Telegram Web Link
Kenyataan Media Menteri Kesihatan

Sistem Janji Temu Di Fasiliti Kesihatan Primer Kementerian Kesihatan Malaysia
KKM sentiasa komited dalam usaha ke arah pendigitalan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 – 2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.
Sistem janji temu melalui Aplikasi MySejahtera yang sedia ada di semua fasiliti kesihatan primer akan diperluaskan kepada perkhidmatan kesihatan primer sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dan akses klien di fasiliti kesihatan primer.
Perkhidmatan yang akan dimasukkan dalam sistem janji temu adalah seperti dikongsikan.

Soalan lazim berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim
Rakyat Malaysia tidak lagi perlu beratur panjang di fasiliti kesihatan untuk membuat janji temu kesihatan. Anda kini boleh menempah janji temu dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Berikut merupakan 8 perkhidmatan kesihatan yang anda boleh tempah di MySejahtera.

Mudah kan?

#mysejahtera
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anda diingatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan cuaca di sekitar anda.

Pastikan anda serta ahli keluarga berada dalam kesiapsiagaan serta menjaga kesihatan di sepanjang musim banjir.

Layari media sosial MyHealthKKM atau https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk mendapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Ingin jadualkan semula slot janji temu yang anda tempah sebelum ini? Jangan risau, anda boleh jadualkan semula atau batal slot tersebut pada bila-bila masa sahaja, di aplikasi MySejahtera

Untuk sebarang pertanyaan, sila layari mysejahtera.moh.gov.my untuk FAQ berkenaan Janji Temu.

#MySejahtera
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada sebuah laporan berita dalam media massa bertarikh 27 Disember 2022 yang melaporkan kes pertama jangkitan Naegleria Fowleri di Korea Selatan. Sebagai makluman, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) telah mengesahkan bahawa seorang lelaki warga Korea Selatan yang berusia lingkungan 50-an meninggal dunia pada 21 Disember 2022 selepas dijangkiti ameba Naegleria Fowleri. Lelaki tersebut dilaporkan telah menetap selama empat bulan di sebuah negara Asia Tenggara sebelum kembali ke Korea Selatan pada 10 Disember 2022 yang lalu.

Naegleri Fowleri merupakan ameba termofilik atau dikenali juga sebagai organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya di dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta juga dalam tanah. Walau bagaimanapun, ia tidak ditemui dalam air masin seperti di lautan.

Ameba Naegleri Fowleri tersebut juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang. Ianya berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar. Namun, sehingga kini tiada bukti jangkitan boleh merebak melalui wap air atau titisan aerosol.

Ameba Naegleri Fowleri ini boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk iaitu Primary Amoebic Meningoencephalitis (PAM), yang seterusnya boleh membawa maut. Pada peringkat awal, gejala PAM menyerupai gejala meningitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus lain seperti sakit kepala, demam, loya, atau muntah. Gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher (neck stiffness), kekeliruan (confusion), kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling (lack of attention to people and surrounding), sawan, halusinasi, dan koma juga boleh berlaku.

Kebiasaannya, gejala-gejala ini muncul sekitar lima hari selepas jangkitan (tempoh inkubasi) dan boleh muncul seawal satu hari atau selewat-lewatnya 12 hari selepas dijangkiti. Keadaan pesakit juga boleh bertambah teruk dengan cepat iaitu dalam tempoh lima hari dan kematian boleh berlaku dalam tempoh satu hingga 18 hari daripada onset gejala.

Penyakit ini didiagnosis melalui pengesanan asid nukleik Naegleria Fowleri di dalam cecair tulang belakang atau tisu otak individu yang dijangkiti. Manakala, rawatan bagi penyakit ini adalah dengan pemberian gabungan ubat-ubatan. Namun, rawatan adalah sangat terhad disebabkan perkembangan penyakit ini berlaku sangat cepat.

Sehingga kini, KKM mendapati bahawa tiada kes jangkitan Naegleria Fowleri ini dilaporkan berlaku di Malaysia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah-langkah sewajarnya ketika melakukan aktiviti berkaitan air tawar seperti berikut;

1. Elakkan daripada menggali atau mengusik apa-apa sedimen yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan habitat ameba berada di situ;
2. Elakkan aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air yang mana air yang mungkin dicemari oleh ameba boleh memasuki rongga hidung secara terus;
3 Mencuci badan dengan air yang terawat dan sabun selepas melakukan aktiviti di dalam air; dan
4. Segera mendapatkan rawatan apabila mengalami demam, sakit kepala, muntah atau kekakuan leher (neck stiffness) secara tiba-tiba terutamanya selepas melakukan aktiviti di dalam air.

KKM akan terus memantau rapi situasi jangkitan Naegleria Fowleri di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, KKM juga komited dalam memberikan informasi yang tepat dan responsif sekiranya terdapat perkembangan yang terbaharu tentang penyakit tersebut.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
28 Disember 2022

https://kpkesihatan.com/2022/12/28/kenyataan-media-kpk-28-disember-2022-kes-jangkitan-naegleria-fowleri-pertama-di-korea-selatan/
Antara tindakan selepas banjir

Pakai alat pelindung diri semasa melakukan kerja pembersihan
Hapuskan punca pembiakan lipas, lalat, tikus dan nyamuk
Lupuskan sampah dan bangkai binatang dengan cara yang betul
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
📌Aktiviti kitar semula merupakan satu inisiatif yang baik dalam budidaya barang tidak terpakai.

🦟 Namun pusat kitar semula berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes sekiranya barang-barang yang akan digunakan tidak diuruskan dan tidak disimpan dengan baik.

Oleh itu, pada musim hujan ini, pastikan tiada air yang bertakung.
Mencegah gigitan nyamuk Aedes merupakan kaedah terbaik mengelakkan demam denggi, penyakit chikungunya dan zika.
Melihat kpd perkembangan terkini di negara China, KKM ingin menyarankan kpd semua utk mendapatkan dose vaksin penggalak terutamanya barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

Walaupun terkini kes dalam negara masih terkawal & menurun, kita perlu mengambil tindakan bersiapsiaga.

- KPK KKM -
Soalan lazim mengenai fungsi Janji Temu MySejahtera.

1. Berapa banyakkah bilangan tempahan janji temu yang boleh dibuat pada satu masa?

Soalan-soalan lazim lain berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

"Gerbang kesejahteraan digital anda."
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
It's that time of the year 👀 The monsoon Season is here 🌊 Have you prepared the emergency essentials to fight against the annual 'banjir'? Equip yourself with these important items that you should have in your personal 'Banjir Kit'.

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogetherMalaysia
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bermula 1 Januari 2023, kesemua perkhidmatan klinik kesihatan di bawah KKM boleh ditempah sebagai janji temu melalui aplikasi MySejahtera. Ikuti panduan ringkas dalam video ini untuk keterangan lanjut.

Terima kasih kerana menggunakan aplikasi MySejahtera!

"Gerbang kesejahteraan digital anda."

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/05 20:06:18
Back to Top
HTML Embed Code: