Telegram Web Link
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita dicanangkan untuk berwaspada dengan golongan 'penunggang agama', namun kita digelapkan dengan 'penunggang kemodenan'. Bertopengkan kemajuan, namun membawa agenda kebebasan dan perpisahan dengan agama.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seseorang yang sentiasa membesarkan jiwanya untuk dinasihati maka banyak perkara baik yang dapat dia perbaiki. Sedarlah, sukarnya menerima teguran tidak membawa kita kemana-mana!

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Belajarlah jangan tenggelam di dalam emosi yang negatif. Merasa terabai, merasa terasing, merasa tidak berguna. Bangun daripada terus hanyut dengan perasaan. Kita tak seperti apa yang kita rasa!

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Menyalahkan keadaan dan orang lain mungkin menyenangkan hati kita, namun ia tidak mampu menenangkan kita.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seberapa ramai yang yang terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan. Ketahuilah, syaitan itu sangat meminati orang yang tenggelam didalam kesedihan dan keresahan.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Jika dengan ujian sahaja kita sudah tidak mampu bertahan, bagaimana pula keadaan jika diberi nikmat? Orang yang berjaya melepasi ujian pun, masih gagal tatkala diberi nikmat.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa penyayangnya Allah SWT, saat Dia melihat hamba-Nya melakukan dosa lalu Dia titipkan rasa sesal. Akhirnya hamba itu bertaubat dan Dia ampunkan dosa-dosa hamba itu.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala kita ingin berubah, namun keadaan dan persekitaran yang menggagalkan. Jadi, inilah peluang yang ada ketika Allah memilih kita untuk hidup lagi bagi melalui Ramadan kali ini. Dia sentiasa menunggu kita!

سلام ١ رمضان 1445 هجرة

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tiada lidah yang tidak merasa rugi dan sesal saat ini jika tidak digunakan untuk membaca kalam-Nya. Kecuali bagi lidah yang Allah tidak menginginkan ia membacanya.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Keras sangatkah hati ini? Dosa apakah yang telah mematikan rasa rindu kita kepada ketaatan? Duduk dan bermuhasabahlah dengan keadaan diri ini!

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya kita tidak berdoa pun Allah tahu apa yang kita mahu. Namun, Allah sangat suka hamba-Nya yang selalu meminta-minta kepada-Nya. Disitulah terbitnya nilai kehambaan.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Keseronokan orang yang berpuasa bukan hanya ketika dapat berbuka puasa, tetapi ketika mereka merasa 'puas' kerana dapat meminta ampun dan beribadah kepada Allah.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ketahuilah, dosa-dosa dan maksiat yang kita lakukan pada bulan ini membuktikan hakikat sebenar nafsu kita. Sedarlah, mungkin nafsu ini yang menjauhkan kita daripada kebaikan selama ini.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sungguh beruntung mereka yang masih dikurniakan rasa untuk memeriahkan dan memakmurkan rumah-rumah Allah. Sesungguhnya tidak semua insan dikurniakan nikmat itu.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Pada akhirnya kita hanya boleh memilih satu pilihan sahaja sama ada kekal dengan perbuatan maksiat atau memilih berjuang untuk taat. Kerana ketaatan dan kemaksiatan tidak boleh disatukan.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Apa yang kita dambakan sebenarnya pada dunia sehingga kita terlepas banyak perkara dengan bekalan akhirat?

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara tanda penerimaan amalan ibadah puasa kita ialah berkekalan kebaikan itu sehingga ke bulan-bulan lain.

سلامت هاري رايا عيدالفطري ک-1445 هجرة

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Dimanapun posisi kita berada, kita perlu sedar bahawa peranan kita sangat besar dalam perjuangan Islam. Ketidaksempurnaan diri sepatutnya bukan penghalang dalam perjuangan ini.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mungkin sukar untuk kita melupakan, namun kita mesti memaafkan. Memang betul, berat untuk menghilangkan rasa marah atau sedih, namun menyimpan rasa itu lagi membebankan.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sedihnya orang beriman itu mempunyai nilai! Bagaimana tidak, semakin ia dirundung kesedihan, semakin itu jugalah dia mendekati Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/29 00:17:16
Back to Top
HTML Embed Code: