Telegram Web Link
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai 22 individu daripada 60 yang ditahan sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

“Jadi apa saya boleh cakap, kita tangkap (bawah) SOSMA lebih kurang 60 orang. Selepas itu kita berurusan dengan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) dan (dengan) keterangan yang ada kita dapat menuduh 22 orang.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Bapa kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram pada Mei lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan dan memiliki senjata api berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid, yang kemudiannya menetapkan 15 November ini untuk pengurusan kes.

Dalam pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa dengan pengetahuan telah menggalakkan perbuatan pengganas dengan cara menanamkan fahaman ideologi Daesh kepada empat anaknya iaitu Radin Luqman, Radin Romyullah, Farhah Sobrina dan Mariah, selain isterinya, Rosna Jantan, di sebuah rumah di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor pada penghujung 2014 hingga 17 Mei 2024.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Liga Arab mengeluarkan deklarasi pada Selasa selepas mesyuarat tergempar wakil-wakil tetap untuk membincangkan cara dan tindakan bagi mengakhiri pembunuhan beramai-ramai di Gaza oleh Israel, mendesak pelaksanaan tindakan punitif yang ditetapkan sebelum ini ke atas Tel Aviv sebagai respons terhadap perang genosid terhadap rakyat Palestin.

Wakil-wakil Liga Arab dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar di Kaherah, menekankan usaha-usaha Liga Arab dan antarabangsa yang diselaraskan untuk menamatkan "jenayah genosid, pengusiran paksa dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin."

Kenyataan itu mengutuk peningkatan kekejaman terutamanya di utara Gaza, ketika pasukan Israel menjalankan rancangan sistematik untuk mengosongkan kawasan itu di tengah-tengah ketidakupayaan antarabangsa.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT 850-11) melakukan atur gerak bagi memberi bantuan kemanusiaan berupa sumbangan air bersih kepada Hospital Tibnine di Selatan Lubnan.

Markas Angkatan Bersama dalam satu kenyataannya berkata, atur gerak menyalurkan bantuan kemanusiaan itu dilakukan pada Isnin dan Selasa.

Kata kenyataan itu, ia merupakan sebahagian Program Jiwa Murni Civil Military Cooperation (CIMIC) bertujuan membantu masyarakat setempat yang terjejas konflik yang berlarutan di negara tersebut.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Empat maut manakala 14 lagi cedera dalam serangan serangan ke atas ibu pejabat sebuah firma pertahanan terkemuka Turkiye berhampiran Ankara, kata pegawai pada Rabu.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang sedang mengadakan perbincangan di Rusia dengan Vladimir Putin ketika itu, mengesahkan bilangan mangsa.

Beliau turut mengutuk apa yang disifatkan sebagai 'serangan pengganas yang kejam' di Turkish Aerospace Industries (TAI), firma yang dikendalikan oleh kerajaan.

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak di sebuah rumah di Ampangan semalam, kerana disyaki menjadi pengikut ajaran Ahmadi Religion.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata suspek terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun dan anak perempuan mereka yang berumur lewat 20-an.

Katanya, pasukan penguat kuasa merampas pelbagai dokumen disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran itu yang bertentangan dengan hukum syarak dalam serbuan pada 2 petang semalam.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Saham McDonald's jatuh 7.3 peratus pada awal dagangan hari ini selepas wabak E. coli yang dikaitkan dengan hamburger Quarter Pounder rangkaian restoran itu mengakibatkan seorang maut dan menyebabkan 49 orang jatuh sakit di Amerika Syarikat (AS).

Wabak itu dilaporkan di 10 negeri dan sekurang-kurangnya 10 orang telah dihantar ke hospital, kata Pusat Kawalan Penyakit AS .

Kes mula dilaporkan pada akhir September dan berterusan hingga Oktober.

Sumber: Reuters

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Doktor dan anak lelakinya parah selepas Perodua Bezza dinaiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang pelajar berusia 18 tahun, di Bulatan Jalan Persiaran Seri Impian semalam.

Dalam kejadian 4.10 petang itu mangsa, warga Indonesia, Agung Nugroho Darmawan, 40 dan anaknya Said Hassan berusia empat tahun parah.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa yang memandu Perodua Bezza parah di kepala, patah tulang rusuk dan bahagian dalaman badan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Jerman pada Rabu mengecam keras Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir, kerana menyeru supaya Gaza dikosongkan daripada rakyat Palestin dan Israel menetap semula di wilayah yang dilanda peperangan itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Kenyataan oleh Itamar Ben-Gvir adalah satu provokasi yang tidak boleh diterima dan ditolak dengan jelas oleh kerajaan persekutuan. Kami mengecam ini dengan sekeras-kerasnya," kata jurucakap Timbalan Menteri Luar Jerman Kathrin Deschauer, kepada wartawan di Berlin.

"Kerajaan persekutuan menolak kenyataan dan rancangan seumpama ini. Gaza milik wanita dan lelaki Palestin. Kerajaan persekutuan menolak penempatan semula Israel di Gaza, bukan sahaja kerana ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, tetapi juga pasti akan menjejaskan sebarang penyelesaian politik, termasuk cadangan penyelesaian dua negara," tambahnya.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Enam anak bekas ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) akan memulakan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah ini dan Sekolah Menengah Agama (SMA) di Pekan dalam tempoh terdekat.

Enam beradik itu, membabitkan empat lelaki dan dua wanita berusia antara 13 dan 17 tahun sebelum ini hanya belajar di madrasah yang dikendalikan GISBH dan dijangka memulakan pelajaran secara formal bulan depan, selepas segala urusan berkaitan dokumentasi selesai.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Dr Asmadi Abdul Rahman berkata berkata, mereka baru saja dilepaskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Tujuh sekolah di daerah Kemaman rosak akibat ribut dan hujan air batu, petang semalam.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata sekolah yang rosak ialah Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman dan SK Seri Kemaman, SK Bukit Mentok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Sultan Ismail dan SMK Bukit Mentok.

Daripada jumlah itu, tiga sekolah yang rosak teruk diberikan cuti peristiwa hari ini.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui petunjuk baharu membabitkan siasatan ke atas Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) berhubung kes rasuah konsesi perlombongan pasir.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata buat masa ini pihaknya tidak boleh mendedahkan perkara itu kerana masih mengumpul keterangan daripada saksi.

"Siasatan masih lagi dijalankan dan keterangan saksi sedang dikumpulkan. Memang ada keterangan baharu yang diperoleh, tetapi buat masa ini saya tidak boleh kongsikan lagi.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara yang secara rasmi ditambah ke dalam BRICS sebagai negara rakan kongsi, sebuah blok yang secara kolektif menyumbang kepada satu perlima perdagangan global.

Menurut kemas kini dari @BRICSInfo di X, blok itu secara rasmi menambah 13 negara baharu ke dalam perikatan sebagai negara rakan kongsi, walaupun belum sebagai ahli penuh.

Selain Malaysia, 12 negara lain yang turut disertakan ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.

Menurut hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.

Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut di kawasan tersebut.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seramai 97,866 peminjam bagi pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) disenarai hitam," katanya Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Beliau berkata jumlah itu adalah daripada 197,348 peminjam aktif.

Katanya, tindakan menyenarai hitam peminjam dilakukan sebagai satu langkah pengukuhan kepada pembayaran pinjaman MARA.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang diramal membadai enam negeri, termasuk seluruh Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga jam 5 petang ini.

Selain Rompin di Pahang, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, beberapa daerah di Kedah dan Johor turut berpotensi terjejas akibat cuaca itu.

Di Kedah, katanya, cuaca itu diramal membadai kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling, manakala Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mewujudkan satu peraturan baharu bagi memastikan tiada penyelewengan terhadap bekalan beras putih tempatan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap ke atas beberapa kilang padi yang didakwa menukar beras tempatan kepada beras import.

"Pertamanya kita kena siasat dulu, minta bahagian kawal selia padi dan beras dan sebagainya untuk pergi ke kilang-kilang padi ini melawat, adakah betul bahawa tuduhan ada campuran antara beras putih tempatan dan beras import berlaku.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ketua Kesatuan Doktor Lubnan mengesahkan bahawa lima hospital tidak dapat beroperasi akibat serangan rejim Israel ke atas negara Arab itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Youssef Bakhash membuat kenyataan itu dalam satu wawancara dengan rangkaian TV Al Jazeera pada Rabu, sambil menambah bahawa 22 lagi hospital mengalami kerosakan dalam serangan Israel ke atas Lubnan.

Beliau juga menyatakan rejim Israel menyasarkan serangan kepada semua orang dengan sektor kesihatan turut terjejas secara langsung. Beberapa kakitangan perubatan telah syahid, manakala ratusan lagi cedera.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyerbu sebuah premis yang beroperasi di Bandar Tropicana Aman, Telok Panglima Garang yang didapati menjual barang-barang kawalan seperti gula, minyak masak dan gas petroleum cecair (LPG) selain barangan runcit lain, tanpa memilik lesen runcit barang kawalan berjadual yang sah.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam dalam kenyataan semalam berkata serbuan dilakukan oleh anggota penguat kuasa KPDN Selangor Isnin lepas susulan video tular di media sosial berkaitan seorang peniaga yang dikatakan menyorok bekalan minyak masak.

Beliau berkata pasukan serbuan telah bertindak menyita kesemua barangan di premis itu bersama beberapa dokumen perniagaan yang berkaitan, dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM630.90, dan kertas siasatan telah dibuka.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/06 01:46:51
Back to Top
HTML Embed Code: