan yang terakhir buat kita. Sehari umur bertambah, sehari kematian menghampiri kita.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Musibah.

Bukan alasan untuk lemah.
Tetapi untuk kita mengatur langkah.Agar dapat didik hati untuk tabah.Dan menjadi seorang insan yang gagah.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Rindu itu kalau diucap.Hati akan semakin rindu.Tapi jika didoakan,Hati akan semakin tenang.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

"Hati-hati terhadap alasan. Kerana alasan itu menyimpan dusta"

[Sayyidina Umar Bin Al-Khattab Radhiyallahu anhu]

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Sah atau tidak sembahyang kita kalau selepas salam baru sedar ada darah nyamuk pada baju kita?

JAWAPAN: Jika dimaksudkan dengan darah nyamuk disini ialah darah yang ada pada seekor nyamuk yang terpenyet lalu mengeluarkan darah kena pada pakaian kita maka ada perselisihan ulamak padanya iaitu setengah ulamak memberi pandangan dengan dimaafkannya kerana sedikit sangat dan bukan disengaja manakala setangah ulamak mengatakan tidak boleh dibawa kedalam sembahyang melainkan dengan disucikan dulu pakaian tersebut.

Berkata Syeikh Muhammad Syatha Ad-Dimyati:

ูˆูŽุงุฎู’ุชูŽู„ูŽููŽ ูููŠู’ู…ูŽุง ู„ูŽูˆู’ ู„ูŽุจูุณูŽ ุซูŽูˆู’ุจู‹ุง ูููŠู’ู‡ู ุฏูŽู…ู ุจูŽุฑูŽุงุบููŠู’ุซูŽ ูˆูŽุจูŽุฏูŽู†ูู‡ู ุฑูŽุทู’ุจูŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูุชูŽูˆูŽุงู„ููŠู‘ู ูŠูŽุฌููˆู’ุฒู ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุฎู ุฃูŽุจููˆู’ ุนูŽู„ููŠู‘ู ู„ุงูŽ ูŠูŽุฌููˆู’ุฒู

Maksudnya: โ€œDan telah berkhilaf oleh fuqahak pada masalah jikalau kena atas pakaian darah nyamuk dan badannya basah maka berkata Syeikh Mutawali dengan harusnya dan berkata Syeikh Abu Ali tidak harus ia.โ€ [Kitab Ianat At-Talibin]

Kesimpulan

Jika sedikit darah nyamuk itu pada pakaiannya dan badan kita tidak basah yang menyebabkan darah itu merebak dan bukan disengajakan maka hukumnya dimaaf sebagaimana dimaafkan najis yang lain jika sedikit.

Jika banyak yakni nampak jelas darah itu kemerahan pada pakaiannya maka tidak dimaaf hendaklah dibersihkan dulu pakaian tersebut sebelum dipakai di dalam sembahyang kerana itu dikira banyak.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Ramadhan ini, gunakanlah untuk pulun mendapatkan pahala, dan jadikan ia batu loncatan untuk kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Jaga amalan wajib.
Banyakkan amalan sunat.
Pelihara akhlak luaran dan dalaman.

Dan berdoa agar Allah terima amalan kita.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya menggunakan kontek lense kerana masalah penglihatan. Soalan saya kalau hendak berwuduk adakah saya kena tanggalkan dulu atau tidak perlu tanggalkan?

Dan adakah sah kalau ada tahi mata yang tidak dibuang terlebih dulu pada tepi mata?

JAWAPAN: Hendaklah diketahui bahawa biji mata tidak termasuk dalam anggota yang wajib dibasuh ketika membasuh muka pada berwuduk.

Oleh itu tidak wajib ditanggalkan kanta pelekap mata apabila mahu mengambil wuduk.

Ada pun kotoran yang ada pada tepi mata maka wajib dibuang dahulu kerana jika tidak sampai air kepada tepi mata kerana terhalang oleh kotoran tersebut maka wuduk itu tidak sah.

Berkata Imam Nawawi:

ุฃู…ุง ุญูƒู… ุงู„ู…ุณุฃู„ุฉ ูู„ุง ูŠุฌุจ ุบุณู„ ุฏุงุฎู„ ุงู„ุนูŠู† ุจุงู„ุงุชูุงู‚ ูˆููŠ ุงุณุชุญุจุงุจู‡ ุงู„ูˆุฌู‡ุงู† ุงู„ู„ุฐุงู† ุฐูƒุฑู‡ู…ุง ุงู„ู…ุตู†ู ุฃุตุญู‡ู…ุง ุนู†ุฏ ุงู„ุฌู…ู‡ูˆุฑ ู„ุง ูŠุณุชุญุจ
ู‡ุฐุง ุงู„ุฐู‰ ุฐูƒุฑู†ุงู‡ ุงู†ู…ุง ู‡ูˆ ููŠ ุบุณู„ ุฏุงุฎู„ ุงู„ุนูŠู† ุฃู…ุง ู…ุขู‚ู‰ ุงู„ุนูŠู†ูŠู† ููŠุบุณู„ุงู† ุจู„ุง ุฎู„ุงู ูุงู† ูƒุงู† ุนู„ูŠู‡ู…ุง ู‚ุฐู‰ ูŠู…ู†ุน ูˆุตูˆู„ ุงู„ู…ุงุก ุฅู„ู‰ ุงู„ู…ุญู„ ุงู„ูˆุงุฌุจ ู…ู† ุงู„ูˆุฌู‡ ูˆุฌุจ ู…ุณุญู‡ ูˆุบุณู„ ู…ุง ุชุญุชู‡

Maksudnya: โ€œAda pun hukum pada masalah iaitu membasuh muka pada wuduk maka tidak wajib membasuh bahagian dalam mata dengan sepakat ulamak dan adakah ia sunat maka pendapat yang paling sahih tidak disunatkan membasuh biji mata.

Yang telah disebut ini ialah bahagian dalam mata iaitu biji mata.

Adapun tepi dua mata maka wajib dibasuh tanpa khilaf. Maka jika ada tepi mata itu kotoran yang menghalang sampai air pada tempat yang wajib dibasuh pada muka nescaya wajib disapu dan dibasuh dibawahnya.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™]

Kesimpulan

Kanta lekap tidak perlu ditanggalkan ketika berwuduk kerana biji mata tidak wajib dibasuh ketika berwuduk.

Tahi mata dan segala kotoran yang ada pada tepi mata wajib dibersihkan supaya tidak menghalang dari sampai air basuhan wuduk.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Boleh ke kita yang biasa-biasa nak dapatkan sesuatu yang luar biasa?

Sedangkan Lailatul Qadr itu utk mereka yang luar biasa, tapi kita masih lagi biasa-biasa, tak mahu berusaha menjadi luar biasa?

Jom usaha๐Ÿ

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Jangan sia-siakan Hijrah kerana Hidayah adalah Hadiah

yang terindah.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
2024/11/20 04:42:04
Back to Top
HTML Embed Code: