Telegram Web Link
Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria 🦠 yang bernama β€˜Mycobacterium tuberculosis’. Ia juga dikenali sebagai batuk kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk 😷.

⚠️ Di Malaysia seramai 26,781 orang dikesan menghidapi TB pada tahun 2023 dan mencatatkan 2,623 kematian pada tahun yang sama. Penyakit TB ini merbahaya jika tidak dirawat. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh sembuh dengan mendapatkan rawatan dengan segera.

Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit TB❓ Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan penyakit ini di mana-mana fasiliti kesihatan.
π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—” 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π— π—˜π—§π—˜π—’π—₯π—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”: π—£π—˜π—₯π— π—¨π—Ÿπ—”π—”π—‘ πŒπŽππ’π”π 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 πƒπ€π˜π€

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024. Sepanjang tempoh ini, taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat seterusnya boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal. Oleh itu, elakkan pembakaran terbuka dan gunakan air secara berhemah.

#MonsunBaratDaya
#caknacuaca
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
Penyakit Kusta adalah penyakit berjangkit kronik disebabkan oleh bakteria Mycobacterium leprae 🦠 yang menyerang bahagian kulit, saraf kaki 🦢🏻 dan tangan πŸ–πŸ» serta lain-lain organ seperti mata πŸ‘οΈ dan hidung πŸ‘ƒπŸ». Penyakit Kusta juga dikenali sebagai Penyakit Hansen.

🩺 Diagnosis awal dan rawatan sempurna bagi seseorang yang dijangkiti, dapat mencegah penularan Penyakit Kusta. ⚠️ Peranan individu dan masyarakat adalah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini dan mewujudkan persekitaran yang positif dan menyokong kepada pesakit dan individu yang terkesan dengan penyakit kusta.
Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat.πŸ‘πŸ»

Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah πŸ₯•πŸ₯šπŸ— sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.

‼️Jom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat.
πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ π€π†π„ππ’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: π€π†π„ππ’πˆ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π ππ„π‘π’πˆπ€π π’π„πƒπˆπ€ π‡π€πƒπ€ππˆ πŒπŽππ’π”π 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 πƒπ€π˜π€

#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
EMPAT CORAK CUACA SEMASA MONSUN BARAT DAYA
Anda perlu peka dengan empat kesan cuaca semasa Monsun Barat Daya ini iaitu kemungkinan akan berlaku jerebu, cuaca yang kering, kebakaran hutan dan penyusutan paras air empangan.
Oleh itu, MetMalaysia telah menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.
Selain itu, anda dinasihatkan untuk tidak membuang puntung rokok merata-rata, minum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar. Paling penting adalah anda perlu menyimpan bekalan air secukupnya serta sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Musim cuti sekolah penggal pertama 2024 telah bermula dan berdasarkan laporan Minggu Epidemiologi ke-20 tahun 2024 iaitu mulai 12 Mei sehingga 18 Mei 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,461 kes berbanding 2,338 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat peningkatan sebanyak 123 kes bagi tempoh tersebut.
Oleh itu, pendekatan 'Sekolah kita BEBAS dari Nyamuk Aedes' diambil dengan menyarankan agar pihak sekolah serta kontraktor pembersihan yang dilantikmelakukan beberapa tindakan bagi mengawal dan menurunkan populasi nyamuk di sekolah semasa cuti sekolah. Ikuti langkah-langkah pencegahan denggi di sekolah.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”, 𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 3 Jun 2024, Bersamaan 25 Zulkaedah 1445H

Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia zaman dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.

Sembah takzim daripada:
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tahukah anda menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang atau 600 juta orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan
Inilah masanya untuk kita ambil perhatian dan tingkatkan pengetahuan tentang keselamatan makanan.
Sentiasa amalkan Lihat Hidu Rasa serta Perhati dan Pilih kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.
⚠️ Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan.
πŸ₯š Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit-birit.
⚠️ Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya sebelum membuat pembelian.
πŸ“’ Anda juga dinasihatkan untuk:
1. Membeli ikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna
π™†π™šπ™¨π™šπ™‘π™–π™’π™–π™©π™–π™£ π™ˆπ™–π™ π™–π™£π™–π™£ π™π™–π™£π™œπ™œπ™ͺπ™£π™œπ™Ÿπ™–π™¬π™–π™— π˜½π™šπ™§π™¨π™–π™’π™–
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kek, kuih-muih, nasi goreng mahupun pelbagai menu 🍰πŸ₯ŸπŸš lain menggunakan telur sebagai bahan asas. Oleh itu, telur merupakan antara makanan ruji bagi masyarakat khususnya rakyat Malaysia. Namun, penggunaan telur πŸ₯š yang telah rosak boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan.
Dikongsikan cara untuk mengenal pasti tahap kesegaran telur. Ingat‼️Pastikan anda sentiasa mengamalkan konsep π—Ÿπ—œπ—›π—”π—§, 𝗕𝗔𝗨 dan π—₯𝗔𝗦𝗔 sebelum dimasak. Telur yang telah rosak akan berbau busuk.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
2024/10/01 18:45:19
Back to Top
HTML Embed Code: