Telegram Web Link
Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, Disember tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kebakaran besar berlaku di fasiliti penyimpanan asfalt sebuah loji penapis minyak di wilayah Erbil, utara Iraq pada Rabu, lapor Sputnik yang memetik maklumat penyiar Rudaw.

Menurut penyiar itu, punca kebakaran masih tidak diketahui.

Puluhan anggota bomba dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Datuk dan nenek kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Jaafar mengesahkan perkara itu.

“Mereka hanya ditahan 24 jam untuk diambil keterangan dan akan dibebaskan hari ini. Pembebasan akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, mereka tidak akan dibawa ke mahkamah," katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Lebih 8,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Semenanjung Gaza telah dirawat kerana kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut, termasuk 1,600 dengan kes teruk yang membawa kepada 28 kematian, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 17 orang termasuk 11 pegawai kastam dan enam pengarah baru-baru ini, bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan ketirisan dianggarkan berjumlah RM3.5 bilion di Pelabuhan Klang sejak 10 tahun lepas.

Menurut sumber, antara yang ditahan juga seorang runner dan kekasihnya manakala hasil siasatan setakat in telah berjaya merampas wang tunai RM4.4 juta dipercayai diperoleh secara rasuah oleh pegawai kastam terlibat.

“Ini tidak termasuk empat buah motosikal Yamaha XMAX bernilai RM28,000, sebuah kenderaan Alphard bernilai lebih RM200,000, sebuah kereta BMW terpakai, barang-barang kemas, jam tangan mewah dan sebidang lot tanah yang kesemuanya dibeli secara tunai,” katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Antara mangsa syahid dan cedera dilaporkan dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di Al-Nuseirat di tengah Gaza.


Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med:

Sungguh kejam!

Rejim Israel menyuntik secara paksa tahanan Palestin yang diculik semasa perang ke atas Gaza, dengan bahan yang tidak diketahui, meninggalkan parut dan kesan tersendiri pada badan mereka.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jahat!

Askar Israel menukar masjid di sempadan Rafah menjadi sebuah restoran.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai RM682,550 menerusi serbuan di sini Isnin lepas.

Pengarahnya Mohd Nadzri Ariffin berkata serbuan dibuat oleh pasukan penguat kuasa melalui pemeriksaan ke atas sebuah lori pada 7 pagi.

“Bertindak atas maklumat risikan pasukan Zon Risik Timur dan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra), pasukan kami melakukan serbuan di lokasi bersebelahan Bangunan Pusat Khidmat Dun Kuala Besut dan berjaya mengesan sebuah lori tanpa pemandu.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seorang anggota polis ditemukan meninggal dunia di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian berkenaan pada 5.45 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berumur 25 tahun itu telah berkahwin, dan ditemukan mati di tiang besi atas penghadang di dalam tandas tersebut. Mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di kontinjen Kuala Lumpur.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/06/26 07:16:51
Back to Top
HTML Embed Code: