Telegram Web Link
Jangkitan TB Laten (LTBI) merupakan keadaan tindak balas sistem imun badan yang berterusan terhadap rangsangan antigen Mycobacterium Tuberculosis tanpa ada bukti klinikal TB aktif.

Antara ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan LTBI adalah ujian X-ray dada, ujian kulit tuberkulin (TST) atau ujian serologi IGRA.

Penghidap TB Laten tidak mempunyai gejala TB, sentiasa berasa sihat dan tidak menjangkiti orang lain namun boleh menjadi TB jika tidak dirawat.

#ANMS #KekalSihat #YesWeCanEndTB #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Teruja dengan ciri akan datang di MySejahtera iaitu Tempahan Janji Temu Pemeriksaan Kesihatan Pergigian?

Anda boleh imbas kod QR di infografik ini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan fungsi ciri ini.

#AplikasiKesihatanAwam
#gerbangkesejahteraandigitalanda
#MySejahtera

Sumber: MySejahtera
Taun merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae.

Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk akan muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul, minum air yang telah dimasak dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sesi baru persekolahan bakal bermula.
Sebelum itu, pastikan kawasan sekolah bersih daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Periksa dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti di tangki septik, alas pasu bunga dan palong air hujan.

Layari idengue.mysa.gov.my untuk maklumat kes denggi terkini dan kawasan wabak aktif denggi.

#ANMS #KekalSihat #TiadaAedesTiadaDenggi #10minit #sihatmilikku
Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit perut.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Cegah Leptospirosis semasa banjir.

Seseorang individu boleh dijangkiti leptospirosis dengan cara kontak langsung dengan air tercemar atau mengambil makanan dan minuman tercemar.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti jangan main air atau lopak air semasa dan selepas banjir, uruskan sampah dan bersihkan persekitaran rumah untuk mengelak daripada menjadi tempat pembiakan tikus dan pakai peralatan perlindungan diri semasa melakukan kerja-kerja pembersihan.

Segera dapatkan rawatan jika anda mempunyai simptom Leptospirosis.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar.

Kepada petugas yang memberi bantuan semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Paxlovid bertindak dengan mengurangkan replikasi virus COVID-19 dalam badan pesakit yang dijangkiti.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sesi persekolahan kembali.

Ibu bapa pastikan anak sihat dan tidak mempunyai gejala seperti demam, hilang selera makan serta ulser dan ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki.

Bersama cegah HFMD.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

1. Apakah fungsi Janji Temu?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media KPK 21 Mac 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi Ke 11 Tahun 2023 (12 – 18 Mac 2023)

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 18 Mac 2023 (ME 11/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,047,040;
Kumulatif kes sembuh: 5,000,457 kes;
Purata kes aktif : 9,481 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,972 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,173 kluster (kluster aktif: 2 kluster).

Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 10/2023 dan ME 11/2023:
Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 18.0 peratus (1,566 kes kepada 1,848 kes);
Bilangan kes sembuh menurun sebanyak13.7 peratus (1,423 kes kepada 1,228 kes); dan
Bilangan kes kematian meningkat sebanyak 150.0 peratus (2 kes kepada 5 kes).

https://kpkesihatan.com/2023/03/21/kenyataan-media-kpk-21-mac-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-11-tahun-2023-12-18-mac-2023/
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

2. Apakah perkhidmatan yang boleh ditempah melalui fungsi Janji Temu?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
TIBI masih wujud.

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Siti Hafsah Abdul Halim, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

3. Siapakah yang boleh menggunakan fungsi Janji Temu?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

4. Di fasiliti kesihatan manakah yang saya boleh menempah janji temu?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media KPK 22 Mac 2023 – Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
1. FLASHHSKINZZ MOIST SUNSCREEN
2. SERENE TREATMENT CREAM
3. TEMPIAS HAWA MASTER RECOVERY SKIN RSKIN
4. KARISMA PREVENTING DAY CREAM
5. SL TWO KUNYIT
6. SL TWO SARANG BURUNG

https://kpkesihatan.com/2023/03/22/kenyataan-media-kpk-22-mac-2023-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

5. Apakah slot tarikh dan masa yang terdapat di fungsi Janji Temu untuk ditempah?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
PANDUAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN BERMASAK OLEH KATERER / PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)

Guna bekas yang bersih
Asingkan kedudukan bahagian nasi dan lauk-pauk
Asingkan bungkusan lauk-pauk & bungkusan nasi

⚠️ Ingat, cara pembungkusan yang betul amat penting bagi memastikan sesuatu makanan itu selamat untuk dimakan❗️

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
TIP PENYIMPANAN MAKANAN DALAM PETI SEJUK

Pengendali Makanan Di Rumah Kediaman (HomeBased)
⚠️ Pastikan :

TIDAK MELEBIHI MUATAN MAKSIMUM

❄️ SUHU DALAM JULAT YANG BETUL

🐔 🍱ASINGKAN RUANG BAHAN JUALAN & MAKANAN DIRUMAH

BEKAS & RAK PENYIMPANAN BERSIH

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

6. Bagaimanakah cara untuk saya menempah slot janji temu klinik pergigian melalui Aplikasi MySejahtera?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/04 05:21:35
Back to Top
HTML Embed Code: