Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Perkara yang membuatkan seseorang itu terhindar daripada perbuatan maksiat dan tidak baik apabila dia mempunyai perasaan malu dan takut kepada Allah. Cukup dengan rasa malu dan takut ini, manusia akan lebih sedar tentang nilai kehambaan dan ketakwaan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bukan suatu yang salah mendahulukan emosi dalam sesuatu pembuatan keputusan kerana emosi juga merupakan satu komponen penting dalam menentukan tindakan, namun mendahulukan emosi tanpa bimbingan aqal dan iman mampu membuatkan keputusan kita tidak relevan dan berat sebelah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kebahagiaan itu bukan untuk ditunjuk, tetapi cukup sekadar dinikmati. Ternyata juga untuk menikmati kebahagiaan itu perlu memasuki dahulu pintu ketenangan. Manakala pula untuk tenang, mahu atau tidak kita mesti melibatkan Tuhan dalam segala sudut tindakan dan perbuatan kita.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kebenaran itu merupakan suatu kemuliaan. Dan kemuliaan ialah sesuatu perkara yang tidak akan pernah jatuh hina andai ia dilempar kejian oleh ramai manusia, kerana yang mulia akan sentiasa mulia. Manakala yang menghina kemuliaan hakikatnya akan jatuh hina.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita anggap bahawa kehidupan bahagia dan menyeronokkan itu ialah hidup tanpa ujian dan dugaan. Namun, betapa ramai manusia yang masih tidak tenang dan gembira walaupun zahirnya kehidupan mereka indah. Jelaslah, kebahagiaan itu terletak kepada hati yang redha dengan ketentuan Tuhan walaupun dalam kesusahan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sedarkah kita, saban hari kita memohon kepada Tuhan agar dikurniakan pelbagai nikmat serta dikabulkan segala hajat, namun pernahkah kita memohon agar dikurniakan rasa syukur atas setiap kurniaan-Nya agar sentiasa menjadi manusia yang taat?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bencana yang sebenar bagi seorang manusia itu bukan ketika mereka menghadapi ujian atau musibah dunia, tetapi ketika seorang manusia itu sudah dilenyapkan daripada sebarang ujian. Tanda jauhnya seorang manusia dengan Tuhannya apabila sudah tidak ada sebarang peringatan untuknya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kenapa sering disebut syukur itu lebih sukar berbanding sabar? Ketahuilah orang yang diuji dengan suatu dugaan dan musibah hanya punya satu pilihan iaitu bersabar. Adapun mereka yang diuji dengan nikmat, di hadapan mereka ada dua persimpangan iaitu untuk menjadi hamba yang bersyukur atau sebaliknya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Manusia ini sikapnya kadangkala suka berkata tentang perkara yang dia sendiri tidak tahu dan tidak faham akan sesuatu perkara. Maka, akhirnya timbul pelbagai persepsi dan maklumat yang tidak benar dan berlandaskan ilmu. Bukankah lebih baik berdiam saat tiada apa yang bermanfaat untuk diperkatakan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bagi membahagiakan orang lain disekeliling, kita perlu membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu. Bukanlah membahagiakan diri itu sentiasa mementingkan diri pada setiap perkara dan setiap masa tetapi kita sedar bahawa bagi membahagiakan orang lain jangan meletakkan harapan untuk sentiasa dihargai.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa kita berada pada zaman yang begitu parah, yang mana seorang pendosa bukan hanya melakukan dosa namun berbangga dengan kemaksiatan yang dilakukan oleh mereka. Bagaimana kita tergamak mempertontonkan dosa dan aib yang telah Allah sembunyikan dihadapan manusia lain?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Setiap insan pasti akan menemui pelbagai perubahan dalam hidup mereka walaupun perubahan yang dialami itu kecil tetapi kesannya pada diri itu amat besar. Alangkah baiknya dengan masa yang ada ini kita labur untuk mengubah diri menjadi orang yang lebih baik.

سلام مع الهجرة باڬي ١٤٤٤ هجرة.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kebebasan tanpa sekatan agama hanya menatijahkan keburukan. Sekalipun otak berfikiran bahawa keinginan dan kemahuan kita itu adalah terbaik, hakikatnya ia tidak akan boleh menandingi apa yang telah ditetapkan oleh agama.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekadar ilmu di dada belum tentu mampu mengawal diri daripada sebarang anasir yang buruk dan jahat. Kerana betapa ramai yang ada ilmu, yang tahu perkara yang baik dan buruk tetapi masih memilih yang salah. Kerana itu pentingnya beramal dengan ilmu sebagai manifestasi penghayatan kita.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala kita terlalu pantas untuk bersangka buruk terhadap orang lain. Namun, ketika mana kita berada di posisi dan situasi yang dialami oleh mereka, saat itu baru kita sedar tentang betapa besar kesilapan sangkaan kita.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya kita melakukan perkara-perkara kebaikan sepenuhnya semata-mata kerana menginginkan pujian dan perhatian daripada manusia, suatu masa Allah akan zahirkan juga ketidakikhlasan itu kepada manusia lain.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Sesungguhnya Allah buat kita hidup kerana dosa kita masih banyak. Allah sayang dengan kita, Dia tunggu kita bertaubat. Sesungguhnya Allah buat kita hidup kerana Allah tahu kita belum punya bekal yang banyak.”

(Ustaz Abdul Somad)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Menangislah sekuat mana yang kita mampu, sedikitpun ia tidak akan mampu mengubah takdir yang telah berlaku, namun dengan tangisan itulah mampu membuatkan kita lebih tahan terhadap ranjau yang mendatang. Ujian sentiasa berputar dalam hidup, cuma apa reaksi kita terhadap ujian, itu terlebih penting.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Jangan terlampau selesa dengan posisi dan situasi yang kita anggap baik, betapa ramai yang berfikir bahawa mereka sudah berjaya menjadi manusia yang baik sehingga mereka menghina orang lain. Tidaklah seseorang itu berada dalam kebaikan melainkan hanya kerana rahmat Dia jua.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ketika hilangnya malu dalam diri seseorang manusia, maka dia sanggup memalukan diri sendiri di hadapan manusia lain. Malu itu dipasak ia dengan iman, jika lemah imannya maka lemahlah pula perasaan malunya dan begitulah sebaliknya.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/30 06:17:38
Back to Top
HTML Embed Code: