Telegram Web Link
Pegawai kanan tentera haram Israel yang terbunuh sejak serangan ganas 7 Oktober.

Sumber: Al-Jazeera

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pemansuhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sukar dilaksanakan kerana kerajaan ketika ini mempunyai komitmen kewangan yang begitu besar.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, berkata pada masa sama kerajaan perlu mengambil kira komitmen peminjam yang sudah membayar hutang berkenaan.

"Isu PTPTN ini menjadi isu yang agak lama dan semua parti pun meletakkan dalam manifesto masing-masing, termasuk sebelah sini (kerajaan) dan juga yang di sebelah sana (pembangkang).

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Lebih 4.3 juta kenderaan memasuki negara ini melalui dua pintu sempadan Johor-Singapura dengan caj jalan (RC) sebanyak RM87,944,580.00 dikutip sehingga September tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata secara purata 16,107 kenderaan memasuki Malaysia dari Singapura, setiap hari.

Katanya, setiap hari dianggarkan 89,818 perjalanan dilakukan pelbagai kenderaan yang merentasi sempadan Johor-Singapura melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Bangunan Sultan Ismail (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), bagi tempoh sama.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Lagi demonstrasi di Marseille, Perancis bagi menyatakan solidariti kepada Palestin dan mengutuk kempen pembunuhan beramai-ramai pengganas Israel di Semenanjung Gaza.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Indeks Pembangunan Manusia (HDI) Semenanjung Gaza dijangka jatuh ke tahap 1955 iaitu 0.408 pada tahun ini akibat konflik dengan Israel, menghapuskan lebih 69 tahun kemajuan, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), lapor Sputnik.

"Bagi Negara Palestin, HDI akan jatuh ke 0.643 (pada penghujung 2024) - tahap yang dianggarkan pada 2000, menjadikan kemajuan pembangunan mundur selama 24 tahun. Bagi Gaza, HDI dijangka jatuh ke 0.408 - tahap yang dianggarkan pada 1955, menghapuskan lebih 69 tahun kemajuan," menurut laporan itu.

Sementara itu, kemiskinan di Palestin dianggarkan meningkat kepada 74.3 peratus pada 2024, menjejaskan 4.1 juta orang, termasuk 2.61 juta orang yang baru jatuh miskin akibat konflik dengan Israel, tambah laporan itu.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Amaun tuntutan subsidi diesel oleh syarikat minyak bagi Ogos 2024 telah berkurang sebanyak 51.6 peratus berbanding amaun tuntutan bagi bulan Mei 2024, sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel mulai 10 Jun 2024, kata Kementerian Ekonomi.

Kementerian itu berkata kuantiti tuntutan juga telah menurun sebanyak 47.4 peratus dalam tempoh yang sama.

"Mulai tahun ini kerajaan akan melaksanakan penyasaran semula subsidi secara berfasa bagi membendung ketirisan yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seorang Ahli Parlimen Eropah (EP) dari Itali melakukan protes semasa sesi parlimen pada Selasa dengan memakai kemeja-T yang memaparkan kod QR yang menunjukkan angka, nama dan umur rakyat Palestin yang terbunuh dalam apa yang dirujuknya sebagai "genosid oleh Israel" di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

"Sekali lagi, majoriti parlimen ini menunjukkan dwistandard dan persubahatannya kepada dunia," kata Della Valle, ahli EP yang baru dipilih dalam pilihan raya Jun lepas dari podium semasa sesi di Brussels sambil memakai kemeja-T berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan Israel menyerang Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU) – hanya kebimbangan yang dinyatakan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Dua kertas siasatan dibuka berhubung insiden provokasi seorang lelaki yang membawa anjingnya memasuki perkarangan pusat beli belah di Seksyen 14, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 11.20 pagi, yang mana suspek mengikat anjing peliharaannya di luar bangunan kompleks berkenaan.

Menurutnya, suspek kemudian ke sebuah kedai emas untuk membeli emas seberat satu kilogram.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
🟢 Satu serangan udara Israel telah menyasarkan sebuah rumah di as-Saftawi, barat Jabalia di utara Gaza, menyebabkan beberapa korban yang belum dikenal pasti.

🟢 Israel mengebom kem pelarian Jabalia dan melancarkan serangan di kawasan at-Twam serta kejiranan Sheikh Radwan di Bandar Gaza.

🟢 Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila kereta kebal Israel mengebom Sekolah Zaid bin Haritha di Beit Lahiya, yang menempatkan orang-orang terlantar.


Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan 17,452 keputusan kewarganegaraan setakat 1 Oktober lalu, melebihi sasaran 17,000 permohonan yang ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata KDN sentiasa komited untuk memastikan setiap permohonan kewarganegaraan diproses dengan telus, adil dan mengikut peruntukan undang-undang.

"Setiap permohonan kewarganegaraan memerlukan penelitian rapi berdasarkan peruntukan undang-undang dan kementerian berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan tempoh menunggu bagi mereka yang telah mengemukakan dokumen lengkap.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ringgit memulakan urus niaga pada Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), biarpun sentimen berhati-hati ketara susulan perkembangan ekonomi global.

Kerugian yang dicatat baru-baru ini pula menyebabkan pelabur beralih kepada mata wang negara sedang pesat membangun.

Pada 8.20 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.3245/3400 berbanding dolar AS daripada 4.3255/3305 semalam.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pengikutnya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020.

Selain Nasiruddin, 65, turut didakwa isterinya, Datin Azura Md Yusof, 57, dan seorang anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tamimi Asa'ari, 32.

Pengikut lain yang didakwa Hasnan Abd Hamid, 53, Mohd Shukri Mohd Noor, 53, Mokhtar Tajuddin, 60, Shuhaimi Mohamed, 56, Muhammad Afdaluddin Latif, 34, Mohamad Sayuti Omar, 35, Mohd Fazil Md Jasin, 57, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 34, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 51, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 34, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 28.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Taktik scammer baharu yang menggunakan letterhead KWSP.

KWSP tidak pernah mengeluarkan sebarang surat pengeluaran.

Sumber: KWSP
Hospital Al-Awda di utara Gaza kini kehabisan bekalan perubatan dan makanan akibat pengepungan berterusan oleh Israel, termasuk bekalan bahan api yang semakin kritikal, kata pengarah hospital Mohamed Saleha pada Selasa.

"Kami hidup di bawah pengepungan sepenuhnya kerana pihak pendudukan Israel memperketat cengkaman mereka terhadap hospital sejak Isnin. Kakitangan perubatan tidak dapat bergerak atau menerima sebarang sokongan luar," katanya kepada Agensi Anadolu.

Beliau mendakwa bahawa semua stok ubat-ubatan dan makanan telah habis, manakala bahan api yang diperlukan untuk mengendalikan jabatan-jabatan penting hampir kehabisan, yang boleh membawa bencana besar dalam tempoh beberapa hari jika bekalan tidak dihantar segera.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kerajaan sedang memantau secara dekat lapan ajaran sesat yang didapati wujud di seluruh negara selain melibatkan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Zulkifli Hasan berkata, kerajaan juga sedang melakukan risikan dan siasatan terhadap 12 ajaran sesat.

“Sebenarnya untuk memberikan jaminan, mungkin itu di luar bidang kuasa kita untuk memberikan jaminan.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/05 23:37:12
Back to Top
HTML Embed Code: