Telegram Web Link
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Orang yang tak tegur kesalahan sahabat tapi mengaku sayang, dia sebenarnya sedang berdusta.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah halal memakan ikan masin seperti ikan yang dijeruk tanpa membuang isi perutnya yang ada najis di dalamnya?

JAWAPAN: Haram hukumnya memakan ikan tanpa dibersihkan terlebih dulu najis yang ada dalam perutnya dan darahnya.

Akan tetapi jika ikan itu kecil seperti ikan bilis maka tidak haram dimakan tanpa membersihkannya terlebih dari dulu kerana sukar membersihkanya sebab saizanya yang kecil.

Tersebut pada kitab Al-Fatawa Al-Kubra:

ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุญูู„ูู‘ ุฃูŽูƒู’ู„ู ุณูŽู…ูŽูƒู ู…ูู„ู’ุญู ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูู†ู’ุฒูŽุนู’ ู…ูŽุง ูููŠู’ ุฌูŽูˆู’ููู‡ู ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ูููŠ ุฃูŽูƒู’ู„ู ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽูƒูŽุฉู ูƒูู„ูู‘ู‡ูŽุง ู…ูŽุนูŽ ู…ูŽุง ูููŠู’ ุฌูŽูˆู’ููู‡ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุฌูŽุงุณูŽุฉู

Maksudnya: โ€œDan tidak halal memakan ikan masin yang tidak dibuang najis yang ada dalam perutnya kerana sungguhnya pada memakan ikan semua sekali bersama isi perutnya itu adalah najis.โ€

Dan tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis:

ู…ุณุฃู„ุฉ : ุฑูˆุซ ุงู„ุณู…ูƒ ู†ุฌุณุŒ ูˆูŠุฌูˆุฒ ุฃูƒู„ ุตุบุงุฑู‡ ู‚ุจู„ ุดู‚ู‘ ุฌูˆูู‡ุŒ ูˆูŠุนูู‰ ุนู† ุฑูˆุซ ุชุนุณุฑ ุชู†ู‚ูŠุชู‡ ูˆุฅุฎุฑุงุฌู‡ุŒ ู„ูƒู† ูŠูƒุฑู‡ ูƒู…ุง ููŠ ุงู„ุฑูˆุถุฉุŒ ูˆูŠุคุฎุฐ ู…ู†ู‡ ุฃู†ู‡ ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ ุฃูƒู„ ูƒุจุงุฑู‡ ู‚ุจู„ ุฅุฎุฑุงุฌ ุฑูˆุซู‡ ู„ุนุฏู… ุงู„ู…ุดู‚ุฉ ููŠ ุฐู„ูƒ

Maksudnya: โ€œMasalah kotoran ikan itu adalah najis. Dan harus memakan ikan yang kecil sebelum disiang akan perutnya dan dimaafkan kotorannya kerana sukar membersihkannya dan mengeluarkannya akan tetapi makruh ia seperti yang tersebut pada kitab Ar-Raudhah.

Dan diambil pengertian daripadanya sungguhnya tidak halal memakan ikan yang besar sebelum membersihkan isi perutnya kerana tidak sukar yang demikian itu.โ€ [Bughah Musrtassyidin]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya nak tanya berkenaan pokok yang ditanam oleh kerajaan ditepi-tepi jalan kalau ada berbuah boleh tidak kita ambil buahnya?

JAWAPAN: Pokok-pokok berbuah yang ditanam oleh pihak kerajaan ada dua bahagian iaitu yang memang ditanam untuk diambil hasilnya oleh kerajaan seperti yang ditanam dipusat-pusat penyelidikan tanaman atau di kebun-kebun milik kerajaan contohnya maka tidak boleh diambil oleh orang awam.

Bahagian yang kedua ialah pokok yang ditanam di tepi-tepi jalan maka hukum mengambilnya ada padanya perincian.

Jika pihak kerajaan tidak mengambil buahnya atau memberi izin kepada orang awam mengambilnya maka harus diambil oleh orang awam.

Dan jika kerajaan ada melarang diambil buahnya maka tidak boleh diambil melainkan dengan izin.

Ada pun pokok yang tidak ada tuannya yang tumbuh ditanah kerajaan seperti tumbuh melata ditepi jalan atau ditepi sungai dalam tanah milik kerajaan maka hukum mengambilnya adalah harus.

Berkata Syeikh Jamal:

ูŠุฌูˆุฒ ุงู„ุชู‚ุงุท ุงู„ุณู†ุงุจู„ ูˆู‚ุช ุงู„ุญุตุงุฏ ุงู† ุนู„ู… ุงุนุฑุงุถ ุงู„ู…ุงู„ูƒ ุนู†ู‡ุง ุงูˆ ุฑุถุงู‡ ุจุฃุฎุฐู‡ุง ูˆ ุงู„ุง ูู„ุง

Maksudnya: โ€œHarus mengambil buah pada pokok yang di tanam dijalanan ketika berbuah jika diketahui pemiliknya tidak memperdulikannya atau redha pemiliknya dengan diambil. Dan jika tidak tahu pemiliknya itu redha atau tidak maka tidak boleh mengambilnya.โ€ [Kitab Hasyiah Jamal]

Dan berkata Syeikh Qalyubi:

ูŠุฌูˆุฒ ุงู„ุชู‚ุงุท ุงู„ุณู†ุงุจู„ ู„ู„ุชู…ู„ูƒ ุงู† ุงุนุฑุถ ู…ุงู„ูƒู‡ุง ุนู†ู‡ุง ุงูˆ ุนู„ู… ุฑุถุงู‡

Maksudnya: โ€œHarus mengambil buah yang tumbuh di jalanan untuk dibawa pulang jika pemiliknya berpaling daripadanya atau yang mengambil itu tahu pemiliknya redha buah itu diambil.โ€ [Hasyiah Qalyubi Wa โ€˜Umairah]

Kesimpulannya

Harus orang awam mengambil buah dari pokok yang ditanam pihak kerajaan di kawasan terbuka seperti di tepi-tepi jalan jika pihak kerajaan memang membenarkan ia diambil oleh orang awam.

Jika tidak tahu adakah pihak kerajaan memberi izin atau tidak tetapi pada kebiasaannya buah itu dibiarkan sahaja jatuh atau sehingga buruk di atas dahan tidak diambil maka harus juga orang awam mengambilnya.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya tidur dengan meniarap iaitu perut kita ke bawah?

JAWAPAN: Tidur meniarap hukumnya adalah makruh tanpa sebarang darurah atau uzur.

Ada pun jika kerana uzur seperti ada penyakit pada belakangnya maka harus ia tidur meniarap dan tidak makruh.

Rasulullah SAW bersabda:

ุฅูู†ู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุถูุฌู’ุนูŽุฉูŒ ูŠูุจู’ุบูุถูู‡ูŽุง ุงู„ู„ู‡ู

Maksudnya: โ€œTidur meniarap seperti ini adalah tidak disukai Allah.โ€ [Hadis Riwayat Abu Daud]

Berkata Syeikh Khatib tentang disunatkan membangunkan orang yang tidur meniarap:

ุงู„ุฑุฌู„ ุฅุฐุง ู†ุงู… ู…ู†ุจุทุญู‹ุง ูุฅู†ู‡ุง ุถุฌุนุฉ ูŠูุจุบุถู‡ุง ุงู„ู„ู‡

Maksudnya: โ€œSeorang itu apabila dia tidur meniarap nescaya Allah tidak menyukainya.โ€ [Mughni Al-Muhtaj]

Berkata Syeikh Abdul Karim Khasawneh:

ูˆุชูุดูŠุฑ ุจุนุถ ุงู„ุจุญูˆุซ ุงู„ุทุจูŠุฉ ุฅู„ู‰ ุฃู† ุงู„ู†ูˆู… ุนู„ู‰ ุงู„ุจุทู† ู„ู‡ ุฃุถุฑุงุฑ ุตุญูŠุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ูƒู„ู‰ ูˆุงู„ุฌู‡ุงุฒ ุงู„ุชู†ูุณูŠ. ู‡ุฐุง ููŠ ุญู‚ ู…ู† ูŠุชุนู…ู‘ูŽุฏ ู‡ุฐู‡ ุงู„ู†ูˆู…ุฉ ู„ุบูŠุฑ ุณุจุจุŒ ุฃู…ุง ุงู„ู†ุงุฆู… ูู‡ูˆ ุบูŠุฑ ู…ุคุงุฎุฐุ› ู„ุฃู† ุงู„ุชูƒู„ูŠู ู…ุฑููˆุน ุนู† ุงู„ู†ุงุฆู… ุญุชู‰ ูŠุณุชูŠู‚ุธุŒ ูƒู…ุง ุฃู† ุงู„ู…ุฑูŠุถ ุฅุฐุง ุงุญุชุงุฌ ุฅู„ู‰ ู‡ุฐู‡ ุงู„ู†ูˆู…ุฉ ูู„ุง ุญุฑุฌ ุนู„ูŠู‡ ููŠ ุฐู„ูƒุ› ุฅุฐุง ุงู„ุถุฑูˆุฑุงุช ุชูุจูŠุญ ุงู„ู…ุญุธูˆุฑุงุช.

Maksudnya: โ€œDan setengah orang-orang yang membahaskan tentang kesihatan menyatakan bahawa tidur meniarap di atas perut ini tidak bagus untuk kesihatan dan pernafasan.

Makruh ini ialah bagi orang yang sengaja tidur meniarap tanpa sebab. Ada pun yang telah tidur maka tidak diambil kira kerana hukum syarak tidak dikira dari orang yang sedang tidur sampailah ia jaga sebagaimana orang yang sedang sakit maka harus ia tidur meniarap tiada salah atasnya kerana apabila darurah maka diharuskan yang dilarang.โ€ Sebaiknya kita tidur dengan mengikuti sunnah yaitu Nabi SAW tidur dengan lambung yang kanan.

Dari Baraโ€™ bin โ€˜Azib r.a. Rasulullah SAW bersabda:

ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุชูŽูŠู’ุชูŽ ู…ูŽุถู’ุฌูŽุนูŽูƒูŽ ุŒ ููŽุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃู’ ูˆูุถููˆุกูŽูƒูŽ ู„ูู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุงุถู’ุทูŽุฌูุนู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุดูู‚ู‘ููƒูŽ ุงู„ุฃูŽูŠู’ู…ูŽู†ู

Maksudnya: โ€œApabila kamu hendak tidur maka berwuduklah seperti wuduk untuk solat kemudian berbaringlah atas lambung yang kanan.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukum orang perempuan mencukur rambutnya sampai botak kerana sudah ada sekarang fesyen perempuan berkepala botak?

JAWAPAN: Diharamkan kaum perempuan mencukur rambutnya sehingga botak melainkan jika ada uzur.

Diriwayatkan daripada Ali r.a. katanya:

ู†ู‡ู‰ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฃู† ุชุญู„ู‚ ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุฑุฃุณู‡ุง

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW telah melarang kaum wanita mencukur kepalanya.โ€ [Hadis Riwayat Tirmizi]

Dan pada riwayat Abu Daud daripada Ibnu Abbas r.a. Rasulullah SAW bersabda:

ู„ูŠุณ ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุณุงุก ุญู„ู‚ ุฅู†ู…ุง ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุณุงุก ุงู„ุชู‚ุตูŠุฑ

Maksudnya: โ€œTiada harus atas kaum wanita itu mencukur kepala hanya yang harus atas kaum wanita itu ialah gunting rambut.โ€

Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar:

"ุชู†ุจูŠู‡": ูƒู…ุง ูŠุญุฑู… ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุงู„ุฒูŠุงุฏุฉ ููŠ ุดุนุฑ ุฑุฃุณู‡ุง ูŠุญุฑู… ุนู„ูŠู‡ุง ุญู„ู‚ ุดุนุฑ ุฑุฃุณู‡ุง ุจุบูŠุฑ ุถุฑูˆุฑุฉุŒ ูˆู‚ุฏ ุฃุฎุฑุฌ ุงู„ุทุจุฑูŠ ู…ู† ุทุฑูŠู‚ ุฃู… ุนุซู…ุงู† ุจู†ุช ุณููŠุงู† ุนู† ุงุจู† ุนุจุงุณ ู‚ุงู„: "ู†ู‡ู‰ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฃู† ุชุญู„ู‚ ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุฑุฃุณู‡ุง

Maksudnya: "Awas olehmu sebagaimana haram atas wanita menambah rambut kepalanya maka diharamkan atasnya mencukur rambut kepalanya tanpa darurah. Dan sungguhnya Imam At-Tabari telah mengeluarkan satu hadith dari jalan Ummu Uthman binti Sufyan dari Ibnu Abbas r.a. berkata : Rasulullah SAW telah melarang kaum wanita mencukur kepalanya.โ€ Dan pendapat sebahagian ulamak makruh perempuan mencukur kepalanya dengan syarat tiada ia mendedahkan kepalanya diluar rumah. Ada pun jika keluar ia dengan tidak menutup kepala maka hukumnya haram dengan sepakat ulamak.

Dan sebahagian ulamak mengharamkan perempuan cukur kepala itu dengan sebab larangan menyamai kaum lelaki.

Dan harus perempuan mencukur kepalanya dengan sebab darurah seperti ada penyakit di atas kepalanya yang tidak ada pilihan melainkan dengan mencukur kepalanya.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya nak tahu ustaz kalau kita dengar bunyi azan dalam radio atau televisyen atau dalam media sosial adakah kena jawab?

JAWAPAN: Telah menyebut oleh Syeikh Ismail Uthman Zain:

ุงู„ุฌูˆุงุจ : ู†ุนู… ูŠุณู† ุฅุฌุงุจุฉ ุงู„ู…ุคุฐู† ุงู„ู…ุฐูƒูˆุฑ, ูˆุงู„ู…ูƒุจุฑ ุบุงูŠุฉ ู…ุง ููŠู‡ ุฃู†ู‡ ูŠู‚ูˆูŠ ุงู„ุตูˆุช ูˆูŠุจู„ุบู‡ ุฅู„ู‰ ู…ุฏู‰ ุจุนูŠุฏุฉ. ู‡ุฐุง ุฅุฐุง ูƒุงู† ุงู„ุฃุฐุงู† ู…ู†ู‚ูˆู„ุง ุจูˆุงุณุทุฉ ุงู„ู…ูƒุจุฑ ุนู† ู…ุคุฐู† ูŠุคุฐู† ุจุงู„ูุนู„, ุฃู…ุง ุฅุฐุง ูƒุงู† ุงู„ุฃุฐุงู† ููŠ ุงู„ุดุฑูŠุท ุงู„ู…ุณุฌู„ ูู„ุง ุชุณู† ุฅุฌุงุจุชู‡ ู„ุฃู†ู‡ ุญุงูƒ ูˆุงู„ุญุงูƒูŠ ู„ุง ูŠุญุงูƒู‰. ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Maksudnya: Ya. Disunatkan menjawab azan yang dilaungkan menerusi pembesar suara kerana pembesar suara berfungsi menguatkan lagi suara muazzin dan menyampaikan suaranya sampai ke tempat yang jauh.

Hukum ini ialah apabila suara azan itu dipindahkan dengan perantaraan pembesar suara dari muazzin yang azan ia dengan perbuatan.

Ada pun apabila azan tersebut hanyalah suara yang ada di dalam kaset rakaman maka tidak disunatkan menjawabnya kerana rakaman seumpama meniru maka tidaklah ditiru pula atasnya.โ€ [Kitab Qurratul Aini]

Kesimpulan

Jika azan yang didengar dalam radio atau televisyen itu memang sedang dilaungkan oleh muazzin kerana masuk waktu solat maka sunat menjawabnya.

Jika azan yang didengar itu hanya rakaman yang diulang-ulang dan tidak ada muazzin sedang melaungkannya pada ketika itu maka tidak sunat dijawab.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ustaz selalu menyebut pada hari kiamat nabi Muhamad orang yang pertama masuk syurga tapi ada saya dengar orang yang kata yang akan masuk syurga dulu ialah Nabi Idris.

JAWAPAN: Sekalian nas yang sahih menyatakan yang pertama akan masuk ke dalam syurga ialah Rasulullah SAW.

Diriwayatkan dari Tsabit dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah SAW telah bersabda:

ุขุชููŠ ุจูŽุงุจูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ููŽุฃูŽุณู’ุชูู’ุชูุญู ุŒ ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ู’ุฎูŽุงุฒูู†ู : ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽู†ู’ุชูŽุŸ ููŽุฃูŽู‚ููˆู„ู : ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏูŒ ุŒ ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ู: ุจููƒูŽ ุฃูู…ูุฑู’ุชู ู„ูŽุง ุฃูŽูู’ุชูŽุญู ู„ูุฃูŽุญูŽุฏู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽูƒูŽ

Maksudnya: โ€œAku datang pada pintu syurga pada hari kiamat dan meminta dibukakan. Maka berkata malaikat penjaga pintu syurga: Siapakah kamu? Aku menjawab: Muhammad. Maka berkata malaikat: Denganmu aku diperintahkan bahawa aku tidak akan membukanya bagi seorang jua pun sebelum kamu.โ€ [Hadis Riwayat Muslim]

Dan diriwayatkan dari Anas bin malik r.a. Rasulullah SAW bersabda:

ุฃู†ุง ุฃูƒุซุฑ ุงู„ู†ุงุณ ุชุจุนุงู‹ ูŠูˆู… ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉุŒ ูˆุฃู†ุง ุฃูˆู„ ู…ู†
ูŠู‚ุฑุน ุจุงุจ ุงู„ุฌู†ุฉ

Maksudnya: โ€œAku adalah orang yang paling ramai pengikut pada hari kiamat dan aku orang yang pertama mengetuk pintu syurga.โ€ [Hadis Riwayat Muslim]

Dan diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. Rasulullah SAW bersabda:

ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู

Maksudnya: โ€œDan akulah orang yang paling awal akan masuk ke dalam syurga pada hari kiamat.โ€ [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW baginda bersabda:

ุฃู†ุง ุฃูˆู„ ู…ู† ูŠูุชุญ ู„ู‡ ุจุงุจ ุงู„ุฌู†ุฉ

Maksudnya: โ€œAku adalah orang yang paling awal dibukakan pintu syurga. [Hadis Abu Yaโ€™la]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya kalau solat dengan memakai baju ada gambar orang dan apakah hukumnya makmum yang dibelakangnya tengok pada gambar orang pada baju itu?

JAWAPAN: Solat dengan memakai pakaian yang ada sesuatu yang boleh melalaikan orang melihatnya dalam solat seperti gambar orang atau haiwan adalah makruh.

Dan orang yang sedang solat juga makruh memandang kepada gambar tersebut.

Berkata Imam Nawawi:

ูŠูƒุฑู‡ ุฃู† ูŠุตู„ูŠ ูˆุจูŠู† ูŠุฏูŠู‡ ุฑุฌู„ ุฃูˆ ุงู…ุฑุฃุฉ ูŠุณุชู‚ุจู„ู‡ ูˆูŠุฑุงู‡ , ูˆู‚ุฏ ูƒุฑู‡ู‡ ุนู…ุฑ ุจู† ุงู„ุฎุทุงุจ ูˆุนุซู…ุงู† ุจู† ุนูุงู† ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง ; ูˆู„ุฃู†ู‡ ูŠุดุบู„ ุงู„ู‚ู„ุจ ุบุงู„ุจุง , ููƒุฑู‡ ูƒู…ุง ูƒุฑู‡ ุงู„ู†ุธุฑ ุฅู„ู‰ ู…ุง ูŠู„ู‡ูŠู‡ ูƒุซูˆุจ
ู„ู‡ ุฃุนู„ุงู…

Maksudnya: โ€œDimakruhkan mengerjakan solat dihadapan manusia samada lelaki atau perempuan yang jadi berhadap memandangnya. Umar bin Al-Khttab r.a. dan Uthman bin โ€˜Affan r.a. tidak meyukainya dari kerana sungguhnya ia biasanya akan mejadikan gangguan bagi hati maka dimakruhkannya sebagaimana dimakruhkan juga memandang kepada suatu yang melalaikan seperti baju yang ada gambar-gambar.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™]

Berkata Syeikh Khatib Syarbini:

ูˆูŠููƒุฑู‡ ู†ุธูŽุฑู ู…ุง ูŠู„ู‡ูŠ ุนู† ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงุฉุŒ ูƒุซูˆุจ ู„ู‡ ุฃุนู„ุงู…

Maksudnya: โ€œDimakruhkan memandang kepada suatu yang melalaikan daripada solat seperti memandang kepada baju yang ada gambar.โ€ [Kitab Mughni Muhtaj]

Dan sebahagian fuqahak berkata jika gambar yang tidak melalaikan orang memandangnya seperti gambar yang kecil maka hukumnya tidak makruh.

Tersebut pada kitab Al-Fiqh โ€˜ala Mazahib Al-Arbโ€™ah:

ูˆ ู…ู†ู‡ุง ุงู† ูŠูƒูˆู† ุจูŠู† ูŠุฏูŠู‡ ู…ุง ูŠุดุบู„ู‡ ู…ู† ุตูˆุฑุฉ ุญูŠูˆุงู† ุงูˆ ุบูŠุฑู‡ุง ูุงุฐุง ู„ู† ูŠุดุบู„ู‡ ู„ุง ุชูƒุฑู‡ ุงู„ุตู„ุงุฉ ุงู„ูŠู‡ุง ูˆ ู‡ุฐุง ุนู†ุฏ ุงู„ู…ุงู„ูƒูŠุฉ ูˆ ุงู„ุดุงูุนูŠุฉ

Maksudnya: โ€œDan setengah daripadanya yang dimakruhkan dalam solat ialah bertentang dihadapannya suatu yang melalaikannya seperti hambar haiwan atau lainnya. Maka jika tidak melalaikan solat nescaya tidaklah makruh. Inilah pendapat ulamak mazhab Maliki dan Syafie.โ€

Kesimpulan
Makruh memakai baju yang ada gambar yang boleh melalaikan orang yang melihatnya.

Seorang yang sedang solat hendaklah jangan melihat ke sana sini didalam solatnya kerana tujuan mendirikan solat adalah supaya hati ingat kepada Allah.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah orang yang hendak taubat wajib menunaikan solat taubat?

Adakah hadis yang menjadi dalil solat sunat taubat?

Apakah sebab disuruh menunaikan solat taubat?

JAWAPAN: Hukum Solat Taubat

Ketika seorang itu melakukan satu perbuatan membawa kepada dosa maka wajib atasnya bertaubat dan disunatkan pula menunaikan solat sunat taubat.

Berkata Syeikh Muhammad bin Umar:

ุตู„ุงุฉ ุงู„ุชูˆุจุฉ ูŠู†ุจุบูŠ ู„ู„ู…ุณู„ู… ุฃู† ูŠุญุฑุต ุนู„ู‰ ุชู‚ูˆู‰ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ุŒ ูˆู…ุฑุงู‚ุจุชู‡ุŒ ูˆุนุฏู… ุงู„ูˆู‚ูˆุน ููŠ ุงู„ู…ุนุตูŠุฉุŒ ูุฅู† ุฃุฐู†ุจุ› ุจุงุฏุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ุชูˆุจุฉ ูˆุงู„ุฅู†ุงุจุฉ. ูˆู‚ุฏ ุดุฑุน ุงู„ุฑุณูˆู„ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‡ุฐู‡ ุงู„ุตู„ุงุฉ ุนู†ุฏ ุงู„ุชูˆุจุฉ : ุจุบูŠุฉ ุงู„ู…ุชุทูˆุน ููŠ ุตู„ุงุฉ ุงู„ุชุทูˆุน

Maksudnya: โ€œSolat Taubat. Sayugia bagi orang Islam bahawa gemar ia atas taqwa akan Allah Taala dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa melihat akan dirinya dan tiada membiarkan dirinya jatuh kepada perlakuan maksiat. Maka jika dia melakukan satu dosa hendaklah dia segera kepada bertaubat dan kembali kepada Allah. Dan sungguhnya telah disyariatkan oleh Rasulullah SAW akan solat sunat ini ketika bertaubat.โ€ [Kitab Bughyah Al-Mutahowwiโ€™ fi Solah At-Tathowwuโ€™]

Dan berkata Imam Ibnu Taimiyah:

ูˆูŽูƒูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ุตูŽู„ูŽุงุฉ ุงู„ุชู‘ูŽูˆู’ุจูŽุฉุŒ ููŽุฅูุฐุง ุฃุฐู’ู†ุจ ูุงู„ุชูˆุจุฉ ูˆูŽุงุฌูุจูŽุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ู’ููŽูˆู’ุฑุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู…ูŽู†ู’ุฏููˆุจ ุฅูู„ูŽู‰ ุฃูŽู† ูŠูุตูŽู„ู‘ููŠ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ูุŒ ุซู…ู‘ูŽ ูŠูŽุชููˆุจุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ูููŠ ุญูŽุฏููŠุซ ุฃุจูŠ ุจูƒุฑ ุงู„ุตู‘ุฏูŠู‚

Maksudnya: โ€œDan seperti demikian itu solat taubat. Maka apabila seorang itu melakukan dosa maka taubat itu wajib dengan segera dan dia disunatkan kepada menunaikan solat dua rakaat kemudian bertaubat sepertimana sabit di dalam hadis Abu Bakar As-Siddiq r.a.โ€[Kitab Majmuโ€™ Fatawa]

Hadis Solat Sunat Taubat
Telah diriwayatkan daripada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata:

ุณูŽู…ูุนุช ุฑูŽุณููˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณู„ู… ูŠูŽู‚ููˆู„: " ู…ูŽุง ู…ู† ุนุจุฏ ูŠูุฐู†ุจ ุฐูŽู†ุจุง ููŠูุญุณูู†ู ุงู„ุทู‘ู‡ููˆุฑ ุซู…ู‘ูŽ ูŠู‚ูˆู… ููŽูŠุตูŽู„ูŠ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุซู…ู‘ูŽ ูŠุณู’ุชูŽุบู’ูุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุบูุฑ ุงู„ู„ู‡ ู„ูŽู‡ู

Maksudnya: โ€œAku telah mendengar akan Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada dari seorang hamba yang melakukan satu dosa kemudian dia bersuci dengan seeloknya kemudian berdiri tunaikan solat dua rakaat kemudian dia bertaubat kepada Allah dari dosanya itu melainkan Allah menerima akan taubatnya.โ€

SAMBUNGAN ESOK

@wnmuhdfirdaus
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Dari Ubadah bin Ash-Shamit ุฑุถู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡, bahwa Rasulullah bersabda,

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doโ€™a. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya. Maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.

[HR.Ath-Thabrani]

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Allah mengajarkanmu , dengan mengingati bahawa Allah bersamamu , Hati kamu akan tenang jika kamu sedar Allah bersamamu.

Oleh itu
apa yang perlu kamu takutkan ุŸ

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Orang yang paling rugi adalah orang yang menampakkan perbuatan-perbuatan baiknya dihadapan manusia . Dan , menampakan keburukan secara terang terangan dihadapan Allah .

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Jangan jadikan sesuatu masalah dalam hidup kita sebagai asbab kita menjadi orang yang bermasalah.

Masalah itu bukan untuk dipanjangkan tapi diselesaikan.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Maksiat mata.Maksiat kaki.Maksiat tangan.Maksiat mulut.

Mungkin disebabkan banyaknya maksiat punca ilmu susah nak masuk

"Istighfar"

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Kita selalu mengharapkan yang terbaik daripada insan sehingga kita tak perasan sejauh mana baiknya kita menjaga hubungan dengan Tuhan.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Jangan pernah cemburu dengan kebahagiaan orang lain.

Allah telah mengatur indah perjalanan hidupmu. Jadilah mata lebah yang melihat keindahan.Bukan mata lalat yang hanya menghinggap keburukan.

Dekatkan diri dengan Allah, bersihkan hati. Moga-moga kau melihat hikmah bukan mencari lemah.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Yakin pada rancangan Allah.

Ketika kita berhenti mengejar apa yang bukan milik kita. Allah akan mempertemukan kita dengan apa yang terbaik untuk diri kita.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah hadis yang menjadi dalil solat sunat taubat?

Apakah sebab disuruh menunaikan solat taubat?

โ€ข Sambungan Post Kelmarin โ€ข

JAWAPAN:

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah daripada bapanya r.a. berkata:

ุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง ููŽุฏูŽุนูŽุง ุจูู„ูŽุงู„ู‹ุงุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: "ูŠูŽุง ุจูู„ูŽุงู„ู ุจูู…ูŽ ุณูŽุจูŽู‚ู’ุชูŽู†ููŠ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูุŒ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฏูŽุฎูŽู„ู’ุชู ุงู„ู’ุจูŽุงุฑูุญูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ููŽุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฎูŽุดู’ุฎูŽุดูŽุชูŽูƒูŽ ุฃูŽู…ูŽุงู…ููŠ"ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุจูู„ูŽุงู„ูŒ: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ู…ูŽุง ุฃูŽุฐู’ู†ูŽุจู’ุชู ู‚ูŽุทู‘ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽูŠู’ุชู ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ูุŒ ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽุตูŽุงุจูŽู†ููŠ ุญูŽุฏูŽุซูŒ ู‚ูŽุทู‘ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃู’ุชู ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ูŽุง

Maksudnya: โ€œPada waktu pagi Rasulullah SAW telah memanggil akan Bilal r.a. dan berkata: Wahai Bilal. Kerana amalan apakah kamu mendahului aku di dalam syurga? Sungguhnya aku melihat di dalam syurga semalam dan aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku. Maka jawab Bilal: Wahai Rasulullah. Tiadalah aku kerjakan satu dosa sama sekali melainkan aku pasti menunaikan solat dua rakaat dan tiadalah menimpa aku oleh hadas melainkan aku segera berwuduk kerananya.โ€ [Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmizi]

Dan telah diriwayatkan daripada Abu Dardaโ€™ r.a. katanya: Aku telah mendengar akan Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃูŽ ููŽุฃูŽุญู’ุณูŽู†ูŽ ูˆูุถููˆุกูŽู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู…ูŽ ููŽุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุฃูŽูˆู’ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนู‹ุง (ุดูƒ ุฃุญุฏ ุงู„ุฑูˆุงุฉ) ูŠูุญู’ุณูู†ู ูููŠู‡ูู…ูŽุง ุงู„ุฐู‘ููƒู’ุฑูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุฎูุดููˆุนูŽ ุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุงุณู’ุชูŽุบู’ููŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ุŒ ุบูŽููŽุฑูŽ ู„ูŽู‡ู

Maksudnya: โ€œBarangsiapa berwuduk dengan wuduk yang sangat elok kemudian berdiri ia mengerjakan dua rakaat solat atau empat rakaat yang dia elokkan kelakuan solatnya itu dengan zikir dan khusyuk kemudian dia beristighfar akan Allah Taala nescaya Allah akan mengampunkan baginya.โ€ [Hadis Riwayat Ahmad]

Sebab Disuruh Solat Sunat Taubat
Dan sebab diperintahkan mengerjakan solat sunat taubat ialah menuntut kesempurnaan dan kesungguhannya kembali kepada Allah.

Berkata Syeikh Abdurrahman bin Qasim:

ูˆูŽูููŠู‡ ุงุณู’ุชููŠููŽุงุก ูˆูุฌููˆู‡ ุงู„ุทู‘ูŽุงุนูŽุฉ ูููŠ ุงู„ุชู‘ูŽูˆู’ุจูŽุฉุŒ ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู†ูŽุฏู…ุŒ ููŽุชุทู‡ุฑุŒ ุซู…ู‘ูŽ ุตู„ู‰ุŒ ุชู…ู‘ ุงุณู’ุชุบู’ูุฑุŒ ูˆูŽุฅูุฐุง ุฃูŽุชูŽู‰ ุจุฐู„ูƒ ุนู„ู‰ ุฃูƒู…ู„ ุงู„ู’ูˆูุฌููˆู‡ ุบูุฑ ุงู„ู„ู‡ ู„ูŽู‡ู ุจูˆุนุฏู‡ ุงู„ุตู‘ูŽุงุฏูู‚"

Maksudnya: โ€œDan pada menunaikan solat ini ialah menuntut kesempurnaan segala wajah ketaatan pada ketika bertaubat kerana sungguhnya taubat itu ialah penyesalan lalu dia bersuci dan menunaikan solat kemudian meminta keampunan. Dan apabila dia datangkan dengan yang demikian itu atas segala rupa yang sempurna nescaya Allah akan mengampunkan baginya dengan sebab janji-Nya yang benar.โ€ [Kitab Al-Ihkam]

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Kita punya mata yang sama
Tapi cara pandangan kita berbeza
Kita punya pangkat berbeza
Tapi Allah pandang kita semua sama.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
2024/11/20 08:27:56
Back to Top
HTML Embed Code: