Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Alangkah ruginya mereka yang diberi peluang melalui bulan Ramadhan, namun mereka tidak mempunyai sedikitpun cita-cita untuk membaiki diri. Hadiah berbentuk apakah lagi yang mampu membuatkan diri ini untuk tertarik dengan tawaran Allah?

سلامت مڽمبوت رمضان كريم 1443 هجرة.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Dosa itu ibarat kotoran pada anggota badan, ia takkan hilang melainkan dengan dicuci. Begitu jua dosa, ia takkan hilang melainkan taubat kepada Ilahi, tak cukup dengan hanya beribadat melangit tinggi andai badan masih berdaki.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Perkara yang tidak disukai itulah yang bakal membuatkan kita belajar tentang sesuatu yang baru. Seseorang sebenarnya tanpa dia sedari banyak belajar sesuatu dari perkara yang dia benci, kelak perkara itu yang mematangkan kita supaya dapat menjalani hidup ini dengan baik.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Di saat hiburan sudah melalaikan hati ini, maka teguran tidak menjadi bermakna lagi. Bahkan teguran yang diberi itu dianggap lebih hina berbanding kemaksiatan yang mereka damba. Sesungguhnya mereka yang mengabaikan teguran yang baik, maka dia akan disesatkan dari jalan yang benar. 

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ibadat itu penat dan melelahkan tetapi suatu saat inilah yang akan membahagiakan. Maksiat itu ringan dan indah namun suatu ketika inilah yang akan menyakitkan. Kita terserah untuk memilih apa yang kita sukai, namun kita mesti sedar apa yang kita akan hadapi.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Melakukan sesuatu kebaikan itu adalah lebih mudah jika ingin dibandingkan dengan mempertahankan nilai kebaikan tersebut. Tidak sukar untuk mempertingkat bilangan ibadat, namun sangat sukar untuk menjaga nilai ibadat itu daripada sebarang maksiat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Keterpaksaan untuk melakukan kebaikan itu adalah lebih baik berbanding kerelaan kita dalam kejahatan. Ketidakikhlasan takkan membuatkan gugurnya kewajipan agama keatasnya. Ikhlas itu bukan didapat dalam kesenangan dan harapan semata.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Marah ialah suatu perkara yang normal. Namun, jangan biarkan kemarahan menyebabkan kita menafikan yang benar, membenarkan perkara yang salah, bertindak dengan suatu tindakan yang tidak rasional dan melampaui batas yang telah ditetapkan oleh agama.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Menggunakan pendekatan logik dan rasional belum mampu menyelesaikan kebanyakan masalah sosial tanpa mendapat sentuhan syariat dan agama. Kerana Islam itu datang tatkala manusia menghadapi krisis peradaban dan masalah sosial yang sangat parah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Orang yang berkata, “Aku bukanlah pelaku maksiat”, merupakan manusia yang paling menderhaka dan manusia yang paling jauh daripada Allah SWT.

- As-Syahid Dr Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti -

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bersegeralah pada perkara ibadat dan kebaikan kerana sikap melambat-lambatkan pada perkara yang boleh membawa kita kepada taat akan menyebabkan kita terbuka peluang kepada perkara sia-sia dan maksiat. Kadangkala peluang untuk beramal itu hanya datang sekali jua.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara kayu ukur bagi menilai tingkat kebahagian seseorang adalah dengan melihat perlakuannya saat diuji dengan perkara yang tidak dia sukai. Ramai manusia dilihat tenang dalam banyak gerak-geri hidupnya, namun sangat memberontak saat diuji oleh Tuhannya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Untuk hidup kita perlu belajar bersedia dengan mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan kita. Kita harus matang bahawa pola fikir setiap antara kita adalah berbeza. Belajarlah untuk memahami jika kita mahu difahami.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa keraskah hati kita? Apa lagi tanda dan cara yang harus dibuat untuk kita kembali sedar akan salah dan silap diri. Berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk kita lakukan perubahan dalam hidup ini. Kadangkala kita menunding jari menyalahkan Tuhan, namun hakikatnya adalah dari diri ini.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bersyukurlah wahai hati saat engkau menangis ketika memikirkan dosa dan pahala. Betapa ramai manusia yang telah dibutakan hati mereka oleh Allah daripada melihat cahaya. Betapa ramai juga yang telah bertemu dengan cahaya, namun memilih untuk menyelusuri jalan gelap-gelita.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Melayan perasaan yang beraneka ketika hati ditimpa duka hanyalah membuka ruang kepada syaitan dan iblis untuk meragui dan menyalahkan takdir-Nya. Sebab itu pentingnya hubungan yang kuat antara hamba dengan Tuhannya. Namun, kita hanya memandang ia sebelah mata.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Masih belum wujud dalam sejarah bahawa mereka yang sering merungut terhadap kehidupannya pernah merasa sesaat perasaan tenang. Rungutan terhadap permasalahan dihadapi takkan pernah mengubah hakikat kejadian sesuatu perkara, belajarlah erti sabar dan redha dengan sebetulnya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara kesan terbesar maksiat ialah rasa keseronokan yang tak mampu ditinggalkan dan timbulnya rasa putus harapan atas taubat kepada Tuhan. Kecelakaan terbesar seorang yang bermaksiat itu bukan pada maksiatnya namun kerana dia telah meninggalkan taubatnya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Suatu nikmat yang kebanyakan manusia lupa untuk bersyukur ialah mensyukuri nikmat yang kita ada tetapi dalam masa yang sama tiada pada orang lain. Kita selalu merungut akan nikmat yang dikurniakan kepada orang lain tetapi kita sendiri lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ramai antara kita berlumba-lumba pada perkara ibadat sehingga terlupa perkara yang menyekat iaitu maksiat. Dalam masa kita memburu sifat taat jangan disisihkan yang namanya taubat. Kebaikan itu jangan semata-mata kerana perasaan tetapi biar ia hadir dengan penghayatan.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/30 20:17:23
Back to Top
HTML Embed Code: