Telegram Web Link
Pilihan raya umum semakin hampir, bagi mengawal penularan dan peningkatan kes COVID-19, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan pembuangan undi bagi individu positif COVID-19
Individu positif COVID-19 juga berhak untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan hadir mengundi pada 19 November 2022 (Sabtu).

Semua pengundi positif COVID-19 adalah diseru agar mematuhi garis panduan seperti yang dikongsikan agar kita semua menjalani proses mengundi dengan selamat dan sihat.

Selamat mengundi!

#PRU15KitaJagaKita
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam.

Namun, virus COVID-19 masih ada di sekeliling kita. Oleh itu, orang ramai dinasihati agar terus mematuhi saranan kesihatan awam seperti dikongsikan.

Amalan kesihatan awam yang baik, disamping vaksinasi penting untuk mengurangkan risiko jangkitan dan keterukan penyakit COVID-19.
Carta alir bagi pengundi kes positif COVID-19 di pusat mengundi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Senarai semak kes positif COVID-19 keluar mengundi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Berikut merupakan imunisasi yang diberikan kepada anak-anak anda mengikut umur.

Pastikan anda menepati jadual imunisasi ini bagi memastikan anak-anak anda mendapat perlindungan daripada penyakit yang boleh dicegah.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pasukan kesihatan akan ditempatkan di Pusat Pembuangan Undi bagi membantu menyelaras urusan pembuangan undi pengundi positif COVID-19.
Kerjasama semua di pusat mengundi amat kami harapkan agar urusan penyelarasan ini berjalan lancar, selamat dan teratur.

Dikongsikan Carta Alir Pengundi Positif COVID-19 di pusat mengundi. Sekali lagi dingatkan agar pengundi Positif COVID-19 mengemaskini status kesihatan dalam Aplikasi MySejahtera sebelum ke Pusat Mengundi.

Kita jaga kita. Selamat Mengundi!

#PRU15KitaJagaKita
Pengiring / penjaga yang membawa warga emas / orang kurang upaya untuk mengundi perlu sentiasa memakai pelitup muka semasa mengiringi mereka mengundi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Senarai semak kes positif COVID-19 keluar mengundi

1️⃣ Kemaskini status kesihatan dalam aplikasi MySejahtera
2️⃣ Semak tempat mengundi dan saluran mengundi
3️⃣ Pakai pelitup muka
4️⃣ Bawa pensanitasi tangan
5️⃣ Digalakkan bawa pen sendiri
6️⃣ Naik kenderaan sendiri dan tidak membawa penumpang lain
7️⃣ Sekiranya menaiki kenderaan dengan pemandu, jangan berkongsi kenderaan dengan orang lain, buka tingkap kenderaan, duduk di tempat duduk belakang dan pastikan pemandu juga memakai pelitup muka.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Anda lupa kata laluan aplikasi MySejahtera anda? Bagaimanakah langkah untuk set semula kata laluan baru?

Sila rujuk infografik ini.

#AplikasiKesihatanAwam
#MySejahtera2.0

Sumber: MySejahtera
Adakah anda akan keluar mengundi?

Jika YA, anda WAJIB sentiasa memakai pelitup muka. Anda juga perlu sentiasa menjaga jarak fizikal dan pastikan tangan dibersihkan menggunakan pensanitasi tangan. Anda dilarang menggunakan kenderaan awam termasuk e-hailing.

Sila semak tempat dan saluran mengundi anda di “MySPR Semak”. Anda digalakkan keluar mengundi 2 jam sebelum tamat waktu operasi pusat mengundi anda. Selamat mengundi.

[Bagi individu yg akan keluar mengundi, sila isikan maklumat di Borang Khas Kesihatan]
2024/10/06 10:34:34
Back to Top
HTML Embed Code: