Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kehidupan dunia yang sebahagian antara kita hari ini benci padanya akan merasa rindu dan menyesal untuk kembali kepadanya. Ketahuilah, hari ini kita membenci kehidupan ini, namun setelah kita meninggalkan ia, pasti kita ingin pulang ke dunia.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa ramai manusia yang kecewa setelah melakukan kebaikan, dan ketahuilah kebaikan yang disusuli dengan hati yang mahukan dan mengharapkan sebarang bentuk penghargaan bukan daripada Tuhan, maka ditimpakan baginya rasa ketidakikhlasan dan kekecewaan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Musuh Islam tidak bimbang dakwah yang bersifat fardhi, mengajak kepada masjid, mengajak kepada solat tetapi musuh Islam bimbang sekiranya ada golongan yang berusaha mengajak ummat Islam kepada membentuk satu penyatuan dan kebersamaan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Pujian seandainya tidak diiringi dengan perasaan syukur kepada Allah akan menerbitkan rasa lebihnya diri berbanding orang lain. Maka sentiasalah diri memandang rendah orang lain. Sesungguhnya mata yang merendahkan orang lain akan sulit mencapai kebenaran.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Terkadang manusia terlupa hanya dengan cara kembali kepada merasa ‘syukur’, maka mereka akan kembali tenang. Sesungguhnya syukur itu mematikan perasaan bimbang dan risau terhadap sesuatu perkara kerana kita mengajar diri untuk yakin dengan janji-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Perbezaan antara kita semua bukanlah sesuatu yang dapat dielakkan, namun ia dapat diminimumkan dengan cara kita saling berlapang dada. Menjaga kepentingan bersama lebih utama daripada berlawan kata.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Setiap perjuangan itu dihiasi dengan pengorbanan. Ketahuilah teman, pengorbanan tanpa menyelitkan Allah sebagai matlamat dan tujuan hanyalah jalan kepada putus asa dan penyesalan. Berkorban itu perlukan kekuatan dan kesabaran, maka hanya Allah pemilik kedua-duanya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW bukanlah semata-mata kepada diri baginda jua, namun usaha kita melaksanakan dan memperjuangkan segala yang ditinggalkan oleh baginda daripada segenap aspek kehidupan.

سلام مولد الرسول تاهون ١٤٤٤ هجرة

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara perkara yang amat mendukacitakan ialah sekiranya Allah SWT telah menghilangkan rasa sayang kita pada agama. Hilangnya rasa sayang ini bertambah melarat apabila penganutnya sendiri yang menolak dan menentang ajaran agama Islam.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Hidup sekiranya hanya menggunakan emosi dan perasaan maka manusia cenderung untuk bertindak bukan berdasarkan realiti. Manakala jika hanya berdasarkan logik pemikiran jua nescaya hilanglah nilai perasaan dalam tindakan. Begitu pentingnya gabungan emosi dan realiti.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Dua sebab yang menjadikan seseorang itu mengamalkan cabang-cabang iman di dalam agamanya, iaitu perasaan cinta dan malu kepada Tuhannya. Sudah cukup dengan malu kepada Tuhan membuatkan kita mengamalkan Islam, sekiranya belum mampu sampai ke peringkat ‘cinta’.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya Allah tidak melukakan hati hamba-Nya pada saat mereka tenggelam di dalam cinta dunia, nescaya mereka tidak akan kembali kepada cinta Allah yang sebenarnya. Kemungkinan terbesar ialah mereka semakin jauh dengan Tuhannya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Dua sebab yang mengakibatkan seseorang berlaku tidak adil. Pertama, perasaan bencinya kepada diri seseorang dan kedua, perbezaan dalam sesuatu pandangan. Yang dibenci itu ialah perilaku bukanlah pelaku. Perbezaan pandangan bukanlah bermakna permusuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Alah, aku dengan dia tiada apa-apa pun!”

Saat kita berhubung dengan berlainan jantina untuk sesuatu keperluan, berusahalah menjaga batas yang ditetapkan oleh agama. Memang pada mulanya tiada apa-apa, namun siapa yang dapat menyangka dengan ‘tipu daya’.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sudahlah kita ini punya banyak maksiat, dibuat pula dosa yang lebih besar iaitu berputus asa dengan rahmat Allah dan taubat. Bagaimana kita boleh berkeyakinan bahawa Allah tidak akan mengampunkan segala dosa sedangkan Dia Maha Pengampun.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita menganggap mereka paling banyak bermaksiat dan hidup yang penuh berfoya-foya. Namun siapa menyangka, mereka lebih banyak menangis di malam hari menyesali kesemua dosa. Boleh jadi kita lebih berdosa daripada mereka, hanya disebabkan prasangka.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita penat berfikir tentang permasalahan kehidupan yang sedang kita lalui, tapi kita tidak pernah untuk berusaha menyelami dan membaiki diri dengan Ilahi. Sedarkah, 1001 masalah kehidupan ini hakikatnya melibatkan hubungan kita dengan Dia.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Belajarlah untuk sentiasa merenung betapa banyak dosa yang telah kita lakukan kepada Allah, namun Dia masih mengurniakan nikmat melimpah ruah. Manakah rasa malu kita kepada Allah, walaupun sudah berulang kali salah, tetap diberi pelbagai anugerah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Manusia yang selalu menghargai kehidupan sebagai salah satu anugerah daripada Tuhan, maka akan dimudahkan dan dilancarkan segala perjalanan hidupnya. Keserabutan dalam kehidupan kadangkala disebabkan matinya rasa kesyukuran.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa ramai yang tumbang dalam sesuatu kemaksiatan hanya bermula dengan perasaan ingin mencuba. Masihkah kita belum sedar, daripada sebuah perasaan dan keinginan menjadi sebuah kecanduan yang merosakkan.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/30 00:38:34
Back to Top
HTML Embed Code: