Telegram Web Link
Di musim perayaan dan cuti panjang ini. Orang Ramai adalah digalakkan untuk terus mengamalkan kawalan kendiri menerusi TRIIS sekiranya bergejala dan juga amalkan 3W serta elakkan 3S/3C.

- KPK KKM -
Kenyataan Akhbar
21 Januari 2023

Pelanjutan Jangka Hayat Produk Vaksin COVID-19 Convidecia
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikannya…min dan team caridanmusnah berharap agar semua menjaga kesihatan dan lindungi diri dari gigitan nyamuk Aedes…semoga kita semua terhindar dari dijangkiti demam denggi.

#caridanmusnah
#10minit

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Januari 2023 (ME 3/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,034,521;
Kumulatif kes sembuh: 4,987,642 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,932 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,169 kluster (kluster aktif: 5 kluster).
Perbandingan antara ME 2/2023 dan ME 3/2023:

Bilangan kes sembuh pada ME 3/2023 menurun sebanyak 27.6 peratus(3,288 kes kepada 2,379 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 3/2023 menurun sebanyak 17.3 peratus (2,525 kes kepada 2,088 kes) ;
Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 17.1 peratus (2,497 kes kepada 2,071 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 39.3 peratus (28 kes kepada 17 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 3/2023 menurun sebanyak 29.4 peratus (34 kes kepada 24 kes); dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 3/2023 menurun sebanyak 7.9 peratus(10,901 kes kepada 10,042 kes).

Kenyataan penuh di

https://kpkesihatan.com/2023/01/23/kenyataan-media-kpk-23-januari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-15-21-januari-2023/
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Larangan Penjualan Rokok Elektronik/ Vape Bernikotin Yang Menyerupai Permainan Kanak-kanak
Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir

👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir
👉 Jangan merokok di pusat pemindahan
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Happy New Year! Here's to an amazing year ahead and let the previous one remind us of the lessons we've learned and blessings we've gained. Let us continue to fight the good fight against the COVID-19 and make this a better year for everyone!

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #StrongerTogetherMalaysia #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika anda golongan ibubapa, pastikan anak anda mendapat imunasi yang sepatutnya.

Bagaimana? Rujuk dan ketahui jadual Imunisasi Kebangsaan terkini untuk anak-anak anda.

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my
& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Qayyumjawi

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Perbuatan membersihkan microwave menggunakan mop yang sama untuk lantai boleh menyebabkan pencemaran silang.

Tindakan mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera, tifoid, Disentri, Hepatitis A dan keracunan makanan.

Tindakan di bawah Akta Makanan 1983 boleh diambil ke atas premis kerana pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko.

Sekiranya anda melihat amalan pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko, salurkan aduan anda melalui Sistem Pengurusan Maklumbalas Awam, SisPAA di https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Untuk bakal pengantin yang belum membuat saringan pra perkahwinan,

Tempah janji temu saringan pra perkahwinan di fasiliti kesihatan berdekatan anda, melalui aplikasi Mysejahtera. Dengan hanya klik di hujung jari, slot janji temu anda dapat ditempah.

Mudah kan?

#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Denggi : Gigitan Berbisa Aedes

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nazlinda Abu Jazid Javis dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dalam sekelip mata 3 tahun telah berlalu negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Kes pertama COVID-19 dikesan pada 25 Januari 2020, negara merekodkan kes COVID-19 pertama, ketika itu masih dikenali 2019-nCoV.

Malaysia setakat 24 Januari 2023 melaporkan sejumlah 5,035,073 kes keseluruhan, 36,932 kes kematian & seramai 4,988,143 orang telah sembuh daripada virus ini.

Kita masih berada di fasa peralihan ke endemik, patuhilah kepada saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; elakkan 3S, amalkan 3W, amalkan TRIIS & dapatkan vaksin COVID-19 dos primer/dos penggalak.

Sekalung penghargaan kepada semua staf barisan hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam membendung penularan Covid-19.

Salam takziah juga kepada individu yang telah kehilangan ahli keluarga atau pun kenalan akibat COVID-19 ini.
Marilah kita terus berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan tidak lagi memudaratkan masyarakat di seluruh dunia.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
‎مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.”

‎Semoga Allah SWT selamatkan kita semua daripada COVID19. Insya Allah

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 21 Januari 2023, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi bagi pelanjutan tempoh jangka hayat vaksin COVID-19 Comirnaty, CoronaVac dan Convidecia.

Maklumat senarai nombor kelompok yang terlibat dalam pelanjutan jangka hayat boleh diperolehi melalui laman sesawang NPRA, www.npra.gov.my.
Pendaftaran bersyarat telah diberikan kepada produk vaksin berdaftar ini, dan pengilang telah dibenarkan untuk mengemukakan data ujian stabiliti dari semasa ke semasa (rolling submission).

Oleh itu, tempoh jangka hayat produk vaksin COVID-19 akan berubah (dilanjutkan) sekiranya data yang dinilai didapati memenuhi keperluan regulatori. Tarikh luput pada label vaksin mungkin menunjukkan bahawa produk sudah luput tetapi pengguna boleh menyemak tarikh luput yang sebenar (selepas pelanjutan) melalui laman sesawang NPRA (https://npra.gov.my/.../info.../vaccine-covid-19-update.html)

KKM sentiasa komited untuk memastikan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin COVID-19 yang dibekalkan di Malaysia telah dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Waspada Banjir.

Bahaya bermain dengan air banjir !

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/04 17:13:46
Back to Top
HTML Embed Code: