Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala kita merasakan masalah yang timbul dalam kehidupan ini adalah disebabkan faktor-faktor luaran yang kita jangka sebagai penyebab, maka kita selalu memperbetul keadaan sekeliling dan persekitaran. Namun, pernahkah kita fikir bahawa masalah yang ada ini mungkin datang daripada diri sendiri.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Kehilangan integriti dalam diri penganut Islam berlaku apabila urusan duniawi dipisahkan daripada agama. Keadaan ini berlaku akibat meninggalkan politik iaitu perkara yang wajib menjadi benteng ketahanan jati diri umat”.

(Tuan Guru Haji Hadi Awang)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kepahitan yang mesti ditelan ialah suatu dosa akan kekal sebagai dosa walau siapapun yang melakukannya, walau hujah apapun yang digunanya. Kadangkala hilangnya prinsip kita sebagai orang Islam hanya kerana berat sebelah dalam sesuatu pertimbangan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kemana hilangnya nilai persaudaraan dalam Islam sekiranya umat Islam itu sendiri suka melihat sesuatu perbezaan sebagai bahan pertelingkahan. Sedarkah, kita dipecahkan dengan perdebatan-pedebatan bukan perkara asas. 

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kemaksiatan itu walau sekecil manapun ia, walau dipertahankan jutaan manusia akan tetap dikira sebagai dosa. Tidak perlu kita berdalih dengan keindahan kata-kata. Sebahagian daripada sikap manusia itu antaranya sukar menerima fakta walau sudah nyata.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa ramai yang dahulunya mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan melarang manusia daripada berbuat kemaksiatan, namun pada hari ini mereka sendiri yang menyanggahi apa yang telah dikatakan. Teguran itu bukan berat kepada yang ditegur tetapi yang menegur.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Agama itu menjadi asas, manakala kuasa pemerintahan (politik) pula menjadi pengawas. Apa-apa yang tiada asasnya akan runtuh dan apa-apa yang tiada pengawasnya akan hilang (menjadi sia-sia).”

(Imam al-Ghazali, kitab al-Iqtisad fi al-I’tiqad)
سلامت هاري مليسيا ك-٥٩

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mereka yang berusaha untuk memahami Islam dalam konteks ‘cara hidup’ dan bukannya semata-mata kepercayaan berkaitan ketuhanan, maka mereka akan dipertemukan dengan keindahan dan kesempurnaan sebuah ‘kehidupan’.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara sekularisme yang berlaku bagi seorang penganut agama Islam ialah hanya memfokuskan kepada satu juzuk daripada agama dan meninggalkan sebahagian lain seperti hanya mementingkan berkaitan kesahihan dalam ibadah dan aqidah tetapi meninggalkan berkaitan ‘kenegaraan Islam’.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Islam bukanlah agama yang membenci hiburan tetapi hanyalah membenci maksiat. Setiap hiburan yang tidak terkandung di dalamnya maksiat maka ia dibenarkan oleh agama. Islam tidak pernah bercanggah dengan fitrah manusia, cuma manusia yang bersikap menyanggahi Islam.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa ramai manusia merindukan saat-saat yang pernah dilaluinya dahulu. Merindukan saat-saat sentiasa berada dalam lingkungan yang baik. Merindukan jiwa yang belum bergelumang dengan dosa. Sesungguhnya masa tak mampu diundur, hanya mampu dibaiki.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tiada yang diharapkan oleh orang yang beriman melainkan pada akhirnya mereka kembali kepada Tuhan dalam keadaan keredhaan-Nya. Inilah perjuangan terbesar seorang manusia dalam memastikan dirinya memperhambakan diri kepada Tuhannya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Cukuplah kehidupan yang sedih dan mengecewakan ini ketika di dunia, janganlah perkara yang sama kita akan rasai saat di akhirat sana. Mungkin kehidupan yang sedang kita lalui hari ini tidaklah begitu sempurna, namun biarlah kita pulang dalam keadaan gembira.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Hakikatnya, manusia tidak dapat merasa kebahagiaan yang sebenar, jika mengukur kehidupannya dengan kebendaan. Namun, apabila diukur kehidupannya dengan apa yang Allah beri dan berasa puas dengan pemberian Allah, inilah orang yang paling bahagia di dalam kehidupan.”

[Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Hidup jangan tenggelam ke dalam kesedihan yang berlebihan. Percayalah, perasaan hati yang negatif mampu membina suasana yang tidak baik kepada diri. Belajar untuk tenang dan yakin dengan susunan takdir.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Hati itu sifatnya perlu sentiasa dirawat. Hati yang kosong daripada Tuhan maka ia akan diisi dengan perkara lain yang merosakkan. Ia bakal diisi dengan kecintaan kepada dunia dan manusia yang melampau, ataupun diisi dengan keseronokan hiburan yang melalaikan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita hanyalah berbeza pandangan, adakah kita mesti bermusuhan?

Perselisihan pendapat bukanlah dalil untuk kita memutuskan hubungan persaudaraan. Betapa ramai yang berkeras dengan pendirian sehingga kawan menjadi lawan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara tanda matinya hati seorang manusia itu adalah apabila dia masih berasa tenang walaupun sentiasa melakukan dosa. Melakukan dosa ialah satu wabak, namun berasa tenang dengan maksiat dan dosa yang dilakukan merupakan wabak yang lain.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sememangnya Islam itu sifatnya ‘rahmat kepada sekalian alam’, namun bukan di dalam bab kemaksiatan dan kemungkaran. Bagaimana manusia boleh membicarakan tentang rahmat Ilahi sedang mereka memilih untuk melakukan perkara yang Dia benci.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Tugas anda ialah mengajak orang lain kepada kebaikan dan berusaha anda membaiki diri. Bukan dengan alasan belum dapat membaiki diri, anda berhenti mengajak orang lain berbuat baik. Yang tak boleh dibuat semua, jangan ditinggal semua.”

[Habib Ali Zainal Abidin]

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/30 02:26:41
Back to Top
HTML Embed Code: