Telegram Web Link
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Setiap manusia sudah memiliki jalan rezeki nya masing masing, tidak perlu iri, perbanyak lah usaha anda.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Terima apa yang sudah terjadi. banyak, ikhlaskan apa yang tidak boleh diubah, betulkan apa yang masih boleh diperbaiki.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Hidup memerlukan pengorbananan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Berusaha untuk menjadi lebih baik.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Usaha. yang mana nak kejar impian pasti kenal dan tahu dengan perkataan usaha. sebab tanpa usaha, impian itu hanya sekadar impian.

Ada 2 perkara yang akan hadir pada seseorang itu sama ada dalam bentuk malas ataupun usaha.

Jadi mana satu pilihan anda jika anda perlu capai sesuatu impian.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah harus dalam agama seorang itu memakai baju yang ada tulisan ayat quran pada bajunya?

Adakah boleh dia masuk ke dalam tandas kalau pakai baju itu?

JAWAPAN: Hukum memakai pakaian yang ada tertulis ayat Quran padanya adalah makruh. Inilah pandangan sebahagian ulamak.

Dan sebab dimakruhkan memakainya ialah pakaian tersebut akan terdedah kepada perkara yang tidak elok seperti dibawa ke dalam tempat yang tidak layak dengan kemuliaan ayat Quran seperti tandas dan terkena kotoran dan disentuh tangan yang berhadas atau ditindih akan dia dan dicampur dengan pakaian bernajis ketika mahu membasuhnya dan seumpamanya.

Dan setengah ulamak mengharuskannya dengan syarat tidak melintangkan pakaian tersebut kepada perkara yang tersebut di atas.

Berkata Imam Nawawi:

ู…ุฐู‡ุจู†ุง ุฃู†ู‡ ูŠูƒุฑู‡ ู†ู‚ุด ุงู„ุญูŠุทุงู† ูˆุงู„ุซูŠุงุจ ุจุงู„ู‚ุฑุขู† ูˆุจุฃุณู…ุงุก ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุญุณู†ู‰

Maksudnya: โ€œMazhab kami sungguhnya dimakruhkan menulis ayat Quran pada dinding dan pakaian dan begitu juga nama-nama Asmaโ€™ul Husna.โ€ [Kitab At-Tibyan fi Adabil Hamalatul Quran]

Berkata Imam Al-Buhuti:

ูˆูƒุฑู‡ ุงู„ุฅู…ุงู… ุฃุญู…ุฏ ุดุฑุงุก ุซูˆุจ ููŠู‡ ุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡

Maksudnya: โ€œImam Ahmad memakruhkan jual beli pakaian yang ditulis padanya zikrullahโ€ [Kitab Kasyful Qinaโ€™]

Kesimpulannya adalah yang lebih baik ialah tidak menulis ayat-ayat Quran pada pakaian atau memakainya kerana ia lebih memelihara akan kesucian ayat-ayat Quran.

Wallahuaโ€™lam

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
โ€ข Usrah Tunjang Tarbiah โ€ข
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” SUFI โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

@salamuniteforislam
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika sedang berada di dalam tandas adakah boleh kita jawab azan atau menjawab salam orang?

JAWAPAN: Ketika berada dalam tandas kerana membuang air atau seumpamanya adalah dilarang dari membaca Quran, berzikir, selawat, menjawab azan, menjawab salam dan seumpamanya.

Berkata Imam Nawawi:

ูŠูƒุฑู‡ ุงู„ุฐูƒู’ุฑ ูˆุงู„ูƒู„ุงู… ุญุงู„ ู‚ุถุงุก ุงู„ู€ุญุงุฌุฉุŒ ุณูˆุงุก ูƒุงู† ูู€ูŠ ุงู„ุตุญุฑุงุก ุฃูˆ ูู€ูŠ ุงู„ุจู†ู€ูŠุงู†ุŒ ูˆุณูˆุงุก ูู€ูŠ ุฐู„ูƒ ุฌู…ูŠุน ุงู„ุฃุฐูƒุงุฑ ูˆุงู„ูƒู„ุงู…ุŒ ุฅู„ุง ูƒู„ุงู… ุงู„ุถุฑูˆุฑุฉ ุญุชู€ู‰ ู‚ุงู„ ุจุนุถ ุฃุตุญุงุจู†ุง: ุฅุฐุง ุนุทุณ ู„ุง ูŠุญู…ูŽุฏู ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู€ู‰ุŒ ูˆู„ุง ูŠุดู…ู‘ุช ุนุงุทุณุงู‹ุŒ ูˆู„ุง ูŠุฑุฏูู‘ุงู„ุณู„ุงู…ุŒ ูˆู„ุง ูŠุฌูŠุจ ุงู„ู€ู…ุคุฐู†ุŒ ูˆูŠูƒูˆู† ุงู„ู€ู…ุณู„ูู‘ู€ู…ู ู…ู‚ุตูู‘ุฑุงู‹ ู„ุง ูŠุณุชู€ุญู‚ูู‘ ุฌูˆุงุจู€ุงู‹ุŒ ูˆุงู„ูƒู„ุงู… ุจู‡ุฐุง ูƒู„ูู‘ู‡ ู…ูƒุฑูˆู‡ ูƒุฑุงู‡ุฉ ุชู†ุฒูŠู‡ุŒ ูˆู„ุง ูŠุญุฑู…ุŒ ูุฅู† ุนุทุณ ูุญู…ุฏ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู€ู‰ ููŠ ู‚ู„ุจู‡ ูˆู„ู€ู… ูŠุญุฑูƒ ู„ุณุงู†ู‡ ูู„ุง ุจุฃุณุŒ ูˆูƒุฐู„ูƒ ูŠูุนู„ ุญุงู„ ุงู„ู€ุฌู…ุงุน

Maksudnya: โ€œDimakruhkan berzikir dan bercakap ketika sedang qadha hajat samada di tengah padang atau tandas yang disediakan dalam banggunan. Dan bersamaan yang demikian itu segala jenis zikir dan percakapan melainkan bercakap kerana darurah sehingga berkata ashab kami:

Jika seorang bersin tiada boleh ia mengucap Alhamdulillah dan tiada boleh ia mengucap Yarhamukallah ke atas orang lain yang bersin. Dan juga tidak boleh menjawab salam dan tidak boleh menjawab azan dan yang memberi salam itu cuai tiada mustahak menjawabnya dan bercakap-cakap.

Semua ini hukumnya adalah makruh tanzih yakni larangan yang tidak sampai ke darjat haram.

Maka jika seorang itu bersin didalam tandas dan ia menyebut Alhamdulillah di dalam hatinya dan tiada menggerakkan lidahnya maka hukumnya adalah harus. Dan seperti itu jugalah dilakukannya pada ketika sedang jimak.โ€ [Kitab Al-Azkaar An-Nawawi]

Wallahuaโ€™lam

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
โ€ข Usrah Tunjang Tarbiah โ€ข
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” SUFI โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

@salamuniteforislam
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ingin tahu adakah sah dalam masa sembelih binatang kalau kita sembelih sampai pututs kepala?

JAWAPAN: Disunatkan ketika menyembelih haiwan supaya menjaga adab-adab sembelih yang antaranya tidak menyembelih haiwan sehingga putus kepalanya kerana yang demikian itu adalah berlebih-lebihan dan kurang manis dipandang.

Rasulullah SAW bersabda:

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฐูŽุจูŽุญู’ุชูู…ู’ ููŽุฃูŽุญู’ุณูู†ููˆุง ุงู„ุฐูŽู‘ุจู’ุญูŽ

Maksudnya: โ€œDan apabila kamu hendak menyembelih maka elokkanlah cara kamu menyembelih.โ€ [Hadis Riwayat Muslim]

Sembelih sampai putus kepala haiwan itu makruh hukumnya tetapi para ulama memutuskan bahawa sembelihan itu adalah sah dan halal dimakan.

Telah menyebut olih Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

ุฃู†ู‘ูŽ ุฌูŽุฒู‘ูŽุงุฑูŽุง ู„ูุฃูŽู†ูŽุณ ุฐูŽุจูŽุญูŽ ุฏูŽุฌูŽุงุฌูŽุฉู‹ ูุงุถุทูŽุฑูŽุจูŽุชู’ ูุฐุจุญู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ู‚ูŽููŽุงู‡ูŽุง ูุฃุทูŽุงุฑูŽ ุฑูŽุฃุณู‡ุง ูุฃุฑุงุฏููˆุง ุทุฑุญูŽู‡ุง ูุฃู…ูŽุฑู‡ูู…ู’ ุฃู†ุณ ุจุฃูƒู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œBahawasanya seorang tukang sembelih bagi Anas bin Malik r.a. telah menyembelih seekor ayam lalu ayam itu menggelepar. Lalu disembelih pada tengkuknya dan terpelanting kepalanya. Mereka ingin membuang ayam itu kemudian Anas menyuruh mereka memakannya.โ€ [Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari]

Imam Ibnu Qudamah menyebut:

ูุฅู† ุฃุญู…ุฏ ุณุฆู„ ุนู† ุฑุฌู„ ุฐุจุญ ุฏุฌุงุฌุฉ ูุฃุจุงู† ุฑุฃุณู‡ุงุŒ ู‚ุงู„: ูŠุฃูƒู„ู‡ุง. ู‚ูŠู„ ู„ู‡: ูˆุงู„ุฐูŠ ุจุงู† ู…ู†ู‡ุง ุฃูŠุถุงุŸ ู‚ุงู„: ู†ุนู….

Maksudnya: โ€œSungguhnya Imam Ahmad ditanya berkenaan seorang yang menyembelih ayam sampai putus kepalanya. Jawab Imam Ahmad: Harus memakannya. Ditanya akan Imam Ahmad : Bahagian yang terpisah itu? Jawab Imam Ahmad: Ya, Boleh.โ€ [Mughni Ibnu Qudamah]

Berkata Imam Al-Muzani telah berkata Imam Syafie:

ููŽุฅูุฐูŽุง ุฐูŽุจูŽุญูŽู‡ูŽุง ููŽู‚ูŽุทูŽุนูŽ ุฑูŽุฃู’ุณูŽู‡ูŽุง ููŽู‡ููŠูŽ ุฐูŽูƒููŠู‘ูŽุฉูŒ

Maksudnya: โ€œMaka jika seorang itu menyembelih sampai putus kepalanya maka ialah sembelihan yang halal.โ€ [Kitab Mukhtasar Muzani]

Kesimpulannya makruh sengaja menyembelih haiwan sampai putus kepalanya melainkan jika tidak sengaja.

Sembelih yang memutuskan kepala adalah sah dan halal dimakan.

Wallahuaโ€™lam

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
โ€ข Usrah Tunjang Tarbiah โ€ข
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” SUFI โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

@salamuniteforislam
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ingin bertanyakan soalan tentang masjid. Bolehkah letakkan gambar-gambar imam dan bilal dan ahli jawatankuasa masjid di dinding masjid sebab ada yang mengatakan haram?

JAWAPAN: Sebarang gambar tidak boleh diletakkan di dinding sebelah dalam masjid yakni pada ruang yang digunakan untuk solat. Hukumnya adalah makruh kerana mengganggu penglihatan orang yang bersolat di dalamnya.

Tetapi jika diletakkan diluar masjid atau ruang yang bukan disediakan untuk solat seperti gambar ahli jawatankuasa dan imam yang bertugas seperti carta organisasi atau gambar yang ada pada iklan ceramah sebagai pemberitahuan maka hukumnya diharuskan dengan tujuan pengenalan untuk kemudahan orang awam berurusan.

Berkata Imam Nawawi:

ุญุงุฆุท ุงู„ู…ุณุฌุฏ ู…ู† ุฏุงุฎู„ู‡ ูˆุฎุงุฑุฌู‡ ู„ู‡ ุญูƒู… ุงู„ู…ุณุฌุฏููŠ ูˆุฌูˆุจ ุตูŠุงู†ุชู‡ ูˆุชุนุธูŠู… ุญุฑู…ุงุชู‡

Maksudnya: โ€œDinding masjid adalah sama hukumnya dengan masjid samada sebelah dalam atau sebelah luarnya yang wajib dipelihara akan kemuliaannya dan membesarkan kehurmatannya.โ€ [Al-Majmuโ€™ Syarah Al-Muhazzab]

Tersebut pada kitab Bughyatul Murtassyidin:

ูˆูŠูƒุฑู‡ ุชุนู„ูŠู‚ ุงู„ุงูˆุฑุงู‚ ุงู„ู…ู†ู‚ูˆุด ููŠู‡ุง ุตูˆุฑุฉ ุงู„ุญุฑู…ูŠู† ูˆู…ุง ููŠู‡ู…ุง ู…ู† ุงู„ู…ุดุงุนุฑุฉ ุงู„ู…ุณู…ุงุฉ ุจุงู„ุนู…ุฑ ููŠ ุง ู„ู…ุณุฌุฏ ู„ู„ุชุดูˆูŠุด ุนู„ูŠ ุงู„ู…ุตู„ูŠู† ูˆุบูŠุฑู‡ู… ูˆุจูƒุฑุงู‡ุฉ ุงู„ุตู„ุงุฉ ุงู„ูŠ ู…ุง ูŠู„ู‡ูŠ ู„ุงู†ู‡ ูŠุฎู„ ุจุงู„ุฎุดูˆุน ูˆู‚ุฏ ุตุฑุญูˆุง ุจูƒุฑุงู‡ุฉ ู†ู‚ุด ุงู„ู…ุณุฌุฏ ูˆู‡ุฐุง ู…ู†ู‡

Maksudnya: โ€œDan dimakruhkan menggantung gambar yang dipahat pada pada masjid yang ada padanya gambaran dua tanah haram dan apa yang terkandung ungkapan dan perkataan-perkataan di dalam masjid kerana mengganggu atas orang yang solat dan lain dari mereka itu dengan sebab makruh solat mengadap suatu yang melalaikan kerana ia mencederakan khusyuk. Dan sungguhnya telah menjelaskan oleh ulamak dengan makruhnya membuat tulisan pada masjid dan meletakkan gambar ini setengah daripadanya.โ€

Wallahuaโ€™lam

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
โ€ข Usrah Tunjang Tarbiah โ€ข
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” SUFI โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

@salamuniteforislam
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apabila meninggal dunia kanak-kanak adakah sunat dibacakan talqin ke atasnya selepas dari menanamnya?

JAWAPAN: Hukum membaca talqin selepas ditanam akan mayat hanya disunatkan ke atas jenazah yang sudah dewasa iaitu orang yang sudah mencapai usia mukallaf.

Arti mukallaf ialah seorang yang sudah memikul segala hukum syarak seperti menunaikan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan agama.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah SAW bersabda:

ุฑูููุนูŽ ุงู„ู‚ูŽู„ูŽู…ู ุนูŽู†ู’ ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉู: ุนูŽู†ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฆูู…ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุณู’ุชูŽูŠู’ู‚ูุธูŽุŒ ูˆูŽุนูŽู†ู ุงู„ุตู‘ูŽุจููŠู‘ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุดูุจู‘ูŽุŒ ูˆูŽุนูŽู†ู ุงู„ู…ูŽุนู’ุชููˆู‡ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุนู’ู‚ูู„ูŽ

Maksudnya: โ€œTiga golongan tidak ditulis mengerjakan dosa dan pahala yaitu orang sedang tidur sampai ia terjaga dan kanak-kanak sampai ia baligh dan orang tidak siuman sampai ia siuman.โ€ [Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad]

Oleh kerana itu tidak sunat ditalqinkan kanak-kanak yang mati kerana kanak-kanak adalah belum dinamakan mukallaf.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar:

ูˆูŠุณุชุญุจ ุชู„ู‚ูŠู† ุจุงู„ุบ ุนุงู‚ู„ ุฃูˆ ู…ุฌู†ูˆู† ุณุจู‚ ู„ู‡ ุชูƒู„ูŠู

Maksudnya: โ€œDan disunatkan talqin jenazah yang telah aqil baligh atau orang yang gila yang sudah sempat menjadi mukallaf.โ€ [Kitab At-Tuhfah 'ala Minhaj]

Berkata Syeikh Syarwani:

(ู‚ูˆู„ู‡ ุจุงู„ุบ ุนุงู‚ู„ ุฅู„ุฎ) ูู„ุง ูŠุณู† ุชู„ู‚ูŠู† ุทูู„ ูˆู„ูˆ ู…ุฑุงู‡ู‚ุง ูˆู…ุฌู†ูˆู† ู„ู… ูŠุชู‚ุฏู…ู‡ ุชูƒู„ูŠู ู„ุนุฏู… ุงูุชุชุงู†ู‡ู…ุง

Maksudnya: โ€œPerkataan yang telah aqil balighโ€ itu maksudnya tidak disunatkan talqin akan kanak-kanak dan sekalipun sudah hampir baligh dan orang gila yang tidak pernah menjadi mukallaf kerana ketiadaan difitnah akan keduanya (di alam barzakh).โ€ [Kitab Hasyiah Syarwani]

Kesimpulannya talqin selepas ditanam hanya disunatkan ke atas mayat yang sudah baligh manakala kanak-kanak dan orang yang tidak beraqal tidak disunatkan membaca talqin atasnya.

Wallahuaโ€™lam

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
โ€ข Usrah Tunjang Tarbiah โ€ข
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” SUFI โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

@salamuniteforislam
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Baru-baru ini ada disiarkan dalam siaran berita jenazah wabak covid ditanam pada waktu malam.

Apakah hukumnya ustaz sebab ada juga dengar orang kata dilarang tanam mayat waktu malam?

JAWAPAN: Jumhur ulamak mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan satu riwayat mazhab Hanbali mengharuskan menanam mayat pada waktu malam manakala satu riwayat dari mazhab Hanbali memakruhkannya.

Ulamak menyebut perbezaan pendapat ini dengan katanya:

ุงู„ู‚ูˆู„ ุงู„ุฃูˆู„: ูŠูƒุฑู‡ ุงู„ุฏูู† ุจุงู„ู„ูŠู„ุŒ ูˆู‡ุฐุง ุฑูˆุงูŠุฉ ููŠ ู…ุฐู‡ุจ ุงู„ุญู†ุงุจู„ุฉ
ุงู„ู‚ูˆู„ ุงู„ุซุงู†ูŠ: ุฌูˆุงุฒ ุงู„ุฏูู† ู„ูŠู„ุง ูˆุฅู„ู‰ ุฐู„ูƒ ุฐู‡ุจ ุงู„ุญู†ููŠุฉ ูˆุงู„ู…ุงู„ูƒูŠุฉ ูˆุงู„ุดุงูุนูŠุฉ ูˆุงู„ุญู†ุงุจู„ุฉ ููŠ ุฑูˆุงูŠุฉ ู†ุต ุนู„ูŠู‡ุง ุงู„ุฅู…ุงู… ุฃุญู…ุฏุŒ ูˆุงุฎุชุงุฑ ู‡ุฐุง ุงู„ู‚ูˆู„ ุงู„ุดูˆูƒุงู†ูŠุŒ ู„ูƒู† ุงู„ุฏูู† ุนู†ุฏู‡ู… ููŠ ุงู„ู†ู‡ุงุฑ ุฃูุถู„ุŒ ู‚ุงู„ ุงู„ู†ูˆูˆูŠ: ยซูˆู‡ุฐุง ู‡ูˆ ู‚ูˆู„ ุฌู…ุงู‡ูŠุฑ ุงู„ุนู„ู…ุงุก ู…ู† ุงู„ุณู„ู ูˆุงู„ุฎู„ู

Maksudnya: Pendapat pertama : Dimakruhkan menanam mayat pada waktu malam ialah satu riwayat pada mazhab Hanbali.

Pendapat kedua: Harus menanam mayat pada waktu malam. Inilah pendapat ulamak mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan satu riwayat dalam mazhab Hanbali yang telah menaskan atasnya oleh Imam Ahmad. Dan telah memilih oleh Imam As-Syaukani akan pendapat ini akan tetapi lebih afdhal di sisi mereka ini menanamnya pada waktu siang.

Berkata Imam Nawawi: Dan inilah pendapat jumhur ulamak salaf dan khalaf.โ€ [Kitab Mughni Ibnu Qudamah/Al-Umm/Fatawa Al-Hindiyah & Al-Hawi Al-Kabir]

Berkata Syeikh Ahmad Syarif An-Naโ€™san:

ููŽูŠูŽุฌููˆุฒู ุงู„ุฏูŽู‘ูู’ู†ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุงู‹ ุจูู„ูŽุง ูƒูŽุฑูŽุงู‡ูŽุฉูุŒ ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ ุฃูŽุจูŽุง ุจูŽูƒู’ุฑู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฏูููู†ูŽ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุงู‹ุŒ ูˆูŽุนูŽู„ููŠู‘ูŒ ุฏูŽููŽู†ูŽ ููŽุงุทูู…ูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุงู‹ุŒ ูˆูŽู…ูู…ูŽู‘ู†ู’ ุฏูููู†ูŽ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุงู‹ ุนูุซู’ู…ูŽุงู†ู ุจู’ู†ู ุนูŽููŽู‘ุงู†ูŽุŒ ูˆูŽุนูŽุงุฆูุดูŽุฉู ูˆูŽุงุจู’ู†ู ู…ูŽุณู’ุนููˆุฏู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ู’

Maksudnya: โ€œMaka harus menanam mayat pada waktu malam dari kerana Abu Bakar r.a. ditanam pada waktu malam. Dan adalah Ali bin Abi Talib r.a. menanam jenazah Fatimah r.a. pada waktu malam. Dan antara yang ditanam pada waktu malam ialah Uthman bin โ€˜Affan r.a. dan Aisyah r.a. dan Ibnu Masโ€™ud r.a.โ€

Kesimpulannya harus menanam mayat pada waktu malam tetapi jika sempat maka menanamnya pada waktu siang adalah afdhal kerana senang menguruskannya ketika cerah.

Wallahuaโ€™lam

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
โ€ข Usrah Tunjang Tarbiah โ€ข
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” SUFI โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

@salamuniteforislam
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah boleh kita ucapkan taqabbalallah selepas imam selesai berdoa kerana biasa kita dengar imam-imam di masjid dan surau mengucapkannya dan apakah maksudnya?

JAWAPAN: Maksud ucapan ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ atau ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ialah semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu semua.

Ia adalah suatu lafaz yang mengandungi makna doa yang membawa maksud mengharap yakni selepas berdoa kita sangat mengharapkan agar Allah menerima segala amal dan doa kita.

Berkata Imam Nawawi:

ุงูŽู†ูŽู‘ ุงู’ู„ู…ูุตูŽุง ูุญูŽุฉ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ุตูŽู‘ู„ุงุฉ ูˆูŽุฏูุนูŽุงุก ุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ู ู„ุขุฎููŠู’ู‡ู ุงู’ู„ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุจูุฃู†ู’ ูŠูŽู‘ุชู‚ุจูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ ู…ูู†ู‡ู ุตูŽู„ุงุชู‡ู ุจูู‚ูˆู’ู„ูู‡ู (ุชู‚ุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡) ู„ุงูŽ ูŠูŽุฎูู‰ ู…ูŽุง ูููŠู’ู‡ูู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฎูŽูŠู’ุฑู ูƒูŽุจููŠู’ุฑู ูˆูŽุฒููŠูŽุงุฏูŽุฉู ุชูŽุนูŽุงุฑููู ูˆูŽุชุฃู„ููู ูˆูŽุณูŽุจูŽุจ ู„ูุฑูุจูŽุทู ุงู„ู‚ู„ูˆู’ุจู ูˆูŽุงูุธู‡ูŽุงุฑ ู„ู„ู’ูˆูŽุญู’ุฏูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุชุฑูŽุงุจูุทู ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู’ู„ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู†ู’.

Maksudnya: โ€œBahawasanya berjabat tangan selepas solat dan berdoa kepada saudara seagamanya dengan bahawa agar Allah menerima darinya akan solatnya dengan ucapannya ุชู‚ุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ itu tiada sunyi pada keduanya dari kebaikkan yang banyak dan mendekatkan lagi serta menambah mesra antara keduanya dan menambatkan bagi hati dan menunjukkan persamaan dan hubungan sesama Muslim." [Kitab Mirqatul Mafatih]

Kesimpulannya ucapan ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ atau ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… adalah harus diucapkan selesai dari imam membaca doa sebagaimana dalam soalan.

Dan harus juga mengucapkan ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ setiap kali mahu memulai atau selesai melakukan kerja amal ibadah dan kebajikan kerana mengharap Allah menerimanya.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukum syarak berkenaan penggunna media sosial yang bernama facebook kerana ramai umat Islam yang menggunakannya.

JAWAPAN:

Berkata Mufti Jordan:

" ุงู„ููŠุณ ุจูˆูƒ " ูˆุบูŠุฑู‡ ู…ู† ู…ูˆุงู‚ุน ุงู„ุงุชุตุงู„ ู…ูˆุถูˆุนูŒ ู…ุญุงูŠุฏุŒ ุจู…ุนู†ู‰: ุฃู† ุงู„ุญูƒู… ุงู„ุดุฑุนูŠ ู„ุงุณุชุนู…ุงู„ู‡ ุชุงุจุน ู„ุตูุฉ ู‡ุฐุง ุงู„ุงุณุชุนู…ุงู„:
ูุฅู† ุงุณุชุนู…ู„ ููŠ ุงู„ู…ุญุงุฏุซุงุช ุงู„ู…ุจุงุญุฉุŒ ูˆููŠ ู†ุดุฑ ุงู„ุฎูŠุฑ ูˆุงู„ุฏุนูˆุฉุŒ ูˆุงู„ุงุทู„ุงุน ุนู„ู‰ ุงู„ุฃุฎุจุงุฑุŒ ูˆุงู„ู…ุดุงุฑูƒุงุช ุงู„ุญูˆุงุฑูŠุฉ ุงู„ู†ุงูุนุฉ: ูู‡ูˆ ุฌุงุฆุฒ ูˆู„ุง ุญุฑุฌ ููŠู‡ุŒ ุจู„ ุงู„ู…ุณู„ู… ู…ุทุงู„ุจ ุจุงุณุชุบู„ุงู„ ูƒู„ ุงู„ูˆุณุงุฆู„ ุงู„ู†ุงูุนุฉ ู„ู†ุดุฑ ุงู„ุฎูŠุฑ ูˆุชู†ู…ูŠุฉ ุงู„ุฐุงุช.
ุฃู…ุง ุฅุฐุง ุงุณุชุนู…ู„ ููŠ ุงู„ู…ุญุงุฏุซุงุช ุงู„ู…ุญุฑู…ุฉุŒ ูˆู„ุบุฑุถ ุงู„ูุณุงุฏ ูˆุงู„ุฅูุณุงุฏ: ููŠุญุฑู… ุญูŠู†ุฆุฐ. ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู….

Maksudnya: โ€œFacebook dan selainnya dari segala alat perhubungan awam dengan makna bahawasanya hukum syarak menggunakannya adalah mengikut bagi cara ia digunakan. Maka jika digunakan untuk menceritakan perkara yang harus dan menyebarkan kebaikkan dan dakwah dan melihat segala hal ehwal yang berlaku dan berkongsikan perbicangan yang bermunafaat maka hukumnya adalah harus tiada salah padanya. Bahkan orang Islam dituntut untuk menggunakan segala alat perantaraan yang berguna ini bagi tujuan menyebarkan kebaikkan dan memajukan diri.

Ada pun penggunaanya pada segala cerita yang diharamkan dan kerana tujuan yang rosak dan merosakkan orang lain maka haram ia pada ketika itu.โ€ [Darul Ifta Jordan]

Kesimpulannya penggunaan facebook adalah bergantung kepada seseorang yang menggunakannya. Jika digunakannya untuk berkongsi perkara kebaikkan seperti ayat Quran dan Hadis dan majlis ilmu dan nasihat berguna dan seumpamanya maka hukumnya adalah harus bahkan baginya ganjaran pahala kerana melakukan perkara yang baik yang disuruh oleh agama.

Sebaliknya jika dia berkongsi perkara maksiat seperti dusta dan mencarut dan maki hamun dan fitnah atau disiarkan gambar yang haram melihatnya seperti aurat dan perkara yang mengaibkan dan yang seumpamanya maka hukumnya adalah haram dan berdosa orang yang menggunakannya.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Biasanya saya bersih lebih kurang 24 hari dalam sebulan tapi kali ini baru 18 hari ada pula datang darah. Adakah darah itu haid? Macamana dengan mandi dan solat?

JAWAPAN:

Berkata Syeikh Syarwani:

ูˆุจู…ุฌุฑุฏ ุฑุคูŠุฉ ุงู„ุฏู… ู„ุฒู…ู† ุฅู…ูƒุงู† ุงู„ุญูŠุถ ูŠุฌุจ ุงู„ุชุฒุงู… ุฃุญูƒุงู…ู‡ ุŒ ุซู… ุฅู† ุงู†ู‚ุทุน ู‚ุจู„ ูŠูˆู… ูˆู„ูŠู„ุฉ ุจุงู† ุฃู† ู„ุง ุดูŠุก ูุชู‚ุถูŠ ุตู„ุงุฉ ุฐู„ูƒ ุงู„ุฒู…ู† ูˆุฅู„ุง ุจุงู† ุฃู†ู‡ ุญูŠุถ

Maksudnya: ''Semata-mata melihat darah bagi masa yang berkemungkinan haid maka hendaklah memakai hukum orang sedang haid (iaitu menahan dari mengerjakan solat) kemudian apabila berhenti darah sebelum sampai sehari semalam maka hendaklah diqadha akan solat yang ditinggalkan sebelumnya. Dan jika sampai darah itu sehari semalam maka nyatalah dia sedang haidh.โ€ [Kitab Hasyiah Syarwani โ€˜ala At-Tuhfah]

Perlu diketahui masa suci antara dua haid tidak boleh kurang dari 15 hari.
Jika datang darah yang kedua selepas suci sekurangnya 15 hari maka puan hendaklah menahan dari solat kerana memakai hukum perempuan yang sedang haid.

Jika darah puan yang keluar pada hari ke 18 itu sampai sehari semalam maka nyatalah ia adalah darah haid maka puan tidak wajib qadha solat yang ditinggalkan itu kerana memang sedang dalam haid.

Jika darah tersebut tidak sampai sehari semalam maka ia bukan darah haid dan puan tidak dihukumkan mengalami haid. Sekelian solat yang ditinggalakn itu wajib diqadha.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Kalau ada pada tangan kita wang yang haram bercampur dengan wang yang halal kemudian kita tidak ingat mana satu yang halal mana satu yang haram macam manakah caranya kita mahu belanja?

JAWAPAN: Jikalau kita tidak mampu membezakan lagi mana satu wang yang halal dan yang haram maka kita boleh asingkan jadikan dua bahagi.

Contohnya wang halal kita berjumlah tiga ratus ringgit dan wang haram ada dua ratus ringgit maka kita asingkan mana-mana satu menjadi dua bahagi. Kemugian kita ambil bahagi yang bernilai dua ratus ringgit itu dengan niat sebagai wang yang haram untuk kita sedekahkan dan selebihnya menjadi hak kita.

Berkata Imam As-Suyuthi:

ูˆููŠ ูุชุงูˆู‰ ุงุจู† ุงู„ุตู„ุงุญ : ู„ูˆ ุงุฎุชู„ุท ุฏุฑู‡ู… ุญู„ุงู„ ุจุฏุฑุงู‡ู… ุญุฑุงู… . ูˆู„ู… ูŠุชู…ูŠุฒ ูุทุฑูŠู‚ู‡ : ุฃู† ูŠุนุฒู„ ู‚ุฏุฑ ุงู„ุญุฑุงู… ุจู†ูŠุฉ ุงู„ู‚ุณู…ุฉ . ูˆูŠุชุตุฑู ููŠ ุงู„ุจุงู‚ูŠ ุŒ ูˆุงู„ุฐูŠ ุนุฒู„ู‡ ุฅู† ุนู„ู… ุตุงุญุจู‡ ุณู„ู…ู‡ ุฅู„ูŠู‡ ุŒ ูˆุฅู„ุง ุชุตุฏู‚ ุจู‡ ุนู†ู‡ ุŒ ูˆุฐูƒุฑ ู…ุซู„ู‡ ุงู„ู†ูˆูˆูŠ

Maksudnya: โ€œDan tersebut pada fatwa Imam Ibnu Solah jikalau bercampur wang yang halal dan wang yang haram dan tidak dapat dibezakan maka jalanya ialah dipisahkan kadar yang haram dengan niat membahagikannya dan yang bakinya harus ia gunakan. Bahagian yang haram itu andainya diketahui tuannya hendaklah dikembalikan kepadanya dan jika tidak dapat mengetahui tuannya maka disedekahkan atas nama tuannya. Imam Nawawi juga menyebut seperti demikian.โ€ [Al-Asbah Wa An-Nazhoir]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Ibadah itu adalah rahsia kita dengan allah bukan untuk dihebahkan kepada seluruh manusia

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Didalam kehidupan ini akan ada sesuatu hal yang akan datang sendirinya. Namun juga ada sesuatu hal yang perlu harus perjuangkan untuk tetap mendapatkannya. Ikhlas, berusaha yang sempurna dan serahkan hasilnya padanya. Kerana allah maha tahu apa yang sempurna bagi kita saat ini.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Jadilah seperti bunga yang memberikan keharuman bahkan pada tangan yang menghancurkannya.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Allah menguji kita dengan hal yang kita cintai maka jangan lah berlebihan dalam mencintai
agar sedih pun tak berlebihan.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Tidak ada yang abadi, baik bahagia mahu pun luka. Suatu saat kita akan tiba di titik mentertawakan rasa yang dulu sakit atau menangisi rasa yang dulu indah.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
2024/11/20 10:24:17
Back to Top
HTML Embed Code: