- بسم الله الرحمن الرحيم -

Adakah ketenangan hakiki selain daripada kurniaan Allah? Tidak mungkin, janji Tuhan hanya mereka yang sentiasa mengingati-Nya jua beroleh ketenangan jiwa.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sebesar manapun harapan kita, ikatlah ia dengan kebergantungan kepada Tuhan. Supaya kita sedar sebaik manapun harapan kita, keputusan Allah paling baik.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Manusia itu datang dan pergi. Manusia juga boleh berubah kerana persekitaran dan emosi. Kita perlu belajar terima hakikat kita tidak mampu kekalkan sesuatu situasi.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara perkara terberat adalah ketika kita perlu menguatkan orang lain, sedangkan jiwa kita sendiri sedang lelah dan lemah.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala sesuatu perkara itu mungkin kelihatan kecil sahaja pada kita, namun ia besar pada pandangan orang lain. Cara fikir kita itu berbeza-beza.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kesalahfahaman terhadap terma 'hipokrit' pada hari ini menyebabkan segelintir besar ummat Islam tidak segan untuk menyebarkan aib sendiri.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Perkara terindah apabila kita boleh redha dan yakin terhadap takdir yang telah Allah SWT tetapkan kepada kita. Yang 'terbaik' hanyalah daripada Dia!

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Cinta yang tidak dipandu dengan nilaian agama bakal membinasakan jiwa. Berapa ramai manusia yang akhirnya dimusnahkan oleh perasaannya sendiri.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala ilmu itu bukanlah didapati ketika belajar di dalam kelas tetapi ketika di luar dari kelas. Rugilah, mereka yang tidak ingin belajar daripada kehidupan persekitaran sebenar.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ciri orang beriman itu adalah yang banyak berkorban. Kadangkala pengorbanan mereka bukan semata kepada harta tetapi jiwa dan 'rasa'.

سلامت هاري رايا عيدالاضحى 1445H

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Menelan keperitan dan kesusahan bukan mudah jika tidak melalui sabar dan redha. Ia bukan sesuatu yang dibuat-buat, ia adalah satu latihan.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Meminta serta memberikan kemaafan tak melemahkan mana-mana pihak, bahkan saling menguatkan. Rendahkan ego kita!

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara nikmat yang tidak mampu dinilai adalah apabila Allah masih memilih kita untuk berubah. Di dalam jutaan hamba-Nya, Allah masih memandang kita!

#ibnuyusofconsultancy
Terkadang kita terlupa untuk melihat kelemahan diri kerana kita lebih suka menilai orang lain. Alangkah indahnya sekiranya kita lebih banyak menilai diri daripada orang lain!
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kebanyakan proses yang sedang kita jalani ini sebenarnya dirasai juga oleh orang lain. Tapi, kadangkala kita terlupa perkara ini. Tiada yang mudah dengan 'hidup'.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sebesar-besar kejayaan seorang pengembara ialah berjaya sampai ke destinasinya. Begitulah juga betapa berjayanya seseorang, apabila baik penghujung kehidupannya.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seseorang yang kuat bukan yang berjaya lari daripada permasalahan umat, tetapi yang terjun ke dalam permasalahan itu untuk membaikinya.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Adakalanya kita terpaksa mengorbankan perkara yang kita sukai untuk kepentingan bersama. Mencipta kebahagian ini tidak semestinya menggembirakan diri tetapi apabila sekeliling kita juga menikmati.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Nikmatilah ujian dugaan dunia yang ditimpakan oleh Tuhan buatmu, bersyukurlah kerana Dia tidak menimpakanmu dengan ujian tenggelam dalam keasyikan kemaksiatan.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Hati ini sifatnya sangat rapuh, sangat mudah untuk digoyah. Sebab itu jangan diajar diri kita untuk sentiasa mengikuti hati dan emosi. Belajarlah berdiri walaupun sudah jatuh berkali-kali!

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/28 22:39:53
Back to Top
HTML Embed Code: