Telegram Web Link
πŠπ„πŒπ€π’ 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
26 Julai 2024
πŸ”ΈTerdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Larut&Matang) Perak, (Gombak) Selangor, (Kuala Krai) Kelantan, dan (Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin) Pahang.
Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/
#metmalaysia
#statuscuacapanas
#NRES
#MalaysiaMADANI
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa Kes Monkey Pox (MPOX)
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.

Imej yang ditularkan π—•π—¨π—žπ—”π—‘ imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.

Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau 'groupchat' yang lain. Rujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki. Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.

Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah. Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

#MalaysiaSihat
KENYATAAN MEDIA
PRESS RELEASE

KELULUSAN KIT UJIAN MONKEY POX YANG BERADA DALAM PASARAN MALAYSIA

Layari media sosial MDA untuk melihat kenyataan penuh.

Instagram MDA : https://shorturl.at/ybJIV
Facebook MDA : https://shorturl.at/R8X3v
Tiktok MDA : https://shorturl.at/E0SIq
Mpox (yang dahulunya dikenali sebagai monkeypox) ialah penyakit yang disebabkan oleh virus monkeypox (MPXV) daripada famili Poxviridae.
Pada masa ini, lazimnya jangkitan berlaku daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.
Terdapat dua (2) jenis clade virus monkeypox (MPXV) yang diketahui boleh menyebabkan mpox iaitu clade I dan clade II.
#KKMSihat
#KKMPrihatin
#MalaysiaMADANI
KAJIAN KECENDERUNGAN TARIKAN MESEJ SARINGAN KANSER PAYUDARA, INSTITUT PENYELIDIKAN KLINIKAL, KKM

Institut Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan Kajian Kecenderungan Tarikan Mesej Saringan Kanser Payudara : Kajian Rentas Masa Di Malaysia. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna media sosial mengenai mesej bagaimanakah yang lebih menarik dan mudah difahami oleh wanita bagi menggalakkan mereka menjalani saringan pemeriksaan kanser payudara.

Klik link ini untuk menjawab survey : https://redcap.crc.gov.my/surveys/?s=MMRDWCEXF7TREAPT

Kerjasama tuan/puan untuk meluangkan masa menjawab kajian ini amatlah dihargai.
Terima kasih.
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA
(pada jam 4:00 PM, 19 September 2024)
Sumber: NDCC, NADMA
Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Kesesakan di pusat pemindahan banjir di Semenanjung Utara boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan
➑ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
➑ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
➑ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
➑ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
➑ Gunakan tisu untuk membuang kahak
➑ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
➑ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.
Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.
#MalaysiaSihat
Perspektif Pakar Mpox
πŸ“Œ Apakah itu mpox? Clade 1 dan Clade 2?
πŸ“Œ Bagaimanakah penyakit mpox ini merebak?
πŸ“Œ Apakah gejala mpox?
πŸ“Œ Bagaimanakah ujian saringan dilakukan untuk mengesan mpox?
Anda tanya, pakar jawab. Dengarkan ulasan lanjut oleh Dr. Khairil Erwan Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#PerspektifPakar
#AndaTanyaPakarJawab
2024/10/01 14:33:32
Back to Top
HTML Embed Code: