Telegram Web Link
πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ π€π†π„ππ’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: π€π†π„ππ’πˆ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π ππ„π‘π’πˆπ€π π’π„πƒπˆπ€ π‡π€πƒπ€ππˆ πŒπŽππ’π”π 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 πƒπ€π˜π€

#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
EMPAT CORAK CUACA SEMASA MONSUN BARAT DAYA
Anda perlu peka dengan empat kesan cuaca semasa Monsun Barat Daya ini iaitu kemungkinan akan berlaku jerebu, cuaca yang kering, kebakaran hutan dan penyusutan paras air empangan.
Oleh itu, MetMalaysia telah menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.
Selain itu, anda dinasihatkan untuk tidak membuang puntung rokok merata-rata, minum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar. Paling penting adalah anda perlu menyimpan bekalan air secukupnya serta sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Musim cuti sekolah penggal pertama 2024 telah bermula dan berdasarkan laporan Minggu Epidemiologi ke-20 tahun 2024 iaitu mulai 12 Mei sehingga 18 Mei 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,461 kes berbanding 2,338 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat peningkatan sebanyak 123 kes bagi tempoh tersebut.
Oleh itu, pendekatan 'Sekolah kita BEBAS dari Nyamuk Aedes' diambil dengan menyarankan agar pihak sekolah serta kontraktor pembersihan yang dilantikmelakukan beberapa tindakan bagi mengawal dan menurunkan populasi nyamuk di sekolah semasa cuti sekolah. Ikuti langkah-langkah pencegahan denggi di sekolah.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”, 𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 3 Jun 2024, Bersamaan 25 Zulkaedah 1445H

Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia zaman dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.

Sembah takzim daripada:
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tahukah anda menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang atau 600 juta orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan
Inilah masanya untuk kita ambil perhatian dan tingkatkan pengetahuan tentang keselamatan makanan.
Sentiasa amalkan Lihat Hidu Rasa serta Perhati dan Pilih kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.
⚠️ Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan.
πŸ₯š Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit-birit.
⚠️ Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya sebelum membuat pembelian.
πŸ“’ Anda juga dinasihatkan untuk:
1. Membeli ikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna
π™†π™šπ™¨π™šπ™‘π™–π™’π™–π™©π™–π™£ π™ˆπ™–π™ π™–π™£π™–π™£ π™π™–π™£π™œπ™œπ™ͺπ™£π™œπ™Ÿπ™–π™¬π™–π™— π˜½π™šπ™§π™¨π™–π™’π™–
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kek, kuih-muih, nasi goreng mahupun pelbagai menu 🍰πŸ₯ŸπŸš lain menggunakan telur sebagai bahan asas. Oleh itu, telur merupakan antara makanan ruji bagi masyarakat khususnya rakyat Malaysia. Namun, penggunaan telur πŸ₯š yang telah rosak boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan.
Dikongsikan cara untuk mengenal pasti tahap kesegaran telur. Ingat‼️Pastikan anda sentiasa mengamalkan konsep π—Ÿπ—œπ—›π—”π—§, 𝗕𝗔𝗨 dan π—₯𝗔𝗦𝗔 sebelum dimasak. Telur yang telah rosak akan berbau busuk.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
π— π—”π—žπ—Ÿπ—¨π— π—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—œπ—§π—”π—‘ 𝗦𝗨π—₯𝗔𝗧 π—§π—¨π—Ÿπ—”π—₯ π—ͺπ—”π—•π—”π—ž π—šπ—”π—¦π—§π—₯π—’π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œπ—§π—œπ—¦ π—”π—žπ—¨π—§ (π—”π—šπ—˜) π——π—œ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—§π—˜π—‘π—’π— 

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Sektor Promosi Kesihatan JKNSabah
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

#kenyataanmediapengarahkesihatannegerisabah
#datukdrasitsbinsanna
#pengarahkesihatannegerisabah
#tenom
Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau minuman yang tercemar.
Tempoh keracunan boleh terjadi seawal 30 minit hingga 72 jam.
Keracunan makanan boleh membawa kematian jika serius.
Orang ramai dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala keracunan makanan.
#ANMS #sihatmilikku
WASPADA RISIKO PENYAKIT LEPTOSPIROSIS!
πŸ“ŒLEPTOSPIROSIS ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria β€œLeptospira”. Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, dan haiwan-haiwan yang lain.
πŸ“Pengesanan dan rawatan awal akan dapat mengelakkan komplikasi dan kematian akibat penyakit ini.⚠
Oleh itu, ketahui SIMPTOM penyakit Leptospirosis serta LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN yang boleh anda lakukan untuk kesihatan dan keselamatan anda dan keluarga tersayang.
KENYATAAN MEDIA PENGARAH KESIHATAN NEGERI JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH

SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS) DI TAMAN EKO RIMBA LATA BAYU, BALING, KEDAH
2024/06/24 12:35:30
Back to Top
HTML Embed Code: