Telegram Web Link
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pelanjutan Jangka Hayat Produk Vaksin COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 14 Januari 2023 (ME 2/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,032,433;
Kumulatif kes sembuh: 4,985,263 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,908 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,167 kluster (kluster aktif: 5 kluster).
Perbandingan antara ME 1/2022 dan ME 2/2023:

Bilangan kes sembuh pada ME 2/2023 menurun sebanyak 13.0 peratus (3,781 kes kepada 3,288 kes));
Bilangan kes baharu pada ME 2/2023 menurun sebanyak 21.9 peratus (3,231 kes kepada 2,525 kes);
Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 22.3 peratus (3,213 kes kepada 2,497 kes); dan
Bilangan kes import meningkat sebanyak 55.6 peratus (18 kes kepada 28 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 2/2023 meningkat sebanyak 61.9 peratus (21 kes kepada 34 kes); dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 2/2023 menurun sebanyak 3.3 peratus (11,278 kes kepada 10,901 kes).

Kenyataan penuh di :
https://kpkesihatan.com/2023/01/16/kenyataan-media-kpk-16-januari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-2-8-14-januari-2023/
Pada Minggu Epidemiologi ke-2 tahun 2023, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,520 kes berbanding 2,219 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 301 kes (13.6%).

Satu kematian akibat komplikasi demam denggi juga dilaporkan pada ME 2/ 2023.

Layari laman sesawang https://idengue.mysa.gov.my/ untuk maklumat lanjut dan informasi terkini berkenaan denggi.

Musnahkan tempat pembiakan Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi.
Adakah anda warga emas berumur 60 tahun ke atas?

Anda berisiko untuk mendapat jangkitan yang teruk akibat COVID-19.

Dapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 dengan segera!

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Influenza : Musuh Senyap

Jangan lupa sertai sesi TikTok Live @myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Aznida Mohamad Zaki dari Bahagian Kawalan Pe#sihatmilikku

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Mulai 1 Januari 2023, MySejahtera memudahkan urusan anda untuk tempah janji temu khidmat kesihatan. Hanya di hujung jari!

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti rawatan pesakit luar, saringan pra-perkahwinan dan pemeriksaan kesihatan.

Jom ikuti langkah-langkah bagaimana menempah janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Tempah janji temu khidmat kesihatan di fasiliti kesihatan pilihan anda sekarang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Adakah anda perlu mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19?

Adakah anda telah mendapatkan 2 dos pertama vaksin COVID-19 (dos primer)?

Jika belum, dapatkan semua dos vaksin COVID-19 yang disyorkan.

Jika tarikh vaksinasi tersebut antara 4 hingga 6 bulan lepas atau tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi serta pertugas kesihatan, dapatkan dos penggalak COVID-19 dengan segera. Jika tidak, ikuti saranan KKM dan dapatkan dos penggalak apabila anda layak.

#ANMS #KekalSihat #COVID19
#LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Influenza : Musuh Senyap

Saksikan di TikTok Live sekarang : https://vt.tiktok.com/ZS8Bbdtuu/
MAKLUMBALAS NPRA BERHUBUNG ARTIKEL BERTAJUK ‘U.S. FDA, CDC SEE EARLY SIGNAL OF POSSIBLE PFIZER BIVALENT COVID SHOT LINK TO STROKE’

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengambil maklum artikel yang telah diterbitkan oleh REUTERS bertajuk ‘U.S. FDA, CDC see early signal of possible Pfizer bivalent COVID shot link to stroke’ yang diterbitkan pada 15 Januari 2023.

2. Untuk makluman, Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM kali ke-379 yang bersidang pada 13 Disember 2022 telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk vaksin COVID-19 COMIRNATY Original/Omicron BA.4-5 (15mcg/15mcg) Solution for Injection dari pemegang pendaftaran produk Pfizer (M) Sdn. Bhd. dan pengilang BioNTech Manufacturing GmbH, Germany.

3. Secara ringkasnya, informasi daripada United States Food and Drug Administration (U.S. FDA) dan U.S Centers for Disease Control and Prevention (CDC) tersebut merupakan pemakluman berkenaan satu signal keselamatan yang telah dikesan daripada salah satu pangkalan data pemonitoran keselamatan iaitu Vaccine Safety Datalink (VSD). Semua signal keselamatan yang dikesan perlu disiasat dan dinilai terlebih dahulu sebelum disahkan. Namun begitu, setakat ini tiada signal keselamatan ischaemic stroke dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di Amerika Syarikat (contohnya Vaccine Adverse Event Reporting System – VAERS), iaitu susulan penggunaan vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19. Analisis lanjut juga tidak mengesahkan signal keselamatan tersebut. Pemonitoran keselamatan vaksin COVID-19 di negara-negara rujukan yang lain juga tidak mengesan isu keselamatan ini.

4. Berdasarkan data yang telah dikemukakan kepada NPRA oleh pihak syarikat pemegang pendaftaran produk, Pfizer Sdn Bhd, tiada pelaporan kes strok untuk vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19 di dalam kajian klinikal yang dijalankan. Memandangkan vaksin ini telah diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat pada 13 Disember 2022, pihak syarikat mesti mengemukakan data keselamatan terkini secara berperingkat selepas vaksinasi (post-vaccination).

5. Seperti makluman umum, vaksin ini belum digunakan di Malaysia. NPRA akan mengikuti rapat data serta analisis di negara-negara rujukan mengenai vaksin bivalent ini dan akan terus memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
18 Januari 2023

https://kpkesihatan.com/2023/01/18/kenyataan-media-kpk-18-januari-2023-maklumbalas-npra-berhubung-artikel-bertajuk-u-s-fda-cdc-see-early-signal-of-possible-pfizer-bivalent-covid-shot-link-to-stroke/
Kenyataan Media Menteri Kesihatan

Peningkatan Pengambilan Vaksinasi COVID-19
Tahun Baru Cina bakal tiba.

Lakukan ujian saringan kendiri COVID-19 sebelum berkumpul atau berkunjung untuk sambutan Tahun Baru Cina.

Lindungi golongan berisiko tinggi daripada jangkitan COVID-19

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN PERJALANAN JAUH DI MUSIM PERAYAAN INI?

Pastikan anda berada dalam keadaan yang terbaik ketika memandu.

'Microsleep' yang terjadi terutamanya sewaktu memandu sangat merbahaya.

Nyawa tiada ganti.

Dikongsikan simptom dan langkah bagi mencegah microsleep.
‘Microsleep’ boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan.

🥱 Tersengguk-sengguk
🥱 Mata terkebil-kebil
🥱 Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
🥱 Tatapan mata kosong

Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat (RnR) sekiranya mengalami gejala ini semasa dalam pemanduan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dah bersedia pulang beraya?

Waspada Microsleep.

Berhenti memandu jika mengantuk.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Saranan ketika sambutan Tahun Baru Cina

Lakukan ujian pengesanan COVID-19 jika bergejala
Elakkan berkumpul jika bergejala
Pakai pelitup muka apabila berada ditempat yang sesak
Individu yang berisiko tinggi digalakkan memakai pelitup muka semasa melakukan aktiviti dengan orang lain

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/04 19:23:37
Back to Top
HTML Embed Code: