Telegram Web Link
Perkenalkan MyCHAMPION Community Health Agent kepada komuniti anda.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Setiap minggu kes demam denggi meningkat. Min berasa bimbang dengan tren peningkatan ini. Bukan apa, dalam kesibukan kita menyambut Ramadan pasti kita akan alpa untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes. Jangan nanti orang lain sibuk mengerjakan amal ibadat tapi kita terlantar di hospital. Jadikan rumah kita bebas daripada pembiakan Aedes. Jom amalkan 10 minit seminggu walaupun dalam bulan puasa.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minitseminggu
#CariDanMusnah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Salam Ramadan buat semua yang beragama Islam. Min dan team Cari Dan Musnah nak minta jasa baik semua agar menjaga kebersihan terutama di bazar Ramadan. Jangan jadikan bazar Ramadan tempat pembiakan Aedes. Bersama-samalah kita menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minitseminggu
#CariDanMusnah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

8. Bagaimanakah langkah untuk saya menyemak kembali maklumat janji temu yang telah saya tempah?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Perkhidmatan Pusat Talian Krisis Kesihatan Mental sudah beroperasi pada bulan Oct 2022. Talian heal 15555 dapat memberikan bantuan sokongan emosi dan psikososial serta intervention awal apabila tertekan dan berdepan dengan krisis. Beroperasi dari jam 8pagi sehingga 12 tgh mlm
Sepanjang Ramadan ini, KKM ingin menasihatkan masyarakat agar mengamalkan konsep “Sama-sama: Perhati dan Pilih Juadah di Bazar Ramadan”. Pastikan anda memilih gerai yang bersih dan mengamalkan pengendalian makanan yang baik. Para peniaga juga dinasihatkan supaya membasuh terlebih dahulu bahan mentah termasuk telur sebelum digunakan dalam penyediaan makanan dan tidak menyediakan makanan yang berisiko tinggi untuk basi secara terlalu awal daripada waktu untuk dijual (contohnya makanan berasaskan santan dan sebagainya).

Orang ramai juga dinasihatkan agar menggunakan kuasa membeli yang ada pada mereka dengan membeli makanan di premis yang bersih. KKM  sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Melalui pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan, KKM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/03/22/kenyataan-media-kpk-22-mac-2023-nasihat-keselamatan-makanan-sempena-bulan-ramadan-al-mubarak/
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

9. Bolehkah saya membatal janji temu saya setelah tempahan dibuat?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media KPK 23 Mac 2023 - Pembatalan Pendaftaran Dan Panggil Balik Bagi Semua Produk Yang Mengandungi Pholcodine Berikutan Risiko Keselamatan Dikesan

KKM ingin memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM pada 20 Mac 2023 telah bersetuju untuk membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan arahan panggil balik ke atas semua produk berdaftar yang mengandungi pholcodine.

Ini berikutan terdapatnya risiko keselamatan yang dikesan iaitu risiko terjadinya anafilaksis (reaksi alahan teruk yang boleh mengancam nyawa) dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle-relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan umum (general anaesthesia), terutamanya kepada mereka yang pernah mengambil ubat yang mengandungi pholcodine dalam tempoh 12 bulan lalu.

Setakat ini, Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 12 laporan dengan 17 kesan advers susulan penggunaan pholcodine. Namun begitu, daripada laporan tersebut, tiada laporan anaphylaxis yang diterima.

Walaupun tiada laporan kesan advers diterima oleh NPRA setakat ini, keputusan PBKD ini diambil berdasarkan bukti-bukti daripada kajian “Allergy to Neuromuscular Blocking Agents and Pholcodine Exposure” (ALPHO), data keselamatan pasca pemasaran dan maklumat yang diperoleh daripada pengamal perubatan, agensi negara-negara lain seperti United Kingdom (UK), Australia, beberapa negara European Union (EU) seperti Perancis dan Norway di mana mereka telah mengambil tindakan regulatori bagi pembatalan dan panggil balik produk yang mengandungi pholcodine berdasarkan maklumat keselamatan ini.

Susulan pembatalan pendaftaran produk mengandungi pholcodine, semua syarikat Pemegang Pendaftaran Produk bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada farmasi komuniti dan klinik-klinik yang telah dibekalkan dengan produk tersebut untuk berhenti menjual dan memastikan produk dikuarantin sebelum dipulangkan semula kepada pembekal.

Anggota kesihatan juga diingatkan untuk berhenti memperskripsi, mendispens, menjual atau mengedar semua produk mengandungi pholcodine dengan serta-merta. Pesakit yang mengalami batuk jenis nonproductive hendaklah diberikan ubat alternatif. Semua baki stok produk yang mengandungi pholcodine perlu dikuarantin dan dipulangkan semula kepada pembekal.

Orang awam yang sedang mengambil ubat batuk dan selsema diingatkan untuk menyemak label atau sisip bungkusan produk, sama ada terdapat bahan aktif pholcodine. Jika didapati ubatan tersebut mengandungi bahan aktif pholcodine, hentikan pengambilan dan rujuk kepada anggota kesihatan bagi mendapatkan rawatan alternatif. Bagi mereka yang perlu menjalani pembedahan dan memerlukan bius sepenuhnya, maklumkan kepada anggota kesihatan sekiranya anda pernah mengambil ubat yang mengandungi pholcodine terutamanya dalam tempoh 12 bulan lalu.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2023/03/23/kenyataan-media-kpk-23-mac-2023-pembatalan-pendaftaran-dan-panggil-balik-bagi-semua-produk-yang-mengandungi-pholcodine-berikutan-risiko-keselamatan-dikesan/
Satu daripada lokasi paling popular di Malaysia semasa Bulan Ramadan ialah Bazar Ramadan. Kemeriahan Bazar Ramadan pastinya memberikan pengalaman yang bermakna bukan sahaja kepada para pengunjung tetapi juga kepada para peniaga yang berusaha menarik pelanggan. Bahkan Bazar Ramadan menjadi tempat pertemuan keluarga, sahabat dan kenalan. Demikianlah meriahnya Bazar Ramadan. Justeru itu di sebalik kemeriahan ini, soal kebersihan mestilah menjadi keutamaan, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan Bazar Ramadan.

Kepada semua, Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa!

#10minithapuskanaedes

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Johor
PANDUAN RINGKAS UNTUK MELABEL MAKANAN YANG DIBUNGKUS

Tarikh & Masa Makanan Siap Dimasak/ Dibungkus
✏️ Nama Makanan
☎️ Nama / Alamat & No. Telefon Pengusaha

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#foodsafetytips
#tipskeselamatanmakanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

10. Adakah saya akan terima makluman jika janji temu saya telah dibatalkan?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Dan kepada peniaga makanan Bazar Ramadan, pastikan ANDA melaksanakan KENDIRI Kebersihan Diri. Elakkan pencemaran silang yang boleh mengundang keracunan dan penyakit bawaan makanan. INGAT YA👌

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
2024/10/04 07:37:41
Back to Top
HTML Embed Code: