Telegram Web Link
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mengorbankan jiwa dan perasaan demi manfaat ramai ialah kesakitan yang sangat berat. Tiadalah erti cinta kepada agama dan umat ini melainkan dengan 'pengorbanan diri'. Itulah nilai 'perjuangan'.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Perihal rosaknya sesuatu hubungan tidak kiralah dalam kekeluargaan, persahabatan, kejiranan atau apapun selalunya akan timbul punca permulaan 'ketidaksefahaman' yang berlanjutan kepada 'ketidaksabaran'.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Hanya ada dua sebab sahaja kenapa susah sangat seseorang itu mengaku salah. Pertama kerana dia memang tidak bersalah. Kedua, mungkin dia ada sifat ego.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Berdalam-dalam memikirkan perkara lalu dan menyalahkan diri dengan perkara lepas hanyalah membuka pintu kepada kegelisahan hati dan pertambahan masalah.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kamu akan berada pada suatu saat yang kamu rasa kewajipan yang kamu ada melebihi masa yang kamu ada. Bayangkan, sekiranya masa kita tidak diberkati oleh-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Hanya ada satu kekuatan sahaja yang membolehkan seseorang itu sanggup berkorban diri untuk 'mendahulukan' sahabatnya iaitu dengan ketulenan 'iman'.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bersifatlah rasional dan profesional. Jangan melampiaskan rasa marah kepada orang yang tidak berkaitan dan marahlah kesalahannya bukan dirinya. Rosaknya seseorang kerana emosinya.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Solat mengajar kita menepati masa kerana kita disuruh menyegerakan solat. Ia mengajar kita fokus kerana kita perlu khusyuk dalam solat. Kita diajar menutup aurat kerana itu syarat sah solat. Semuanya bermula daripada solat!

سلام الإسراء والمعراج ک-1445 هجرة

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mempertahankan agama adalah merupakan tanggungjawab dan amanah yang dititipkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam. Ia bukan hak individu atau sesebuah kumpulan. Kita juga termasuk dalam golongan yang dipertanggungjawabkan ini!

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seorang pemimpin yang baik akan sentiasa berusaha mengetepikan pengaruh buruk emosi yang dirasainya untuk mengutamakan sesuatu objektif yang lebih besar.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sebaik-baik fasa persediaan untuk melalui bulan Ramadan adalah sebelum kedatangan Ramadan. Keberjayaan 'Ramadan' adalah manifestasi keberjayaan latihan sebelumnya.

سلام ١ شعبان ١٤٤٥ هجرة

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala kita sering terlupa untuk bersyukur dan berterima kasih dengan banyak perkara kecil yang kita lalui dalam kehidupan seharian. Adakah kita lupa dengan doa, “Ya Allah, permudahkanlah urusanku!”

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tiada satu hari pun dalam hidup ini yang kita lalui tanpa sebarang ujian dan dugaan. Tidak kiralah, ujian itu berbentuk musibah atau nikmat. Maka, bersyukur dan bersabarlah!

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Setiap hari, sedar atau tidak akan ada perubahan dalam diri, sama ada ia perubahan yang baik atau sebaliknya. Akan ada perkara baru yang kita belajar daripada persekitaran dan gelagat manusia. Kita mesti bersedia untuk belajar dan berubah.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tanggungjawab mengajar kita untuk keluar daripada zon selesa. Kita tidak mampu mengawal keadaan mengikuti kehendak kita, oleh itu, kita mesti beradaptasi dengan pelbagai keadaan dan cabaran.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Cinta itu hanya dua. Mencintainya menyebabkan kita mencintai Allah. Kedua, mencintai Allah menyebabkan kita mencintainya. Maka pandulah cinta kita. Mahalnya erti 'cinta' jika kerana Dia.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya kita merasakan hanya kehidupan kita sahaja yang dirundung perasaan sedih kerana ditimpa pelbagai ujian, bagaimana pula dengan orang lain? Besarkan jiwa, lapangkan dada, berdamai dengan takdir-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Terimalah apa jua nasihat baik yang sampai kepada kita sekalipun ia disampaikan dalam keadaan emosi atau menjatuhkan. Tidak perlu dilihat kepada penasihat, terlampau banyak perkara lagi yang perlu kita utamakan.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara tanda kebijaksanaan seseorang adalah apabila dia hanya mengawal sesuatu yang di dalam kawalannya sahaja, dan meninggalkan sesuatu diluar lingkungan kawalannya.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita tidak mungkin dapat mengawal apa-apa yang akan berlaku, tetapi kita mampu untuk mengawal reaksi dan tindak balas terhadap perkara yang berlaku.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/29 02:23:24
Back to Top
HTML Embed Code: