Telegram Web Link
Seni Murabbi.

Read the moments❤️
Nasihat ni jumpa dalam page business. Tapi mengesani kerana kadang musuh kita ialah kejemuan dan keletihan kita sendiri.

Fastaqim kama umirtu!

Sejak Rasulullah saw mendapat ayat ini, tak pernah usai perjuangan baginda hingga akhir hayatnya.
CERITA NABI IBRAHIM

Kan masih terasa hangatnya kisah Nabi Ibrahim as sempena raya korban baru ini. Nak kongsi tentang Nabi Ibrahim as dalam Al Quran.

Tahu, kisah Nabi Ibrahim as adalah kisah nabi yang kedua terbanyak selepas kisah nabi Musa as. Nabi Ibrahim as ini sangat special kepada kita juga agama lain kerana Nabi Ibrahim as adalah bapa kepada banyak Nabi. Tetapi kenapa kisah Nabi Ibrahim as berterabur didalam Al Quran, tak pula seperti kisah Nabi Yusuf, hingga satu surah tentang kisahnya?

Pertamanya, quran bukanlah buku sejarah atau buku biografi Nabi 😅. Kisah-kisa dalam Al Quran setiap satunya adalah pelajaran berguna buat orang beriman. Termasuklah kisah Nabi Ibrahim as.

Contohnya; kisah Nabi Ibrahim as berdakwah kepada bapanya diletakkan dalam SUrah Maryam. Ini kerana surah Maryam diturunkan ketika para sahabat hendak berhijrah ke negara Nasrani di Habsyah. Jadi dibawakan kisah Nabi Ibrahim as sebagai bapa para anbiya. Kemudian, nak menyatakan tentang pentingnya berbuat baik kepada ibu bapa sesuai dengan tema Surah Maryam.

Begitu jugalah dari surah-surah yang lain. Setiap kisah Nabi IBrahim as diletakkan sebagai contoh ikutan untuk kita hayati dan tiru. Setiap kisah akan bersesuaian dengan tema yanghendak dibawa oleh surah tersebut.
“Seorang yang beragama Hindu, atau seorang bangsawan, atau seorang Inggeris akan termasuk dalam kelompok masyarakat Muslim kalau ia menerima Islam sebagai agamanya. Sebaliknya, seorang yang lahir di tengah-tengah keluarga Muslim akan dikeluarkan dari masyarakat Muslim kalau ia melepaskan Islam sebagai agamanya, walaupun ia anak seorang kiyai atau anak seorang Pathan".

- DASAR-DASAR MEMAHAMI ISLAM
"Teacher, I want to ask you something."
 
"Yes, Humaira, what's that?"
 
"You know, I just learned solat jenazah in school; my teacher said the one who martyrs doesn't have to take their bath and also do solat jenazah for them. Is it true?"
 
"Yes Humaira. They are going to meet Allah and wake up from a very long sleep from the grave on the day of judgement as it is, with the blood, the scratches, or the wounds becoming the evidence on the day of judgement. Insyaallah, they will go to paradise straight away without being questioned by Allah (in hadis, unless the One who has debt)"

We continue our class, and I pop up with one question for her:
 
"Do you want to become a martyr?"
 
"Yesss, of course yes, I want to go straight away into Jannah."
 
"Don't you feel scared?"
 
"No, la, because the one who killed me was going to be punished by Allah. But yeah, I don't know if I can die to be a martyr. Look at my life. Class, tuition, homework, sleeping, school I mean, I cannot depend on just being a martyr. I need to do good things in life."
 
"Yeah, Humaira, we will never know the way we died, but we will die the way we live."
 
I just pondered, Then it's our choice to live a life winning and dining; we want to live a life pubbing and clubbing if we want to live a life chilling and thrilling?

If one gives preference to the world over the hereafter, rejects the teachings of Allah and His Messenger, and neglects His obligation to Allah and His Messenger, it is feared that Allah will disgrace him at the time of death! Allah will disgrace him at the time of his death! And if Allah disgraced him at the time of his death, then tell me what you think Allah has installed for him. Thereafter in the grave? Day of judgement? And Jahannam?
 
Prophet Muhammad (saw) said: “You do as you please, but remember, you will die just like you lived; you will die just like you lived; and you will be resurrected on the Day of Judgement just like you died.”
 
 QuranStalker
Di saat kita merasakan bumi makin jauh dengan cahaya ilahi, makanya harus makin bertambahlah doa dan pergantungan kita pada Dia kerana segala ketentuan itu di tangan-Nya. Tapi, ada sesuatu yang boleh mengubah qada' dan qadar-Nya iaitu yang dinamakan sebagai usaha. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka." [Ar Ra'd : 11] 🌸


Follow Telegram Buku Putih ☺️
https://www.tg-me.com/kedaibukuputih/1087
Jom manfaatkan!
Kejayaan sesebuah 'negara' bergantung kepada kekuatan 'rakyatnya'. Seperti mana sirah Rasulullah SAW bersama para sahabat membuka Madinah selepas melalui fasa ujian di Mekah.



Follow Telegram Buku Putih ☺️
https://www.tg-me.com/kedaibukuputih/1087
Jangan biarkan Tarbiyah berubah menjadi Taklim dan tabligh Semata. Agar kapasitas daya dan bobot Tarbiyah tetap terjaga

Taklim itu tazwidul Ilmi (pembekalan ilmu) dan tabligh itu tazwidul maklumat (pembekalan informasi). Sedangkan Tarbiyah merupakan tashihul aqidah (pelurusan akidah) tashihul fikroh (pelurusan pemahaman) tashihul akhlak (pelurusan akhlak) dan tashihul ibadah (pelurusan ibadah).

Sehingga bobot atau taujihnya harus sangat menyentuh. Mafatihul uqul (membuka akal) Mafatihul qulub (membuka hati) wa Mafatihul nufus (membuka jiwa) Tarbiyah harus lebih menggugah lebih berkesan dan lebih membangkitkan. Sebab Tarbiyah bukan talqinul ulum (mengajarkan aneka ilmu)
Ya akhi, orang yang tidak mempunyai sesuatu perkara, dia tidak dapat memberi perkara itu. Hati yang putus hubungan dengan Allah, bagaimana dia dapat membawa para makhluk kepadaNya ? Peniaga yang tiada modal, dari mana dia hendak mendapat keuntungan ? Pendidik yang tidak tahu syllabusnya, bagaimana dia dapat mengajar orang lain ? Orang yang tidak dapat memimpin dirinya, bagaimana dia dapat memimpin orang lain ?


UHA
Dakwah di Jahitan Jahiliyah

Suatu ketika, kita bertemu dengan situasi dalam gerakan, seseorang yang penuh bersemangat sehingga menidakkan amal orang lain. Bertambah perit bila sehingga memburukkan hingga terjadi saling buruk sangka, sehingga hilang kemanisan ukhuwwah.

Ya akhi, ketika ini sampai dihadapan mu, duduk lah sejenak dan hayati hakikat perjuangan yang sebenar. Kita tak mahu dakwah ini terlihat cantik dipandang zahirnya namun tanpa disedari benang yang menjahitnya menjadi cantik ialah benang jahiliyah. Hanya taubat, kembalikan keikhlasan, murnikan persaudaraan, terima teguran dan tidak ego pada kesalahan, itu menjadi sebahagian jalan keluar akan hal ini.

Moga kita selalu dilindungi Allah taala.

- Tulisan 2013
Kehidupan dunia ini adalah sebahagian perjalanan kematian. Ianya paling dirasakan lama tapi sebenarnya ianya paling sekejap.

Kalau lah kita memahami hakikat ini.

Destinasi kita panjang lagi. Buatlah yang terbaik, laluilah jalan yang menyampaikan kita ke destinasi. Bukan jalan yang menyimpang.

Moga Allah bimbing selalu
Forwarded from Muassis
Forwarded from Muassis
Channel Kedai Buku Putih
Photo
Menjawab "Fobia" Asiah Jalil

1. Nampaknya penentangan terhadap perlaksanaan Hadis 40 bukan sekadar dari kalangan bukan islam , tapi turut wujud kelompok kecil muslim yang mungkin tidak mendapat gambaran jelas hadis hadis berkaitan .

2. Hadis ke 8 ini disusun cantik oleh Imam Nawawi RA selepas Hadis ke 7 dengan tema " Nasihat " , kelebihan Allah SWT berikan pada Imam Nawawi dalam menyusun hadis 40 ini adalah beliau mampu menyusun kedudukan hadis hadis ini seperti tangga proses STEP BY STEP dalam memahami islam .

3. Sirah Baginda Nabi tidak dapat kita nafikan sebagai tafsiran terbaik bagi hadis hadis Nabi , termasuklah isu "Perang" Hadis 8 ini .

4. Perang baginda sentiasa berlaku dalam ruang lingkup Pertahanan , Tindak Balas ,Menghapus Pemberontakan & juga menyebarkan islam setelah melalui proses diplomatik dan negosiasi .
Boleh lihat sejarah utusan surat diplomatik  antara Raja Najasyi & Raja Rom .

5.Kembali kepada maksud Hadis , perkataan أُمِرْتُ dengan makna "Aku Diperintahkan", menunjukkan penurunan arahan Jihad & Perang adalah taklifan khusus Allah SWT yang hanya boleh ditentukan oleh Baginda Rasul mahupun para imam pemimpin muslimin . Bukanlah bebas dan ditentukan setiap muslim mengikut kepala sendiri sesuka hati.

6. Sighoh atau bentuk perkataan أقاتل digunakan dengan kaedah المفَاعَلة iaitu perbuatan tindak balas antara 2 pelaku . Hadis ini tidaklah membawa maksud , islam perlu dimulakan dengan peperangan tapi perlu berperang jika diperangi atau berlaku penentangan yang agresif.

7. Mengatakan pelajar akan diajar perang dengan hadis ini kerana tidak solat & membayar zakat perlu difahami dengan kerangka fiqh secara menyeluruh dan melihat tafsiran hadis para ulama' dengan lebih dalam.

8. Buat bakal guru guru yang akan membawa nilai hadis 40 ini dalam kalangan murid murid dan pelajar nanti , dinasihatkan untuk mendalami dengan baik hadis hadis yang ada melalui bacaan dan pembalajaran .

9. Untuk menjadikan pengajian hadis 40 lebih berkesan dalam kalangan murid murid , perlu juga para guru untuk membawa mesej mesej hadis dalam bentuk yang lebih mudah dan dekat dengan pelajar .

Insha Allah jika ada kesempatan kami di Muslim Proaktif & Muassis akan berkongsi panduan menyampai setiap hadis yang sesuai dengan tahap pelajar & pemuda.

Wallahualam.
Abu Haajar

https://www.tg-me.com/muassis
"Tegakkan islam dalam dirimu, nescaya islam akan tertegak di atas muka bumimu."💪🏻


Follow Telegram Buku Putih ☺️

https://www.tg-me.com/kedaibukuputih
Forwarded from Terjemahan Al Banna
Bagaimana umur seseorang itu dicuri ?

"Adakah anda tahu bahawa umur itu boleh dicuri ? Iaitu dia mengabaikan hari di mana dia berada untuk mengejar keesokan harinya, dan dia terus dalam keadaan itu sehingga tiba ajalnya sedangkan kantung amalannya kosong daripada terisi apa-apa kebaikan."

- Syeikh Muhammad Al Ghazzali rh., Zad Al Sairin -

www.tg-me.com/terjemahanIHAB
2025/02/24 03:39:59
Back to Top
HTML Embed Code: