Telegram Web Link
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres:

Situasi di Gaza adalah krisis kemanusiaan paling teruk - isu kehilangan nyawa yang sangat besar, kerosakan besar pada hospital dan sekolah, dan pemindahan paksa berulang kali.


Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seramai 7,958 mangsa banjir masih berada di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah, setakat 9 pagi tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka yang terdiri daripada 2,567 keluarga, melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

Sumber: Bernama
Ketua Hamas, Yahya Sinwar:

Kami sudah mempersiapkan diri untuk berlawan dalam perang yang panjang ini sehingga matlamat kami tercapai.

Kami akan pastikan negara Palestin yang berdaulat, bebas campur tangan jahat Israel.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan membawa barangan pejabat yang melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer (KM) 202 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan, dekat Sitiawan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pemandu dan penumpang lori yang maut dikenali sebagai Razali Sahad, 48, dan Muhammad Alizzat Narayi, 28.

Sumber: Bernama
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dikenali sebagai Zuzina Abina berumur 32 tahun yang hilang sejak Jumaat lepas dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik, Gua Musang, Kelantan.

Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi bilik gerakan IPD Gua Musang di talian 09-9121222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Gambar: IPD GUA MUSANG
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani yang turut dikenali sebagai Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 10 pertuduhan salah guna wang derma berjumlah lebih RM1.52 juta sejak Mei 2021 hingga Julai lepas.

Pasangan berusia 30 dan 26 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Sumber: Bernama
Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir al-Balah berkemungkinan terpaksa ditutup akibat kehabisan bekalan minyak dan alat ganti penjana kuasa bagi bantuan bekalan elektrik.

Sejak perang, hospital itu hanya beroperasi secara berterusan menggunakan generator.


Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Saluran 12 Israel melaporkan:

Kedutaan China di Tel Aviv menggesa rakyatnya meninggalkan Israel secepat mungkin susulan serangan Lubnan di negara itu ketika ini.
PRK Mahkota: Tiga pusat pengundian awal dibuka serentak 8 pagi ini

Tiga pusat pengundian itu ialah Dewan Mahkota di Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim.

Proses pengundian awal yang melibatkan 4,510 tentera dan pasangan serta 401 polis akan berlangsung sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca di bandar Kluang adalah baik pada sebelah pagi manakala ribut petir dijangka berlaku di sebelah petang.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.
DUN Mahkota memiliki 66,318 pengundi berdaftar dengan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini.

Sumber: Bernama
Premis dan rumah amal yang didiami lebih 60 penghuni GISBH di Panji, Kota Bharu telah dikosongkan.

Perkara itu disahkan selepas selepas polis melakukan serbuan di kediaman mereka.

Dilaporkan, 10 kandang kuda di lokasi berkenaan juga sudah dikosongkan dipercayai dipindahkan ke lokasi lain.

Kawasan terbabit turut mempunyai reban ayam dan lebih 500 ekor ayam ditinggalkan di reban itu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi menyembah maklum mengenai perkembangan isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Beliau memberitahu, perubahan taktik GISBH yang berlindung di bawah entiti perniagaan menjadi antara punca isu tersebut didakwa agak lewat untuk didedahkan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Syarikat penerbangan seperti syarikat penerbangan British Airways, Wizz Air, Azerbaijan Flag,, Lufthansa, Air France, Delta dan American Airlines menggantung penerbangan ke Israel.

Sumber: Anadolu Agency


Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pemimpin Hamas, Abdel Hakim Hanini:

Musuh Israel secara jelas mahu mengusir rakyat Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis ke Jordan, sama seperti cubaan terdahulu untuk mengusir penduduk Semenanjung Gaza ke Mesir.


Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
4 lelaki direman tanam buku ajaran Aurad Muhammadiah, Al-Arqam

Empat lelaki dipercayai ahli Global Holdings (GISBH) direman hari ini di Mahkamah Kota Bharu selepas ditahan di Johor Bharu, semalam.

Mereka ditahan selepas didakwa cuba melupuskan bahan bukti dengan menanam buku-buku berkaitan fahaman Al Arqam di Kampung Panji.

Terdahulu, Polis Kelantan menyerbu rumah amal dan sekolah milik Global Holdings (GISBH) di Gong Kulim, Pasir Puteh dan menemui pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al Arqam.

Buku itu dipercayai disembunyikan dalam stor dalam rumah amal terbabit.

Sumber: Harian Metro
2024/11/15 17:11:54
Back to Top
HTML Embed Code: