Telegram Web Link
STATISTIK TERKINI | HARI KE-403

43,665 rakyat Palestin telah terbunuh dan 103,076 lagi cedera dalam serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesawat perang Israel mengebom kawasan sekitar masjid di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.
Seramai 124 rakyat Malaysia telah melaporkan keberadaan di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur setakat Rabu, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Daripada jumlah itu, 53 orang meninggalkan Labuan Bajo dengan menaiki pengangkutan laut susulan penutupan sementara ruang udara ekoran letusan Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores.

"Warganegara Malaysia yang terkesan dimohon untuk mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan serta status penerbangan dari semasa ke semasa,” menurut kedutaan dalam satu kenyataan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Usaha menoktahkan buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) serta faktor kegagalan pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam syarikat FashionValet Sdn Bhd (FV) menjadi antara isu tumpuan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, isu buli di UPNM dibangkitkan Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan usaha dan kaedah yang sedang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan gejala buruk itu dinoktahkan.

Sementara itu, soalan berkenaan faktor menyebabkan kegagalan pelaburan Khazanah dan PNB dalam syarikat FV dikemukakan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) kepada Menteri Kewangan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Serangan ke atas Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) adalah sebahagian tindakan 75 tahun Israel untuk menghapuskan rakyat Palestin daripada sejarah, dalam konteks genosid di Gaza, Agensi Anadolu memetik seorang bekas pegawai UNRWA.

Lex Takkenberg, yang memegang pelbagai jawatan kanan di UNRWA selama 31 tahun, bercakap mengenai serangan berterusan Israel ke atas UNRWA, sekatan semasa beliau berkhidmat dan tekanan yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Takkenberg, pengarang bersama buku "Palestinian Refugees in International Law" bersama Pelapor Khas PBB mengenai Palestin, Francesca Albanese berkata sasaran Israel terhadap UNRWA adalah sebahagian rancangan "memadamkan" kehadiran fizikal rakyat Palestin, institusi mereka, sistem pendidikan dan sejarah.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kawasan di utara Semenanjung Gaza tiada perkhidmatan kemanusiaan dan perubatan selama 22 hari berturut-turut.

Sumber: Saluran Al-Aqsa

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Platform media sosial TikTok memberi jaminan akan melihat permasalahan seperti buli siber dan ancaman scam selain menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menangani isu itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibangkitkan semasa beliau bertemu dengan delegasi TikTok yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shou Zi Chew di sini hari ini.

"Dalam pertemuan ini, saya bangkitkan beberapa perkara antaranya pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet mulai 1 Jan tahun depan."

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seorang timbalan mudir sebuah madrasah berkaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis atas pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Ghazalyi Othman, 54 bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Bicara, Nurul Fadhlina Che Daud selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah mengajar agama Islam berkenaan dengan Tauhid dan Tafsir kepada pelajar-pelajar di madrasah di Kampung Senama Hilir, Rembau tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran tentang kebuluran yang bakal melanda rakyat Palestin di Gaza.

Menerusi hantaran di X, agensi PBB, yang kini berdepan larangan operasi oleh Israel dalam tempoh tiga bulan memetik kata-kata seorang ibu di Khan Younis, Gaza, Mahdia, penduduk di wilayah tersebut juga bakal menghadapi kepupusan.

Jelasnya, perkara itu akan terjadi jika bantuan tidak diberikan UNRWA.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Petugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 1,725 liter minyak diesel yang cuba diseleweng dalam satu serbuan di sebuah premis melombong pasir di Jalan Gopeng Batu 3, Batu Gajah, dekat sini, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata dalam serbuan sekitar pukul 7.30 pagi itu pihaknya turut menahan dua lelaki berumur 28 dan 41 tahun yang disyaki pemandu lori dan pemilik premis berkenaan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata serbuan dijalankan oleh anggota penguat kuasa yang membuat risikan di kawasan tersebut sejak dua minggu lepas hasil maklumat awam, dan turut disita dalam serbuan itu ialah sebuah lori dan beberapa peralatan lain, yang nilainya semuanya berjumlah RM58,577.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.

Syarikat minuman dan dua pengarahnya, yang diwakili Shuib atau nama penuh Shahmira Muhamad, 40, dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali.

Mengikut semua pertuduhan, semua OKS didakwa masing-masing enam pertuduhan, gagal membayar cukai itu bagi tempoh bercukai 1 Januari sehingga 1 November 2023, sebagai mana ditetapkan bawah Seksyen 26(4) akta sama.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 20 pekerja bantuan di Gaza dalam tempoh sebulan lalu, termasuk empat kakitangan Oxfam yang sedang dalam perjalanan menggunakan kenderaan yang jelas tertera 'bantuan'.


Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb⁰
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berada dalam keadaan nazak dan meronta-ronta kesakitan selepas motosikal ditunggang mangsa dilanggar sebuah Perodua Ativa putih, Disember tahun lalu.

Saksi ke-12 pendakwaan yang juga remaja lelaki itu berkata, selepas perlanggaran berkenaan, dia melihat seorang pemandu lelaki turun dari kenderaan terbabit lalu pergi ke arah mangsa dan menyuruhnya mengangkat Muhammad Zaharif Affendi.

Ketika berada di tempat kejadian, katanya, dia melihat Muhammad Zaharif Affendi terbaring dengan muka tiarap di atas jalan dan ada kecederaan pada peha serta siku mangsa.

"Pemandu Ativa yang berpakaian baju T berwarna putih dan seluar tiga suku berwarna hitam, datang ke arah Zaharif jatuh dan memarahi saya: 'Apa pandang saya?! Kau tengok apa? Kau tolong aku angkat dia, aku polis!' dalam nada yang kuat.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Nasib warga emas di Lubnan kritikal susulan serangan berterusan Israel yang menjadikan golongan tersebut terdedah kepada pelbagai kesukaran termasuk kekurangan ubat, makanan, dan bahan api menjelang musim sejuk.

Di Lembah Bekaa di timur Lubnan, serangan Israel semakin meningkat dan perintah pemindahan paksa dikeluarkan, warga emas terpaksa berhutang untuk membeli ubat akibat kenaikan harga yang mendadak.

Ada juga yang terpaksa berlapar dan tidak dapat rawatan perubatan kerana banyak klinik ditutup atau kos perubatan semakin meningkat.

Sekitar 11 peratus daripada populasi di Lubnan berumur 65 tahun ke atas, dan kira-kira 100,000 warga emas merupakan sebahagian daripada 1.4 juta orang yang telah dipindahkan dari rumah mereka akibat serangan Israel.


Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Berjaya Food Bhd mencatatkan kerugian suku keempat berturut-turut apabila gerakan boikot anti Israel terus menjejaskan kumpulan itu, yang mengendalikan rangkaian kopi Starbucks di Malaysia.

Ia mencatatkan kerugian bersih RM33.68 juta bagi suku pertama berakhir 30 September 2024, berbanding keuntungan bersih RM19.03 juta setahun sebelumnya, yang berpunca oleh impak berpanjangan daripada sentimen berterusan berhubung konflik Asia Barat.

Pendapatan bagi suku itu merosot lebih separuh kepada RM124.19 juta daripada RM278.53 juta, kata Berjaya Food dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Israel terus melancarkan serangan udara ke atas kawasan yang dikuasai kumpulan Hizbullah di Beirut untuk hari ketiga berturut-turut dengan menyasarkan kawasan pinggir selatan ibu kota Lubnan.

Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) melaporkan lima terbunuh dalam serangan udara di bandar Bazourieh dan Jumayjimah.

Selain itu, kepulan asap kelihatan di Beirut ketika serangan berlaku.

Serangan berlaku hingga ke Bint Jbeil di selatan Lubnan yang mana serangan udara dan bedilan meriam pada waktu malam menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan dan kompleks kediaman.

Sumber: Reuters

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/15 06:36:34
Back to Top
HTML Embed Code: