Telegram Web Link
Tiga wanita cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 329.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Tapah, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dari balai bomba Tapah sampai ke lokasi kejadian kira-kira 15 minit selepas pihaknya menerima panggilan pada 4.21 pagi.

"Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah lori dan Perodua Alza. Tiga wanita yang menaiki Perodua Alza cedera parah manakala tiga lagi hanya cedera ringan.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kementerian Kesihatan Palestin:

Israel membunuh 12 rakyat Palestin dalam tempoh 48 jam yang lalu di kawasan berbeza di seluruh Tebing Barat.


Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,300 pada 2017 dan 2018.

Saibullah Zaid Abdul Halim, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Menurut pertuduhan, lelaki itu didakwa sebagai penjawat awam bertugas di JPJ Pulau Pinang menerima untuk diri sendiri barang berharga tanpa suatu balasan berupa wang RM1,500 (pertuduhan pertama), RM600 (masing-masing pertuduhan kedua dan ketiga) serta RM300 (masing-masing pertuduhan keempat dan kelima).

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sokongan teguh Malaysia terhadap perjuangan Palestin semasa persidangan peringkat tinggi yang bertajuk "Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza " di Jordan.

Beliau menggariskan keperluan bagi gencatan senjata yang berkesan dan berkekalan demi memastikan tindak balas kemanusiaan yang berjaya.

Bercakap pada persidangan yang diadakan di Laut Mati, Jordan pada Selasa, Mohamad menekankan tentang bagaimana genosid di Gaza telah menghalang bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan rakyat Palestin.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ketua Pengarah Persatuan Kesihatan al-Awda:

Sistem kesihatan bertambah buruk selepas sempadan darat Rafah ditutup.

Hospital memerlukan bekalan ubat-ubatan dan bekalan perubatan khas bagi pesakit dialisis.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Polis tahan datuk, nenek Zayn Rayyan

Polis menahan datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, hari ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu dan berkata, pasangan itu ditahan 2.30 petang tadi.

Memetik Bernama, mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor di kediaman mereka di Subang Bestari, Puncak Alam dan permohonan reman dijangka dilakukan esok.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken:

Hamas tidak akan dibenarkan menentukan nasib dan masa depan rantau ini.

Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan membentangkan idea bagaimana untuk mentadbir Gaza selepas tamat perang.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kebakaran besar-besaran di penempatan haram Israel, di utara Palestin yang dijajah dengan roket dan dron oleh Hizbullah.


Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun disyaki terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pelajar itu ditahan pada 6 petang semalam susulan laporan warden asrama sekolah itu mengenai pergaduhan melibatkan dua pelajar.

"Mangsa dan suspek merupakan rakan asrama. Mangsa telah ditikam di bahagian dada, belakang badan dan paha sebelah kanan dengan dua bilah pisau. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Seri Botani di sini," katanya dalam kenyataan semalam.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ibu bapa Zayn Rayyan akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya hari ini - Peguam

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Sebanyak 33 orang termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah di sini disyaki dijangkiti wabak Leptospirosis atau kencing tikus selepas mengunjungi Kolam Air Panas Jasin, minggu lepas.

Pengarah Kesihatan Melaka Dr Ruzita Mustaffa berkata pada 7 Jun lepas, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah menerima notifikasi bahawa sekumpulan pelajar sebuah sekolah telah mengalami gejala demam, batuk, selesema dan sakit badan selepas mengikuti program terapi di kolam air panas berkenaan dua hari sebelum itu.

"PKD Melaka Tengah dimaklumkan sebanyak 78 peserta terdiri daripada pelajar, guru, ibu bapa dan penjaga telah mengikuti program tersebut.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyita 13 kenderaan dipandu warga asing selepas dikenal pasti gagal mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan pada Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Bukit Piatu di sini malam tadi.

Pengarahnya Muhammad Firdaus Shariff berkata sebanyak 187 notis kesalahan dikeluarkan termasuk 165 saman yang dikenakan terhadap penunggang motosikal dan pemandu kereta dalam operasi tersebut.

"Pihak kita juga telah menjalankan pemeriksaan terhadap 495 kenderaan dan 220 kesalahan dikesan membabitkan pelbagai kesalahan,”katanya kepada pemberita selepas tamat operasi di sini malam tadi.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/09/28 22:11:57
Back to Top
HTML Embed Code: