Telegram Web Link
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu, bahwasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

إذا مررتم برياض الجنّة فارتعوا

"Apabila kalian bertemu dengan taman - taman Syurga, maka singgahlah."

قالوا : وما رياض الجنّة ؟

Para sahabat bertanya : "Apa yang dimaksud taman - taman Syurga?"

قال : حِلَّق الذّكر

Baginda menjawab : "Majlis zikir"

HR At-Tirmizi , no 3510.

Termasuk dalam pengertian majlis zikir ialah majlis ilmu.

Al-Imam Atha’ Al-Khurasani (seorang ulama tabi’in) berkata:

مجالس الذكر هي مجالس الحلال والحرام كيف تشتري وتبيع وتصلي وتصوم وتنكح وتطلق وتحج وأشباه هذا

“Majlis zikir adalah adalah majlis halal dan haram. Bagaimana kamu membeli, menjual. Bagaimana kamu shalat, berpuasa, berhaji dan semisalnya.”

(Kifayatul Akhyar: 1/8).

Di antara hadis yang menerangkan bahwa majlis zikir adalah majlis ilmu adalah hadis Abu Hurairah bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

“Dan tidaklah sebuah kaum berkumpul dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah (iaitu masjid). Mereka membaca Kitabullah dan saling mempelajarinya di antara mereka kecuali ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, malaikat melingkupi mereka dan Allah akan menyebutkan mereka ke dalam orang-orang yang bersama-Nya.”

(HR. Muslim: 4867, Abu Dawud: 1243, Ibnu Majah: 221).


7. Melaksanakan ketaatan ( amal saleh ) dan meninggalkan maksiat ( dosa dan kemungkaran ).


مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖوَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٩٧﴾


Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Al Nahl : 97

Berkata Imam Abi Zakariya Yahya bin Syarafuddin An Nawawi Ad Dimasyqi ( 631-676H) :

اعلم أن فضيلة الذكر غير منحصرة في التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير ونحوها بل كل عامل لله تعالى بطاعة فهو ذاكر لله (نقل من الأذكار )


" Ketahuilah bahawasanya kelebihan zikir itu tidak terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan yang seumpamanya ( dari lafaz-lafaz zikir ). Bahkan setiap orang yang beramal dengan ketaatan kerana Allah Ta'ala maka ianya (dianggap) seorang yang berzikir ( iaitu mengingati Allah Ta'ala )."

( Dinuqil dari Kitab Al Azkar )

Nilai-nilai kehidupan yang baik antaranya ialah mendapat rezeki yang baik dan halal yang menjuruskan kepada mengingati dan bersyukur kepada Allah ta’ala. Justeru hati yang hidup dalam mengingati Allah ta'ala akan sentiasa menginginkan kehidupan yang sentiasa dalam panduan dan ketaatan kepada Nya dan takut untuk melakukan kedurhakaan padaNya.



8. At Tafakkur fi khalqilLah ( Berfikir tentang kejadian ciptaan Allah )

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١﴾
﴿آل عمران: ١٩٠-١٩١﴾


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Ali 'Imran : 190-191


Sesungguhnya rangkaian zikir dan tafakkur dapat melonjakkan makrifat, khasyah ( rasa takut dan hebat terhadap Allah ) dan keimanannya dalam melahirkan golongan manusia ulul albab.
Justeru, warnailah dan corakkanlah hidupmu dengan ZIKIR demi kebersamaan dengan INGATAN kepadaNya 'Azza wa Jalla dengan hati, lidah dan perbuatan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا ﴿٤١﴾

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.

Al Ahzab : 41


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي
(رواه البخاري، ٦٨٥٦)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata,
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku, dan Aku selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku.”

HR Bukhari, 6857






ABi
JIWA TARBAWI 703





Nota untuk usia ..




Allâh Azza wa Jalla berfirman:

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخًا ۚ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّىٰ مِنْ قَبْلُ ۖ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلًا مُسَمًّى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup) sampai tua. Di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya)

[Al-Mukmin,40:67]

Ini adalah satu hakikat dan realiti dalam kitaran usia manusia.

ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخًا 

kemudian (dibiarkan kamu hidup) sampai tua

Imam al-Qurthubi rahimahullah berkata,

“Syaikh (orang yang tua) adalah orang yang telah melewati 40 tahun”.

Ini bererti, siapa saja yang telah melalui usia 40 tahun hingga akhir hayatnya, ia telah berada dalam fasa terakhir kehidupannya.

Akuilah hakikat ini!

Kehidupan manusia akan berakhir umumnya pada kitaran usia 60 hingga 70 tahun.

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “أَعْمَارُ أُمَّتـِيْ مَا بَيــْنَ سِتِّيْنَ وَسَبْعِيْنَ. وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوْزُ ذَلِكَ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahwa sesungguhnya Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Usia umatku (umat Islam) antara 60 hingga 70 tahun. Dan sedikit dari mereka yang melewatinya”.


[HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Mâjah]

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ

Dan barang siapa Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadiannya. Maka apakah mereka tidak memikirkannya?. 

[Yaasiin,36:68]

Imam Ibnu Katsîr rahimahullah menjelaskan,

“Allâh Azza wa Jalla mengkhabarkan bahwa seorang hamba itu ketika usianya semakin panjang, maka ia dikembalikan ke keadaan lemah setelah kekuataan dan keadaan tidak berdaya  setelah keadaan puncak”.

(Tafsir Ibnu Katsîr)

Syaikh as-Sa’di rahimahullah  mengatakan,

“Akan kembali ke keadaan semula, keadaan yang lemah : Lemah dalam fikiran dan lemah dalam kekuatan. Tidakkah mereka memikirkan bahwa anak Adam itu lemah dalam segala aspek, maka hendaknya mereka memanfaatkan ucapan dan daya fikir mereka untuk taat kepada Rabb mereka”.

(Tafsir As-Sa’di)

Namun berhati-hatilah juga dengan ‘jiwa muda’ yang masih bersarang dalam diri di usia tua.

لاَ يَزَالُ قَلْبُ الكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ: فِي حُبِّ الدُّنْيَا وَطُولِ الأَمَلِ

“Hati orang tua itu akan sentiasa merasa muda dalam dua perkara: (1) cintakan dunia, (2) panjang angan-angan”

(Sahih al-Bukhari, no: 6420)

Apa yang semestinya diusahakan dengan serius dan bersungguh ialah meneruskan pecutan amal kebaikan di penghujung usia.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ خَيْرُ النَّاسِ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ

Dari 'Abdullah bin Busr, seorang badui bertanya: Wahai Rasulullah, siapa orang terbaik itu? Rasulullah sallallahu 'alahi wa salam menjawab:

Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya.”

HR Tirmizi, 2251

Inilah ‘jiwa muda’ dalam ibadah dan amalan.

Biar lah ketika kudrat diri semakin berkurang namun masih mampu untuk solat wajib dan sunat, mampu bangun malam beribadah, masih nampak jalan ke masjid, ke majlis-majlis ilmu dan pengajian, masih boleh dan mampu membaca Al Quran saban hari.

Kerana ramai manusia yang menyangka usianya muda namun ‘jiwa tua’ dalam ibadah.


Justeru, teruskanlah kehidupan sementara ini dengan persiapan untuk kehidupan yang kekal abadi.




ABi
JIWA TARBAWI 704




Tiada istilah KEBETULAN dalam kamus takdir.

Tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak kerana semuanya adalah takdir ketentuan Allah Yang Maha (العزيز) lagi Maha Bijaksana (الحكيم).


إِنَّا كُلَّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَـٰهُ بِقَدَرٍ (٤٩)

“Sesungguhnya Kami ciptaan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi.”

(Al-Qamar:49)

وَلَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدً۬ا وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ شَرِيكٌ۬ فِى ٱلۡمُلۡكِ وَخَلَقَ ڪُلَّ شَىۡءٍ۬ فَقَدَّرَهُ ۥ تَقۡدِيرً۬ا (٢)
“Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan taqdir yang sempurna.”

(Al-Furqan:2)

Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya, tetapi hikmat itu adalah suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kepada pandangan aqal manusia yang singkat dan terbatas.

فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا (١٩)

“Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan Allah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.”

(An-Nisa’:19)

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦)

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

(Al-Baqarah:216)

Namun Allah ‘Azza wa Jalla tidak akan dipersoalkan tentang takdir ketentuannya. Yang akan ditanya ialah hamba-hambaNya iaitu bagaimana sikap dan keadaan mereka ketika menghadapi takdir ketentuanNya.

لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ
﴿الأنبياء: ٢٣﴾

Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan merekalah yang akan ditanyai.

(Al-Anbiya’: 23)

Imam Ibnu Katsir mentafsirkan ayat ini,

“Dialah Yang memutuskan, tiada yang mempersoalkan tentang keputusan-Nya dan tiada seorang pun yang dapat menolak keputusan­Nya kerana keagungan, kebesaran, ilmu, hikmah, keadilan, dan belas kasihan-Nya.”

{وَهُمْ يُسْأَلُونَ}

dan merekalah yang akan ditanyai. (Al-Anbiya: 23)

Maksudnya, Dialah yang akan mempersoalkan makhluk-Nya tentang apa yang telah mereka perbuat. Semakna dengan firman-Nya dalam ayat lain, yaitu:

فَوَرَبِّكَ لَنَسْأَلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu.

(Al-Hijr: 92-93)


Begitulah dengan segala takdir dan ujianNya terhadap manusia.


Justeru, persiapkanlah jiwamu dalam menghadapi takdir ketentuanNya kerana takdirNya bukan mengikut kehendakmu tetapi mengikut kehendak dan ketentuanNya.



ABi
JIWA TARBAWI 705



Kenapa manusia lalai terhadap agama Allah?

Kenapa manusia lalai daripada berzikir mengingati Allah ta'ala?

Kenapa manusia lalai mempersiapkan dirinya untuk kehidupan kekal abadi di akhirat?

Antaranya disebabkan oleh dilalaikan, leka, seronok dan tenggelam dengan DUNIA .....

اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُّعْرِضُونَ ﴿١﴾ مَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّن رَّبِّهِم مُّحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٢﴾ لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ ۗ ..(٣)

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya. Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya.

Al Anbiya' : 1 - 3

Tambah bagi ummat akhir zaman memang sering hanyut dengan kelalaian, kelekaan dan perkara yang sia-sia.

Hati yang hanya lalai dan leka dengan kehidupan dunia, juga lalai dan leka daripada kehidupan akhirat berpunca dari kejahilannya tentang hakikat sebenar kehidupan dunia dan hakikat sebenar kehidupan akhirat.

﴿ يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الآخِرَةِ هُمْ غَافِلُون ﴾
[الروم: 7]

Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.


Ar Rum:17

Kejahilan yang boleh membawa kekufuran.

وَلَـٰكِن مَّن شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِّنَ اللَّـهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١٠٦﴾ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ اسْتَحَبُّوا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَأَنَّ اللَّـهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ ﴿١٠٧﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّـهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ ﴿١٠٨﴾ النحل

akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai.

An Nahl : 106-108

HATI bila tidak disibukkan dengan mengingati Allah dan Hari Akhirat, maka ia akan bersibuk bahkan tertipu dengan kehidupan dunia...

وَقِيلَ الْيَوْمَ نَنسَاكُمْ كَمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَـٰذَا وَمَأْوَاكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن نَّاصِرِينَ ﴿٣٤﴾ ذَٰلِكُم بِأَنَّكُمُ اتَّخَذْتُمْ آيَاتِ اللَّـهِ هُزُوًا وَغَرَّتْكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ لَا يُخْرَجُونَ مِنْهَا وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ ﴿٣٥﴾

Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini dan tempat kembalimu ialah neraka dan kamu sekali-kali tidak memperoleh penolong".
Yang demikian itu, karena sesungguhnya kamu menjadikan ayat-ayat Allah sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi kesempatan untuk bertaubat.

Al Jaatsiyyah : 34-35

Allah azza wa jalla memberi amaran tentang DUNIA,

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿٢٠﴾

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Al Hadid : 20

Ciri-ciri dunia yang menipu dan melalaikan :

(a) Permainan ( ٌلٓعِب )
(b) Sesuatu yang melalaikan/senda gurau ( ٌلٓهْو )
(c). Perhiasan ( ٌزِينٓة ).
(d) Saling berbangga ( ٌتٓفَاخُر )
(e) Berbangga-bangga tentang harta dan anak ( ٌتٓكٓاثُر )


قَالَ سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ: مَتَاعُ الْغُرُورِ لِمَنْ يَشْتَغِلُ فِيهَا بِطَلَبِ الْآخِرَةِ، وَمَنِ اشْتَغَلَ بِطَلَبِهَا فَلَهُ مَتَاعُ بِلَاغٍ إِلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ.

Sa'id bin Jubair berkata : “Dunia yang dikatakan sebagai kesenangan yang menipu adalah yang membuatmu lalai dari mencari akhirat. Adapun yang bersibuk dengan menuntut akhirat maka baginya (dunia itu) sebagai kesenangan yang menyampaikan kepada apa yang lebih baik daripadanya ( iaitu kehidupan akhirat lebih baik dari kehidupan dunia).”



Justeru, celikkanlah mata hatimu dengan suluhan ilmu untuk engkau mengenali hakikat kehidupan sebenarnya.




ABi
JIWA TARBAWI 706



Jadual Harian Tarbiyyah Ruhiyyah 1
‎( جدول التربية الروحية اليومية )

‎# المكوث في البيوت
# stayathome

Wahai saudaraku! Aturkanlah jadual hidup mu :

Sejak dari bangun daripada tidor hingga sebelum terbit fajar....

1. Usahakanlah bangun sebelum masuk waktu subuh supaya dapat beribadah di sepertiga malam terakhir..

قال الغزالي في بداية الهداية :
فإذا استيقظت من النوم، فاجتهد أن تستيقظ قبل طلوع الفجر، وليكن أول ما يجري على قلبك ولسانك ذكر الله تعالى؛ فقل عند ذلك: الحمدلله الذي أحيانا بعدما أماتنا وإليه النشور،.....

Imam Al Ghazali rahimahullah ta'ala, menyebut dalam kitabnya, Bidayah Al Hidayah :

" Maka apabila engkau bangun daripada tidor, bersungguh-sungguhlah agar engkau bangun sebelum terbit fajar, dan hendaklah yang pertama terlintas atas hatimu dan disebut pada lidahmu ialah zikir ( ingatan ) pada Allah ta'ala. maka bacalah ketika itu : ( maksudnya) ' Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepasa mematikan kami dan kepadanya kami akan kembali '.

Tidor adalah saudara kepada mati. Sayugianya jangan sampai tewas dengan tambatan syaitan, musuhmu yang paling nyata.

يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ.
( رواه البخاري ، 1142)

" Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan. Ia menepukkan pada setiap ikatan; bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila kamu bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk maka terbuka pula satu ikatan. Apabila kamu bersolat terbukalah satu ikatan. Maka di pagi hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak nescaya di pagi hari perasaannya buruk dan malas."

( Imam al-Bukhari, no: 1142 )

2. Jangan cuai daripada bersiwak 

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : (لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك مع كل صلاة)
( رواه البخاري ، 838 )

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

" Kalaulah tidak menyukarkan ummat aku nescaya aku benar-benar menyuruh mereka dengan siwak di setiap solat"

( HR Bukhari, 838 )

3. Solat sunat dua rakaat sebelum mengerjakan Solat Tahajjud

Hendaklah dikerjakan solat dua rakaat yang ringan sebelum memulakan solat Tahajjud. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ اللَّيْلِ فَلْيَفْتَتِحْ صَلاَتَهُ بِرَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ.

"Jika salah seorang dari kalian ingin melaksanakan solat malam, maka hendaklah dia memulai solat malamnya dengan mengerjakan (solat) dua rakaat yang ringan ( cepat)."

( HR Imam Muslim, 1287 )

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

" Al-Hafiz Abu al-Fadhl bin al-Husain menyebutkan dalam kitab Syarah al-Tirmizi bahawa rahsia solat malam dimulai dengan dua rakaat yang ringan adalah untuk segera melepaskan ikatan syaitan.

 ( Fathul Baari jilid 6, ms. 273.)

4. Bertahajjudlah demi kedudukan yang tinggi di sisi Allah 'Azza wa Jalla

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. “

 (Al-Israa, 17: 79)

Solat Tahajjud dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, menutup kesalahan kita yang lalu serta menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللَّهِ وَمَنْهَاةٌ عَنْ الْإِثْمِ وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ. 
( رواه الترمذي ، 3472 )
"Hendaklah kalian melaksanakan solat malam kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa."

( HR Imam al-Tirmizi , 3472.)

Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat Tahajjud. Ini sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: 

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
( رواه مسلم ، 1163 )

" Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud)."

( HR Imam Muslim, no: 1163.)

Adalah lebih utama sekiranya solat Tahajjud tersebut dilakukan di rumah atau bilik sendiri dan bukan di masjid. Ini adalah kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam biasa melakukan solat Tahajjud di rumahnya sendiri. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

فَعَلَيْكُمْ بِالصَّلاَةِ فِي بُيُوتِكُمْ! فَإِنَّ خَيْرَ صَلاَةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ الصَّلاَةَ الْمَكْتُوبَةَ. 
( رواه مسلم، 781 )

 "Hendaklah kalian solat di rumah kalian! Kerana sebaik-baik solat seseorang itu adalah di rumahnya kecuali solat wajib

(HR Imam Muslim, no: 781.)

Hendaklah memanjangkan berdiri ketika solat iaitu dengan membaca surah yang panjang dan melamakan sujud tatkala solat Tahajjud. Sujud tersebut dipanjangkan kerana Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakan doa ketika sujud. Ini sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ.
( رواه مسلم، 482 )

" Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyakan doa ketika sujud itu".

( HR Imam Muslim, no: 482)


5. Memohon keampunan dan bertaubat dan beristighfar.

كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿١٨﴾

Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.(17) Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.(18)

Az Azariyat : 17-18

عن الأَغَرِّ بنِ يسار المزنِيِّ - رضي الله عنه - قَالَ: قَالَ رَسُول الله - صلى الله عليه وسلم -: «يَا أَيُّهَا النَّاسُ، تُوبُوا إِلى اللهِ واسْتَغْفِرُوهُ، فإنِّي أتُوبُ في اليَومِ مئةَ مَرَّةٍ» .
( رواه مسلم، 4871 )


Dari Sahabat Al-Aghar bin Yasar al-Muzni RA bahwasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.”

(  HR Muslim, 4871 )

6. Bagi yang belum solat witir , maka bangunlah mengerjakan solat sunat itu tiga rakaat atau sekurang-kurangnya 1 rakaat. Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الوتر ركعة من آخر الليل. 
( رواه مسلم، 1247 )

Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

" Solat witir satu rakaat daripada akhir malam ".  
( HR Muslim, 1247 )

Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.


روي مسلم في صحيحه عن جابر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "من خاف ألا يقوم من آخر الليل فليوتر أوله ، ومن طمع أن يقوم آخره ، فليوتر آخر الليل ، فإن صلاة آخر الليل مشهودة ، وذلك أفضل".
( رواه مسلم، 1255 )

Daripada Jabir RA, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  

( HR Muslim, 1255 )


Kemudian, bersedialah untuk solat subuh berjamaah kerana kelebihannya amat besar. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
( رواه الترمذي، 1049 )



" Barangsiapa salat isya` berjama'ah, seolah-olah ia salat malam selama separuh malam, dan barangsiapa salat shubuh berjamaah, seolah-olah ia telah salat seluruh malamnya."

( HR Tirmizi, 1049 )

Justeru, wahai saudaraku amalkanlah dan berusahalah engkau agar istiqamah dalam beramal dengannya.


أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّـهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٦٢﴾ الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ ﴿٦٣﴾ ﴿يونس: ٦٢-٦٣﴾

Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.

Yunus. : 62-63





ABi

‎# المكوث في البيوت
# stayathome
Jadual Harian Tarbiyyah Ruhiyyah 2
( جدول التربية الروحية اليومية )

# المكوث في البيوت
# stayathome

Aturkan jadual ibadahmu sejak TERBIT FAJAR SEHINGGA TERBIT MATAHARI...

1. Apabila azan subuh dikumandangkan di masjid atau surau, jawablah azan itu sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Tidak sayugianya sebagai seorang hamba Allah tidak mengambil peduli dengan seruan azan itu dengan melakukan perkara lain melainkan menjawabnya.

2. Selepas mendengar azan, usahlah ditinggalkan amalan berdoa serta berselawat atas Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam .

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash bahwa dia mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
Apabila kalian mendengar mu'azzin (mengumandangkan azan) maka ucapkanlah seperti yang dia ucapkan, kemudian bersalawatlah atasku, kerana orang yang bersalawat atasku dengan satu salawat, niscaya Allah akan bersalawat atasnya dengannya sepuluh kali, kemudian mintalah kepada Allah wasilah untukku, kerana ia adalah suatu tempat di syurga, tidaklah layak tempat tersebut kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku berharap agar aku menjadi hamba tersebut. Dan barangsiapa memintakan wasilah untukku, maka syafa'at halal untuknya.”

HR Muslim, 577

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Jabir bin 'Abdullah, bahwa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa berdo'a setelah mendengar azan:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

(Ya Allah. Rabb Pemilik seruan yang sempurna ini, dan Pemilik shalat yang akan didirikan ini, berikanlah wasilah (perantara) dan keutamaan kepada Muhammad. Bangkitkanlah ia pada kedudukan yang terpuji sebagaimana Engkau telah janjikan) '. Maka ia berhak mendapatkan syafa'atku pada hari kiamat.”

HR Bukhari, 579

3. Seruan azan adalah seruan dari Allah 'Azza wa Jalla sebagaimana yang disebut dalam doa selepas azan...  (
اللهم رب هذه الدعوة التامة ) " Ya Allah Tuhan Empunya seruan yang sempurna ini ...". Namun seringkali seorang muslim cuaikan tentang perkara ini.

4. Kemudian solatlah sunat dua rakaat subuh. Usahakanlah sungguh-sungguh solat sunat ini kerana ganjaran sangat besar.


عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Dari A’isyah RA daru Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Dua rakaat (sunat) fajar lebih baik daripada dunia dan apa yang di dalamnya.”


HR Muslim, 1193

5. Lakukanlah ia samaada di rumah atau di tempat solat di mana azan dikumandangkan tadi. Kerana solat sunat lebih afdhal dilakukan di rumah.

فَعَلَيْكُمْ بِالصَّلاَةِ فِي بُيُوتِكُمْ, فَإِنَّ خَيْرَ صَلاَةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ الصَّلاَةَ الْمَكْتُوبَةَ. 
(متفق عليه)

 "Hendaklah kalian solat di rumah kalian! Kerana sebaik-baik solat seseorang itu adalah di rumahnya kecuali solat wajib."


HR Muttafaqun ‘alaih

6. Kemudian pergilah ke masjid atau musolla di mana azan dikumandangkan. Inilah perlakuan seorang HAMBA yang mahukan keselamatan di akhirat nanti.
عَنْ بُرَيْدَةَ الْأَسْلَمِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Buraidah Al Aslami dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:
Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di kegelapan malam menuju masjid dengan cahaya sempurna kelak di hari kiamat.

 HR Tirmizi, 207


عن عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَنْ يَلِجَ النَّارَ أَحَدٌ صَلَّى قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا يَعْنِي الْفَجْرَ وَالْعَصْرَ

Dari Abu Bakr bin Imarah bin Ru'aibah dari Ayahnya dia berkata; aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “
Tidak akan masuk neraka seseorang yang salat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. “ maksudnya fajar (subuh) dan asar,

HR Muslim, 1003


عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَلَّى الْبَرْدَيْنِ دَخَلَ الْجَنَّةَ

 “
Sesiapa yang melakukan dua solat pada dua waktu dingin, maka dia akan masuk Syurga.” Iaitu solat subuh dan solat asar.

HR Bukhari, 540


عن عثمان بن عفان: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Dari Usman bin Affan, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda,
"
Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barangsiapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."

 HR Muslim, 1049

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga memberi ancaman yang berat kepada sesiapa yang mencuaikan solat fardhu subuh.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Dari Abu Hurairah katanya; Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Salat yang dirasakan berat bagi orang-orang munafik adalah shalat isya` dan salat subuh, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak”

HR Muslim, 1042

عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ذُكِرَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ نَامَ لَيْلَهُ حَتَّى أَصْبَحَ قَالَ ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ أَوْ قَالَ فِي أُذُنِهِ

Dari 'Abdullah radliallahu 'anhu berkata; Dilaporkan kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam seseorang yang tertidur melewati malamnya hingga pagi, maka Baginda bersabda: “
Itulah orang yang dikencingi syaitan pada kedua telinganya, atau dia berkata: pada telinganya".

HR Bukhari, 3030


9. Selepas solat subuh, gunakan waktu yang ada untuk merawat ruh dengan amalan-amalan ruhiy. Imam Al Ghazali Rahimahullahu ta' ala menyebut dalam kitabnya Bidayatul Hidayah :

ولتكن أوقاتك بعد الصلاة إلى طلوع الشمس، موزعة على أربع وظائف: وظيفة في الدعوات، ووظيفة في الأذكار والدعوات؛ وتكررها في مسبحة، ووظيفة في قراءة القرآن، ووظيفة في التفكر، فتفكر في ذنوبك وخطاياك وتقصيرك في عبادة مولاك، وتعرضك لعقابه الأليم وسخطه العظيم.

" Maka jadikanlah waktu-waktu selepas solat subuh sehingga terbit matahari  terbagi dalam empat bahagian amalan:

Satu bahagian pertama adalah berdoa.

Bahagian kedua adalah zikir disertai doa, dan mengulang-ulanginya dengan tasbih,

Bahagian ketiga adalah membaca al qur'an,

Bahagian keempat adalah tafakkur, iaitu memikirkan dan merenung dosa-dosa, kesalahan-kesalahan mu serta kecuaian dalam beribadah terhadap Tuhanmu sebagai bahan  memperbaiki diri, dan juga tafakkur tentang perilakumu yang mendatangkan siksa yang mengundang kemurkaanNya yang besar”.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Dari Anas bin Malik dia berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Barang siapa yang salat subuh berjama'ah kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit yang dilanjutkan dengan salat dua raka'at, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah. “. Dia (Anas radhiallahu 'anhu) berkata, Rasulullah bersabda: Sempurna, sempurna, sempurna.

HR Tirmizi, 535

7. Amalkanlah zikir-zikir dan doa-doa yang ma'tsur semampu mungkin yang diajar oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dan juga oleh para salafussoleh. Rujukan terbaik dalam berzikir dan berdoa boleh diambil dari kitab Al Azkar yang dikarang oleh Imam An Nawawi rahimahullahu ta'ala. Bahkan amat baik kalaulah kitab ini ada di setiap rumah kita.

8. Inilah modul tarbiyyah ruhiyyah fardiyyah yang lengkap bermula saat terbit fajar sehinggalah terbit matahari, dalam merawat, mengubat penyaki-penyakit dalam hati seorang hamba Allah. Bahkan ianya juga akan menjadikan ruh dalam keadaan sihat, kuat dan penuh dengan cahaya makrifah dan syahadah. Terutamanya kepada yang berjuang pada Jalan Allah. Mana mungkin jiwa seorang pejuang akan jadi luntur lemah dan futur jika ia sentiasa beristiqamah dan berkekalan dengan sentuhan ruhiyy ilahiyy ini.

Justeru, suluhilah diri dan jiwa mu dengan ilmu dan ibadah semoga ianya terpimpin dan terdidik dengan sentuhan petunjuk ilahiyy ini...




ABi 
 JIWA TARBAWI 707


 WIRID AL QURAN: BEKALAN UNTUK PARA PENDAKWAH

 
Dalam hadis dari Ibnu Mas’ud, Nabi sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ مَأَدْبَةُ اللهِ فَاقْبَلُوا مِنْ مَأْدَبَتِهِ مَا اسْتَطَعْتُمْ ، إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ ، وَالنُّوْرُ الْمُبِيْنُ ، وَالشِّفَاءُ النَّافِعُ عِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ ، وَنَجَاةٌ لِمَنِ تَبِعَهُ ، لاَ يَزِيْغُ فَيَسْتَعْتَبُ، وَلاَ يَعُوْجُ فَيَقُوْمُ ، وَلاَ تَنْقَضِي عَجَائِبُهُ ، وَلاَ يُخْلَقُ مِنْ كَثْرَةِ الرَّدِّ ، اتْلُوْهُ فَإِنَّ اللهَ يَأْجَرُكُمْ عَلَى تِلاَوَتِهِ كُلُّ حَرْفٍ عَشْرَ حَسَنَاتٍ ، أَمَّا إِنِّيْ لاَ أَقُوْلُ الم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفْ وَلاَمْ وَمِيْم
 
“Sesungguhnya Al Qur’an itu adalah panggilan dari Allah ta’ala, maka terimalah panggilan-Nya semampu kalian. Al Qur’an ini adalah tali Allah ta’ala. Cahaya yang terang, dan syifa’ (obat) yang bermanfaat. Qur’an adalah perisai bagi yang berpegang teguh kepadanya, dan penyelamat bagi yang mengikuti (petunjuk)nya. Tidak akan pernah menyimpang, karena Qur’an akan meluruskannya. Qur’an tidak akan pernah habis keajaiban-keajaibannya. Tidak akan pernah lenyap kemuliaan dan kelezatannya karena sering diulang. Bacalah Al Qur’an karena sesungguhnya Allah ta’ala akan memberi pahala kepadamu karena bacaan itu untuk setiap hurufnya sepuluh kebajikan. Saya tidak mengatakan kepada kalian bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘lam’ satu huruf, dan ‘mim’ satu huruf.”
 
(HR Hakim dan Darimi, 3181)
 
 
Juga wasiat Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam  kepada Abu Dzar Al-Ghifari,


عَلَيْكَ بِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَذِكْرِ اللهِ فَإِنَّهُ نُوْرٌ لَكَ فِي الأَرْضِ وَذُخْرٌ لَكَ فِي السَّمَاءِ
 
 
“Bacalah Al Qur’an, karena sesungguhnya ia akan menjadi cahaya bagimu di bumi dan menjadi simpanan (saham amal) di langit.”
 
( HR Ibnu Hibban) 
 
 
Dari Aisyah ra berkata, Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam  bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
 
Dari 'Aisyah ia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"
Orang mukmin yang mahir membaca Al Qur`an, maka kedudukannya di akhirat ditemani oleh para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Al Qur`an dengan gagap, ia sulit dalam membacanya, maka ia mendapat dua pahala."

(HR Muslim)
 

 
Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ اسْتَمَعَ إِلَى آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ تَعَالَى كُتِبَ لَهُ حَسَنَةٌ مُضَاعَفَةٌ وَمَنْ تَلَاهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Al Qur’an, akan dicatat baginya satu kebajikan yang berlipat ganda. Dan barangsiapa membacanya, maka baginya cahaya pada hari kiamat.”
 
(HR Ahmad)
 

 
Surat-surah yang disunatkan untuk memperbanyak bacaannya
 
Di antara wirid Al Qur’an yang berterusan dilakukan tiap hari adalah membaca surah-surah berikut, iaitu : Yasiin, Al-Waqi’ah, dan Al-Mulk. Dan ditambah dengan surah Al Kahfi di hari Jumaat. Di antara kelebihannya adalah:
 
1. Dari Ma’qil bin Yassar ra. Bahwa Rasulullah  sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 
قَلْبُ الْقُرْآنِ يس لاَ يَقْرَؤُهَا رَجُلٌ يُرِيْدُ اللهَ وَالدَّارَ الآخِرَةَ إِلاَّ غَفَرَ اللهُ لَهُ , اقْرَءُوْهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ
 
“Jantung Al Qur’an adalah surat Yasin. Tidaklah seseorang membacanya dalam rangka menginginkan ridha Allah ta’ala dan kampung akhirat, kecuali Allah ta’ala akan mengampuninya. Bacalah surah itu pada jenazah-jenazah kalian (detik-detik menjelang kematian).”
 
(Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa’I, dan yang lainnya)
 
 
Dari Abdullah bin Mas’ud ra., ia berkata:
 
مَنْ قَرَأَ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ كُلَّ لَيْلَةٍ مَنَعَهُ اللهُ بِهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَكُنَّا فِي عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُسَمِّيْهَا الْمَانِعَةَ , وَأَنَّهَا فِي كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ سُوْرَةً مَنْ قَرَأَ بِهَا فِي لَيْلَةٍ فَقَدْ أَكْثَرَ وَطَابَ
 
“Barangsiapa membaca ( تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ  ) setiap malam, dengan surah itu Allah ta’ala akan mencegahnya dari azab kubur. Pada zaman Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam  kami menamakannya Al-Mani’ah (yang mencegah). Surat tersebut dalam Al Qur’an merupakan surah yang barangsiapa membacanya setiap malam, maka dia telah memperbanyak (tilawah) dan memperbaikinya.”
 
( HR An-Nasa’i, Al-Hakim )
 
Hadis Abu Sa’id Al-Khudri ra., Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam  bersabda:
 
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةُ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
 
“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah ta’ala akan meneranginya dengan cahaya di antara (rentang waktu) dua Jum’at.”
 
(HR An-Nasa’i dan Al-Baihaqi secara marfu’)


Selesai solat dianjurkan pula membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, setiap satunya sekali. Daripada Uqbah bin Amir, katanya;

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca Muawwizaat  di akhir solat (sesudah salam).

(HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523)
.
Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam berkata:

اقْرَأُوا الْمُعَوِّذَاتِ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ

“Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.”

(HR. Abu Dawud no. 1523)

Diriwayatkan dari ‘Aisyah
radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda. Katanya:

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”

(HR. Bukhari no. 5017)


Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

“Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”.

HR al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)dan al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)

 
Dari Sa’ad bin Abi Waqqash RA, Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فَابْكُوا فَإِنْ لَمْ تَبْكُوا فَتَبَاكَوْا وَتَغَنَّوْا بِهِ فَمَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِهِ فَلَيْسَ مِنَّا
 
“Sesungguhnya Al Qur’an ini diturunkan dalam suasana sedih maka apabila kalian membacanya, menangislah. Jika tidak mampu menangis, maka seakan-akan menangis dan lagukanlah (sesuai tajwidnya, pent.) Barangsiapa yang tidak melagukan Al Qur’an, maka ia bukan golongan kami.”
 
(HR. lbnu Majah)
 
Yang dimaksud dengan melagukan Al Qur’an adalah berusaha menampakkan rasa khusyu’ dengan tajwid yang benar dalam membaca. Ada hadis Jabir, ia berkata bahwa Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 
إِنَّ مِنْ أَحْسَنِ النَّاسِ صَوْتًا بِالْقُرْآنِ الَّذِي إِذَا سَمِعْتُمُوهُ يَقْرَأُ حَسِبْتُمُوهُ يَخْشَى اللَّهَ
 
“Sesungguhnya yang paling baik suaranya dalam membaca Al Qur’an adalah orang-orang yang jika kalian mendengarkan ia membaca, kalian menganggap bahawa ia khusyu’ kepada Allah ta’ala”
 
(HR Ibnu Majah)
 

Majlis Istima’ Al Quran, استمع القرآن (Mendengar bacaan Al Qur’an)
 
Dan di antara wirid Qur’an adalah berkumpul untuk beristima’ kepada kitab Allah ta’ala dari orang yang baik bacaannya. Bagi pembaca di majlis istima’ ini, hendaknya membaca Al Qur’an secara tartil dengan tetap memperhatikan adab-adab di atas. Bagi yang mendengarkan, hendaknya fokus dan merenungkan makna-makna yang terkandung di dalamnya serta berada pada puncak kekhusyukan, penghormatan, dan pengagungan terhadap kitab Allah ta’ala dengan menghadirkan makna ayat berikut ini (dalam hati)..!
 
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
 
“Dan apabila dibacakan Al Qur’an, maka dengarkanlah dan perhatikan dengan tenang agar kalian mendapatkan rahmat.”
 
(Al-A:raf: 204)
 
 
وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ
 
“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui.”
 
(Al-Maidah: 83)

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
﴿السجدة: ١٥﴾

Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong.
 
Wirid Hafalan
 
Bagi setiap Muslim juga dianjurkan dan ini juga adalah bahagian dari wirid qur’ani agar bersungguh-sungguh dengan segenap kemampuan untuk menghafaz apa yang mampu dihafaznya dari Al-Qur’an. Ia harus mendisiplinkan diri setiap hari untuk menghafaz dengan sebaik-baiknya satu ayat atau beberapa ayat sesuai dengan kadar kemampuannya. Dengan rutin seperti ini, akan memungkinkan baginya untuk menghafaz banyak ayat dari Kitab Allah.

Dalam sebuah hadis Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Abu Dzar RadhiyAllah ‘anhu,
 
يَا أَبَا ذَرٍّ لَأَنْ تَغْدُوَ فَتَعَلَّمَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ
 
“Wahai Abu Dzar, ketika engkau di awal siang lalu engkau mengerti satu ayat dari kitab Allah ta’ala itu, lebih baik bagimu dari pada solat seratus raka’at.”
 
( HR Ibnu Majah )

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam,

إِنَّ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ

“Orang yang tidak ada di dalam dadanya sepotong pun ayat ibarat Al-Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong”.

[HR al-Tirmizi, 2913]
 
 
Maka bersungguh-sungguhlah wahai saudaraku untuk memperoleh keuntungan dengan fadilah (keutamaan) ini. Kepada Allah ta’ala kita memohon agar menjadikan kita termasuk para ahlul Qur’an. Dengan itu, maka kita menjadi ahli Allah ta’ala dan takutkanNya.

Cukuplah Allah ta’ala sebagai penolong kita dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.
 
 


ABi
JIWA TARBAWI 708




سَوابِقُ الهِمَمِ لا تُخرِقُ أسوَارَ الأَقدَار

Keras kemahuan hati tidak dapat menembusi benteng takdir.

( Hikam, Ibnu ‘Athaillah )

Manusia disyariatkan berikhtiar dan berusaha kerana di situ ada perhitungan dan ganjaran dosa dan pahala di akhirat. Bahkan berniat untuk memilih suatu kebaikan sudah ada pahala untuknya.

Namun manusia seharusnya bersedia untuk menerima takdir ketentuanNya kerana Dia sahaja yang mutlak dalam menentu segala sesuatu, tiada siapa yang campur tangan pada urusan ketentuanNya. Dan bukannya ikhtiar dan usaha manusia memberi bekas dalam menentukan takdir. Maha Esa Allah!.

Justeru, manusia sayugianya usahlah bertelagah dengan takdir. Kerana takdir Allah itu tidak menurut kehendak dan kemahuan manusia tetapi menurut kehendak dan kemahuanNya. Biar pun ianya dirasakan perit, melemahkan jiwa dan menggusarkan fikiran.

قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللَّـهِ ۖ
Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah"

An Nisa : 78


وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ﴿البقرة: ٢١٦﴾

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al Baqarah : 216


فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا ﴿النساء: ١٩﴾

Karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

An Nisa’ : 19


Sesungguhnya keyakinan dan sangka baik terhadap Allah akan mengubati keresahan hati dalam menghadapi setiap takdir Allah. Kesabaran dan redha yang muncul dari makrifat pengenalan hati seorang hamba terhadap Tuhannya akan menenangkan jiwanya. Seorang hamba itu adalah seorang yang sangat faqir jiwanya dan berhajat kepada Tuhannya. Sebagaimana jiwa Nabi Musa 'alaihissalam,

فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ﴿القصص: ٢٤﴾

"Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku".

Al Qasas: 24

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّـهِ وَاللَّـهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
﴿فاطر: ١٥﴾

Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.

Fathir: 15

عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ وَفَاتِهِ بِثَلَاثٍ يَقُولُ لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

Dari Jabirberkata: Aku mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wa salam bersabda tiga hari sebelum Baginda wafat:

"
Janganlah salah seorang dari kalian meninggal dunia kecuali ia berbaik sangka kepada Allah."

HR Muslim, 5124




ABi
JIWA TARBAWI 708


Kemuliaan dan keindahan akhlaq adalah di antara sunnah yang agung Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam .

Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ القِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا

“Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kamu dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat adalah mereka yang paling bagus akhlaknya di antara kamu.”

(HR. Tirmizi, 1941)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ فَقَالَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ

Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam surga, maka beliau pun menjawab: “
Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.”

HR Tirmizi, 1927

Akhlaq yang mulia tanda kesempurnaan iman.


أَكْمَلُ المُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”

(HR. Tirmizi, 1162)

Di antara kemuliaan akhlaq telah digambarkan di dalam sebuah hadis,

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ

Dari 'Ubadah bin Ash Shamit bahwa Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

“Jaminlah enam hal untukku dari diri kamu, aku akan menjamin surga untuk kamu; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kamu berjanji, tunaikanlah amanat jika kamu serahi amanat, jagalah kemaluan kamu, tundukkan pandangan kamu dan tahanlah tangan kamu.”

(HR Ahmad, 21695)



Justeru, hiasilah diri dengan akhlaq yang mulia, agar dapat hampir dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam di akhirat nanti.



ABi
JIWA TARBAWI 709


Mengidamkan keamanan hidup di akhirat.


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, bahwasanya Allah ta’ala berfirman dalam hadis qudsi,


يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: وَعِزَّتِي لَا أَجْمَعُ عَلَى عَبْدِي خَوْفَيْنِ، وَلَا أَجْمَعُ لَهُ أَمْنَيْنِ، إِذَا أَمِنَنِي فِي الدُّنْيَا أَخَفْتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَإِذَا خَافَنِي فِي الدُّنْيَا أَمَّنْتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ (رواه ابن المبارك في الزهد, 157)

“Dan demi Kemuliaan dan keagunganKu, Aku tidak menyatukan atas hati hambaKu dua ketakutan dan Aku tidak menyatukan untuknya dua rasa aman. Jika ia merasa aman terhadapKu di dunia. Aku jadikan ia ketakutan di hari kiamat. Dan jika ia takut kepadaKu di dunia, Aku beri dia keamanan di hari kiamat”.

HR Ibnu Mubarak, Bab Az Zuhd, 157.


Justeru, semai dan suburkanlah rasa takut (al khauf) dalam hatimu terhadap Allah 'azza wa jalla, demi mencapai kehidupan yang aman dari huru hara di hari kiamat nanti.


ABi
JIWA TARBAWI 710



Sentuhan bermakna pada hari ini -


Tiga Kemuliaan Manusia.


Imam As Syafie rahimahullahu ta’ala menyebut dalam Manaqibnya,

جوهر المرء في خِلال ثلاث:

Kemuliaan seseorang itu pada tiga perkara :

كتمانُ الفقر حتى يظنَّ الناس من عِفّتك أنك غنيّ

Menyembunyikan kefakiran sehingga manusia menyangka dari kesederhanaanmu engkau seorang yang kaya.

وكتمانُ الغضب حتى يظنَّ الناس أنك راضٍ

Menyembunyikan kemarahan sehingga manusia menyangka engkau seorang redha ( puas hati ).

وكتمانُ الشدّة حتى يظنَّ الناس أنك متنعّم.

Menyembunyikan kesusahan sehingga manusia menyangka engkau seorang yang senang.


(مناقب الإمام الشافعي للبيهقي: ٢/١٨٨)

Manaqib Imam As Syafie, Al Baihaqi 2/188





ABi
JIWA TARBAWI 711



Agama bukan hanya soal hubungan dengan Allah ta’ala, tapi juga hubungan dengan manusia.

Seorang yang beragama itu bukannya hanya baik hubungan dengan Allah ta’ala, tapi juga baik hubungannya sesama manusia.

Oleh itu, seorang muslim itu bukan sahaja seorang yang baik, tapi juga seorang yang berbuat baik kepada manusia lain.


وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ..﴿القصص: ٧٧﴾

Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah);

Al Qasas : 77

وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ ﴿البقرة: ١٩٥﴾

Dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Al Baqarah : 195



Justeru, jadilah seorang yang baik dan berbuat kebaikan dalam kehidupanmu.


بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّـهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿البقرة: ١١٢﴾

(Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.


Al Baqarah: 112





ABi
2024/12/28 18:52:20
Back to Top
HTML Embed Code: