Telegram Web Link
ISU PENARIKAN SEMULA PRODUK SOS PASTA BERKRIM CARBONARA CENDAWAN BERJENAMA PREGO YANG DIDAPATI TELAH ROSAK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia. Pihak syarikat telah mengenalpasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela.

Produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20.

Dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.

Sehubungan itu, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan serta-merta. Manakala pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.

Orang ramai disarankan mengamalkan Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan. KKM sentiasa peka dan prihatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 DISEMBER 2022

https://kpkesihatan.com/2022/12/23/kenyataan-media-kpk-23-disember-2022-isu-penarikan-semula-produk-sos-pasta-berkrim-carbonara-cendawan-berjenama-prego-yang-didapati-telah-rosak/
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar.

Kepada petugas yang memberi bantuan semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Taun merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae.

Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk akan muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul, minum air yang telah dimasak dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Cegah Leptospirosis semasa banjir.

Seseorang individu boleh dijangkiti leptospirosis dengan cara kontak langsung dengan air tercemar atau mengambil makanan dan minuman tercemar.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti jangan main air atau lopak air semasa dan selepas banjir, uruskan sampah dan bersihkan persekitaran rumah untuk mengelak daripada menjadi tempat pembiakan tikus dan pakai peralatan perlindungan diri semasa melakukan kerja-kerja pembersihan.

Segera dapatkan rawatan jika anda mempunyai simptom Leptospirosis.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
ISU VIRAL VIDEO TIKUS MENJAMAH AYAM GORENG

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu sebuah video yang merakamkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng di sebuah kedai makan yang viral di media sosial. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan siasatan berhubung video yang viral dan mengenalpasti lokasi premis yang terlibat berada di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Pasukan penguatkuasa kesihatan BKKM dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis terlibat pada 24 Disember 2022. Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan makanan premis tersebut tidak memuaskan. Sehubungan itu, tindakan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan arahan penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan. Di samping itu, sebanyak 6 notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan. Justeru KKM menyeru orang ramai terutama pengusaha dan pengendali makanan untuk menjalankan tanggungjawab bersama dalam memastikan aspek keselamatan makanan terjaga bagi mengelakkan keracunan dan wabak penyakit bawaan makanan berlaku. Pengguna turut disarankan memilih premis makanan yang mempunyai logo BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) apabila membeli atau menjamu makan di luar rumah.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq .

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
25 Disember 2022

https://kpkesihatan.com/2022/12/25/kenyataan-media-kpk-25-disember-2022-isu-viral-video-tikus-menjamah-ayam-goreng/
Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit perut.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 24 Disember 2022 (ME 51/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,022,910;
Kumulatif kes sembuh: 4,972,325 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,831 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,164 kluster (kluster aktif: 14 kluster).
Perbandingan antara ME 50/2022 dan ME 51/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 51/2022 menurun sebanyak 24.6 peratus (10,330 kes kepada 7,791 kes)
Bilangan kes baharu pada ME 51/2022 menurun sebanyak 18.7 peratus (7,249 kes kepada 5,894 kes) ;
Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 18.7 peratus (7,232 kes kepada 5,880 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 17.6 peratus (17 kes kepada 14 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 51/2022 menurun sebanyak 34.0 peratus (47 kes kepada 31 kes); dan

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 51/2022 menurun sebanyak 13.7 peratus (16,895 kes kepada 14,580 kes).

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/26/kenyataan-media-kpk-26-disember-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-51-18-24-disember-2022/
Tempahan Janji Temu Perkhidmatan Klinik Kesihatan Melalui Aplikasi MySejahtera

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Siti Syafiqah Mohd Jarjani dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan minum air yang telah dimasak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, sakit perut dan mata/ kulit menjadi kuning.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jangan biarkan hari hujan menghalang anda dari kekal aktif! 🏡 Mari cuba aktiviti-aktiviti sihat yang anda boleh lakukan di dalam rumah untuk kekal sihat dan cergas

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogetherMalaysia
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 21 Disember 2022. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus tidak menafikan bahawa pada awal tahun 2022, gelombang yang terjadi akibat varian Omicron telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes dan kematian yang mendadak. Namun berdasarkan data COVID-19 semasa yang dilaporkan kepada WHO, mendapati secara keseluruhannya tren kejadian pandemik ini telah berada dalam keadaan yang terkawal di kebanyakan negara seluruh dunia. Mereka juga yakin bahawa kini situasi tersebut adalah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sungguhpun begitu, dalam sidang media yang sama, pihak WHO juga turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan semasa yang dilaporkan berlaku di negara China, yang melibatkan peningkatan mendadak kes COVID-19. Golongan pakar dan penyelidik di peringkat antarabangsa menjangkakan situasi ini akan berlaku susulan keputusan pihak berkuasa negara China sekitar awal Disember 2022 lalu untuk melaksanakan kelonggaran terhadap polisi pengurusan pandemik COVID-19 mereka yang ketat.

Malaysia telah diumumkan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula pada 1 April 2022 semasa negara masih lagi diwartakan sebagai kawasan tempatan jangkitan. Sempadan negara telah dibuka kepada pelancong dari luar negara serta aktiviti industri pelancongan dan sektor ekonomi lain telah dipertingkatkan. Justeru, dengan mengambilkira negara Malaysia mempunyai risiko kemasukan kes-kes COVID-19 dari luar negara, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19 seperti yang pernah dialami semasa variant Delta melanda seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Di antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan, jangkitan serius serta kematian. KKM menggesa agar semua individu yang layak, tampil untuk mendapatkan vaksin dos penggalak supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan yang optimum terhadap penyakit COVID-19.

2. Mengukuhkan pengurusan COVID-19 melalui pendigitalan pengurusan kesihatan. Perkara ini dilaksanakan dengan menambah baik pengurusan COVID-19 melalui pendekatan FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support) yang diautomasikan. Melalui pendekatan ini, individu yang menjalani ujian pengesanan COVID-19 kendiri boleh melaporkan keputusan ujian mereka ke dalam aplikasi MySejahtera – selain melakukan ujian tersebut di fasiliti kesihatan. Keputusan ujian akan segera dikemaskini dalam MySejahtera pengguna. Kes positif akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order; HSO) dan juga Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order; RO) secara digital dan tidak perlu hadir secara fizikal di Pejabat Kesihatan Daerah mahupun COVID-19 Assessment Centre (CAC), melainkan jika perlu menjalani pemeriksaan lanjut setelah mengisi Home Assessment Tool (HAT) di dalam aplikasi MySejahtera.

3. Memastikan semua CAC yang beroperasi secara fizikal (iaitu di Klinik Kesihatan dan di komuniti) mahupun secara maya bersedia untuk menerima kedatangan/ panggilan pesakit yang tinggi untuk membuat penilaian terhadap pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19. Fungsi CAC meliputi perkara-perkara berikut iaitu:
- mengenal pasti pesakit yang memenuhi kriteria untuk dipantau di rumah;
- menilai dan memantau perkembangan pesakit sepanjang tempoh pengasingan;
- memulakan rawatan Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) kepada kumpulan pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi dan memenuhi kriteria yang ditetapkan;
- mengenal pasti dan menyelaras pesakit yang perlu dirujuk ke hospital; dan
- menjalankan penilaian dan pelepasan (release order) kepada kes positif yang telah tamat tempoh pengasingan – bagi individu yang tidak menerima digital HSO.

4. Memperkenalkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) ke dalam COVID-19 Clinical Care Pathway sejak 15 April 2022 dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan, CAC dan hospital KKM. Ubat ini merupakan ubat antiviral oral pertama di Malaysia untuk merawat pesakit COVID-19 yang mengalami gejala ringan hingga sederhana, atau pun kategori 2 dan kategori 3. Keutamaan pemberian rawatan Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi. Seterusnya, bagi memastikan akses yang lebih baik kepada pesakit, rawatan ini telah juga diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta dikenal pasti bermula 20 Jun 2022. Pemberian ubat ini kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah secara percuma. Namun, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat rundingan dan lain-lain caj berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut.

5. Memantau rapi penularan jangkitan COVID-19 dalam masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti survelan melibatkan lokasi sentinel influenza-like illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) di seluruh negara. Ia turut disokong dengan aktiviti penjujukan genom menyeluruh (whole genome sequencing, WGS) bagi mengesan varian baharu serta aktiviti survelan persekitaran melalui persampelan air kumbahan dari lokasi persampelan yang dikenal pasti di seluruh negara.

6. Menggerakkan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sejak awal tahun 2022 di semua peringkat. Inisiatif ini antara lain bertujuan untuk memperkasa kawalan kendiri kesihatanmerangkumi pemerkasaan individu dalam mengambil tindakan pencegahan penyakit, menilai status kesihatan diri, memastikan kepatuhan rawatan dan mengamalkan norma baharu iaitu penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan pemakaian pelitup muka.

ANMS turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti dalam membudaya hidup sihat. MyCHAMPION atau Malaysian Health Community Agent merupakan satu platform kolaborasi merentasi pelbagai kementerian, organisasi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai rakan strategik untuk memainkan peranan membantu KKM dalam inisiatif dan aktiviti promosi kesihatan di peringkat komuniti serta sebagai penggerak dan penyokong (advocator). Keperluan penyelarasan sukarelawan dan agen kesihatan amat penting bagi membolehkan inisiatif ini dilaksanakan secara bersepadu dan terancang.

KKM menasihatkan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat bagi menghindarkan diri dari bahaya jangkitan COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain. Disarankan agar sentiasa mengamalkan TRIIS. Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai komorbid amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan atau tempat yang sesak, seperti perhimpunan ramai. Mereka yang bergejala juga digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian COVID-19 kendiri.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
27 Disember 2022 @ 10:00 pagi

https://kpkesihatan.com/2022/12/27/kenyataan-media-kpk-27-disember-2022-pemantauan-rapi-perkembangan-kejadian-jangkitan-covid-19-oleh-kkm-bagi-memastikan-langkah-pencegahan-dan-kawalan-yang-sewajarnya-dilaksanakan-secara-berkesan/
Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan.

Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan

➡️ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
➡️ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
➡️ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
➡️ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
➡️ Gunakan tisu untuk membuang kahak
➡️ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
➡️ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Awas! Ancaman Penyakit Musim Hujan

Saksikan dalam rancangan Bicara DR esok di TV1.

Tarikh : 28 Disember 2022
Masa : 9.00 malam

Panel :
Dr. Misliza Ahmad
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Siaran ulangan boleh disaksikan pada hari Jumaat, 23 September 2022 pada pukul 3.30 petang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa musim banjir

👉 Tutup tong sampah
👉 Tutup makanan dengan sempurna
👉 Lap dan bersihkan meja selepas makan
👉 Pasang jaring atau perangkap yang sesuai
👉 Jangan buang sisa makanan merata-rata
👉 Kenal pasti kawasan hurungan
👉 Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/05 13:20:04
Back to Top
HTML Embed Code: