Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Pernahkah kita sedar bahawa pada setiap kejayaan yang kita kecapi itu ada bantuan dan pengorbanan orang sekeliling. Kadangkala kita lupa untuk mengucapkan ucapan penghargaan atau ‘terima kasih’ sedangkan itu juga sebahagian daripada rasa syukur kepada Allah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala kita terlalu banyak berfikir daripada berzikir. Kita terlalu takut melalui daripada terus menghadapi. Sesukar manapun kehidupan ini, kita masih tetap perlu lalui, tiada gunanya kita mengherdik kehidupan. Untuk mendapatkan apa yang kita suka, kita perlu lakukan perkara yang kita tidak suka.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya ingin menjadi juara, berdirilah tanpa memijak orang lain dan bangkitlah tanpa menjatuhkan orang lain. Tidak menjadi syarat kemestian bahawa kejayaan itu apabila kita hanya mampu mengatasi orang lain, namun kejayaan sebenar apabila kita mampu mengatasi diri sendiri.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Umar bin Khattab pernah menyebut, “tidaklah seseorang diberikan kenikmatan setelah Islam, yang lebih baik daripada kenikmatan memiliki saudara (semuslim) yang soleh. Apabila engkau dapati salah seorang sahabat yang soleh maka peganglah erat-erat.” 

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seseorang yang sering mempunyai masalah dengan persekitaran dan orang sekeliling berkemungkinan besar hakikatnya dia sedang mempunyai masalah dengan dirinya sendiri. Sekiranya seseorang itu mahu dihormati dan dihargai, maka dia perlu menghormati dan menghargai terdahulu.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sejauhmana perasaan sayang kita terhadap peribadi atau perwatakan seseorang susuk tubuh itu biarlah semata-mata kerana Allah. Boleh jadi suatu saat mereka yang kita kagumi dan sayangi itu akan berubah perwatakan dan haluan, kalau bukan kerana Allah maka kita juga akan turut berubah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bagaimana manusia bisa berkata “jangan dilihat luaran seseorang hanya dengan mata jua, namun lihatlah dengan hati”, tetapi dalam masa yang sama mereka seronok berpelakuan dengan perkara yang bercanggah dengan agama.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa Allah sayang pada kita. Pernahkah kita terfikir dengan dosa yang sebegini banyak, Allah masih mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak terbilang. Layakkah sebenarnya kita menerima nikmat-Nya dengan maksiat yang tidak henti kita lakukan?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Halal atau haram rezeki saya biarlah Allah yang tentukan!”.

Terkadang manusia ini boleh menjadi buta dengan perkara yang telah nyata, kerana nafsu diletakkan sebagai yang utama dan segalanya. Kita mesti sedar manusia menjadi ‘buta’ bukan kerana tidak tahu tetapi kerana tidak mahu.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Orang yang membutakan mata, memekakkan telinga saat sampai kepadanya sesuatu nasihat maka kerisauan yang paling besar ialah Allah SWT membiarkan dia di dalam kesesatan sehingga tiada tempat kembali yang paling baik baginya melainkan neraka-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bersyukurlah sebenar-benarnya kepada Allah saat kita merasakan kemanisan ibadah, manakala mohonlah keampunan dan menangislah kepada Dia saat kita tidak merasa suka dan seronok saat beribadah, mungkin dosa yang telah menghalang kita daripada merasa kemanisan ibadah itu.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Berapa kalikah jiwamu dipanggil demi melaksanakan ketaatan, namun kamu lari dan berpaling serta menjauhi-Nya? Berapa banyakkah nikmat-Nya yang dianugerahkan kepadamu walaupun dirimu penuh dengan dosa dan kamu tidak pernah bersyukur?”

[Ibnu Jauzi - بَحْرُ الْدُمُوعْ ]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa banyak permusuhan yang berlaku diantara manusia hari ini adalah disebabkan pertelingkahan terhadap suatu perkara yang sebenarnya kecil, namun ia dibesarkan kerana emosi dan perasaan ego yang ada di dalam diri. Hakikat pada akhirnya, kedua-dua pihak menyesal dan merugi.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Penghijrahan umumnya beerti sebarang perkara melibatkan perpindahan, namun jika diamati dengan baik, hijrah membawa suatu erti perpindahan yang bersifat positif, lebih baik atau lebih sempurna. Dengan makna lain hijrah ialah perubahan atau perpindahan ke arah lebih baik. Tidak dinamakan hijrah jika yang berlaku adalah sebaliknya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Kemerdekaan sebenar seorang insan ialah insan yang memerdekakan akalnya, tubuhnya dan hatinya untuk patuh pada suruhan Allah, itulah hamba yang merdeka”.

[Habib Ali Zainal Abidin]

سلامت مڽمبوت هاري كمرديكأن ك - ٦٥

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Jangan terlalu bangga dan sombong dengan segala kelebihan yang kita miliki. Seberapa ramai pun manusia mengangkat, tetaplah berada dalam kalangan orang yang merendah diri dan bersyukur. Segala kelebihan ini kurniaan Dia bukan usaha semata-mata.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Manusia sekiranya telah dicabut perasaan malu dan takut kepada Allah, maka setiap perbuatan dan perkataan mereka sama sekali jauh daripada ajaran agama. Benarlah janji Allah, manusia yang mendustakan peringatan-Nya hanya menempah jalan menghina dirinya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Saya sukar istiqamah, saya tidak mahu berpura-pura!”.

Seandainya manusia faham tanggungjawabnya, nescaya mereka tidak akan melanggar perintah Allah. Buruknya perlakuan kita jangan menjadi syarat untuk kita melanggar kewajipan agama yang lain.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Saat kita ingin melakukan dosa, jangan lihat bahawa kecilnya dosa itu tetapi lihatlah kepada siapa kita berbuat dosa. Ringannya seseorang manusia melakukan dosa adalah kerana salah faham dengan sifat rahmatnya Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Manusia pada hari ini lebih suka mencari hiburan yang mematikan hati berbanding yang menghidupkan jiwa. Sebab itu pada akhirnya ketidaktenangan masih bertandang di dada. Hiburan yang baik bukan semata-mata menghilangkan lelah namun mengingatkan kita kepada Allah.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/30 04:22:06
Back to Top
HTML Embed Code: