Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kanak-kanak ini menangis kehilangan satu-satunya adik yang masih ada akibat serangan udara Israel di Gaza.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Israel tetap mahu teruskan rancangan jahat serang Rafah

Menteri Kewangan Israel, Bazalel Smotrich mendakwa, Rafah, Dir al-Balah dan Nusseirat mesti dihancurkan sepenuhnya.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Hampir 10,000 rakyat Gaza hilang sejak serangan Israel

30 kanak-kanak maut akibat kurang zat makanan, dehidrasi


GAZA, 25 Syawal 1445H, Sabtu - Hampir 10,000 orang dilaporkan hilang dan dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober lalu.

Pejabat media kerajaan di Gaza dalam kenyataan berkata, tentera Israel telah melakukan 3,070 pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza dalam tempoh itu.

Seramai 14,944 kanak-kanak dan 9,849 wanita kehilangan nyawa dalam serangan yang dilakukan oleh pasukan penceroboh.

Sementara itu, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza telah mencecah 34,622 manakala mangsa cedera dan dimasukkan ke hospital kini 77,867.

Kenyataan itu menegaskan bahawa 72 peratus daripada mereka yang terdedah kepada serangan Israel di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.

Setakat ini, kira-kira 30 kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi berikutan sekatan ke atas wilayah itu.

Tentera Israel juga telah menggunakan lebih daripada 75,000 tan bahan letupan sejak serangan berterusan bermula.

Serangan rejim turut menyasarkan sektor kesihatan Gaza menyebabkan kira-kira 492 kakitangannya terbunuh dan 68 kakitangan pertahanan awam menjadi korban.

Pejabat itu turut mendedahkan jumlah mayat yang ditemukan daripada kubur besar di hospital dikepung Israel meningkat kepada 471.

Doktor di Gaza juga mengesan lebih sejuta kes penyakit berjangkit dan lebih 20,000 kes Hepatitis A, susulan perpindahan orang awam secara besar-besaran.

Bahkan, 60,000 wanita hamil dan 10,000 pesakit kanser juga berisiko kerana kekurangan penjagaan kesihatan.

Sejak tentera Israel memulakan serangannya, pasukan penceroboh telah menahan lebih 5,000 rakyat Palestin di Gaza, termasuk 310 kakitangan kesihatan dan 20 wartawan.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Demontrasi pro-Palestin meluas ke universiti Jepun

Puluhan pelajar protes serangan Israel, sokong bebas Palestin


TOKYO, 25 Syawal 1445H, Sabtu - Demontrasi pro-Palestin membabitkan mahasiswa kini meluas ke Jepun selepas protes diadakan di Universiti Waseda di Tokyo bagi membantah serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, pada Jumaat.

Rakaman di media sosial menunjukkan puluhan pelajar berkumpul untuk menyokong rakyat Palestin sambil melaungkan 'Bebas Palestin'.

Mereka juga membawa sepanduk yang menentang Israel dan mendesak pembebasan Palestin.

Sebelum ini, pelajar dan aktivis mendirikan khemah di universiti-universiti utama di Australia, termasuk Sydney sebagai membantah tindakan Israel.

Demontrasi pro-Palestin di kampus Australia berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) melihat lebih 150 khemah solidariti Gaza mendapat sokongan di seluruh negara.

Lebih 2,000 orang termasuk pelajar ditangkap oleh pihak berkuasa AS ketika demontrasi pro-Palestin di negara itu.

Bantahan sama membabitkan pelajar turut diadakan di Kanada dan Perancis.

Demontrasi mula tercetus pada 17 April di Universiti Columbia, sebelum menjadi satu gerakan yang meluas sebagai membantah perang genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
UNESCO beri anugerah khas kepada wartawan Palestin

Iktiraf keberanian, komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara

NEW YORK, 25 Syawal 1445H, Sabtu - Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menganugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia kepada wartawan Palestin yang membuat liputan perang dahsyat di Gaza.

Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay berkata, anugerah ini adalah penghargaan kepada keberanian wartawan berkenaan dalam situasi sukar dan berbahaya berdepan rejim penjajah Israel.

Katanya, pengiktirafan ini khas buat wartawan Palestin yang membuat liputan dalam suasana yang sangat dahsyat.

"Hadiah ini mengingatkan kepada kepentingan tindakan bersama untuk memastikan wartawan di seluruh dunia boleh terus menjalankan tugas mereka untuk memberikan maklumat dan menyiasat.

"Sebagai manusia, kita terhutang kepada keberanian dan komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara," katanya.

Sekurang-kurangnya 97 anggota media terbunuh sejak perang di Gaza meletus pada Oktober lalu dengan 92 daripadanya adalah warga Palestin. - Agensi
Kerugian langsung awal akibat perang di Semenanjung Gaza berjumlah $33 bilion.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Arab Saudi kuat kuasa peraturan baharu, sekat jemaah haji tanpa permit

Pegawai keselamatan halang kemasukan ke Makkah secara haram


RIYADH, 25 Syawal 1445H, Sabtu - Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan ketetapan baharu untuk mengurangkan jumlah individu menunaikan haji secara haram, tanpa permit atau pendaftaran.

Menurut kenyataan Direktorat Umum Keselamatan Awam Kerajaan, peraturan baharu untuk ibadah haji menetapkan penduduk yang ingin memasuki Makkah mendapatkan permit daripada pihak berkuasa berkaitan.

Katanya, pelaksanaan peraturan baharu itu berkuat kuasa mulai Sabtu, 4 Mei.

Kenyataan itu menegaskan, anggota keselamatan Arab Saudi di pusat pemeriksaan menuju ke Makkah akan menghalang kemasukan mana-mana individu tanpa permit.

Langkah baharu itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengawal aliran jemaah ke tanah suci bagi mengawal jumlah dan melindungi keselamatan mereka, terutama ketika musim haji.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Turkiye memutuskan untuk menyertai kes Mahkamah Keadilan ICJ Afrika Selatan terhadap Israel.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kongres sokong autonomi guru dalam kurikulum 2027

Mohon KPM sedia latihan supaya integriti guru dapat dimantapkan

BANGI, 25 Syawal 1445H, Sabtu - Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menyambut baik saranan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk memberikan autonomi kepada guru- guru dalam melaksanakan kurikulum 2027.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azizee Hasan berkata, autonomi yang diberikan perlulah dipandu dan dipimpin bagi memastikan guru mampu membuat keputusan dalam melaksanakan kaedah pengajaran serta pemilihan bahan.

Ini termasuk pengajaran penilaian dan pentaksiran murid demi pendidikan yang berkualiti dan mengelakkan keciciran murid.

Selain itu, bagi memastikan keberkesanan autonomi ini, Kongres berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat menyediakan latihan dan kemahiran yang secukupnya bagi memastikan aspek integriti dan kebertanggungjawab guru dimantapkan.

KPM melalui Institut Pendidikan Guru juga harus menyediakan panduan model autonomi guru bagi memantapkan aspek pengajaran,ketelusan dan kebertanggungjawaban guru dalam ruang lingkup autonomi yang diberikan nanti.

"Langkah tersebut diharap dapat memberikan peluang guru menyerlahkan kreativiti di dalam pendekatan pengajaran untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai.

"Ini kerana guru berdepan dengan keadaan yang berbeza, murid yang berbeza, kemudahan yang berbeza serta lokaliti yang berbeza.

"Justeru, guru mampu menilai dan mencari kaedah yang paling terbaik dan sesuai untuk memastikan proses pengajaran mencapai objektif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Fadhlina mengumumkan warga pendidik khususnya guru-guru, akan diberi autonomi lebih besar dalam pengenalan kurikulum baharu iaitu Kurikulum Persekolahan 2027 akan datang.

Kurikulum Persekolahan 2027 dibentuk berteraskan kurikulum berasaskan standard dan berorientasikan kompetensi, antara lain bermatlamat melahirkan murid yang berpengetahuan dan kompeten serta mencapai keseimbangan yang optimum dalam memberikan pendidikan berkualiti.

Kurikulum itu menyaksikan murid sekolah rendah dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Satu (Tahun Satu dan Dua); Tahap Dua (Tahun Tiga dan Empat); serta Tahap Tiga (Tahun Lima dan Enam).

Pada masa ini, murid sekolah rendah dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap Satu (Tahun Satu, Sua dan Tiga) dan Tahap Dua (Tahun Empat, Lima dan Enam).
Kebebasan media: Pembangkang 'hentam' Fahmi, kerajaan

'Takkan kerajaan Yahudi lebih adil, terbuka banding Malaysia?'


BANGI, 25 Syawal 1445H, Sabtu - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil terus dikritik selepas kedudukan Malaysia dilaporkan jatuh 34 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia.

Ini selepas, Malaysia jatuh ke kedudukan 107 berbanding 73 dalam laporan tahunan disediakan pemantau media global Reporters Without Borders (RSF) - yang menilai kebebasan media di 180 negara.

Untuk kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia juga bukan lagi berada di kedudukan tertinggi untuk negara Asean apabila dipintas oleh Thailand (87).

Laporan terbaru itu berdasarkan penilaian landskap media sepanjang tahun 2023, yang menyaksikan siri tindakan terhadap media dalam talian dan penulis blog, menjadikannya penilaian pertama mengenai kebebasan media di bawah kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Fahmi dilaporkan terbuka menerima laporan itu dan bakal mengambil tindakan dengan merangka usaha yang lebih mapan untuk masa hadapan.

Namun, isu itu lantas menjadi antara bahan utama diulas kebanyakan pemimpin pembangkang, yang sudah tentu mengambil peluang mengkritik sikap kerajaan berkaitan hak bersuara dan kebebasan media sejak memerintah.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataan hari ini secara sinis mempersoalkan laporan RSF, sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Fahmi sebelum ini mendakwa mereka pejuang kebebasan bersuara serta media.

"Apa dah jadi? Bukankah PMX dan Menteri Komunikasi kata mereka pejuang kebebasan media dan kebebasan bersuara?

"Hebat reformasi Madani sehinggakan jatuh 34 anak tangga," sindirnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari turut mengkritik prestasi kerajaan daripada laporan berkenaan dan menyifatkan Malaysia lebih teruk kerana berada di kedudukan di bawah Israel (101).

"Hari ini Israel di tangga 101 dalam Indeks Kebebasan Media dengan 53.23 mata manakala Malaysia lebih rendah di tangga 107 dengan 52.07. Malaysia lebih teruk!

"Takkanlah kerajaan Yahudi lebih adil dan terbuka berbanding Malaysia? Apakah Malaysia sedang menuju pentadbiran kuku besi?," katanya dalam dua kenyataan berasingan berkait isu itu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris pula menyifatkan Fahmi tidak kompeten, tiada mesra media dan gagal menyampaikan maklumat kepada rakyat secara efektif.

Beliau berkata, kecelaruan tanggungjawab dan peranan sebagai Menteri Komunikasi serta jurucakap kerajaan seolah-olah punca utama Malaysia terus merudum dari aspek kebebasan media.

"Sangat jelas Menteri Komunikasi tenggelam dengan sikap syok sendirinya kerana terus gagal mengawal agensi di bawah kementeriannya, RTM, Jabatan Penerangan, J-Kom, Bernama, SKMM sehingga maklumat tidak sampai kepada khalayak.

"Eloklah Menteri Komunikasi undur diri kerana telah mezahirkan penerimaan dengan hati terbuka dan usah lagi sibuk merangka usaha-usaha atau pelan strategik, takut Malaysia jauh terjerumus selagi di bawah kerajaan perpaduan," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Fahmi Fadzil pertahan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Pesawat ringan terhempas, dua mangsa selamat

Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Ya, pesawat latihan, penumpang terlibat selamat.

"Kejadian berlaku pada 9.55 pagi dengan dua mangsa terlibat iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River," katanya.
Jurulatih penerbangan patah paha kiri, pelatih cedera di muka

Pesawat ringan jenis CESNA 172 (9M ADA) dilaporkan terhempas berhampiran Ladang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), di Besout 2 Tambahan.

Mangsa yang terbabit adalah jurulatih penerbangan dan pelatih di Layang Layang Flying Academy.

Kedua-dua mangsa disahkan selamat. Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Israel menghalang kemasukan peralatan perubatan yang diperlukan untuk memulakan semula Kompleks Perubatan Nasser.

Laporan: Hisham Zaqout

Sumber: Al Jazeera

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
JIM perjelas arahan pengecualian syarat kemasukan warga China, India

Tak jejas aspek keselamatan, hanya perkemas proses di pintu masuk


BANGI, 24 Syawal 1445H, Sabtu - Kemudahan pengecualian syarat-syarat kemasukan bagi warganegara China dan India adalah salah satu inisiatif yang diumumkan kerajaan di bawah Pelan Liberalisasi Visa.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjelaskan, ia juga arahan dalaman yang dikeluarkan untuk memperkemaskan proses kerja jabatan di pintu masuk.

Ini selaras dengan pelaksanaan pemberian pengecualian visa bagi tempoh 30 hari kepada warganegara China dan India mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.

Justeru, Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh menegaskan bahawa arahan yang dikeluarkan tidak menjejaskan integriti aspek-aspek keselamatan yang telah sedia ada dilaksanakan.

"Proses kemasukan masih mengekalkan semakan keselamatan di mana kemasukan pelawat direkodkan dan semakan biometrik dilakukan di semua pintu masuk.

"Pelawat yang berada di dalam senarai hitam dan senarai syak akan dapat dikesan dan dilarang masuk," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kekeliruan yang ditularkan sesetengah pihak berkaitan pengecualian syarat-syarat kemasukan bagi warganegara China dan India di semua pintu masuk yang dikeluarkan Pejabat-Pejabat Pintu Masuk Imigresen melalui arahan jabatan.

Selain itu, Ruslin berkata, pematuhan pengisian Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) kepada semua pengembara yang memasuki Malaysia masih dilaksanakan.

"Sistem MDAC merekod maklumat keberadaan pelawat dan membolehkan JIM mengesan keberadaan mereka sekiranya diperlukan terutamanya untuk tindakan-tindakan penguatkuasaan.

"Jabatan Imigresen Malaysia sekali lagi menegaskan tidak akan sesekali berkompromi terhadap aspek kawalan keselamatan.

"JIM terus komited dalam melaksanakan usaha berterusan bagi memudahcara dan melancarkan pergerakan keluar masuk pelawat bagi menyokong pembangunan ekonomi negara," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat Cessna 172N Skyhawk dengan nombor pendaftaran 9M-ADA terhempas berhampiran Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak, hari ini.

Pesawat kendalian Layang Layang Flying Academy membawa dua orang yang terselamat dalam kejadian itu, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada jam 7.54 pagi, dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) menerima transmisi maklumat terakhir dari pesawat itu semasa ia berada di Slim River pada 9.35 pagi.
Puad dakwa UMNO tetap jaga prinsip meski bersama PH-DAP

Tak pernah dicucuk hidung, masih wakili Melayu dalam kerajaan


BANGI, 25 Syawal 1445H, Sabtu - Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa UMNO tidak pernah menukar prinsip perjuangan meskipun setelah bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mendakwa, partinya tetap menjaga prinsip apabila bekerjasama, namun hanya menukar kaedah, uslub dan manhaj perjuangan.

Beliau menyifatkan dakwaan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fahysal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.

Puad berkata, Wan Fahysal tidak dapat membezakan antara prinsip dan manhaj perjuangan.

"Dia mentah dalam liku pemikiran politik. Dia cuma melalui liku-liku pertukaran kerajaan. Masuk politik dengan mudah, masuk terus jadi YB.

"UMNO tidak pernah tukar prinsip perjuangan. Tukar kaedah, uslub dan manhaj memang dibolehkan. Ia ikut keadaan masa tersebut," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Puad, UMNO tidak 'dicucuk hidung' dalam isu kalimah Allah dan partinya masih mewakili orang Melayu dalam kerajaan.

Beliau mendakwa, UMNO penyumbang kepada politik terbuka apabila bekerjasama dengan DAP, namun pada masa sama parti itu dan Barisan Nasional (BN) tidak menyertai PH.

"Sedangkan Bersatu dan PAS lebih awal bersekongkol dengan DAP, hatta mereka bergabung dalam PH dan Pakatan Rakyat.

"No Anwar No DAP adalah manhaj sebelum PRU15. Di PRU15 BN-PH berlawan tetapi selepas PRU15 manhaj berubah. Ada keperluan mendesak.

"Kerajaan perlu dibentuk, ia titah Agong. UMNO setuju, Bersatu dan PAS saja ingkar kerana bodoh sombong," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Pelajar Universiti Princeton lancar mogok lapar demi Palestin

Tuntut universiti bebas dari syarikat terikat kempen Israel


NEW JERSEY, 25 Syawal 1445H, Sabtu - Sekumpulan pelajar di Universiti Princeton memulakan mogok lapar sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin yang menderita akibat pencerobohan Israel yang memasuki hari ke-211.

Kem Solidariti Palestin selaku penganjur berkata, pelajar Universiti Princeton melancarkan mogok bermula Jumaat demi menyedarkan penderitaan penduduk Gaza dan menuntut universiti bebas daripada syarikat yang terikat dengan kempen ketenteraan Israel.

"Kami telah memulakan mogok lapar sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang menderita di bawah pengepungan berterusan Israel.

"Berjuta-juta penduduk Gaza terus menderita akibat pengepungan berterusan Israel. Dua juta penduduk kini menghadapi kebuluran akibat perbuatan manusia. Sertai kami bersolidariti untuk rakyat Palestin," katanya.

Kumpulan itu menegaskan, keputusan mogok juga dibuat sebagai tindak balas kepada keengganan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) memenuhi tuntutan menarik balik sokongan terhadap Israel.

"Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan bahawa Gaza berdepan sejumlah besar penduduk yang menghadapi bencana kebuluran.

"Puluhan mereka terpaksa menggunakan makanan haiwan untuk membuat roti dan berbuka puasa pada bulan Ramadan," katanya.

Sejak 18 April, universiti AS menyaksikan gerakan pelajar menyokong Semenanjung Gaza dalam menghadapi perang Israel, sebelum meluas ke universiti negara lain seperti Perancis, Britain, Jerman, Kanada dan India.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Sejauh mana BN-PH serasi? PRK KKB ada jawapan...

Pemimpin UMNO 'masak' pemikiran ahli agar 'benci' DAP

BANGI, 25 Syawal 1445H, Sabtu - Pilihan raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu menjadi titik tolak sejauh mana keserasian Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) menentukan survival parti politik masing-masing.

Ini kerana, sehingga saat ini ramai masih ada bertanya sejauh mana kerjasama politik kedua-dua gabungan ini akan kekal.

"Adakah sekadar mententeramkan suhu politik kerana tiada parti politik mendapat majoriti pada PRU15?

"Ia sekali gus membawa persoalan adakah BN akan terus bersama PH? Keputusan PRK Kuala Kubu mungkin akan ada jawapannya," kata Prof Datuk Dr Ismail Sualman.

Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu yakin PRK Kuala Kubu Bharu juga bakal menunjukkan sejauh mana DAP boleh lagi diterima pengundi Melayu.

Walaupun di peringkat Persekutuan, DAP bersama PKR dan BN, masih ada mempertikaikan keserasian antara UMNO dengan DAP.

"Hakikatnya, ia bukan mudah untuk dikikis kerana selama ini pemimpin UMNO memasak pemikiran ahli agar 'membenci' DAP hingga membuatkan pengundi serba salah, malah setengah 'alergi' dengan parti itu.

"Ini hasil dapatan kajian bersemuka apabila segelintir pengundi Kuala Kubu Bharu ditemui pengkaji bertekad tidak akan turun mengundi sebagai tanda protes," katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas.

Ia diadakan pada 11 Mei dan 7 Mei sebagai pengundian awal susulan kematian penyandang daripada DAP, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.
Penjajah Israel merosakkan bantuan untuk Gaza dalam serangan terbaru ke atas konvoi kemanusiaan dari Jordan, baru-baru ini.

Makanan dan ubat-ubatan telah disekat daripada sampai ke Gaza beberapa kali kerana sabotaj pendatang haram Zionis.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/06/26 00:07:40
Back to Top
HTML Embed Code: