Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Aedes sangat mudah. Hanya luangkan 10 Minit Cari Dan Musnahkan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. #10minit

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: IG coach_tham

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Individu yang dijangkiti COVID-19 sebelum gelombang Omicron atau lebih daripada 6 bulan terdahulu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti semula. Begitu juga sekiranya dos terakhir vaksin adalah lebih daripada 6 bulan yang lepas.

Segera dapatkan vaksinasi COVID-19 khususnya dos penggalak pertama bagi yang berumur 12 hingga 17 tahun atau dos penggalak kedua bagi yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Vaksinasi boleh diperolehi di Klinik Kesihatan yang berdekatan atau di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan di bawah ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (PHCorp) melalui portal https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find.

Janji temu dos penggalak boleh dibuat melalui pautan dalam aplikasi MySejahtera.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#想要得到更准确的健康资讯
#可以直接到这infosihat网站查询❤️

Dapatkan maklumat kesihatan yang tepat, sahih dan terkini melalui laman sesawang Infosihat.✔️

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MYhealthKKM untuk maklumat lanjut . (@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Katherine Chin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
‼️Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar membuat janji temu anda melalui aplikasi MySejahtera. Layari www.protecthealth.com untuk carian PPV berhampiran anda.
Ikut langkah-langkah yang dikongsikan.

📌Vaksin Pfizer adalah pilihan utama bagi dos penggalak pertama dan kedua. Sekiranya terdapat sebarang kontraindikasi, maka vaksin lain yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah boleh digunakan atas nasihat pengamal perubatan

❤️JALANI KEHIDUPAN BERSAMA VIRUS COVID-19 DENGAN SELAMAT
Anda baru sahaja menjalani ujian kendiri COVID-19?

Laporkan keputusannya di MySejahtera!

#MySejahtera
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa musim banjir

👉 Tutup tong sampah
👉 Tutup makanan dengan sempurna
👉 Lap dan bersihkan meja selepas makan
👉 Pasang jaring atau perangkap yang sesuai
👉 Jangan buang sisa makanan merata-rata
👉 Kenal pasti kawasan hurungan
👉 Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Semua pengundi yang layak akan keluar mengundi pada 19 November 2022.

Beberapa langkah am perlu diambil bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan selamat dan mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain serta petugas di pusat pengundi.

Petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat mengundi bagi membantu melicinkan urusan pengundian bagi pengundi positif COVID-19.

Perhatian: Patuhi arahan petugas kesihatan semasa berada di tempat mengundi.

BERSAMA MEMASTIKAN PROSES PRU-15 BERJALAN DENGAN SELAMAT & SIHAT

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selepas banjir surut, pakai alat pelindung diri semasa melakukan kerja pembersihan.

Peralatan rumah haruslah dibersihkan dengan betul supaya tidak berlaku keracunan makanan.

Hapuskan juga punca pembiakan lipas, lalat, tikus dan nyamuk.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 12 November 2022 (ME 45/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,946,583;
Kumulatif kes sembuh: 4,879,195 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,546 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,134 kluster (kluster aktif: 49 kluster).

Perbandingan antara ME 44/2022 dan ME 45/2022:

- Bilangan kes sembuh pada ME 45/2022 meningkat sebanyak38.5 peratus (20,718 kes kepada 28,704 kes) (Rajah 7);
- Bilangan kes baharu pada ME 45/2022 menurun sebanyak 13.4 peratus (26,616 kes kepada 23,045 kes) (Rajah 8);
- Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 13.4 peratus (26,577 kes kepada 23,027 kes); dan
- Bilangan kes import menurun sebanyak 53.8 peratus (39 kes kepada 18 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 45/2022 meningkat sebanyak 82.8 peratus (29 kes kepada 53 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 45/2022 meningkat sebanyak 1.7 peratus (33,449 kes kepada 34,033 kes) berbanding ME 44/2022.

Kenyataan Penuh di https://kpkesihatan.com/2022/11/14/kenyataan-media-kpk-14-november-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-45-6-12-november-2022/
NASIHAT AM KEPADA PENGUNDI KETIKA PILIHANRAYA UMUM (PRU) KE-15

Menjelang 19 November 2022, iaitu tarikh yang ditetapkan bagi Hari Pengundian bagi Pilihanraya Umum ke-15, KKM mengambil inisiatif untuk menasihatkan orang ramai supaya mengikuti beberapa saranan kesihatan. Ini bagi memastikan proses pengundian dapat berjalan dengan selamat terutamanya dari segi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Antaranya:
Semua individu positif COVID-19 wajib memakai pelitup muka, manakala pemakaian pelitup muka bagi pengundi lain adalah amat digalakkan;

Pengundi positif COVID-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing,

singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi, dan perlu pulang segera selepas selesai mengundi;

Menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di tempat mengundi.

Membawa pensanitasi tangan sendiri adalah disyorkan;

Pengundi positif COVID-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat, manakala penjarakan fizikal bagi pengundi lain amat digalakkan; dan

Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

Marilah kita bersama-sama mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada pengundi dan petugas di pusat mengundi sepanjang PRU ke-15.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 November 2022 @ 11.30 pagi
KENYATAAN MEDIA - Isu Penjualan Konjak Jeli yang Didakwa Memberi Risiko kepada Kanak- Kanak.

📌KKM menyeru agar orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Setiap individu pasti akan keluar mengundi demi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Anda dinasihatkan untuk tidak membawa kanak-kanak bersama demi melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/06 04:31:42
Back to Top
HTML Embed Code: