Telegram Web Link
Mengapa Dinamakan Lailatul Qadar?

1. Barangkali ada yang tertanya-tanya, mengapa dipanggil malam tersebut sebagai malam Lailatul Qadar? Dalam tafsir, Sheikh Dr. Sayyid al-Tantawi, menjelaskan bahawa perkataan al-Qadar membawa maksud kemuliaan. Kata Sheihk al-Azhar ini:

والقدر الذي أضيفت إليه الليلة، بمعنى الشرف والعظمة، مأخوذ من قولهم: لفلان قدر عند فلان، أى: له منزلة رفيعة

“Dan perkataan al-Qadar apabila disandarkan kepada perkataan Malam ia membawa maksud malam yang penuh kemuliaan dan keagungan. Seseorang itu dipanggil sebagai “memiliki Qadar” iaitu memiliki kemuliaan.

2. Manakala sebahagian sarjana yang lain pula berpandangan bahawa al-Qadar membawa maksud sempit. Ini selari dengan penggunaanya di dalam al-Quran apabila Allah berfirman:

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ

“dan apabila dia diuji dan rezekinya telah disempitkan.” (Surah al-Fajr)

3. Seakan-akan bumi pada malam tersebut menjadi sempit kerana dipenuhi dengan malaikat yang turun mengaminkan doa hamba-hambanya yang berdoa pada malam tersebut. Oleh yang demikian kita hendaklah memperbanyakkan berdoa seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi sendiri.

4. Manakala menurut Sheikh al-Syanqiti pula, dinamakan malam Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut ditentukan qadar atau ketetapan Qada Qadar manusia. Kata beliau:

أَنَّهَا سُمِّيَتْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ; لِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُقَدِّرُ فِيهَا وَقَائِعَ السَّنَةِ،

“Dinamakan sebagai lailatul Qadar kerana Allah menentukan ketentuan qadar yang akan berlaku pada tahun tersebut.”

5. Apa pun hikmah penamaan malam ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah, pada malam yang penuh dengan kemuliaan, yang dihadiri oleh para malaikat dalam keadaan ketentuan manusia sedang ditentukan oleh Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Tahniah kepada semua pelajar SPM biar apapun keputusan😊.
CAKNA PALESTIN

ENAM (6) JUDUL E-BUKU SIRI PALESTIN (PERCUMA UNTUK SEBARAN)

Bersempena dengan peristiwa Naksah Jun 1967, di sini ABIM Press terbitkan terjemahan tentangnya, iaitu karangan Dr. Rāghib al-Sirjānī. Peristiwa Naksah ini penting untuk diingati di samping peristiwa Nakbah.

Di samping itu, kami sertakan juga di sini beberapa e-buku di bawa siri Palestin yang telah kami terbitkan sebagai tanda solidariti kita untuk sentiasa bersama dengan saudara kita di palestin, seperti berikut:

1) Faḍā’il Masjid al-Aqṣā, karangan Shaykh ‘Abd al-Razzāq al-Badr
https://drive.google.com/file/d/1EN8jnMBgiW9G555oCKA5DV1oLhElZE0X/view?usp=sharing

2) Deir Yassin: Prototaip Pembasmian Etnik, karangan Dr. ‘Abd al-Wahhāb al-Masīrī
https://drive.google.com/file/d/1pWw0hXg4pizqBEsQ9beFaxzgv6yWZzDk/view?usp=sharing

3) Visi Sejarawi Zionis, karangan Dr. ‘Abd al-Wahhāb al-Masīrī
https://drive.google.com/file/d/1hFYr-eVQhUAmszkhovqckMTqTmcS_8fx/view?usp=sharing

4) Resolusi Konferens ‘Pendirian Umat Islam berkenaan Abrahamic Faiths/Agama-agama Ibrahimi’
https://drive.google.com/file/d/1HI997iS6jimVte4uzzJ6rHhUBkHyIHti/view?usp=sharing

5) Yahudi dan Bakteria, karangan Dr. ‘Abd al-Wahhāb al-Masīrī
https://drive.google.com/file/d/1nzH4bEPZdPlUxr8RYw9GC_35-F0chBRg/view?usp=sharing

6) Naksah Jun 1967, karangan Dr. Rāghib al-Sirjānī
https://drive.google.com/file/d/1_T5XshP04LdLYw1mjh5XungKiWtmzp7_/view?usp=sharing

Kesemua bahan bacaan bermutu ini, kami sediakan percuma, untuk sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya, dan dapat pula kita kongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara kita, agar isu Palestin ini sentiasa dekat di hati kita umat Islam.

Selamat membaca!

#ABIMPress #ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti
Suhu panas di Bangladesh. Semoga Allah mudahkan.


Kredit: Ismaweb
Aku bermaksiat pd MU tp KAU tutupi kemaksiatanku
Aku melupakanMU tp KAU tetap ingat pdku
Aku membuatMU murka, tp KAU tetap menyayangiku.
"Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau, sungguh aku orang yg zalim..."
Salim bin Abdullah bin Umar bin Khattab menulis surat untuk Umar bin Abdul Aziz:
"Ketahuilah, pertolongan Allah tergantung kadar niat hambaNya. Jika niatnya sempurna, maka prtolongan Allah pdnya akan sempurna. Jika niatnya kurang, maka prtolongan Allah pdnya sesuai kadar niatnya"
#beritaummat

Secantik-cantik sistem dan SOP, kalau manusia buruk akhlaknya tetap akan menghasil kan keburukan.

Sebab tu dalam islam, pengislahan individu, tarbiyah individu sehingga faham tujuan hidup sangat penting.
هذا الدينnNOTA RINGKASAN .pdf
245.9 KB
Dikongsikan nota ringkasan dari buku Hazadin - Syed Qutb,

Selamat memahami!
Hidup adalah pilihan
Terbitan terbaru.

Ibrah Juzuk Amma (semua surah juzuk amma, lengkap), oleh Dr Kamaru Salam Yusuf.

Masa kian berubah, dan perubahan turut dirasai apabila membaca ayat-ayat Al Quran. Bukan berubah ayatnya, tapi perasaan lah yang berubah.

Tadabbur tak sama dengan tafsir. Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang sesiapa untuk menghayati. Meskipun tadabbur memerlukan panduan agar tidak terlalu tersasar.

Buku ini akan membuka pintu untuk para pencinta Al Quran mentadabbur ayat-ayat Allah dalam juzuk 30.

Boleh order diwebsite: https://kedaibukuputih.com/products/ibrah-dari-juzuk-amma

Sebarkan.
[Tarbiyah adalah perkara pokok dalam dakwah ini]

Tarbiyah itu adalah muayasyah

Muayyashah

Satu penegasan bahawa mana-mana murabbi yang tidak muayasyah dan tidak mencari mutarabbi yang tiada dalam usrah maksudnya belurn laksanakan matlamat tarbiyah. Muayasyah adalah asas utama. Seorang murabbi yang hanya bertemu sekali seminggu ketika halaqah, murabbi seperti ini tak patut dibenarkan bawa usrah. Murabbi ini bapa, kalau hanya tengok anak buahnya 3 jam sahaja, layak ke jadi bapa? Sudah pasti tak cukup untuk tarbiyah. Tak sernpat nak menyusukan anak, nak sempat nak kenal dan faham hobi anak.

Muhasabah Jom Murabbi, Huhu
"Kadang tanda cinta Allah terhadap seseorang itu adalah ketika Dia membiarkan hatinya hancur berkali-kali sampai tiada harapan lagi di dunia ini. Dan itu menjadikan seseorang mempunyai harapan hanya untuk Allah."

(Syeikh Abdul Qadir Jailani)
Gunakanlah lisan kita sebaik nya. Lisan boleh memberikan semangat yang tinggi boleh juga mematahkan semangat juang.

Fussilat 41:33

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

And who is better in speech than one who invites to Allāh and does righteousness and says, "Indeed, I am of the Muslims."
2025/02/24 00:21:37
Back to Top
HTML Embed Code: