Telegram Web Link
Cakna Kawasan Larangan Merokok

Dengarkan di Nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Ts. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh, Ketua Sektor Inspektorat & Perundangan dari Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Menahan Diri Daripada Belenggu Asap Rokok di Tanah Suci

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama En. Muhammad Syahrul Nidzam Akmal bin Hairi, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Hospital Taiping.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Selamat Menyambut Hari Tanpa Tembakau 2023

Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Panduan Penjagaan Warga Emas dengan Demensia / Masalah Kognitif Semasa Cuaca Panas.

πŸ‘‰ Beri minuman yang berperisa sekiranya mereka tidah mahu minum air kosong
πŸ‘‰ Buat pemeriksaan paras glukosa dalam darah secara berkala sekiranya mereka mempunyai masalah Diabetes
πŸ‘‰ Pastikan pengambilan nutrisi mencukupi
πŸ‘‰ Pastikan waktu mandi tetap dan teratur

Segera dapatkan rawatan jika mereka tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Awas! Bahaya Denggi

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nooreen Farzana Mustapha, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Rokok dikenal pasti sebagai penyebab kebanyakan bencana kebakaran, termasuklah kebakaran hutan yang menyebabkan kemerosotan kualiti udara, kemusnahan tanaman, haiwan dan nyawa manusia.

Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Anda mempunyai tanggungan yang ingin divaksinasi?

Gunakan fungsi Tambah Tanggungan dalam aplikasi Mysejahtera dan sila ikuti langkah-langkah yang disediakan di atas.

#AplikasiKesihatanAwam
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda
#MySejahtera

Sumber: MySejahtera
Sempena Perayaan Gawai dan cuti sekolah, pasti kitak orang bercadang balik kampung kan.

Tapi, sebelum meninggalkan rumah, luangkan masa 10 minit untuk cari dan hapus tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#KekalSihat
#sihatmilikku
#10minitseminggu
#CariDanMusnah

Sumber: Promosi Kesihatan JKN Sarawak
Dalam kegembiraan kita menyambut perayaan Gawai, pastikan jangan lupa melakukan langkah pencegahan Denggi.

#CegahDenggi
#KekalSihat

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
WHO telah menetapkan tarikh Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei setiap tahun dengan tema Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan pada tahun ini.

Perlaksanaan Hari Tanpa Tembakau adalah bagi menyahut strategi empower yang digariskan oleh FCTC di peringkat global.

Hampir 5 trilion batang rokok dihisap setiap tahun yang menyumbang kepada lebih 8 juta kematian.

Berhenti merokok sebagai satu langkah menjamin kebajikan keluarga khususnya dalam penyediaan makanan hasil daripada penjimatan tidak membeli rokok atau produk seumpamanya.

Rokok elektronik dan vape tidak boleh digunakan sebagai kaedah berhenti merokok. Amalkan kaedah 5S untuk berhenti merokok.

Tonton video ini untuk ketahui amalan 5S tersebut.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tahukah Anda?

200,000 hektar hutan musnah untuk penanaman tembakau setahun mengakibatkan pemanasan global.

Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Selamat menyambut Hari Gawai.

Gaya Guru Gerai Nyamai.

Raikan kemeriahan Hari Gawai secara sihat dan bebas daripada asap rokok.

Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jom klik https://rb.gy/6wjhe dan selak e-mag edisi Jun 2023.

Antara yang menarik dalam edisi kali ini adalah seperti aktiviti interaktif sitkom AUSSH, tip untuk aktif aktiviti fizikal dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh orang awam semasa cuaca panas.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Bermula hari ini 1 Jun 2023, menerusi Inisiatif Imunisasi Catch-up Pneumokokal (CHUP), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menawarkan pemberian vaksin pneumokokal secara percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 di semua fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara.

KKM komited untuk mengesan kanak-kanak yang cicir imunisasi dan terlepas jadual imunisasi rutin bagi meningkatkan liputan imunisasi sekaligus meminimakan risiko penularan jangkitan penyakit cegahan vaksin.

Tunggu apa lagi? Jom CHUP!😊
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa surat edaran yang tular di media sosial ini adalah palsu.

KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat seperti yang disebarkan ini oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman, KKM TIDAK MEMPUNYAI Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit seperti yang ditularkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai dan menghebahkan maklumat yang tidak sah dan boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

#TakPastiJanganKongsi

Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum diperpanjangkan.
Kekal sihat semasa jerebu.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti
πŸ‘‰πŸΌ Minum air kosong secukupnya
πŸ‘‰πŸΌ Kurangkan aktiviti di luar rumah
πŸ‘‰πŸΌ Pakai pelitup muka yang sesuai jika berada di luar rumah
πŸ‘‰πŸΌ Elakkan sumber pencemaran udara dalaman seperti merokok

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/02 20:40:44
Back to Top
HTML Embed Code: