Telegram Web Link
Laporan media asing berkenaan pemotongan subsidi diesel tidak beretika - PM 
Tidak ada keputusan muktamad berkenaan penyelarasan subsidi diesel - PM
Setakat ini, 1,300 pelajar telah digantung di universiti-universiti Amerika kerana bersolidariti dengan Gaza.

Sumber: Al-Jazeera

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Israel mengancam akan bertindak balas terhadap Pihak Berkuasa Palestin jika Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap kepada pegawai kanan Israel.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Johor kenal pasti 120 'hotspot' banjir

Kerajaan Johor mengenal pasti sebanyak 120 lokasi panas yang kerap berlakunya banjir di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, justeru itu kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diminta menyelesaikan masalah itu di kawasan masing-masing secara berfasa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyasarkan menyelesaikan masalah banjir di 15 hotspot mereka dalam tempoh dua tahun. Mereka sediakan peruntukan RM15 juta bagi tahun ini dan tahun depan.

"Begitu juga Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang turut menyasarkan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot mereka dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang," katanya.
Arab Saudi, Mesir dan Maghribi ulang gesaan gencatan senjata di Gaza

Israel heret seluruh rantau dalam ancaman keganasan

ANKARA, 26 Syawal 1445H, Ahad - Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dilaksanakan kadar segera berikutan serangansecara berterusan oleh Israel di wilayah terkepung itu.

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan bin Abdullah Al Saud  berkata, isu Palestin kekal sebagai satu keutamaan bagi seluruh umat Islam.

“Serangan Israel masih berterusan malah ditingkatkan terhadap orang awam, hospital, sekolah dan prasarana, mengakibat ribuan penduduk menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata Arab Saudi menegaskan permintaannya supaya satu gencatan sejata segera dan berkekalan di Gaza dapat dilaksanakan dan mengulangi gesaan supaya laluan selamat disediakan untuk mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.

Raja Maghribi Raja Mohammed VI dalam titahnya pula menzahirkan gesaan supaya serangan berterusan ke atas Gaza dihentikan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan sampai ke seluruh Gaza.    

“Hati kami luka dan berdarah di atas serangan kejam ke atas Gaza yang menempatkan warga Palestin dalam keadaan yang amat berbahaya, yang memalukan kemanusiaan,” titah Raja Mohammed. 

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pula memberi amaran bahawa penolakan Israel terhadap keamanan akan mengheret keseluruhan rantau ini dalam ancaman yang tidak pernah dihadapi sebelum ini.  

Mesir juga memberi amaran sekeras-kerasnya terhadap percubaan Israel untuk menawan Rafah, penempatan terakhir 1.5 juta pelarian Palestin, katanya.  - Agensi
10,000 orang hilang di bawah runtuhan bangunan yang musnah sejak permulaan pencerobohan Israel ke atas Gaza.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Anwar cadang setiap pemimpin termasuk Perdana Menteri dan barisan menteri jaga satu kampung, selesaikan isu dihadapi.

Cadangan setiap pemimpin jaga satu kampung akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang

Fasa pertama air sampai ke Seberang Perai termasuk Nibong Tebal, Sungai Bakap

GEORGETOWN, 26 Syawal 1445H, Ahad - Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan, perkara itu dipersetujui Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Katanya, fasa pertama air akan sampai ke Seberang Perai termasuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap.

"… saya percaya hubungan yang lebih baik dengan Kedah sejak akhir-akhir ini, mudah-mudahan dapat kekal dan saya percaya boleh dirunding cara yang lebih profesional keperluan Pulau Pinang bekerjasama dengan Kedah dari soal perbekalan air," katanya.

Terdahulu pada Februari, Anwar ketika lawatan ke Pulau Pinang memberitahu, Kerajaan Persekutuan akan menyegerakan projek Air Perak Pulau Pinang selepas mengumumkan untuk membangunkan Kerian Hi-Tech.

Projek ini turut membawa limpahan pelaburan dan pembangunan ekonomi ke SPS termasuk di Sungai Acheh.
Dua tahanan Gaza meninggal dunia di penjara penjajah Israel, termasuk Dr Adnan al-Barash, Ketua Jabatan Ortopedik di Hospital Al-Shifa.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seorang bapa dan dua anaknya masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di Sungai Balak, Batang Kali, Selangor pada 1.35 tengah hari tadi.

Gambar - Bomba
Lebih 2,000 orang ditangkap dalam protes di lebih 40 universiti AS dalam tempoh dua minggu lalu.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
UNESCO menganugerahkan 'Press Freedom Prize' kepada wartawan Palestin di Semenanjung Gaza.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Hamas masih berminat untuk mencapai perjanjian demi menamatkan pencerobohan Israel, dan mencapai perjanjian pertukaran tahanan yang serius.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Israel ceroboh, rampas peralatan di pejabat Al Jazeera

Tel Aviv tutup operasi penyiar milik Qatar di Baitulmaqdis


RAMALLAH, 27 Syawal 1445H, Isnin - Pihak berkuasa Israel menyerbu pejabat televisyen Al Jazeera di Baitulmaqdis dan merampas peralatannya, sebaik Tel Aviv memutuskan untuk menutup penyiar milik Qatar itu.

"Pihak berkuasa kami, dibantu oleh polis menyerbu pejabat Al Jazeera di Baitulmaqdis dan merampas peralatannya," kata Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi di X.

Rakaman video yang dikeluarkan pejabat Karhi menunjukkan pegawai Israel memasuki pejabat Al Jazeera dan mendokumentasi peralatan di dalamnya.

Menurut akhbar The Times of Israel, saluran berita itu ditutup di negara itu dan tidak lagi tersedia di dua penyedia perkhidmatan televisyen terbesarnya, Yes dan Hot.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan kerajaannya bersetuju menutup operasi Al Jazeera di Israel.

Bulan lalu, Knesset meluluskan undang-undang yang membenarkan penutupan televisyen Al Jazeera.

Di bawah undang-undang itu, menteri komunikasi diberi kuasa untuk menutup rangkaian asing yang beroperasi di Israel dan merampas peralatan mereka jika ia menimbulkan kemudaratan sebenar kepada keselamatan negara.

Penyiar yang berpangkalan di Doha itu mengecam keputusan kerajaan Tel Aviv menutup pejabatnya dan menyifatkan ia sebagai 'tindakan jenayah'.

"Ironinya, ketika dunia merai Hari Kebebasan Media Sedunia, kerajaan Israel menutup pejabat Al Jazeera, menghalang orang ramai mengakses kandungan dan tidak mempedulikan asas kebebasan bersuara yang diiktiraf secara universal," kata Al Jazeera.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Kepala air di Lembah Maksina: 9 selamat, 6 lagi masih hilang

Sembilan individu berjaya diselamatkan manakala enam lagi rakan mereka masih hilang selepas berlaku kejadian kepala air di sungai kawasan Lembah Maksina, Makuau, Tungku malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, kesemua mereka sebelum itu menjalankan aktiviti meredah sungai dan maklumat awal yang diterima terdapat 17 individu terlibat dengan aktiviti itu namun dua daripadanya keluar lebih awal sebelum kejadian kepala air.

"Kami menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada 8.28 malam tadi dan seramai 11 pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 55 kilometer dari bandar Lahad Datu," katanya.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Netanyahu sengaja jejas usaha gencatan senjata: Ismail Haniyeh

'Cipta justifikasi' untuk teruskan serangan di Semenanjung Gaza


KAHERAH, 27 Syawal 1445H, Isnin - Pemimpin paling kanan Hamas, Ismail Haniyeh menganggap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sengaja menjejaskan usaha mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Beliau dalam satu kenyataan mendakwa Netanyahu 'mencipta justifikasi' untuk meneruskan serangannya di wilayah terkepung itu.

"Hamas masih berminat untuk mencapai persetujuan menamatkan pencerobohan, menjamin pengunduran tentera Israel dan mencapai perjanjian pertukaran tahanan.

"Dunia telah menjadi tebusan kepada kerajaan ekstremis (Israel) yang mempunyai sejumlah besar masalah politik dan jenayah yang dilakukan di Gaza," katanya.

Terdahulu, Netanyahu pada Ahad menolak gesaan untuk menamatkan serangan di Gaza sebagai balasan kepada perjanjian pertukaran tebusan dengan Hamas.

Dia mendakwa, penamatan perang hanya akan mengekalkan kuasa kumpulan pejuang Palestin itu.

Hamas mengadakan rundingan di Mesir untuk mencapai perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tebusan dengan Israel.

Kumpulan pejuang itu menuntut penamatan serangan berterusan Israel ke atas Gaza sebagai balasan untuk sebarang perjanjian tebusan dengan Tel Aviv.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
UAE hantar 400 tan makanan ke Gaza

Agihan sumbangan untuk 120,000 penduduk yang kelaparan

ABU DHABI, 27 Syawal 1445H, Isnin - Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan berjaya menghantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza yang diancam kebuluran akibat jenayah perang Israel diwilayah terkepung itu.

Menteri Kerjasama Antarabangsa, Reem Al Hashimy berkata, agihan makanan itu sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan nyawa 120,000 penduduk yang kelaparan.

"Kami komited untuk terus bersolidariti dengan rakyat Palestin bagi mengurangkan penderitaan penduduk yang semakin terseksa dengan kekejaman Israel.

"UAE bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam memastikan bantuan sampai kepada mereka yang amat memerlukan," katanya.

Sebelum ini, UAE menyampaikan lebih 31,000 tan bekalan kemanusian segera termasuk makanan, item keperluan dan perubatan.

Bantuan itu dihantar menerusi 256 penerbangan, 46 jatuh udara, 1,231 trak dan enam kapal.

UAE memulakan beberapa projek bantuan mampan lain untuk membekalkan air dan makanan kepada penduduk di Gaza.

Usaha ini termasuk membina lima bakeri automatik bagi memenuhi keperluan 72,000 orang, membekalkan tepung kepada lapan bakeri sedia ada untuk memenuhi keperluan 17,140 orang. - Agensi
Seramai 625 anggota polis, 238 orang tentera dan pasangan akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.

Proses pengundian akan berlangsung di dua pusat mengundi awal iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia, yang mengandungi tiga tempat mengundi atau saluran awal.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Gelombang haba: Bangladesh buka semula sekolah

Cuaca panas ekstrem di Bangladesh tingkatkan jurang pembelajaran antara negara maju


DHAKA, 27 Syawal 1445H, Isnin - Sekolah-sekolah di Bangladesh dibuka semula dan kelas diteruskan selepas ditangguhkan minggu lalu, akibat gelombang panas yang melanda negara itu.

Bangladesh masih teragak-agak membuka semula sekolah untuk 33 juta pelajarnya, di tengah-tengah persediaan menghadapi peperiksaan, tatkala gelombang haba merekodkan sejarah terburuk dengan suhu setinggi 43.8 darjah Celsius minggu lalu.

Setakat ini, ibu bapa menyambut baik keputusan itu.

Pakar memberi amaran cuaca panas ekstrem boleh meluaskan lagi jurang pembelajaran antara negara membangun dan maju di kawasan tropika.

Sesi persekolah di Bangladesh berlangsung pada Ahad hingga Khamis dan bercuti pada Jumaat serta Sabtu, menurut kementerian pendidikan.

Menteri Pendidikan, Mohibul Hasan Chowdhury berkata, sekolah akan dibuka pada hari Jumaat sekiranya terdapat keperluan untuk melengkapkan kurikulum.

Sebelum ini, para saintis berkata, perubahan iklim menyebabkan gelombang haba yang lebih kerap, teruk dan panjang ketika musim panas.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/05 04:23:13
Back to Top
HTML Embed Code: