Telegram Web Link
Penjagaan Kesihatan Bakal Haji

Tahniah buat tetamu Allah yang dijemput menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Tapi jangan lupa membuat persediaan secukupnya bagi memastikan ibadah haji dapat ditunaikan dengan sempurna.

https://fb.watch/kLL6DjNkSV/?mibextid=Nif5oz
Hai adik-adik. Seronok kan cuti sekolah, tapi sebelum bercuti tu pastikan adik dan kawan-kawan melakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran sekolah. Barulah boleh bercuti dengan gembira.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#Cari Dan Musnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kini bakal Jemaah Haji boleh semak paparan sijil vaksinasi digital melalui Mysejahtera sekiranya telah selesai pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang menggunakan sistem MyVas.

#AplikasiKesihatanAwam
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda
#MySejahtera
❗️🇲🇾Pada tahun 2023, sehingga Minggu Epidemiologi (ME19) iaitu sehingga 13 Mei 2023, sebanyak 9,822 kes dilaporkan. Walaupun ia lebih rendah berbanding kes yang dilaporkan pada tahun 2022 bagi tempoh sama iaitu 31,622 tetapi terdapat peningkatan kes HFMD dikesan bermula pada ME 18/2023 (tempoh 30 April hingga 6 Mei 2023) melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes seminggu . Pada ME 19/2023 (tempoh 7 hingga 13 Mei 2023) pula, bilangan kes telah melebihi paras amaran (alert) kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu.

KKM akan terus menjalankan langkah pencegahan dan kawalan penyakit HFMD. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai HFMD di portal MyHealth.
Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.

Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul.

Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

Amalkan membasuh tangan dengan betul.
Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.
Cuci tangan menggunakan air dan sabun selepas menyentuh haiwan peliharaan.

Dapatkan rawatan jika digigit atau dicakar haiwan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
🧼Amalan mencuci tangan merupakan cara terbaik untuk mengelakkan penyebaran kuman antara seseorang individu kepada individu yang lain.

💦Amalan membasuh tangan perlu diterapkan di semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga dewasa.

Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan seseorang mencuci tangan berikutan peningkatan risiko penyebaran kuman kepada individu lain. Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa.

💪Oleh itu, setiap individu perlu mempraktikkan amalan membasuh tangan yang betul untuk menjamin kebersihan diri.
Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) merupakan penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus korona.

Famili virus korona boleh menyebabkan penyakit pada manusia seperti selesema biasa sehingga Sindrom Pernafasan Akut teruk.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Panduan bagi pesakit respiratori kronik semasa cuaca panas.

👉 Elak terdedah kepada cuaca panas
👉 Sebaiknya berada di dalam persekitaran yang sejuk
👉Dapatkan nasihat doktor bagi dos ubat yang optimum ketika gelombang haba

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Panduan bagi Pesakit Jantung dan Hipertensi Semasa Cuaca Panas.

👉 Dapatkan nasihat doktor untuk jumlah air yang sesuai diminum dalam sehari
👉 Elak minum minuman bergula, beralkohol dan berkafein
👉Ambil makanan dalam kuantiti kecil

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tanaman tembakau menyebabkan nutrien tanah menyusut dan menjejaskan kesuburan tanah.

Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Hujung minggu ni cuti panjangkan...Apa kata kita luangkan 10 minit jer bersama keluarga hapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu
Raikan kemeriahan kaamatan, bebas daripada asap rokok.

Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

Dapatkan bantuan berhenti merokok di talian Quitline 03 8883 4400 atau kunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan berhampiran.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Panduan bagi Pesakit Diabetes Semasa Cuaca Panas.

👉 Minum air secukupnya
👉 Elak minum minuman bergula, beralkohol dan berkafein
👉 Lakukan ujian gula dalam darah lebih kerap
👉 Jangan simpan ubat diabetes di bawah sinar matahari atau di dalam kereta panas

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tahukah anda?

4.5 Trilion puntung rokok dibuang bersamaan 767 juta kilogram buangan sisa toksik.

Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tanda-tanda Strok Haba Terjadi dan Tip Kekal Sihat bagi Kanak-kanak Semasa Musim Panas

Ibu bapa perlu memantau anak-anak daripada bermain di luar semasa cuaca panas.

Sekiranya mereka bermain di luar, pastikan mereka memakai topi, baju yang longgar dan pastikan mereka kekal terhidrat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Awas! Bahaya Denggi

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nooreen Farzana Mustapha, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sempena Hari Tanpa Tembakau 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023 bertemakan "Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan".

Sebanyak empat (4) set kuiz secara bersiri akan disiarkan sepanjang 30 Mei sehingga 13 Jun 2023. Jawab setiap siri secara mingguan menggunakan emel yang sama dan nyatakan slogan paling menarik dipenghujung siaran siri 4. Berikut adalah tarikh siaran siri 1-4 Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023.

Siri 1: 30 Mei 2023
Siri 2: 6 Jun 2023
Siri 3: 10 Jun 2023
Siri 4: 13 Jun 2023

Kuiz Siri 1/4 boleh diakses melalui laman berikut : https://docs.google.com/forms/d/1T3qtrcW5qx0_VzlD75Yu2wz2tIbi4ghZyXSxr3D-DGQ/viewform?edit_requested=true

Tunggu apa lagi, jom sertai Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023 dan berpeluang memenangi sehingga RM500! Untuk terma dan syarat rujuk pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1YNEhVXB2K3OXrVHQOilM76QV7GRsI1A9/view?pli=1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/02 22:29:19
Back to Top
HTML Embed Code: