Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Selalu kita dengar ‘kebaikan itu bukanlah suatu yang mudah’, namun ketika ia suatu perkara ringan untuk dilaksanakan, masih ada halangan untuk dilakukan. Disini kita sedar bahawa tahap mudah atau susah untuk melaksanakannya itu bukan pada amal tetapi takwa dan iman kepada-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mereka yang menggelarkan diri sebagai seorang yang tegas pun tidak lepas daripada jatuh ke dalam sifat ego ketika melakukan tindakan. Hanya kerana sangkaan mereka terhadap pendirian itu betul terlalu kuat sehingga menyebabkan mereka yakin seolah merekalah yang berprinsip dan tepat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita lakukan amal bukan untuk penilaian manusia, namun kita laksanakan ia kerana penilaian Allah. Tak perlu risau apa yang mereka ingin ucapkan, tak perlu bimbang kesan kata-kata mereka, selagi mana apa yang kita buat tak langgar syariat, apa yang perlu kita takutkan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Terkadang kita belajar erti kekuatan dan pengorbanan apabila kita melihat orang lain bersungguh-sungguh kuat untuk meneruskan kehidupan. Timbul rasa di hati, ‘dengan ujian kecil yang aku alami ini, tiada apa jika ingin dibanding dengannya’. Maka pada akhirnya kita pun akan ‘bersyukur’.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ideologi Barat terhasil daripada sumber pemikiran manusia, ia tidak selari dengan hakikat fitrah seorang manusia. Adapun Islam ialah ajaran yang hadirnya daripada Tuhan, suatu yang selari dengan kehendak dan keperluan manusia serta berkekalan sehingga kiamat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Saat seseorang berusaha mengubah akhlak dan perilakunya, dia sebenarnya sedang berusaha mengikut peninggalan Nabi Muhammad SAW. Kerana baginda merupakan model contoh bagi kesempurnaan akhlak yang sebenarnya. Tak pernah wujud manusia yang akhlaknya mampu menandingi baginda.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara tanda matinya hati seorang manusia apabila dia berasa tersinggung dengan nasihat yang diterima, lalu dia memilih untuk mencari-cari kelemahan si penasihat bukan meneliti apa yang dinasihatkan. Tiadalah yang lebih mengecewakan melainkan orang yang menolak kebenaran tanpa ilmu.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Meningkatnya umur itu bukanlah semata-mata menunjukkan kita semakin tua. Namun, dari umur itu kita perlu bermuhasabah betapa banyak masa yang kita guna dalam perkara yang bermanfaat dan sia-sia. Fikirkan juga sampai ketika ini, betapa banyak nikmat Allah yang kita guna untuk pahala atau dosa.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Akhir zaman, ramai manusia kita dapat lihat bergembira saat diberi secebis nikmat. Namun, saat mana dia diuji, dia mencaci maki ibarat dunia tak berguna lagi. Alasannya, “aku sering sangat diuji”. Benarlah kata Tuhan, sedikit sangat dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sahabat, belajarlah untuk mudah memohon dan menerima kemaafan dari orang lain. Jadikan, perselisihan antara kita bukan penyebab untuk kita memutuskan persahabatan. Apakah manfaat yang terlebih besar dengan kita meletakan amarah dan ego di depan?

سلامت هاري رايا عيدالفطري. معاف ظاهير باطين.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Apabila sudah dewasa ini, kita dah kena berhenti jadikan hiburan gantikan kesedihan. Berhenti lihat ujian sebagai pemusnah kehidupan. Kenal diri sendirian saat di hadapan Tuhan. Berfikir matang saat dikata kebudak-budakan. Termenung panjang memikirkan penghujung kehidupan. “Kita tak selamanya muda”.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Dari mata turun ke hati!”.

Begitulah maksiat mata. Setiap yang dipandang akan membentuk hati. Hati akan membentuk perlakuan. Jika buruk yang dipandang, maka hati juga akan menatijahkan perkara yang buruk.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sesentengah antara kita terlampau pantas dalam mengikuti trend semasa tanpa memikirkan kesan baik atau tidak. Pada akhirnya kita sendiri yang mencemarkan maruah diri dan agama. Saat dunia tidak ditimbang antara dosa dan pahala, maka segala perkara dinilai berdasarkan nafsu jua.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa ramai manusia yang beranggapan bahawa esok mereka masih mempunyai waktu untuk berubah menjadi lebih baik atau berkesempatan menunaikan hajat yang dicita-citakan oleh mereka, namun pada akhirnya mereka tidak mempunyai kesempatan itu sama sekali.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara perkara yang menyakitkan ialah seseorang sedar akan kesilapan dan dosa yang dilakukan, namun mereka tidak mempunyai kekuatan untuk meninggalkannya. Pedihnya perasaan bersalah itu namun tidak tahu bagaimana untuk menghilangkannya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Iman atau Islam yang hanya dipusakai belaka atau hanya dikerjakan kerana ikut-ikutan, belum tentu kesempurnaannya. Meskipun bagaimana teguhnya mereka memegang segala pokok agama, pegangan itu mudah lepas kerana pertahanannya tidak ada di dalam lubuk kesedaran jiwa sendiri. (Hamka)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala semakin kita ingin larikan diri daripada sesuatu, semakin itulah juga Allah dekatkan kita kepada perkara itu. Mungkin perkara yang perlu kita sedar ialah hidup bukan untuk kita larikan diri daripada suatu perkara, namun kita perlu hadapi dan mencari hikmahnya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mereka yang meninggalkan perbalahan dan perdebatan dalam sesuatu perkara kerana berusaha menjaga diri daripada perkara yang tidak disukai Allah serta menjaga hubungan sesama manusia, sesungguhnya dia akan dikurniakan suatu ganjaran yang besar dari sisi Allah SWT.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Hakikatnya, yang kita cinta bukanlah dia, tapi sifat dia. Dan, sifat yang ada pada dia itu hanya sementara, tetapi, sifat-sifat tu sebenarnya ada pada Allah yang maha kekal.”

(Surat Untuk Orang Yang Putus Cinta: Adnin Roslan)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamamakan keredhaan orang yang dicintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban ala kadar...”

(Ibnu Qayyim)

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/30 18:27:34
Back to Top
HTML Embed Code: