Telegram Web Link
وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara telah diputus. Dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman.

[Maryam, 19:39]





ABi
JIWA TARBAWI 689



BAHAYA MENGABAIKAN AL-QUR’AN (هجر القرآن)



وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
( الفرقان : ٣٠)

Berkatalah Rasul, "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Qur’an ini suatu yang tidak diacuhkan.” Dan seperti itulah telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong.

(Al Furqan : 30)

Imam Ibnu Katsir menyebut dalam kitab tafsirnya,

"Allah subhanahu wa ta'ala menceritakan tentang NabiNya, iaitu Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam bahawa dia mengatakan:

يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Qur’an ini suatu yang tidak diacuhkan.
(Al-Furqan: 30)

Demikian itu kerana orang-orang musyrik tidak mahu mendengar Al-Qur'an dengan penuh ketaatan, tidak mahu pula mendengarnya. Makna ayat ini sama dengan apa yang disebutkan oleh FirmanNya dalam ayat lain:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata, "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al-Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya.

(Fussilat: 26)

Apabila dibacakan Al-Qur'an kepada mereka, mereka melakukan hiruk-pikuk dan banyak berbicara tentang hal lainnya hingga orang-orang tidak dapat mendengarkannya. Ini merupakan salah satu sikap yang meng­gambarkan ketidakacuhan kepada Al-Qur'an, tidak mahu beriman kepada Al-Qur'an serta tidak membenarkannya, termasuk sikap meninggalkan Al-Qur'an.

Termasuk sikap tidak mengacuhkan Al-Qur'an ialah tidak mahu merenungkan dan memahami maknanya.

Termasuk ke dalam pengertian tidak mengacuhkan Al-Qur'an ialah tidak mengamalkannya dan tidak melaksanakan perintah-perintahnya, serta tidak meninggalkan larangan-larangannya.

Termasuk pula ke dalam pengertian tidak mengacuhkan Al-Qur'an ialah mengkesampingkannya, lalu menuju kepada yang lainnya, baik berupa syair, pendapat, nyanyian atau main-main, cerita atau pun metod yang diambil bukan darinya.

( Kitab Tafsir Ibnu Katsir )

Itulah sikap Hajrul Quran (هجر القرآن) iaitu sikap menjauhi dan tidak memperdulikan akan ayat-ayat Allah yang masih berlaku sehingga kini di kalangan ummat ini.


Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

" Hajrul Qur’an ( Menjauhi Al Quran ) itu ada beberapa bentuk:

Pertama, tidak mendengarkan, tidak mengimani, dan tidak memperhatikannya.

Kedua, tidak mengamalkannya dan tidak menegakkan apa yang dihalalkan dan diharamkannya walaupun seseorang itu membacanya dan mengimaninya.

Ketiga, tidak menjadikannya sebagai hukum dan tidak berhukum dengannya, baik menyangkut prinsip-prinsip agama mahupun cabang-cabangnya, serta meyakini bahwa al-Qur’an tidak memberi faedah keyakinan dan petunjuk-petunjuknya tidak mengandungi ilmu.

Keempat, tidak mentadabburinya, tidak memahami maknanya, dan tidak mengetahui apa yang diinginkan darinya oleh yang mengatakannya (iaitu Allâh).

Kelima, tidak menjadikannya sebagai ubat untuk segala macam penyakit hati dan mencari ubat penyakit hati tersebut dengan selainnya, serta tidak mengambilnya sebagai ubat .

Kesemuanya ini termasuk dalam pengertian firman Allah ta'ala,

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Berkatalah Rasul, “Ya Rabbku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.”

Al Furqân :30

( Kitab Al Fawaid )

Di dalam buku BAHAYA MENGABAIKAN AL-QUR’AN,
tulisan PROF. DR. MAHMUD AL-DAUSARY menyebut,


"
Bahawa “mengabaikan al-Qur‟an” (Hajr al-Qur‟an) memiliki makna- makna berikut ini:

1. Tidak mengimani dan memperdulikannya secara total.
3. Mengatakan perkataan yang buruk tentang al-Qur‟an, dan persangkaan bahwa al-Qur‟an itu adalah sihir, atau syair, atau dongeng-dongeng orang terdahulu. Dan pernyataan yang buruk seperti ini terhadap al-Qur‟an jelas termasuk sebuah bentuk pelecehan terhadapnya.
5.
Berpaling dan menjauhi al-Qur‟an, tidak menyimaknya, dan sengaja mengangat suara sia-sia jika ia dibacakan agar tidak ada yang mendengarkannya.
7. Tidak mengamalkan dan menjalankan perintahnya, serta tidak meninggalkan larangan-larangannya.
9. Tidak menerapkannya sebagai sumber hukum dan tidak berhukum padanya.
11. Tidak mentadabburi dan berusaha memahaminya.
13. Tidak membaca dan menghafalnya, atau melupakannya setelah menghafalnya.
15. Tidak menjadikannya sebagai sarana penyembuhan dan pengobatan.
16. Perasaan berat dalam dada terhadap al-Qur‟an. "

Berdasarkan hal itu, maka jika pengabaian terhadap al-Qur‟an itu dalam bentuk tidak mengimaninya, atau berpaling darinya dan tidak berhukum kepadanya secara total, atau meremehkan/mempermainkannya; maka itu semua jelas adalah sebuah kekufuran yang nyata.

Dan jika pengabaian itu bermakna pengabaian yang menyebabkannya melupakan ayat-ayatnya setelah menghafalnya, maka Ibnu Hajar al-Haitamy rahimahuLlah menyebutkan ia termasuk dosa-dosa besar.

Adapun jika pengabaian itu berkaitan dengan tidak mengamalkannya- dengan tetap mengimani dan meyakini bahawa ianya merupakan Kalam Allah Ta‟ala yang wajib diikuti, maka itu adalah sebuah dosa yang besar atau kecilnya bergantung pada jenis penyimpangan itu sendiri.

Dan adapun jika pengabaian itu bermakna tidak membaca, atau tidak mentadabburi, atau tidak menjadikannya sebagai sarana penyembuhan-padahal ia mampu untuk melakukannya, namun ia tidak melakukannya, maka ia dihukum atas perbuatannya itu sesuai dengan kadar kelalaiannya.

Namun jika ia tidak mampu melakukannya, maka tentu Allah Ta‟ala tidak akan membebankan seseorang kecuali sesuai dengan kadar kemampuannya. Tentu dikecualikan dalam hal ini bacaan al-Qur‟an yang menjadi syarat sahnya salat, seperti membaca al-Fatihah, kerana ia adalah perkara yang wajib atas setiap muslim dan tidak boleh ditinggalkan sama sekali.



Justeru, perhatikanlah sikap mu terhadap Al Quran.






ABi
JIWA TARBAWI 690



Ambillah sedikit masa dalam hidup...

Untuk berhenti sebentar...

Dari segala kesibukan ..

Untuk merenung dirimu sendiri..

“ AMBIL BERATLAH TENTANG DIRIMU SENDIRI “


وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ﴿الحشر: ١٨﴾

dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat);..

قُوا أَنفُسَكُمْ
﴿التحريم: ٦﴾

“peliharalah dirimu..”

At Tahrim: 6

Jangan sampai harta bertambah, jawatan dan kuasa bertambah, duniamu semakin mewah menjadikan engkau lalai dan cuai untuk muhasabah dirimu sendiri.


Perlunya muhasabah kerana :

Pertama: Meringankan hisab pada hari kiamat.


يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ

Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Rabbmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).

(QS. Al-Haqqah: 18).”

Saidina Omar bin al-Khattab RA pernah berkata:

حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا وزنوا أنفسكم قبل أن توزنوا، فإنه أهون عليكم في الحساب غدا أن تحاسبوا أنفسكم اليوم، وتزينوا للعرض الأكبر يومئذ تعرضون لا تخفي منكم خافية


“Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah sebelum kami ditimbang, supaya itu lebih mudah bagimu di hari hisab kelak untuk menghisab dirimu di hari ini. Bersiaplah kamu untuk pertemuan yang lebih besar, pada saat amalan dipamirkan dan tidak sedikitpun yang dapat tersembunyi darimu.”

Al-Fudhail bin ‘Iyadh
rahimahullah mengatakan,

“Mukmin itu yang rajin menghisab dirinya dan ia mengetahui bahwa ia akan berada di hadapan Allah kelak. Sedangkan orang munafik adalah orang yang lalai terhadap dirinya sendiri (enggan mengkoreksi diri).


Kedua: Berterusan berada dalam petunjuk


Sebagaimana disebutkan oleh Imam Al-Baidhawi
rahimahullah dalam tafsirnya bahwa seseorang dapat terus berada dalam petunjuk jika rajin mengkoreksi amalan-amalan yang telah ia lakukan.

(
Tafsir Al-Baidhawi, 1:131-132)

Ketiga: Mengubati hati yang berpenyakit kerana hati yang sakit tidaklah mungkin hilang dan sembuh melainkan dengan muhasabah diri.


Keempat: Selalu menganggap diri penuh kekurangan dan tidak tertipu dengan amal yang telah dilakukan.

Sayidatina Aisyah Binti Abi Bakar bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ;

يَا رَسُولَ اللهِ، “اَلَّذِيْنَ يُؤْتُونَ مَآ ءَاتَوا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ” هُوَ الَّذِيْ يَسْرِقُ وَيَزْنِى وَيَشْرَبُ الْخَمْرَ، وَهُوَ يَخَافُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ؟.

“Wahai Rasulullah, orang yang berbuat amal, tetapi hatinya menggeletar, hatinya cemas, takut itu siapakah ya Rasulullah? adakah mereka itu peminum arak, adakah mereka itu ahli zina, adakah mereka itu orang yang buat maksiat?

Nabi berkata;

لَا، يَا بِنْتَ الصِّدِّيْقِ وَلَكِنَّهُ الَّذِيْ يُصَلِّى 
وَيَصُوْمُ  وَيَتَصَدَّقُ وَهُوَ يَخَافُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ

“Bukan wahai anak abu bakar, mereka itu ialah orang yang melakukan ibadah kepada Allah SWT, mereka banyak beribadah, mereka banyak membaca al-Quran, mereka banyak melakukan amal soleh, tetapi hati mereka masih lagi gementar, bimbang takut amal yang mereka lakukan  itu tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah SWT.” (Riwayat Ahmad)


Kelima: Membuat diri tidak
takabbur (sombong)


Cobalah lihat apa yang dicontohkan oleh Muhammad bin Wasi’
rahimahullah ketika ia berkata,

لَوْ كَانَ لِلذُّنُوْبِ رِيْحٌ مَا قَدَرَ أَحَدٌ أَنْ يَجْلِسَ إِلَيَّ

“Andaikan dosa itu memiliki bau, tentu tidak ada dari seorang pun yang ingin duduk dekat-dekat denganku.”

(
Muhasabah An-Nafs, hlm. 37. Lihat A’mal Al-Qulub, hlm. 373.)

Keenam: Seseorang akan memanfaatkan waktu dengan baik

Dalam
Tabyin Kadzbi Al-Muftari (hlm. 263), Ibnu ‘Asakir pernah menceritakan tentang Al-Faqih Salim bin Ayyub Ar-Razi rahimahullah bahwa ia terbiasa mengoreksi dirinya dalam setiap nafasnya. Ia tidak pernah membiarkan waktu tanpa faedah.

Justeru, muhasabahlah dirimu tentang 4 perkara - umur, ilmu, harta dan tubuh mu.

لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ
“ Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan berganjak pada hari kiamat sampai ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dia infakkan dan tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan.

HR Tirmizi, 2341






ABi



 
JIWA TARBAWI 691



Kerendahan hati....

Ketinggian budi...

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan:

إذا فتح الله عليك في باب قيام الليل ،فلا تنظر للنائمين نظرة ازدراء … وإذا فتح الله عليك في باب الصيام ، فلا تنظر للمفطرين نظرة ازدراء… وإذا فتح الله عليك في باب الجهاد ، فلا تنظر للقاعدين نظرة ازدراء … فرب نائم ومفطر وقاعد أقرب إلى الله منك.”

Bila Allah membukakan bagimu pintu (kemudahan dalam melakukan) solat malam, maka jangan engkau memandang orang yang tidur dengan pandangan merendahkan.

Bila Allah membukakan bagimu pintu (kemudahan dalam melaksanakan) puasa, maka jangan engkau memandang orang yang tidak berpuasa dengan pandangan merendahkan.

Bila Allah membukakan untukmu pintu (kemudahan untuk) berjihad, maka jangan engkau memandang orang yang tidak berjihad dengan pandangan merendahkan.

Boleh jadi orang yang tertidur, tidak berpuasa dan tidak berjihad lebih dekat kepada Allah berbanding dirimu

Beliau juga mengatakan:

وإنك أن تبيت نائماً وتصبح نادماً خير من أن تبيت قائماً وتُصبح معجباً ، فإنَّ المُعجَب لا يصعد له عمل

Sesungguhnya engkau tertidur di malam hari lalu menyesal di pagi harinya lebih baik daripada engkau terjaga beribadah di malam hari lalu berbangga di pagi harinya.
Kerana orang yang bangga diri, amalannya tidak akan naik ke sisi Allah

(Madarijus Salikin: 1/177)

Justeru, berhati-hatilah dengan HATI dan NAFSUmu sendiri...

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

ثلاث مهلكات : شح مطاع ، و هوى متبع ، و إعجاب المرء بنفسه

“Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang yaitu : Kikir yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti serta sifat bangganya seseorang terhadap dirinya sendiri (ujub)“.

HR Al Baihaqi

Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu anhu pernah mengatakan:

“Kebinasaan itu ada pada dua perkara, iaitu merasa putus asa dari rahmat Allah, dan merasa bangga terhadap diri sendiri.”





ABi
JIWA TARBAWI 692




Banyak perkara yang kita tahu, walau pun sebenarnya terlalu banyak juga yang kita tidak tahu ...

Bahkan yang kita tahu pun, banyak sangat yang kita tidak amalkan..

Begitu juga banyak perkara yang kita bercakap, walau pun banyak juga yang kita sebenarnya tidak tahu..

Bahkan yang kita cakapkan pun, terlalu banyak yang kita tidak amalkan..

Ini bererti memang banyak perkara yang kita tahu dan kita bercakap tentangnya, tapi lebih banyak yang kita tidak beramal dengannya..

Justeru, usahlah merasa aman dengan perkataan kita jika ianya bukan bersumber ilmu dan kebenaran, tetapi hanya aqal dan emosi yang menguasai. Tambah lagi kalau ianya tidak menjadi pegangan dan amalan yang benar pada diri kita..


Bertaqwalah dan peliharalah dirimu dari kemurkaan Allah ta’ala .


وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
﴿الإسراء: ٣٦﴾

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya

Al Isra’ : 36

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿
٢﴾ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّـهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٣﴾ ﴿الصف: ٢-٣﴾

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

As Sof : 2-3

Ingatlah ..

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ ﴿ق: ١٨﴾

Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

Qaaf : 18

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ

Sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu kalimat yang termasuk keridhaan Allah, dia tidak menganggapnya penting; dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkannya beberapa derajat. Dan sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu kalimat yang termasuk kemurkaan Allah, dia tidak menganggapnya penting; dengan sebab satu kalimat itu dia terjungkal di dalam neraka Jahannam.

[HR al-Bukhâri, no. 6478].


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam Syurga. Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ، وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ، فَقَالَ: الفَمُ وَالفَرْجُ

“Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda SAW menjawab: “Mulut dan kemaluan.”

[Riwayat al-Tirmizi ,2004, Imam Ibn Hibban mensahihkan hadith ini di dalam sahihnya]




ABi
JIWA TARBAWI 693




Tsabit ibn Muslim al-Bunani, seorang hafiz hadith, alim, tabi`in pernah berkata kepada sahabatnya,


"
Aku tahu bila Tuhanku mengingatiku".

Mereka yang mendengar terkejut lalu mereka bertanya: 

"Engkau tahu bila Tuhanmu mengingatimu?"

Dia menjawab: Ya

Mereka berkata lagi: “Bila?”.

Jawabnya:

“إذا ذكرته ذكرني”

"(Iaitu) ketika aku mengingatiNya, (maka) Dia mengingatiku".

( Sifatu As Safwah )

Begitulah hubungan HATI yang hidup mengingati Allah ta’ala. Hubungan dua hala antara HAMBA dan TUHANnya.

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ ﴿البقرة: ١٥٢﴾

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku

(al-Baqarah: 152)

Al-Hasan Al-Basri berkata, makna yang dimaksud ialah:

"Ingatlah kamu kepada-Ku dalam semua apa yang telah Kufardukan atas kamu, maka nescaya Aku akan mengingat kamu dalam semua apa yang Aku wajibkan bagi kamu atas diri-Ku".


Menurut Sa'id ibnu Jubair pula,

"Ingatlah kamu kepada-Ku dengan taat kepada-Ku, niscaya Aku selalu ingat kepada kamu dengan magfirah (ampunan)-Ku". Menurut riwayat yang lain disebutkan "dengan rahmat-Ku".


Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma,

“Disebutkan bahwa makna yang dimaksud ialah 'ingat Allah kepada kamu jauh lebih banyak daripada ingat kamu kepada-Nya'.“

Dalam sebuah hadis qudsi,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

Dari Abu Hurairah radliyallahu'anhu berkata, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


“Aku berada dalam prasangka hamba-Ku, dan Aku selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku, dan jika ia mengingat-Ku dalam perkumpulan, maka Aku mengingatnya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka, jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa, jika ia mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku mendatanginya dalam keadaan berlari."

( HR Bukhari dan Muslim )


Justeru, rebutlah INGATAN, KEAMPUNAN DAN RAHMAT KASIH SAYANG ALLAH, Tuhanmu dengan ZIKIR dan INGATAN mu padaNYA.



ABi
JIWA TARBAWI 694


Apakah engkau tidak merasa bimbang atau khuatir terhadap dirimu sendiri...

1. Terhadap solatmu yang masih tidak khusyu' biar pun sudah berpuluh tahun engkau solat.

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ ﴿
٤﴾ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿٥﴾ الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ ﴿٦﴾ وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ ﴿٧

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya, orang-orang yang berbuat riya,dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

Al Ma'uun : 4-7

Solat yang tidak khusyu’ merupakan ciri solatnya orang-orang munafik

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا (١٤٢)


“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, padahal Allah (balas) menipu mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri malas-malasan, mereka mempamerkan ibadahnya kepada banyak orang dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sangat sedikit”

An Nisa’ : 142

Maka apakah engkau masih fidak bimbang khuatir dengan dirimu sendiri..

2. Juga terhadap keikhlasanmu dalam beribadah setelah sekian lama engkau beribadah...

عن أبى أمامة قال: جاء رجل إلى رسول الله فقال : أرأيت الرجل غزا يلتمس الأجرَ والذكْر ماله ؟ فقال رسول الله : ( لا شىء له )، فأعادها ثلاث مرات ويقول رسول الله : (لا شىء له)، ثم قال: ( إن الله عز وجل لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصاً وابتغى به وجهه )

Diriwayatkan dari Abu Umamah radhiyallahu anhu, ia berkata: "Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam seraya berkata: "Bagaimanakah menurut engkau terhadap seorang laki-laki yang berperang dengan tujuan untuk meraih pahala dan dikenang?". Baginda menjawab: "Ia tidak mendapatkan (pahala) sedikit pun." Lantas orang tersebut mengulangi pertanyaannya 3 kali, dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam selalu menjawabnya: "Ia tidak mendapatkan (pahala) sedikit pun." kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza Wajalla tidak menerima sebuah amalan melainkan bila diniatkan ikhlash dan berharap wajah-Nya.".

(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan an-Nasai)

Alangkah bimbnagnya apabila menghadapNya nanti di akhirat, amalan yang nampaknya banyak dibawa ketika di dunia, rupanya tiada nilai keikhlasan di sisiNya.


3. Juga terhadap pertemuanmu dengan Allah Rabbul Jalil di mahkamahNya di Padang Mahsyar nanti...

رَوى ابنُ حِبَّانَ والترمذيُّ في جامِعِه أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: "لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ "

Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban dan At Tirmizi bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
" Tidak berganjak dua tapak seorang hamba pada hari kiamat sehinggalah ditanya dengan empat perkara iaitu tentang umurnya pada apakah telah dihabiskan, tentang jasad tubuhnya pada apakah telah digunakan, tentang ilmunya apakah yang telah diamalkannya,dan tentang hartanya dari mana kah sumber yang ia usahakan dan pada apakah dia telah belanjakan."


Justeru, bersibuklah dengan dirimu sendiri wahai saudaraku, kembalilah ke pangkal jalan iaitu kepada dirimu sendiri.

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿
٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).

An Naazi'at : 40-41




ABi
JIWA TARBAWI 695




Imam Ghazali rahimahullah ta’ala berkata,

"Siapa hendak mengetahui aib-aibnya sendiri, maka ia hendaklah menempuh 4 jalan,

Pertama, duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan berbagai bahaya yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian, ia mempasrahkan dirinya kepada sang guru dan mengikuti petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu.

Ini adalah keadaan seorang murid dengan gurunya. Sang guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara pengobatannya, tapi pada zaman sekarang guru semacam ini sukar ditemui.

Kedua, mencari seorang teman yang jujur, memiliki bashiroh (mata hati yang tajam), dan berpegangan pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan, serta semua aib batin dan zahirnya sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang cerdik, orang-orang terkemuka, dan para pemimpin agama.

Ketiga, berusaha mengetahui aib dari ucapan orang yang membencinya. Sebab, pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkapkan keburukan seseorang. Dapat dijadikan manfaat yang diperoleh seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji, dan menyembunyikan aib-aibnya.

Namun, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan menganggapnya sebagai ungkapan kedengkian. Akan tetapi, orang yang mempunyai mata hati jernih mampu memetik pelajaran dari berbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

Keempat, bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian, ia tuntut dirinya untuk segera meninggalkannya. Sebab, seorang mukmin adalah cermin bagi Mukmin lainnya. Ketika melihat aib orang lain, ia akan melihat aib-aibnya sendiri.


( Petikan dari kitab Mau’zatul Mukminin )


Mengenal keaiban diri dapat juga dilakukan melalui,


5.
Menyuluh diri dengan ilmu yang bermanfaat. Kerana dengannya akan bertambah celik mata hati untuk melihat keaiban diri sendiri. Menurut Imam Al Ghazali di antara fungsi ilmu yang bermanfaat untuk diri seorang hamba itu ialah :

(ويَزيدُ في بَصيرتِك بعُيوبِ نفسِك)
Ilmu yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu

(Kitab Bidayatul Hidayah)

6. Bersungguh-sungguh merenung dan bermuhasabah terhadap diri sendiri. Serta mengingati kehidupan selepas kematian yang memerlukan persiapan yang serius dan rapi. Khususnya dalam mengenal pasti keaiban diri dan memperbaikinya. Kerana tanpa mengenal keaiban diri, hisab perhitungan di Padang Mahsyar akan sangat sukar dan rumit. Umar bin Al-Khaththâb radhiyallahu 'anhu pernah memberikan nasihat, “Hitung-hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung ! Timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang ! Perhitungan kamu kelak (di akhirat) akan lebih ringan disebabkan telah kamu perhitungkan diri kamu pada hari ini (di dunia). Berhiaslah (persiapkanlah) diri kamu demi menghadapi hari dinampakkannya amalan. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Rabb kamu), tiada sesuatupun dari keadaan kamu yang tersembunyi (bagi Allah). [HR. At-Tirmizi].

7. Bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah ta'ala agar memperlihatkan keaiban diri untuk dapat disedari dan diperbaiki. Kerana hanya DIA lah yang Maha Mengetahui isi kandungan hati dan juga perlakuan diri manusia.

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ ﴿غافر: ١٩﴾

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.

Ghafir : 19

Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

(( إذا أراد الله بعبد خيراً زهده في الدنيا وبصره بعيوبه ))
[رواه أبو منصور الديلمي في مسند والبيهقي في شعب الإيمان]

"Apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi seseorang hamba, Ia menjadikannya zuhud di dunia, Ia menjadikannya cenderung kepada akhirat, dan Ia menampakkannya akan keaiban-keaiban dirinya."

HR Abu Mansur Ad Dalimi, Al Baihaqi
Justeru, rebutlah peluang ini untuk mengenal aib dirimu sendiri.

Namun, kenapa masih bersibuk lagi dengan orang keburukan orang lain...


(( طوبٰى لمن شَغَلَه عَيبُه عن عُيوبِ الناس ))
(
أخرجه الديلمي )

"Beruntunglah bagi siapa yang keburukan aibnya menyibukkannya daripada keburukan aib manusia "

HR Ad Dailami




ABi
JIWA TARBAWI 696



Biar pun apa yang sedang berlaku di persada hidup ini,

Samaada senang atau pun susah,

Gembira atau pun kecewa,

Sibuk atau tenang,

Perjuangan dalam diri wajib diteruskan..iaitu

Untuk menambah takut hatimu kepada Allah Azza wa Jalla.

Untuk menambah celik penglihatan mata hatimu terhadap aib dirimu sendiri.

Untuk menambah makrifat pengenalan hatimu dalam beribadat kepada Allah ta’ala.

Untuk menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia yang sementara.

Juga menambah kegemaran cinta hatimu terhadap negeri akhirat yang tiada penghujung.

Untuk membukakan pintu hatimu agar dapat mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.

Untuk menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan dan kelucikan penipuan syaitan.

Justeru, hanya dengan mujahadah yang bersungguh-sungguh serta suluhan ilmu yang bermanfaat, perjuangan ini akan dilalui dengan taufiq dan hidayahNYA jua.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ ﴿العنكبوت: ٦٩﴾

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

Al Ankabut : 69





ABi
JIWA TARBAWI 697


Mencari teman untuk bersama ..



Allâh Azza wa Jalla berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allâh, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar (jujur).”

[At-Taubah,9:119]

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka karena mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas”

[Al-Kahfi,18: 28]

Rasûlullâh sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

Seseorang itu mengikuti din (agama; tabiat; akhlaq) kawan dekatnya. Oleh kerana itu, hendaknya seseorang di antara kamu memperhatikan siapa yang dia jadikan kawan dekat.

HR. Abu Dâwud, no.4833;Tirmidzi, no.2378.


Justeru, carilah seseorang yang dapat membimbingmu dan melepaskanmu dari syubhat keraguan kepada keyakinan, dari kesombongan kepada tawadhu' kerendahan hati , dari riya' dan 'ujub kepada keikhlasan dan suci hati, dari permusuhan dan benci membenci kepada nasihat dan perdamaian, dan dari kecenderungan kepada dunia yang sementara kepada cinta dan cenderung hati kepada kehidupan akhirat yang tiada penghujung.


الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.

[Az-Zukhruf,43:67]





ABi
JIWA TARBAWI 698



Saudara muslim mukmin adalah saudaramu dan darah dagingmu dalam KEIMANAN.

Jika engkau suka diberi nikmat pelbagai di dunia

Jika engkau gembira dengan rezeki yang melimpah ruah

Jika engkau suka dirimu mendapat kebaikan

Jika engkau suka agar dapat menikmati petunjuk dan hidayah Allah

Sayugianya, engkau juga mestilah suka agar segalanya itu dapat dirasai okeh saudaramu

عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

(رواه البخاري ومسلم )

Dari Anas dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, Baginda bersabda:

Tidaklah (sempurna) beriman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri”

(HR Bukhari dan Muslim)

Justeru, begitulah juga

Jika engkau tidak suka jika engkau dihina dan diperkecilkan

Jika engkau tidak suka diumpat dan difitnah

Jika engkau tidak suka dianiaya dan dizalimi

Jika engkau tidak suka disakit hati

Maka sayugianya, engkau juga tidak akan suka perkara-perkara yang seperti itu engkau lakukan terhadap saudaramu sendiri.



ABi
JIWA TARBAWI 699




Untuk ruh hari ini..


عَنْ حَارِثَةَ بْنِ وَهْبٍ الْخُزَاعِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَاعِفٍ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ

Dari Haritsah bin Wahb Al Khuza'i dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, Baginda bersabda:
Mahukah kalian aku beritahu tentang penduduk syurga? Iaitu setiap orang yang lemah dan diperlemah. Sekiranya ia bersumpah atas nama Allah pasti Allah akan mengabulkannya, Mahukah kalian aku beritahu tentang penghuni neraka? Iaitu Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar(hati), berlagak dan sombong.

HR Bukhari,5610

Di antara sifat ahli syurga ialah lemah dan dilemahkan, yakni orang fakir dan dihina. Mereka tidak pernah disanjung dan dipuji, malah sering diremehkan kerana keadaan hidupnya.

Demikianlah tafsiran makna kalimat (da’if mutada’af) ini menurut para ulama' termasuklah Imam an-Nawawi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Sebahagian ulama' menjelaskan dengan pengertian yang lain. Antaranya,

Al-Qadi Ibnu ‘Iyyad berkata:-

“Boleh jadi, kalimat lemah di sini bermakna; hati yang lembut, halus dan tunduk kepada keimanan.”


Apabila ditanya makna hadith ini, Ibn Khuzaimah menjawab:-

“Iaitu orang yang melepaskan dirinya daripada daya dan upaya sebanyak 20 hingga 50 kali setiap hari.”

Maksudnya, ahli syurga ini selalu menyedari kelemahan diri tanpa bantuan daripada Allah SWT.

Maka, dia memperbanyakkan menyebut kalimat ‘
la haula wa la quwwata illa billah’ (لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم) yang bermaksud ‘tiada daya dan upaya kecuali dengan (bantuan) Allah SWT.’

Ahli neraka pula digambarkan okeh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sangat kasar ucapan dan perbuatannya. Mereka suka bertengkar dan kuat bertelingkah.

Dalam setiap perselisihan, sukar bagi mereka untuk mengalah walaupun perkara itu sangat remeh. Malah, mereka enggan mengalah meskipun menyedari kesilapan daripada dirinya sendiri. Apabila diingatkan dan dinasihati, mereka segera menunjukkan respon yang beremosi.

Orang seperti ini sangat dibenci oleh Allah SWT. 

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
 
Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

“Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan. “


(HR Bukhari, 2277,Muslim No: 4821)
 
Juga, ahli neraka sifatnya sangat angkuh dan sombong. Keangkuhan itu sangat jelas kelihatan dalam penampilan gerak geri dan percakapannya.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُكْثِرُوا الْكَلَامَ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللَّهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الْكَلَامِ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللَّهِ قَسْوَةٌ لِلْقَلْبِ وَإِنَّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْ اللَّهِ الْقَلْبُ الْقَاسِي

Dari Ibnu Umar berkata bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Salam bersabda:
Janganlah kamu banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah, kerana banyak bicara tanpa berzikir kepada Allah membuat hati menjadi keras, dan orang yang paling jauh dari Allah adalah orang yang berhati keras.”

HR Tirmizi,2335


Justeru, asuhlah dirimu dengan kerendahan hati dan kehalusan akhlaq dan budi kerana ianya bekalan akhirat yang paling berat di timbangan amal.


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ شَيْءٍ أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

Dari Abu Darda dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, telah bersabda:

Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan amal selain akhlak yang baik.”

HR Abu Daud, 4166




ABi
JIWA TARBAWI 700



Kalam seorang murabbi yang telah menemui TUHANnya untuk para ruh yang masih berada dalam jasadnya di dunia...



10 NASIHAT SYEIKH DR. RAMADAN AL-BUTI

1. Memulakan hari dengan solat subuh berjemaah di masjid.

2. Ketika mendengar suara azan; di mana pun kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun, maka kita harus cepat-cepat menuju ke masjid terdekat untuk melakukan solat berjemaah.

3. Berusaha dengan sekuat tenaga untuk tidak menggunakan umur kita ini kecuali untuk taat kepada Allah, bekerja untuk mencari rezeki halal, mencari ilmu, dan untuk beristirehat menghilangkan kepenatan.

4. Ketika hendak tidur, maka kita harus membayangkan bahawa kemungkinan tidur ini adalah tidur untuk selama-lamanya, tidur terakhir kita di alam dunia. Sebelum tidur, kita bermuhasabah dan beristighfar kepada Allah.

5. Ketika kamu mendapat kenikmatan atau ujian, maka jangan lupa hakikat bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan tidak ada yang dapat menolak mudarat kecuali Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

6. Sesudah kamu melakukan solat dan selesai berwirid, maka jangan berdiri sebelum mengangkat tanganmu berdoa kepada Allah degan penuh kerendahan hati dan penuh kehinaan, meminta kepada-Nya menunaikan hajat-hajatmu, menghindarkan dari segala ketakutan, dan mengampuni segala dosa-dosamu.

7. Ketika kamu merasa ditinggalkan manusia dan dibenci oleh mereka maka jadikanlah redha Allah sebagai pengubat hatimu. Dan ketahuilah bahawa hal itu lebih baik daripada manusia yang menyukaimu tetapi Allah membencimu.

8. Ketika nafsumu menarikmu untuk ghibah ( mengumpat ) pada saudaramu, maka ingatlah bahawasannya kamu juga mempunyai banyak kecacatan dan apabila Allah membukanya nescaya kecacatanmu itu juga menjadi pembicaraan manusia lain pula.

9. Berusahalah sekuat tenagamu untuk menjadikan bekalan yang kamu sediakan nanti adalah merupakan hati yang suci daripada segala kotoran kebencian.

10. Ketika nafsumu mengajak untuk melakukan kemungkaran, maka ingatlah akan kematian kerana kematian itu akan mengecilkan besarnya maksiat dan menjadikan ibadah dan taat itu banyak.

(Petikan dari kitab Bathinul Ithsmi (باطن الإثم), karangan Syeikh Ramadhan al-Buthi)





ABi
JIWA TARBAWI 701



Bila berzikir, memang perlu sebanyak-banyaknya kerana perintah daripada Allah ta'ala dan RasulNya menyuruh dengan memperbanyakkan zikrullah.


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا ﴿
٤١

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, sebagai zikir yang sebanyak-banyaknya.

Al Ahzab : 41

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَٱثْبُتُوا۟ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴿
٤٥

Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.

Al Anfaal : 45


فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّـهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿
١٠

Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung

Al Jumu'ah : 10

وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿الأحزاب: ٣٥﴾

“Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”

Al-Ahzab: 35

Bahkan sayugianya bersangatan zikir dan ingatannya pada Allah ‘azza wa jalla.


فَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا.. ﴿البقرة: ٢٠٠﴾

Maka berzikirlah dengan menyebut Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyangmu, atau (bahkan) berzikirlah lebih banyak dari itu

Al Baqarah: 200


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم " جددوا إيمانكم " . قيل : يا رسول الله ، وكيف نجدد إيماننا ؟ قال : " أكثروا من قول لا إله إلا الله " .

(رواه أحمد ،٨٣٥٣)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Perbaharuilah iman kalian, maka ditanyakan kepada baginda; Bagaimana kami memperbaharui iman kami wahai Rasulullah? Baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Perbanyaklah mengucapkan; LAA ILAAHA ILLAALLAH.

HR Ahmad,8353


سَبَقَ الْمُفَرِّدُونَ قَالُوا وَمَا الْمُفَرِّدُونَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الذَّاكِرُونَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتُ
(رواه البخاري،٢٦٧٦)

“Al-mufarridun telah mendahului.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah al-mufarridun itu?” Baginda menjawab, “Yaitu laki-laki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.”

HR. Muslim no. 2676

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ فَأَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ قَالَ لَا يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ
(رواه الترمذي،٣٢٩٧)

Dari Abdullah Busr radliallahu 'anhu bahwa seorang laki-laki berkata;

"
Wahai Rasulullah, sesungguhnya syari'at-syari'at Islam telah banyak yang menjadi kewajibanku, maka beritahukan kepadaku sesuatu yang dapat aku jadikan sebagai pegangan! Baginda bersabda: Hendaknya sentiasa lidahmu basah karena berzikir kepada Allah."

HR Tirmidzi 3297

Bahkan mendidik diri supaya berzikir dalam semua keadaan

وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ ﴿الأعراف: ٢٠٥﴾

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.

Al A’raf :205

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ﴿النساء: ١٠٣﴾

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring.”

An-Nisa`: 103



Kesan zikrullah hanya akan dapat dilihat, dirasai bila zikirnya banyak..

Bila dosa-dosanya banyak, maka perlu banyak istighfar..

Bila syubhat dan syahwat nya cuba menguasai, maka perlu banyak tahlil, tasbih dan takbir...

Bila hatinya bersarang dengan penyakit, maka ia perlukan banyak rawatan dan penawarnya...
Kesan besar zikrullah kepada hati yang beriman antaranya ialah perasaan gerun dan takut kepada Allah.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿الأنفال: ٢﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

Al Anfal: 2

Juga ketenangan hati dan perasaan.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿الرعد: ٢٨﴾

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Ar Ra’d : 28

اللَّـهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ ﴿الزمر: ٢٣﴾

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah.

Az Zumar: 23

Dan kemuncak kesan zikir bagi seorang mukmin, sudah pastilah kecintaan yang bersangatan kepada Tuhannya, Allah Rabbul ‘Izzati.

وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّـهِ.. ﴿البقرة: ١٦٥﴾

Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.

Al Baqarah: 125


Justeru, ajarilah dan asuhlah lidah dan hatimu dengan banyakkan zikrullah. Semoga ingatan hatimu semakin dekat padaNYA.






ABi
JIWA TARBAWI 702



Mewarnai dan mencorakkan ruang kehidupan dengan ZIKIR dan INGATAN kepada Allah ‘Azza wa Jalla.


Di antaranya ialah melalui,

1. Talaffuz iaitu lafaz-lafaz khusus seperti tasbih, tahlil, tahmid, salawat rasul dan seumpamanya.


عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قَال : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ )
(رواه أبو داود وابن ماجه وأحمد )

.
Daripada Abdillah bin Abbas رضي الله عنه , bahawa Rasulullah telah bersabda:
“Barangsiapa melazimi istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap gundah-gulananya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki tanpa ia sangka.”

HR Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "أفضل الذكر لا إله إلاّ الله وأفضل الدعاء الحمد لله " [ رواه الترمذي وابن ماجه].


Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sebaik-baik zikir itu ialah La ilaaha illa Allah dan sebaik-baik doa itu ialah Al Hamdulillah "

HR Tirmizi dan Ibnu Majah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ (رواه البخاري،٥٩٢٧)

Daripada Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam Baginda bersabda:
“Dua kalimat ringan di lisan, berat di timbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu Subhaanallah al-'azhiim dan Subhanallah wa bihamdihi."

HR Bukhari 5927

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَآَنِ أَوْ تَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَ
(رواه مسلم، ٣٢٨)


Dari Abu Malik al-Asy'aridia berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Bersuci adalah setengah dari iman, alhamdulillah memenuhi timbangan, subhanallah dan alhamdulillah keduanya memenuhi, atau salah satunya memenuhi apa yang ada antara langit dan bumi, shalat adalah cahaya, sedekah adalah petunjuk, kesabaran adalah sinar, dan al-Qur'an adalah hujjah untuk amal kebaikanmu dan hujjah atas amal kejelekanmu. Setiap manusia adalah berusaha, maka ada orang yang menjual dirinya sehingga membebaskannya atau menghancurkannya."

HR Muslim 328


عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَلِمَةٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ أَوْ قَالَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ فَقُلْتُ بَلَى فَقَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(رواه مسلم،٤٨٧٥)

Daripada Abu Musa Al Asy'ari dia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan kepadamu salah satu perbendaharaan surga? ' Saya menjawab; 'Tentu ya Rasulullah? ' Rasulullah bersabda: Laa haula wala quwwata illaa billaah' (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan AIIah).”

HR Muslim 4875

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا

“Barangsiapa yang mengucapkan salawat kepadaku satu kali, maka Allah mengucapkan salawat kepadanya 10 kali.”

HR. Muslim no. 408


2. Solat samaada yang fardhu mahu pun yang sunat.


إِنَّنِي أَنَا اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي ﴿١٤﴾

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.

Thahaa : 14

إِنَّ هَذِهِ الصَّلاَةَ لاَ يَصْلُحُ فِيهَا شَىْءٌ مِنْ كَلاَمِ النَّاسِ إِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ
(رواه مسلم،٥٣٧)
‘Sesungguhnya salat ini, tidak wajar di dalamnya ada percakapan manusia, kerana salat itu hanyalah tasbih, takbir dan membaca Al-Qur’an.’”

(HR. Muslim, no. 537)


3. Tilawah Al Quran

Di antara nama Al Quran ialah Az Zikr (الذكر).


إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ﴿٩﴾

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Az Zikr (Al Quran), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Al Hijr : 9

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :...وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ.
(رواه مسلم،٤٨٦٧)


“..Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al Qur'an, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. Barang siapa yang ketinggalan amalnya, maka nasabnya tidak juga meninggikannya.”

HR Muslim 4867


قالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
(رواه الترمذي،٢٨٣٥)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf.”

HR Tirmizi 2835



عَنْ عُثْمَانَ عَنْ النَّبِيِّ قَالَ: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ. (متفق عليه)


Dari Utsman radliallahu ‘anhu, dari Nabi sallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda:
“Orang yang paling baik di antara kalian adalah seorang yang belajar Al Qur`an dan mengajarkannya”.

(HR Bukhari dan Muslim)

عَنْ أَبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِىُّ رضى الله عنه قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ…
(رواه مسلم،١٣٣٧)

Abu Umamah Al Bahily radhiyallahu ‘anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah Al Quran karena sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada orang yang membacanya”

(HR Muslim, 1337)


4. Do'a terutama yang ma'tsur dari Al Quran dan Al Hadith

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Al Baqarah : 186

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ
{ قَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ }

(رواه ابو داود،١٢٦٤)

Dari An Nu'man bin Basyir dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda:
”Doa adalah ibadah, Tuhan kalian telah berfirman: Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu."

HR Abu Dawud 1264

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ
(رواه الترمذي،٣٤٠١)


Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah sallallahu wa'alaihi wa sallam bersabda:
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”

HR Tirmizi 3401

6. Hadir dalam majlis dan halaqah ilmu
2024/12/28 03:44:40
Back to Top
HTML Embed Code: