Telegram Web Link
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Siapakah yang wajib membayar zakat fitrah isteri?

Adakah wajib atas suami atau isteri itu sendiri?

JAWAPAN: Zakat fitrah isteri wajib dikeluarkan oleh suami kerana mengikut bagi nafaqah iaitu apabila nafaqah isteri wajib dikeluarkan oleh pihak suami maka suami wajib pula mengeluarkan zakat fitrah isterinya. Inilah pendapat jumhur ulamak fiqah.

Berkata Syeikh Alawi Al-Maliki:

قال الجمهور تجب الزكاة على الزوج لزوجته إلحاقا بالنفقة

Maksudnya: “Telah berkata majoriti ulamak wajib zakat fitrah isteri itu atas suami kerana dihubungkan dengan kewajipan nafaqah." [Kitab Ibanatul Ahkam Syarah Bulughul Maram]

Berkata Syeikh Athiyyah Saqr:

إن الزوج يجب عليه أن يخرج زكاة الفطر عن نفسه وعمن تجب عليه نفقتهم، ومنهم الزوجة

Maksudnya: “Sungguhnya suami itu wajiblah atasnya mengeluarkan zakat fitrah atas dirinya dan orang yang wajib atasnya nafaqah mereka itu. Dan setengah dari mereka yang wajib atas suami memberi nafaqah itu ialah isterinya.” [Lajnah Fatwa Al-Azhar]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
【﷽】 натı pereмpüaй ~

Janganlah kita menunggu di akhir Ramadhan untuk bermuhasabah diri, sebaliknya dari sekarang perbanyakkan muhasabah supaya mendapat taqwa ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Marilah kita berazam meningkatkan amalan yang kurang, meningkatkan amalan yang sedia ada dan memperelok amalan sedia ada.

In sha ALLAH🍁

•• اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ••
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ada satu soalan berkaitan orang yang was-was ketika mengambil wuduk iaitu digunakan air terlampau banyak pada hal air itu diwakafkan atau dibayar oleh seseorang.

Adakah perbuatan membazir air ketika berwuduk oleh orang was-was itu berdosa?

JAWAPAN: Rasululah SAW menyuruh umatnya meniru contoh amalan baginda sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis Nabi SAW.

Termasuklah dalam urusan mengambil wuduk maka Rasulullah SAW mengajar kita supaya mengambil wuduk dengan tiga-tiga kali dan bercermat dan melarang dari membazir.

Orang yang was-was mengambil wuduk adalah orang yang tidak mengikuti perintah dan tunjuk ajar Rasulullah SAW bahkan yang diikut oleh orang was-was hanyalah nafsu dan hasutan syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:

من توضَّأَ كما أمر وصلَّى كما أمر غُفِرَ له ما تقدمَ من ذنبه

Maksudnya: “Barang siapa mengambil wuduk sebagaimana diperintahkan dan solat ia sebagaimana diperintahkan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” [Sahih Ibnu Hibban]

Ulamak telah menyebut bahawa was-was yang membawa kepada membazirkan air yang diwakafkan seperti air yang disediakan di masjid dan tempat awam adalah haram dan berdosa dan perbuatannya itu adalah maksiat.

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Tunis:

الوسوَسَةُ التي تؤدّي بصاحبها إلى الإسرافِ في الماءِ، كثيرٌ من الناس يُسرِفُون في الماء بسببِ الوسوسة هؤلاءِ وقعوا في المعصية

Maksudnya: "Pernyakit was-was yang mengheret pelakunya kepada membuang-buang air. Ramai dari kalangan manusia telah melakukan perbuatan membazir pada air sebab was-was dan mereka itu sebenarnya telah jatuh pada melakukan perbuatan maksiat.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
【﷽】 натı pereмpüaй ~

Celaka bagi orang yg mengaku Islam kemudian ia berniat untuk kembali melakukan maksiat setelah Ramadhan selesai.

[Al-Habib Umar Bin Hafidz]

•• اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ••
【﷽】 натı pereмpüaй ~

Jangan sia-siakan Ramadhan kita nikmati sekarang. Mungkin tahun ini yang terakhir. Kita tak tahu. Jadi hargai sungguh-sungguh.

•• اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ••
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
TAZKIRAH RAMADHAN

Pengampunan Daripada Allah

Allah SWT berfirman:

وَلِلَّهِ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَمَا فِی ٱلۡأَرۡضِۚ یَغۡفِرُ لِمَن یَشَاۤءُ وَیُعَذِّبُ مَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ

Maksudnya: ''Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Aali Imran: 129]

Rebutlah peluang keemasan Ramadhan ini untuk menggandakan amal ibadah dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan, semoga Allah mengampuni dosa kita yang lepas.

@wnmuhdfirdaus
【﷽】 натı pereмpüaй ~

Jangan terlalu bahagia ketika seseorang nyatakan cinta, banyak orang yang mampu mengatakannya, namun sedikit yang sungguh dari hati.

•• اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ••
【﷽】 натı pereмpüaй ~

Jangan biarkan Ramadhan berlalu tanpa kau titipkan amalan yang baik. Masih tersisa beberapa hari untuk membaca Al-Qur'an, sedekah, munajat, saling memaafkan, dan bertaubat.

Kita tidak tahu apakah usia kita sampai pada Ramadhan yang akan datang?

Jadi, ambillah peluang yang ada ini untuk terus melakukan ibadah.

•• اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ••
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB JAWAB

SOALAN: Berkenaan larangan oleh Nabi meniup makanan dan minuman adakah larangan itu haram dan kenapa Nabi melarang meniup makanan sebenarnya?

JAWAPAN: Larangan meniup pada makanan dan minuman adalah larangan makruh bukannya haram. Setengah ulamak berkata hukumnya adalah khilaful awla maksudnya menyalahi yang lebih utama kerana yang lebih utama ialah tidak meniupnya tetapi tidaklah sampai berdosa.

Tersebut pada hadis Ibnu Abbas r.a.:

ان النفخ على الطعام يذهب البركة

Maksudnya: “Sungguhnya meniup pada makanan itu menghilangkan barakah.'' [Hadis Riwayat Al-Hakim]

Ada pun perkataan setengah orang sebab dilarang meniup pada makanan dan minuman itu ialah supaya tidak terkena najis air liur maka adalah tidak benar kerana air liur adalah suci. Hanyalah dilarang itu kerana apabila ditiup biasanya akan terlihat sebagai kurang bersih atau jijik.

Berkata Syeikh Badaruddin Al-‘Aini:

أن نهيه عليه الصلاة والسلام عن النفخ في الطعام والشراب ليس على سبيل أن ما تطاير فيه من اللعاب نجس وإنما هو خشية أن يتقذرة الآكل منه فأمر بالتأدب

Maksudnya: “Sungguhnya larangan Rasulullah SAW dari meniup pada makanan dan minuman bukanlah kerana takutkan air liur yang keluar itu najis tetapi hanyalah takutkan dipandang keji oleh orang yang makan darinya maka diperintahkan dengan beradab.” [Kitab ‘Umdatul Qari]

Dan lagi pula amalan meniup supaya makanan dan minuman yang panas lekas sejuk adalah menunjukkan perangai yang sentiasa hendak cepat dan tergesa-gesa yang ia kurang elok disisi syarak.

Berkata Imam Munawi:

(نهى عن النفخ في الطعام) لأنه يؤذن بالعجلة وشدة الشره وقلة الصبر

Maksudnya: “Larangan dari meniup pada makanan ialah dari kerana sungguhnya ia menunjukkan sikap gaduh dan bersangatan hendak cepat dan sedikit sabar.” [Kitab Faidhul Qadir]

Kesimpulan

Ketika hendak makan atau minum adalah disunatkan tidak meniupnya ketika ia masih panas dan hendaklah ditunggunya sehingga ia sejuk.

Jika seorang meniupnya juga maka perbuatannya itu tidak haram tetapi makruh dan kurang elok dan makanan itu halal dimakan.

Menurut setengah ulamak jika berhajat kepada meniup kerana sangat panas dan masanya sempit maka hukumnya adalah tidak mengapa.

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
【﷽】 натı pereмpüaй ~

Ramadhan ini, gunakanlah untuk pulun mendapatkan pahala, dan jadikan ia batu loncatan untuk kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Jaga amalan wajib.
Banyakkan amalan sunat.
Pelihara akhlak luaran dan dalaman.

Dan berdoa agar Allah terima amalan kita.

•• اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ••
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Boleh nyatakan apakah amalan zahir yang paling berharga dan apakah amalan batin yang paling berharga?

JAWAPAN: Amalan zahir yang paling afdhal ialah solat yang fardu dan amalan batin yang paling afdhal ialah iman kepada Allah.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

أَفْضَلُ عِبَادَاتِ الْبَدَنِ الصَّلَاةُ . خَرَجَ بِعِبَادَاتِ الْبَدَنِ عِبَادَاتُ الْقَلْبِ كَالْإِيمَانِ ، وَالْمَعْرِفَةِ ، وَالتَّفَكُّرِ ، وَالتَّوَكُّلِ ، وَالصَّبْرِ ، وَالرِّضَا ، وَالْخَوْفِ ، وَالرَّجَاءِ وَمَحَبَّةِ اللَّهِ وَمَحَبَّةِ رَسُولِهِ ، وَالتَّوْبَةِ ، وَالتَّطْهِيرِ مِنْ الرَّذَائِلِ .وَأَفْضَلُهَا الْإِيمَانُ وَلَا يَكُونُ إلَّا وَاجِبًا ، وَقَدْ يَكُونُ تَطَوُّعًا بِالتَّجْدِيدِ

Maksudnya: “Bermula ibadah yang paling afdhal ialah solat fardu. Dan ada pun ibadat yang bangsa hati ialah seperti iman dan makrifat dan tafakkur dan tawakkal dan sabar dan redha dan takut dan harap dan kasih Allah dan Rasul dan bersuci dari segala kotoran batin.

Dan amalan hati yang paling afdhal sekali ialah iman yang ia adalah wajib dan iman yang sunat itu ialah memperbaharuinya.” [Kitab Asnal Mathalib]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
【﷽】 натı pereмpüaй ~

Alangkah ruginya seseorang yang bilamana Allah, memberikan peluang untuk berada di bulan Ramadhan lalu dia mengabaikan peluang yang diberikan itu untuk tidak beribadah kepada Allah.

[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]

•• اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ••
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya perempuan yang selalu keluar keputihan.

Soalan saya adakah keputihan itu najis dan jika kena pakaian solat adakah wajib dibasuh sebelum solat?

JAWAPAN: Keputihan ialah cecair yang keluar dari faraj wanita.

Keputihan yang keluar dari bahagian dalam faraj pada kawasan yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak maka ia adalah najis.

Keluar keputihan membatalkan wuduk dan wajib dibasuh jika hendak solat dan pakaian yang terkena keputihan tiu adalah mutannajis tidak boleh dibawa ke dalam solat.

Berkata Syeikh Jamal:

فَإِنْ خَرَجَتْ مِنْ مَحِلٍّ لَا يَجِبُ غَسْلُهُ فَهِيَ نَجِسَةٌ ؛ لِأَنَّهَا رُطُوبَةٌ جَوْفِيَّةٌ وَهِيَ إذَا خَرَجَتْ إلَى الظَّاهِرِ يُحْكَمُ بِنَجَاسَتِهَا وَإِذَا لَاقَاهَا شَيْءٌ مِنْ الطَّاهِرِ تَنَجَّسَ

Maksudnya: “Maka jika keputihan itu keluar ia dari kawasan yang tidak wajib membasuhnya maka ia adalah najis kerana ia adalah cecair yang terbit dari sebelah dalam. Bila keputihan ini keluar sampai kawasan zahir faraj maka dihukumkan dengan najis. Dan apa sahaja yang benda suci bersentuh dengannya menjadi ternajis.” [Kitab Hasyiah Jamal]

Kesimpulan

Keputihan ialah cecair yang terbit dari dalam faraj wanita dan ia adalah najis.
Jika keluar ia sampai kawasan yang zahir yaitu bahagian faraj yang wajib dibasuh ketika bersuci maka ia membatalkan wuduk.

Pakaian yang terkena keputihan wajib dibasuh jika hendak dipakai pakaian itu di dalam solat.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
2024/10/02 18:18:27
Back to Top
HTML Embed Code: